You are on page 1of 16

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT TAJUK : TUJUAN DAN KEPENTINGAN PERBADANAN AWAM DALAM SISTEM PENTADBIRAN DI MALAYSIA

1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. di mana menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan bagi mengelakkan pembolotan kuasa. Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, badan Pelaksana atau juga dikenali sebagai Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah terletak pada Yang Di Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara. Ia merupakan badan tertinggi yang diamanahkan dalam penggubalan dasar kerajaan bagi membentuk jentera pentadbiran yang cekap dan berkesan. Sehubungan dengan itu, beberapa kementerian, jabatan dan perbadanan awam telah ditubuhkan bagi melaksanakan kuasa eksekutif dan bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan sistematik. Kementerian bertanggungjawab dalam proses penggubalan dasar, mengawal dan merancang pelaksanaan sesuatu dasar yang akan dilaksanakan oleh jabatan. Perbadanan Awam merupakan pertubuhan yang diperbadankan oleh kerajaan sama ada melalui undang-undang atau ditubuhkan di bawah Akta Syarikat bagi maksud-maksud tertentu (Fuziah Shafie et al). Ia merupakan agensi separa kerajaan yang bertanggungjawab memajukan sesuatu bidang selaras dengan aspirasi kerajaan yang disalurkan melalui kementerian yang terlibat. Ia terdiri daripada Badan Berkanun dan Badan Tidak Berkanun. Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan salah sebuah sebuah badan berkanun yang berautonomi dan bertanggungjawab kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. MARA telah menyumbang kepada pembangunan usahawan, pendidikan dan meningkatkan 1 194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT ekuiti Bumiputera dalam pelbagai bentuk pelaburan yang telah dilaksanakan sejak awal penubuhan hingga ke hari ini. MARA bertanggungjawab dalam memajukan, memudahkan, menggalakkan serta melaksanakan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan secara khususnya melibatkan kawasan-kawasan luar bandar. Penubuhan MARA memberi impak yang besar terhadap ekonomi, sosial dan pendidikan negara dengan pelbagai kejayaan yang telah dicapai baik di dalam negara mahupun ke luar negara. MARA juga telah banyak menyumbang dalam bidang pendidikan sejak penubuhannya 47 tahun yang lalu terutamanya melalui institusi di bawahnya seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), GIATMARA, IKM, dan banyak lagi. 2.0 Definisi Perbadanan Awam

Perbadanan-perbadanan awam (public corporations) atau agensi-agensi separa Kerajaan (semi-government agencies) adalah ditubuhkan di bawah undang-undang, sama ada diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Misalnya, Perbadanan Pembangunan Bandar ialah sebuah Badan Berkanun Persekutuan dan Perbadanan Ekonomi Negeri ialah sebuah Badan Berkanun Negeri. Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1985, Perbadanan Awam adalah ditakrifkan sebagai Perbadanan yang ditubuhkan mengikut kuasa Akta Parlimen atau Enakmen yang khusus dan dikenali sebagai Badan Berkanun (Statutory Body) atau Perbadanan Awam (Public Corporation); Perbadanan Awam bermaksud perbadanan atau syarikat yang Kerajaan mempunyai kepentingan secara langsung atau Kerajaan memiliki sekurang-kurangnya 51% daripada ekuitinya; (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2005) 2 194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT Ahmad Martadha Mohamed et al mendefinisikan Perbadanan Awam sebagai satu badan yang berfungsi melaksanakan objektif bagi mencapai matlamat khusus bidang-bidang tertentu kerajaan. 3.0 Jenis Jenis Perbadanan Awam

Perbadanan Awam merupakan badan khas yang menjalankan aktiviti berunsur perniagaan dan kerajaan juga mempunyai kepentingan ekuiti di dalamnya. Perbadanan Awam terbahagi kepada perbadanan awam persekutuan yang dikawal selia di bawah Kerajaan Persekutuan dan perbadanan negeri yang dikawal selia oleh Kerajaan Negeri. Perbadanan Awam Persekutuan merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan mengikut akta tertentu bagi melaksanakan tugas-tugas khusus sejajar demi mencapai objektif dan matlamat negara. Bagi kerajaan negeri pula, penubuhan badan berkanun dan tidak berkanun adalah melalui Dewan Undangan Negeri atau di bawah Akta Syarikat. Ia merupakan Perbadanan Awam Persekutuan mahupun Negeri mengandungi Badan-Badan Berkanun dan Badan-Badan Tidak Berkanun. 3.1 Badan-Badan Berkanun

