You are on page 1of 7

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP DAN LAPORAN

HARI KOKURIKULUM
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP
NAMA PELAJAR
: KANTHAROA A/L SUPEREMANY
NO KAD PENGENALAN : 680805-08-5315
PROGRAM
: PGSR MUZIK AMBILAN 2008
NAMA SEKOLAH
: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAYA
NAMA PROJEK
: HARI KOKURIKULUM 2012
TEMPOH PELAKSANAAN: 03 SEPTEMBER 30 SEPTEMBER 2012
1. Objektif
1.1
Melengkapkan salah satu projek internship yang telah diamanahkan
Kepada peserta internship PGSR MU AMBILAN 2008.
1.2 Menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti
Kokurikulum yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun
Pihak tertentu .Antaranya ialah:
1.2.1 Memupuk semangat bersatupadu bekerja dalam satu
kumpulan sama ada Persatuan ,kelab atau unit beruniform.
1.2.2 Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan dedikasi serta
mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.
1.2.3 Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan
serta dapat memupuk sikap disiplin yang tinggi.
1.2.4 Memberi peluang kepada ibubapa berbincang dengan pihak
sekolah demi kebaikan anak mereka.
2. STRATEGI PELAKSANAAN
2.1

Guru-guru dipanggil untuk bermesyuarat pada 5 September untuk


membincangkan tentang Hari Kokurikulum.
2.2
Menyiapkan kertas kerja dan memohon kebenaran daripada guru
besar.
2.3 Bermesyuarat kali kedua dengan guru-guru pada10 September
2012 dan mengumumkan Ahli Jawatankuasa Induk ,Ahli
Jawatankuasa Kerja,Agensi luar yang terlibat dan membentangkan
kerja serta aktiviti-akitiviti yang akan dijalankan pada Hari
Kokurikulum.
2.4 Berjumpa dan menghantar surat jemputan kepada agensi luar pada
10 September 2012.

2.5 Mengumumkan tarikh latihan kawad kaki serta mengedarkan


borang arahan kawad kaki kepada semua ketua unit beruniform.
2.6 Menyediakan barangan keperluan.
2.7 Mesyuarat kali ke tiga dengan guru-guru untuk bertanyakan
persediaan unit masing-masing.
2.8 Setelah segala persediaan didapati sempurna maka Hari
Kokurikulum telah diadakan seperti yang dirancang.

3. REFLEKSI
a) Kekuatan Projek
Setelah selesai menjalankan projek Hari kokurikulum ,saya dapati terdapat
banyak kekuatan di dalam projek ini sehingga ia dapat dilaksanakan dengan baik
sekali.Diantara kekuatannya ialah kebolehan saya dalam mengndalikan
mesyuarat bersama guru sebanyak tiga kali dengan baik setelah mentor saya
menyerahkan segala tugasan sebelum beliau berangkat ke tanah suci
(Mekah).Maka saya boleh menambhkan ilmu pengetahuan dalam pengendalian
sesuatu mesyuarat serta dapat menjalankan dengan baik suatu aktiviti tahunan
yang penting.
Saya juga dapat berkenalan dengan agensi-agensi luar seperti Jabatan
Peratahanan Awan dan Bomba serta prosedur-prosedur yang patut diikuti untuk
menjemput mereka membuat persembahan.
Selain daripada itu,saya juga dapat mengenali secara mendalam tentang
guru-guru,guru besar,para pentadbir dan pekerja di sekolah ini amat
bekerjasama dan memberi komitmen yang amat baik dalam menjayakan projek
ini.Ahli jawatankuasa yang dilantik telah melaksanakan tugas mereka dngan
baik.Tugas-tugas yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik sekali kerana
kesema guru yang terdapat di sekolah ini mempunyai kemahiran yang tertentu
dalam bidang masing-masing.Daripada tugas persiapan tempat hinggalah ke
disiplin mrid dapat dikawal dengan begitu baik sekali.
Sekolah saya ini juga mempunyai segala alatan yang lengkap untuk
menjalankan aktiviti serti ini dan juga tidak ada masalah dalam hal kewangan
untuk membeli alatan baru. Perkara ini juga memainkan peranan yang amat

