You are on page 1of 2

Contoh Karangan Bahasa Melayu A+

FAKTOR-FAKTOR KEMALANGAN JALAN RAYA- BAHAGIAN A


Rajah di bawah menunjukkan punca-punca kemalangan jalan raya. Huraikan pendapat
anda tentang punca-punca kemalangan jalan raya. Panjang huraian anda hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.

PENDAHULUAN 5 Ayat
[AR] Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun semakin
meningkat dari hari ke hari. Setiap hari sama ada di kaca-kaca televisyen, di dada-dada
akhbar mahupun di corong-corong radio pasti ada sahaja dipaparkan kemalangan jalan
raya yang meragut nyawa manusia. [AR-A.Tanya] Murah sangatkah nyawa manusia
sehingga banyak jiwa yang terkorban di jalan raya? Jika hal ini dibiarkan berterusan,
sudah tentu merugikan sesebuah negara. [AA] Oleh itu,punca-punca kemalangan jalan
raya perlu dikenal pasti segera sebelum isu ini menjadi lebih parah lagi. [80 pp]
Perenggan Isi 1 : Sikap Pemandu Itu Sendiri 5 Ayat
[AP] Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah
sikap pemandu itu sendiri. [AH-Mengapa?] Hal ini disebabkan pemandu bersikap
mementingkan diri, tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi peraturan
jalan raya. [AC] Sebagai contoh, pemandu kenderaan memandu kereta dengan laju tanpa
mematuhi had laju yang dibenarkan. [AH-Kesan?] Secara tidak langsung, pemandu
bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang
lain. [AP] Oleh itu, sikap berhati-hati di jalan raya dan Biar Lambat Asal Selamat akan
dapat menghindarkan kemalangan maut daripada berlaku. [78 pp]
Perenggan Isi 2 : Keadaan Struktur Jalan Raya 5 Ayat
[AP] Punca seterusnya penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah Keadaan
struktur jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang, sempit
dan rata sudah pasti mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. [AC] Sebagai
contoh, jalan raya yang bengkang-bengkok, selekoh tajam akan memudahkan pemandu
yang tidak biasa jalan tersebut terbabas dan terlibat dalam kemalangan jalan raya. [AHBagaimana?] Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif segera memperbaiki
struktur jalan raya yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya.. [AP] Tegasnya
sebelum Nasi Menjadi Bubur, struktur jalan raya perlu diberi keutamaan terlebih dahulu
agar keselamatan pengguna-pengguna jalan raya terjamin. [86 pp]
Perenggan Isi 3 : Keadaan Kenderaan 5 Ayat
[AP] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi punca

berlakunya kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan kenderaan yang tidak


diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan boleh mengundang malapetaka
kepada pemandunya. [AC] Sebagai contoh, brek kenderaan yang tidak berfungsi dengan
baik akan menyebabkan pemandu sukar mengawal kenderaan ketika saat-saat kecemasan.
[AH-Kesan?] Impaknya, pemandu akan mudah tersasar dan berlakunya kemalangan jalan
raya ketika ingin menghentikan kenderaan secara kecemasan. [AP] Jelaslah, kenderaan
hendaklah diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh kerana
Malang Tidak Berbau. [76 pp]
Perenggan Isi 4 : Undang-undang 5 Ayat
[AP] Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan salah satu punca
berlaku kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Dendaan dan kompaun sebanyak
RM300 bagi kesalahan berat seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu
isyarat merah tidak berkesan kerana pemandu mampu bayar. [AC] Selain itu, Ops Sikap
dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika musim-musim perayaan. [AHKesan?] Impaknya, pemandu tidak gentar melakukan kesalahan di jalan raya kerana
mereka mampu membayar denda yang dikenakan dan beranggapan operasi hanya
dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. [AP] Jadi, penguatkuasaan undang-undang
yang lebih tegas dan pemantauan di kawasan berbahaya hendaklah diambil untuk
mengelakkan daripada berlakunya kemalangan maut. [93 pp]
Kesimpulan.
[Rumusan] Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani
isu kemalangan jalan raya ini. [Cadangan] Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah
berterusan dan istiqomah bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar
melepaskan batuk di tangga sahaja. [Pendapat] Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak
terngadah, barulah inisiatif dirangka untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Isu
kemalangan ini tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja kerana impaknya sangat besar
kepada negara terutamanya kerugian sumber tenaga yang produktif. [Harapan] Slogan
Pandu Cermat Jiwa Selamat hendaklah dijadikan pedoman bagi semua pengguna jalan
raya agar nyawa mereka terselamat. Ingat, jangan jadikan lebuh raya sebagai gelanggang
perlumbaan mahupun pusara kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu
dihargai. [80 pp]

You might also like