Badan-badan Berkanun adalah sebuah agensi separa Kerajaan yang ditubuhkan di bawah peruntukan sesebuah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri. Tujuan penubuhan Badan-badan Berkanun ialah untuk memberikan kebebasan yang lebih luas untuk bergerak dan mengendalikan program daripada yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan Kerajaan yang biasa. Badan-badan Berkanun seperti ini mengambil kuasa daripada akta / enakmen berkenaan dan mempunyai badan pengurus yang tersendiri yang digelar Lembaga, Majlis atau lain-lain. Persekutuan ialah : Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN), 3 194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI Antara Badan-badan Berkanun peringkat

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian (SIRIM),

Bagi peringkat negeri terdapat badan-badan Berkanun seperti : Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Lembaga Bekalan Air Negeri.

Ada di antara Badan-badan Berkanun ini dipanggil perbadanan awam (public corporations) seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri (PKEN),

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia (PKPM), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). 3.2 Badan-Badan Tidak Berkanun

Badan-badan Tidak Berkanun terdiri syarikat-syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat-syarikat 1965 (Akta 125). Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu

Syarikat Induk (Parent Company) untuk tujuan yang lebih luas manakala, Anak Syarikat (Subsidiary Company) untuk tujuan yang terhad. Salah satu Syarikat induk iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang menubuhkan anak syarikat seperti Pernas Properties Sdn.Bhd. , Pernas Trading Sdn. Bhd. Dan Pernas Edar Sdn. Bhd. Contoh Badan-badan Berkanun Negeri seperti : Amanah Saham Darul Iman (ASDI) Amanah Saham Johor (ASJ) Labuan Wood Products Sdn. Bhd.

194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

4.0

Matlamat Penubuhan Perbadanan Awam

Perbadanan Awam diwujudkan bagi mengambil alih beberapa bidang tugas yang pernah dilaksanakan oleh jabatan kerajaan atau melaksanakan bidang tugas yang baru. Perbadanan awam dikehendaki menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada rakyat di samping memperolehi keuntungan daripada sektor perniagaan mahupun perkhidmatan yang ditawarkan. Matlamat penubuhan perbadanan awam ialah : i) Membolehkan penglibatan secara langsung kerajaan dalam bidang-bidang tertentu yang memerlukan modal yang besar yang enggan atau tidak mampu diceburi oleh sektor swasta akan mampu meningkatkan pembangunan sosioekonomi negara; ii) Memudahkan jentera pentadbiran untuk menjalankan perancangan dengan lebih bebas, cekap dan fleksibel setanding dengan syarikat swasta yang lain. Selain memberi peluang kepada kerajaan untuk melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan ekonomi dan perniagaan, penubuhan perbadanan awam ini akan mengekalkan peranan kerajaan dalam menyediakan kemudahan sosial dan ekonomi kepada rakyat. 5.0 Kajian Kes : Majlis Amanah Rakyat (MARA) 5.1 Sejarah MARA

Majlis Amanah Rakyat atau lebih dikenali sebagai MARA merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah selepas pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)

berkuatkuasa 10 April 2009. Penubuhan MARA bermula pada Julai 1950, di mana Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu (MMUPTM) bersetuju menubuhkan sebuah Badan atau 5 194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT Lembaga Khas yang dinamakan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (LKKP) atau lebih dikenali sebagai RIDA (Rural & Industrial Development Authority). Penubuhan RIDA telah menjadi jentera perubahan dalam aspek pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar dan berteraskan prinsip mahu menolong diri sendiri. Slogan Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang merupakan Ketua Besar RIDA pada ketika itu telah membuka peluang kepada masyarakat terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965 telah menyedari perlunya satu agensi yang lebih fokus membantu meningkatkan taraf sosioekonomi Bumiputera diwujudkan bagi mengganti RIDA dan pada 1 Mac 1966 tertubuhlah sebuah badan berkanun Majlis Amanah Rakyat (MARA). 5.2 Visi Visi, Misi, dan Objektif : Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa. Misi : Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan, dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera. Objektif : a) Membangunkan usahawan berjaya dan inovatif b) Melahirkan modal insan global dan berintegriti c) Menyumbang kepada pemilikan ekuiti d) Memudahkan sistem penyampaian (http://www.mara.gov.my) MARA memainkan peranan penting dalam membantu negara menghasilkan masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan bumiputera. Selain memberi bantuan, MARA juga menyokong dasar kerajaan yang menitikberatkan sistem pendidikan (Mohd 6 194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT Salleh 2002). MARA berusaha untuk membimbing, melatih dan membantu bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan bumiputera yang berdaya saing, profesional dan stabil. Sehubungan dengan itu, MARA telah membentuk beberapa bahagian pendidikan yang menjalankan fungsi-fungsi yang berbeza dan mencakupi pelbagai peringkat pendidikan; sama ada yang berbentuk kemahiran, teknikal dan akademik; dari peringkat menengah hingga peringkat tinggi. 5.3 Pengurusan Atasan MARA

Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, dan tiga daripadanya merupakan kakitangan awam. Semua Ahli Majlis adalah dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ketua Pengarah dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di London, Washington D.C, Jakarta, Dublin, Frankfurt, dan New South Wales. (Sila rujuk Lampiran 1 untuk Carta Ahli Majlis MARA 2012 - 2014 dan Lampiran 2 untuk Ahli Pengurusan MARA 2013)
(http://www.mara.gov.my/organisasi-operasi)

6.0

Kejayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) diwujudkan di bawah Akta MARA 1966 yang bertujuan untuk meningkatkan pendidikan, kemahiran, kegiatan ekonomi dan keusahawanan kaum Bumiputera. MARA telah banyak melahirkan institusi-institusi yang berjaya seperti ITM yang kini dikenal sebagai UiTM, MRSM, IKM, GiatMARA, dan pelbagai IPT dan Pra-Universiti. Selain itu, 7 194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT pelbagai agensi yang ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu usaha-usaha keusahawanan berada di bawah Kementerian tersebut seperti SME Bank, Tekun, PNS, dan macam-macam lagi. MARA telah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang 47 tahun ini penubuhannya dan peranannya sebagai socioeconomic engineering agency masih kekal sehingga ke hari ini. Kejayaan MARA boleh dilihat melalui pencapaian yang sememangnya amat signifikan terutamanya dalam sektor pendidikan dan juga keusahawanan. 6.1 Sektor Keusahawanan

Penubuhan Kenderaan Bas MARA (KBM) seawal tahun 1961 memfokuskan kepada perkhidmatan bas berhenti-henti yang menghubungkan kawasan luar bandar dan pusat pertumbuhan baru dengan pusat-pusat bandar. Selain itu, syarikat perniagaan seperti Kayu Sedia, Pamagrima, Usmeta, dan MARA Holdings juga telah ditubuhkan. Pada 28 Januari 1994, Pusat Sumber Teknologi Perabot (FITEC), iaitu hasil kerjasama dalam kepakaran dan kewangan antara Technonet Asia, Japan International Cooperation Agency (JICA), United Nations Development Programme (UNDP) dan usahasama dari kerajaan Malaysia melalui MARA telah ditubuhkan bagi menjalankan kajian dan

penyelidikan, permasalahan serta pemasaran berhubung industri perabot supaya dapat membantu usahawan Bumiputera. Kejayaan terkini MARA dibuktikan apabila pada 19 Jun 2013, kira-kira 235 usahawan muda di negeri Pahang menerima sumbangan modal melalui Kursus Pembudayaan Keusahawanan Teknikal (Putek) dari awal tahun sehingga kini. (Utusan Melayu, 20 Jun 2013) 6.2 Sektor Pendidikan

Kejayaan MARA dalam sektor Pendidikan, dapat dibuktikan dengan jelas melalui penubuhan Dewan Latihan RIDA, Kolej MARA dan Institut Teknologi MARA (ITM) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kejayaan ini kemudiannya disusuli dengan penubuhan Institut Kemahiran MARA (IKM), Maktab Rendah Sains 8 194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT MARA (MRSM), Kolej MARA dan Pusat GIATMARA. Sesuai dengan keperluan sumber tenaga industri berteknologi tinggi negara masa kini dan akan datang, MARA telah menubuhkan - German Malaysian Institute (GMI) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang menggabungkan Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi MARA seperti Malaysia France Institute (MFI), British Malaysian Institute (BMI), Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT), Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET), Malaysian Institute of Chemical Engineering Technology (MICET), Malaysian Spanish Institute (MSI) dan Malaysian Institute of Information Technology (MIIT). Kejayaan MRSM Betong dan MRSM Tun Ghafar Baba memenangi dan merangkul pingat emas masing-masing dalam pertandingan INTERNATIONAL SUSTAINABLE WORLD PROJECT OLYMPIAD (I-SWEEP) pada 08 - 13 Mei 2013 yang diadakan di Houston, Texas. Selain itu, kemenangan MRSM Betong, MRSM Kota Kinabalu, MRSM PDRM, dan MRSM Terendak pada 10-14 April 2013 bertempat di Palexpo Exhibition Centre, Geneva dalam pertandingan 41st INTERNATIONAL EXHIBITION OF