penting dalam menjayakan projek saya ini. Ini adalah kerana ia sedikit sebanyak
telah memudahkan kerja saya dalam persediaan mejalankan projek ini.
Kekuatan projek ini yang seterusnya ialah dengan adanya pertandingan
seperti ini ia akan melahirkan pelajar yang berani dan yakin pada diri sendiri
dengan tindakan mereka.Bukan mudah untuk membina keyakinan diri.Dengan
adanya pertandingan seperti ini sudah tentu akan memberi ruang kepada pelajar
untuk menampilkan diri di hadapan khalayak ramai dan secara tidak
langsungnya akan membina keyakinan diri murid tersebut ketika itu dan
seterusnya pada masa akan datang.
Melalui projek ini saya juga dapat mengenalpasti terdapat ramai murid
sekolah ini yang berbakat di dalam suatu permainan yang tertentu dan berkawad
kaki memberi arahan (Komanden).Ini mungkin adalah kerana mereka ini sering
didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh para guru yang
dijalankan pada waktu kokurikulum.
b )Kelemahan Projek
Walaupun Projek ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya,namun ia
juga terdapat beberapa kelemahan yang harus diperbaiki.Antaranya ialah dari
segi tempat persembahan agensi luar iaitu kali ini telah diadakan di dataran
perdana yang mana selepas pertandingan kawad kaki tamat pada pukul 10.00
pagi maka murid-muird merasa agak panas stelah matahari muncul.Mereka pula
kurang selesa dan mula bising.Kedaan ini juga telah mengurangkan keselesaan
tempat duduk para penonton yang mana dalam kalangan murid-murid terpaksa
duduk sekeliling tapak perhimpunan manakala guru dan ibubapa duduk di
bangku di kaki lima yang telah disediakan.
Selain daripada itu, dari segi tempoh latihan yang agak terhad,iaitu hanya
dua hari sahaja kerana gangguan hujan lebat pada waktu petang.Ini
ditambahkan pula murid-murid tidak dibenarkan berlatih pada waktu
pagi.Perkara ini telah menyebabkan kekakangan masa terhadap peserta yang
mana kehadiran mereka pada waktu petang adalah terhad kerana sebahagian
daripada mereka tinggal agak jauh dari sekolah dan tidak mempunyai
pengangkutan ke sekolah.
Kelemahan yang terakhir ialah penghafalan arahan oleh
Komanden.Pelajar yang dipilih sebagi komanden agak sukar untuk menghafal
arahan kerana waktu yang diberi tidak mencukupi.
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Untuk mengatasi kelemahan- kelemahan tersebut pertamanya


pemeberian masa yang mencukupi untuk latihan perlukan dititikberatkan supaya
mereka betul-betul bersedia dalam pertandingan tersebut dan secara
langsungnya akan memberi saingan yang sengit dalam pertandingan akan
datang.Para pelajar juga harus berusaha sendiri demi mencapai kejayaan yang
lebih cemerlang dan bukannya hanya bergantung pada guru semata-mata.
Penambaikan yang seterusnya ialah pihak pentadbir haruslah memberi
persetujuan untuk mengadakan latihan pada waktu pagi selama satu atau dua
jam.Ini akan dapat membantu para penasihat dalam melatih peserta meraka jika
latihanya tidak dapat dijalnkan pada waktu petang.
Penambahbaikan yang saya rasa boelh dilakukan lagi ialah dari segi
penyertaan.Pada masa akan datang pihak penganjur boleh memperluaskan lagi
penyertaan dengan menjemput peserta-peserta dari sekolah yang berdekatan
untuk sama-sama menyertai dalam pertandingan mahupun pertandingan
permainan ataupun kawad kaki ini supaya akan memberi satu saingan yang
lebih menarik dan lebih meriah.

