You are on page 1of 4

Televisyen meripakan salah satu alat penghubung media massa pada masa kini.

Sejarah telah memperkenalkan Malaysia dengan kewujudan beberapa saluran televisyen di


negara ini bermula pada 28 Disember tahun 1963. Ketika itu siaran masih berada dalam
keadaaan hitam putih dimana kebanyakan dari rakyat Malaysia sehingga hari ini masih
menggemarkan rancangan siaran tersebut. Skrin berwarna mula di perkenalkan ketika 28
Disember pada tahun 1978 iaitu 15 tahun selepas siaran hitam putih telah dimainkan.

Kepelbagaian jenis televisyen telah mendatangkan penambahbaikan dalam menggapai


wawasan 2020. Pada ketika ini, terdapat tiga jenis buah televisyen di negara Malaysia
antaranya televisyen sepenuhya milik kerajaan, televisyen separa kerajaan dan televisyen
swasta. Dibawah kategori televisyen milik kerajaan adalah dipegang oleh kumpulan Radio
Televisyen Malaysia iaitu (RTM). Bagi sub-kategori televisyen RTM ialah Tv1, Tv2 dan Tvi
iaitu lebih dikenali sebagai televisyen yang memfokuskan kepada rakyat di Sabah dan
Sarawak. Menyiarkan lebih banyak rancangan berunsurkan berita dari semasa ke semasa.
Seterusnya adalah televisyen separa kerajaan. Televisyen separa kerajaan merupakan jenis tv
yang bergabung diantara swasta dan kerajaan. Dana yang digunakan adalah melalui kedua-
dua sumber yang diperoleh daripadanya. Sebagai contoh, pertubuhan berita nasional
Malaysia dengan singkatannya adalah (Bernama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) iaitu siaran TV AlHijrah. Televisyen swasata adalah sepenuhnya dibiaya oleh sector
swasta itu sendiri seperti Media Prima Berhad. Dibawah bidang kuasa media prima berhad
terdapat lagi pelbagai pecahan siaran lain seperti Tv3, Ntv7, 8tv dan Tv9 dekat dihatiku.
Namun begitu, pada 1 januari 2016 Media prima telah memperkenalkan satu lagi siaran
terbarunya yang dikenali sebagai CJ Wow Shop. Siaran ini lebih digemari oleh wanita yang
sedang meningkat umur diatas 30-an.

Natseven Tv Sdn Bhd ataupun lebih dikenali dengan nama singkatannya iaitu Ntv7
pastinya membuatkan hari-hari anda lebih ceria. Rancangan yang disiarkan hampir 80%
merangkumi ketiga-tiga jenis bahasa yang terdapat di Malaysia. Bersiar dalam bahasa
Inggeris, Mandarin dan Melayu. Sejarah awal mengatakan bahawa Natseven Tv Sdn Bhd
mula disiarkan pada 7 april 1998. Sehingga kini, Ntv7 telah pun menyiarkan drama jenis
komedi (sitkom), rancangan permainan dan kartun bagi kanak-kanak dan remaja. Turut tidak
ketinggalan, apabila menyiarkan berita dalam 3 bahasa bagi memudahkan rakyat di Negara
ini. Berita melayu dalam siaran Edisi 7, bahasa inggeris dalam siaran ‘7 Edition’ dan berita
dalam bahasa cina iaitu siaran Mandarin 7.
Namun begitu, televisyen Ntv7 telah mengalami kejatuhan yang dahsyat setelah mereka mula
menggantikan siaran kartun kepada siaran CJ Wow Shop. Hal ini menyebabkan ramai
penonton mula mengkritik rancangan tersebut. Siaran setiap hari akan bermula pada pukul 6
pagi sehingga 2 pagi keesokan harinya. Saluran lebih memfokuskan kepada keluarga urban
cina dalam lingkungan umur 25 hingga ke 45 tahun keatas.

Bertempat di tingkat 2, sayap utara, Sri Pentas Utama di Petaling Jaya, Selangor di
bawah pengaruh Media Prima Sdn Bhd sebelum ini telah lama menapak di Glenmarie Shah
Alam dari sejak awal penubuhannya. Pada tahun 1998, ketika sejarah awal penubuhan siaran
televisyen Ntv7, pemilik asal yang mula meneroka kepentingan Ntv7 dikenali dengan nama
Tan Sri Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi. Beliau merupakan anak kelahiran dari Singapura
dan pernah menimba ilmu di ‘Malay College Kuala Kangsar’. Mendapat ijazah kelas pertama
di Universiti of Tasmania dan kini sedang bekerja di bawah menteri di jabatan perdana
menteri setelah Berjaya menjual rancangan siaran Ntv7 kepada Media Prima Sdn Bhd dalam
lingkungan 90 juta ringgit Malaysia.

(Tan Sri Mohd Effendi Norwawi)


Media Prima telah diterajui Tan Sri Dato’ Sri Ismee Ismail sebagai pengerusi pada
ogos lalu menggantikan pengerusi asalnya iaitu Fateh Iskandar Mohamad Mansor.
Seterusnya adalah Datuk Kamal Khalid dikenali sebagai pengarah urusan kumpulan
menggantikan Amrin Awaluddin pada awalnya. Jawatan pengarah urusan rangkaian Tv
Media Prima adalah Datuk Shahril Ridza bin Ridzuan dengan menggantikan tempat Ahmad
Izham Omar sebelum ini.
Ntv7 telah memegang slogan ‘Saluran Ceria Anda’ pada tahun 1998-2000 selama dua
tahun sebelum menukarnya dalam bahasa inggeris iaitu ‘Your Home of Feel Good’ pada
tahun 2000-2001. Namun begitu, pada sekitar tahun 2001 Ntv7 sekali lagi telah
mempebaharui slogannya dengan lebih singkat kepada ‘I Feel Good’ pada tahun 2001
sehingga 2006. Setelah semakin maju, pada tahun 2006 mereka menukar slogan ‘I feel good’
kepada ‘Your Feel Good Channel’. Sehingga kini tahun 2017, slogan telah dipendekkan
kepada ‘Feel Good’ dan logo semakin beranimasi dan lebih cantik berbanding tahun
sebelumnya.
RUJUKAN

Mediaprima.com.my. (2017). Media Prima Berhad | TAN SRI DATO’ SRI ISMEE BIN
ISMAIL. [online] Available at: https://www.mediaprima.com.my/about-us/board-of-
director/tan-sri-dato-sri-ismee-bin-ismail/ [Accessed 5 Dec. 2017].

(n.d.). Wikipedia, the free encyclopedia. NTV7 - Wikipedia.Retrieved from


http://en.wikipedia.org/wiki/NTV7

(2017, October 27). Wikipedia. Media Prima. Retrieved December 5, 2017, from
https://en.wikipedia.org/wiki/Media_Prima

You might also like