INVENTIONS OF GENEVA, SWITZERLAND. Pada 17-20 Disember 2012, MRSM telah memenangi pertandingan 14th

INTERNATIONAL ROBOT OLYMPIAD 2012 (IRO 2012) bertempat di Kimdaejung Convention Center, Gwangju South Korea melalui robot ciptaan MRSM Kota Kinabalu yang berperanan menjaga kesihatan warga emas. Manakala, dalam kategori yang sama, pingat Gangsa dimenangi oleh MRSM Tun Abdul Razak Pekan, dan MRSM Kuching yang juga memenangi dua anugerah Highly Commended dan Technical Award. Selain MRSM, Institut Kemahiran MARA Lumut telah meraih anugerah GOLD tenaga di Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi 2012 (ITEX 12) bertempat di KLCC pada 17-19 Mei 2012 melalui projek inovasi yang diberi nama Tile Cutter yang mampu memotong jubin dalam masa yang singkat, ringkas tanpa mencederakan si pengguna 9 194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT selain menepati ciri-ciri teknologi hijau di mana ia tidak menggunakan sebarang sumber tenaga. 6.3 Sektor Pelaburan

Jika dilihat dalam sektor pelaburan pula, Amanah Saham MARA Berhad (ASMB) pula telah diperbadankan pada 24 Jun 1967. ASMB bertanggungjawab untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera menerusi pelaburan di pasaran saham. ASMB menjalankan aktiviti seperti pengurusan skim saham amanah, pengurusan aset dan dana, perkhidmatan nominee, termasuklah perkhidmatan pinjaman dan modal teroka. Kejayaan MARA menentukan kejayaan kerajaan untuk membangunkan kaum Bumiputera. Perubahan yang dilakukan oleh MARA perlu bermula di peringkat asas dan dasar kerana transformasi yang dibawa oleh kerajaan pada hari ini juga meliputi segenap perkara dan merentasi dasar-dasar utama yang menunjangi kewujudan negara. MARA perlu memandang ke hadapan (envision) untuk mempersiapkan generasi baru Bumiputera menghadapi cabaran dan kegetiran 50 tahun akan datang dan perancangan untuk tiga generasi seterusnya iaitu melangkaui empat dekad ke hadapan hendaklah dirancang dan diteliti. 7.0 Cabaran dan Transformasi MARA

Cabaran MARA di era globalisasi ini semakin kompleks dan sengit. Tekanan arus globalisasi dan perubahan dalam senario politik, ekonomi, sosial, dan teknologi yang sentiasa berubahubah memerlukan MARA mencipta realiti baru sejajar dengan tuntutan dan cabaran semasa bagi memastikan MARA terus relevan dan maju. Memang tidak dinafikan bahawa MARA memiliki kekuatan dari pelbagai aspek, namun komponen kepimpinan MARA merupakan faktor penting dalam membuat perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan penilaian agar setiap kelemahan dapat diatasi dengan bijak dan berhemah, peluang dapat direbut dan kejayaan dapat direalisasikan serta ancaman dapat dielakkan dan diatasi dengan cekap.