5. KESIMPULAN
Kesimpulannya,pada keseluruhan projek boleh dikatakan amat berjaya
walaupun terdapat serba sedikit kelemahan yang dianggap masih boleh
dipertingkatkan lagi.projek ini telah banyak memberi manfaat kepada saya serta
semua pelajar di sekolah ini sama ada sebagai peserta atau pun sebagai
penonton.Sebagai peserta sudah tentu mereka akan terasa diri mereka teruja
dengan berkawad kaki di khalayak ramai.Ada yang merupakan kali pertama
terlibat di khalayak ramai dan ini sudah tentu akan memberi satu kenangan yang
tidak dapat lupakan sepanjang hayat mereka.
Sebagai penonton pula,mereka juga sudah tentu bercita-cita ingin menjadi
seperti peserta yang bertanding dan akan menimba pengalaman baru
seterusnya akan mendorong mereka menceburi serta lebih meminati dalam
aktiviti kokurikulum lebih-lebih lagi dalam pasukan beruniform.Keadaan ini sudah
tentu akan meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam aktiviti kokurikulum di
peringkat sekolah,daerah mahupun peringkat kebangsaan.

LAPORAN PROJEK HARI KOKURIKULUM


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAYA
Hari kokurikulum Peringkat Sekolah, Sekolah Kebangsaan Sungai Raya
merupakan salah satu aktiviti tahunan yang penting di sekolah ini. Aktiviti seperti
pertandingan permainan,pertandingan kawad kaki dan pertandingan memasang
khemah adalah aktviti yang utama telah dijalankan.Pertandingan-pertandingan
ini telah dijalankan secara dua peringkat iaitu sebelum Hari Kokurikulum pada 19
september 2012 bersamaan dengan hari Khamis,masa 3.30petang diantara
kelab-kelab permainan dan pada 27 September 2012 bersamaan dengan hari
Khamis,masa 8.30pagi iaitu pada Hari Kokurikulum pertandingan kawad kaki dan
pertandingan memasang khemah diantara Unit-Unit Beruniform telah diadakan.
Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan saya
merupakan pengelola Hari kokurikulum tersebut. Ini merupakan salah satu
aktiviti projek yang perlu dilaksanakan oleh guru pelatih semasa program
internship. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dari Tahun 4 hingga
ke Tahun 6 sahaja dari sekolah ini.
Sebelum memulakan program atau aktiviti ini, saya mendapatkan
pandangan daripada mentor dan pihak pentadbir mengenai cadangan
mengadakan program ini. Saya membuat kertas kerja pertandingan sebagai
prosedur yang telah ditetapkan dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Setelah
mendapat persetujuan dan kertas kerja diluluskan, saya mula mengadakan
mesyuarat kali pertama pada 5 September 2012 dengan guru-guru untuk
berbicang mengenai Hari Kokurikulum tersebut.Dalam mesyuarat telah
dibincangkan tentang pertandingan-pertandingan yang akan dijalankan.Pada
peringkat ini, saya bekerjasama dengan mentor dalam memberi idea dan
pendapat mengenai aktiviti yang akan dijalankan serta agensi-agensi luar yang
akan dijemput.
Pada 10 September 2012 guru-guru dipanggil untuk mesyuarat kali
kedua.Mesyuarat kali ini mentor saya mengumumkan Ahli Jawatankuasa Kerja
dan saya pula membentangkan Kertas Kerja juga mengumumkan agensi luar
yang terlibat iaitu pasukan dari Jabatan Perthanan Awan dan Pasukan
Bomba.Setelah mendapat pesetujuan daripada semua pihak saya menyediakan
surat jemputan kepada agensi luar dan berjumpa dengan pegawai-pegawai yang