10

194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT MARA perlu memastikan sistem pendidikan tinggi di bawahnya sentiasa bersedia dan mampu menerima serta memproses ledakan maklumat dan perubahan teknologi yang pantas dalam era globalisasi masa kini. Walau bagaimanapun, , MARA perlu bijak dalam menangani tekanan daripada pelanggan luar pendidikan seperti seperti pihak industri sendiri mahupun saingan daripada institusi pendidikan yang lain. Selain itu, MARA perlu merancang strategi yang lebih berkesan bagi menarik minat belia masa kini untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawan mahupun menambah kemahiran di pusat latihan dan institusi MARA. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan semua program MARA adalah relevan dan menepati kehendak komuniti Bumiputera pada hari ini dan akan datang, MARA telah mewujudkan Pelan Strategik MARA 2011-2015 yang bakal menggerakkan transformasi secara menyeluruh. Berdasarkan kepada landskap ekonomi dan politik masa kini yang kian mencabar, pemantapan hala tuju ini adalah selari dengan agenda transformasi kerajaan di bawah Falsafah 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Pelan Transformasi Kerajaan (GTP); Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang meliputi Model Baru Ekonomi (MBE); dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Fokus utama transformasi ini adalah melonjakkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi berteraskan inovasi (i-based economy) melalui empat (4) strategi iaitu i-usahawan, i-pekerja, i-pelaburan dan i-organisasi. Strategi berteraskan inovasi ini digerakkan oleh tiga (3) sektor utama MARA iaitu Keusahawanan, Pendidikan dan Pelaburan. Manakala Sektor Khidmat Pengurusan merupakan enabler yang melengkapi ketiga-tiga sektor tersebut bertujuan memperkemas, melancar dan memudahkan matlamat dicapai dengan kadar segera. Selain itu, isu-isu dalam analisis persekitaran seperti jurang ekonomi, pencapaian Bumiputera dalam pendidikan, gunatenaga, demografi, sosial dan teknologi turut diambil kira. Isu-isu global juga turut menjadi fokus MARA di samping memberikan gambaran dan haluan yang jelas berhubung visi, misi dan objektif MARA yang lebih jitu didukung dengan strategi baru

11

194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT berteraskan i-inovasi serta struktur baru MARA yang lebih perkasa. Pendekatan baru transformasi ini adalah anjakan ke arah entrepreneurial based organization. MARA perlu melakukan transformasi daripada bersifat sebuah badan kerajaan bertukar arah kepada organisasi berorientasikan keusahawanan. Orientasi keusahawanan ini membolehkan MARA menjana pendapatan sendiri dan lebih jauh daripada itu mampu mewujudkan suasana organisasi berprestasi tinggi, peningkatan delivery system dan pengurangan birokrasi selain mendidik individu agar mempunyai entrepreneurial spirit dan mengutamakan outcome based. Pembangunan nilai-nilai bersama (shared values) yang berteraskan nilai murni seperti kreatif, inovatif, risk taker, proaktif, wisdom, value for money dan integrity serta nilai mampan selain proses pemantauan strategik dan pengurusan perubahan yang bersepadu serta berterusan akan dijadikan teras dalam pentadbiran. Ini bagi merealisasikan entrepreneurial based organization dapat dilaksanakan melalui pembudayaan enterpreneurial mind set di kalangan semua warga MARA. Konsep dan nadi pelan yang disediakan adalah berasaskan kepada pembangunan human capital and competent workforce serta penciptaan kekayaan kaum Bumiputera. Selaras dengan matlamat dan hasrat Pelan Strategik MARA (2011-2015), MARA akan terus relevan dengan agenda pembangunan ekonomi Bumiputera melalui strategi-strategi yang dirancang untuk jangka pendek, sederhana dan jangka panjang bagi memahami map of the decade, agar transformasi MARA seiring dengan transformasi yang sedang dilakukan oleh negara.