berkenaan serta menghantar surat dengan tangan untuk mendapatkan


pesetujuan mereka untuk membuat persembahan.
Dalam pada itu saya mengedarkan pekeliling kepada semua ketua unit
berkenaan tentang pemberitahuan jadual latihan permainan dan kawad kaki
serta arahan kawad kaki yang perlu diberi pada hari pertandingan.Pada masa
yang sama saya telah menyediakan barangan keperluan dengan bantuan
beberapa orang guru serta pekerja untuk tujuan tersebut.Selain daripada
itu,dalam jangka masa seminggu itu juga saya telah mendapatkan kerjasama
daripada beberapa orang guru untuk menyiapkan tempat pertandingan bagi
pertandingan permainan di padang dan di dataran perdana bagi pertandingan
kawad kaki dan pertandingan perkhemahan.Saya juga memberi penerangan
kepada murid-murid mengenai program yang akan dijalankan. Saya memberi
gambaran kepada murid mengenai keadaan sebenar pada hari pertandingan.
Sebagaimana dirancangkan pertandingan sebelum Hari Kokurikulum,
Pertandingan permainan berlangsung pada pukul 3.30 petang.Semua peserta
yang hadir telah disusun dalam pasukan masing-masing iaitu Bola sepak,Sepak
takraw dan bola baling serta diberi penerangan tentang peraturan
permainan.Setelah tamat memberi penerangan setiap pasukan diarahkan
beredar ke tempat pertandingan masing-masing.Pertandingan ini dijalankan
secara liga pusingan pertama dan kalah singkir dalam pusingan kedua.Para
penyokong pula duduk sekeliling padang.Manakala ibu bapa yang hadir
disediakan kerusi.Pertandingan telah dimulakan dengan peniupan wisel oleh
ketua pengadil.
Murid-murid yang mengambil bahagian adalah mengikut rumah sukan
masing-masing iaitu rumah Merah,Biru,Hijau, dan Kuning.
Setelah selesai petandingan permainan pada 19 September 2012 saya
mulalah menyediakan barangan keperluan untuk pertandingan kawad kaki dan
pertandingan perkhemahan yang akan berlangsung pada 27 September
2012.Selain daripada itu, saya juga berjumpa sekali lagi pihak agensi luar
sebelum tiga hari pertandingan untuk mengesahkan kehadiran dan
persembahan mereka.Saya juga mengadakan mesyuarat kali ke tiga bersama
dengan guru-guru untuk mengesahkan persediaan masing-masing.Setelah
semua selesai dan puas hati saya memaklumkan pada mentor.
Sepertimana yang dirancang pada 27 September 2012 bermulalah Hari
Kokurikulum dengan nyanyian lagu-lagu rasmi diikuti dengan ucapan Persamian
Penolong Kanan Pentadbiran Pn.Azura bt Abdul Aziz.Setelah selesai ucapan
beliau,beliau memeriksa perbarisan kesemua unit-unit beruniform yang
terlibat.Kemudian,pertandingan kawad kaki dimulakan.Setelah selesai

pertandingan
kawad
kaki,pertandingan
memasang
khemah
pula
dijalankan.Sementara menunggu keputusan daripada hakim persembahan
daripada pihak bomba di adakan iaitu Demonstrasi Memadam Api aktiviti ini
dapat menarik perhatian murid dan murid-murid menunjukkan rasa
keseronokkan semasa api dipadamkan.Beberapa orang guru juga turut terlibat
dalam aktiviti memadam api.Aktiviti ini telah mengambil masa lebih kurang
setengah jam.
Seelepas itu,persembahan daripada Jabatan Pertahanan Awam pula
memeriahkan lagi suasana Hari Kokurikulum dengan pertunjukkan Demonstrasi
Menangkap Ular.Pihak Jabatan Pertahanan Awam telah membawa dua ekor
ular yang hidup iaitu ular sawa dan ular tedung untuk mempersembahkan
pertunjukkan mereka.Akitiviti ini dapat menarik minat para penonton dikalangan
muird,guru dan juga ibubapa.
Setelah selesai pertunjukkan-pertunjukkan tersebut murid-murid
dibenarkan untuk berehat untuk makan disamping itu murid-murid juga melawat
sambil membeli barangan yang dijual dengan harga yang murah di gerai-gerai
jualan seperti Gerai Pakaian Terpakai Gerai buku-buku terpakai , Lagu-lagu
Permintaan dan sebagainya.
Setelah tamat waktu rehat murid-murid diarahkan masuk dewan supaya
acara penyampaian hadiah serta sijil-sijil akan diadakan.Hadiah-hadiah telah
disampaikan kepada para pemenang dan cenderahati diberikan kepada para
tetamu yang dijemput.Semua hadiah pertandingan telah disampaikan oleh
Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini dan seterusnya merasmikaan upacara
penutup pertandingan ini.Pertandingan telah dilangsungkan dengan jayanya.

Laporan disediakan oleh


....................
( KANTHAROA A/L SUPEREMANY)

Disahkan Oleh

You might also like