12

194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT 8.0 Kesimpulan

Fenomena yang dicetuskan oleh globalisasi telah membawa dunia dan kehidupan manusia terdedah kepada persaingan yang kuat. Pentadbiran Awam perlu memberi respon yang positif kepada setiap perubahan yang sedang berlaku terutama dalam merealisasikan dasar, matlamat dan wawasan pembangunan negara yang sedang mengalami suatu rombakan besar menjelang abad baru. Kecemerlangan organisasi adalah hasil dari usaha-usaha yang dirancang dengan teliti dan sistematik ke arah mewujudkan perubahan dan penambahbaikan di dalam struktur pentadbiran, proses pengurusan, pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sumber manusia. Tahap kualiti, latihan, penyesuaian dan kemampuan sumber manusia akan menentukan tahap prestasi organisasi. Oleh yang demikian, Pengurusan atasan di mana-mana organisasi kerajaan perlu bijak mengenal pasti ancaman yang wujud di organisasinya dan menukarkannya kepada peluang daripada menggunakan pendekatan pengelakan ataupun penafian. Seorang pemimpin yang cekap dalam merancang, melaksana, menentukan hala tuju, mengawal dan dapat membuat analisis setiap perubahan yang berlaku, adalah seorang pemimpin yang amat diperlukan (Ab. Aziz 2000). Pemimpin yang bertanggungjawab perlulah sensitif dan peka terhadap perubahan persekitaran di samping perlu memastikan sebarang perubahan yang dilakukan menepati jangkaan, bersikap terbuka dengan perkara-perkara baru dan bertindak selaras dengan jangkaan yang telah dibuat. Pemimpin juga perlu bijak mencipta persekitaran organisasi yang dinamis dan progresif bagi memastikan hubungan yang akrab di antara pengurusan atasan dan kakitangan bawahan dalam organisasi. Seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal semasa ditemubual dengan wartawan Mingguan Malaysia, Mara merupakan satu organisasi amanah yang ditubuhkan untuk memajukan rakyat terutamanya kaum Bumiputera. Usaha memajukan MARA bukan sekadar terletak di bawah tanggung jawab kementerian saya sahaja, tetapi adalah tanggung 13 194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT jawab kita semua. Sekiranya MARA gagal, maka usaha kerajaan untuk membangunkan sosioekonomi kaum Bumiputera akan turut terganggu. MARA bukanlah organisasi biasa, tetapi MARA diwujudkan dengan aspirasi untuk memartabatkan bangsa, dan MARA berperanan sebagai agensi yang memperjuangkan bangsa kita. (Mingguan Malaysia, 08 Mei 2011). Selain itu, falsafah strategi pembangunan Tun Mahathir iaitu menekankan hubungan yang rapat di antara sektor awam dan swasta yang mana lebih berorientasikan perniagaan perlu diamalkan oleh MARA bagi memastikan strategi MARA boleh diterima oleh masyarakat masa kini (Ahmad Atory Hussain, 2010).

14

194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT Rujukan / Bibliografi Bahan Dari Buku Ab. Aziz Yusof. (2000). Perubahan dan kepimpinan. Sintok: Universiti Utara Malaysia

Ahmad Atory Hussain.(2010). Modul GMGA 3013 Reformasi Pentadbiran di Malaysia.UUM Sintok, Kedah. Ahmad Martadha Mohamed, Mohd Nazri Baharom, Muhamad Ali Embi, Ruslan Zainuddin, dan Saadon Awang.(2007). Modul MGG1113 Asas Pentadbiran Awam. UUM Sintok, Kedah. Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad (2006).Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd. Fuziah Shafie, Mior Ahmad Noor Mior Hamzah, Mohamad Idris Saleh, Rohani. Ab. Ghani, Zulhilmi Paidi. Modul SADN Kenegaraan Malaysia. UUM Sintok, Kedah. Ishak Mad Shah.(2006).Kepimpinan dan Hubungan Interpersonal Dalam Organisasi.Johor Bahru : Univerisiti Teknologi Malaysia. Malaysia (2006). Pentadbiran Dan Pengurusan Awam Malaysia. Bab 7&8. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Mohd Salleh Lebar.(2002). Perancangan pendidikan : peringkat sekolah dan IPT. Kuala Lumpur : Utusan Publisher & Distributor Sdn Bhd.

Mohd. Mahadee Ismail, Ruslan Zainuddin, dan Zaini Othman (2005). Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Rujukan Elektronik Bab 4 Transformasi Sektor Awam (atas talian) http://www.neac.gov.my/files/Bab_4_Transformasi_Sektor_Awam.pdf Datuk Nam Bin Marthinin ((Dibentangkan oleh YBhg. Dato Othman Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan). Peranan Agensi Awam & GLC Dalam Mewujudkan Dan Memperkasa Usahawan Baru Yang Kompeten Dan Berdaya Saing: Suatu Gagasan Dan Cabaran Masa Depan (atas talian) http://www.islamgrid.gov.my/muamalat/static/pdf/13%20JAN%202009/TAJUK%204/TAJUK %204-%20DATUK%20NAM%20MARTHININ.pdf 15 194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN. 3 TAHUN 1985 (atas talian) http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/pekeliling/PP85/PP85Bil03/PP85Bil03.htm PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005 (atas talian) http://docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp05/bil14/pp1405.pdf Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) (atas talian) http://www.mara.gov.my/organisasi-operasi Roselena Mansor. Kualiti Pendidikan Kolej Profesional MARA daripada perspektif pelajar. (atas talian) http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=93a2c4fd-4087-451b-b089077c47eed2a9&groupId=30564 Utusan Melayu Online.(20 Jun 2013) 235 usahawan muda diberi modal melalui Putek. (atas talian) http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130620/wp_02/235-usahawan-muda-diberimodal-melalui-Putek

16

194707 ROSILAWATI BINTI JUNAIDI

You might also like