You are on page 1of 16

KITAB AL-DUUR AL-NAFIS

DN001
Dengan nama Allah Taala Yang Amat Murah pada menganugerahi nikmat yang besarbesar lagi amat menganugerahi nikmat yang seni-seni jua aku memulai risalah ini.
Dan kemudian daripada itu maka tatkala adalah pada tahun 1200 daripada hijrah Nabi
yang mulia atas empunya Dia daripada Tuhannya rahmat yang amat lebih dan haluan
yang amat suci, sanya telah meminta daripada aku setengah daripada segala saudaraku
membukakan kebenaran Allah Taala akan hatiku dan hatinya dengan cahaya musyahadah
dan marifah bahawa aku perbuatkan baginya suatu risalah yang simpan dengan bahasa
jawi yang lemah lembut supaya member manfaat dengan dia akan orang yang tiada
mengetahui akan bahasa Arab yang nyata pada menyatakan wahdat al-zat dan wahdat alsifat dan wahdat al-asma dan wahdah al-afal supaya melepaskan ia segala orang yang
salik itu daripada syirik khafiyy dan daripada segala riya dan ujub bagi segala amal. Dan
menyatakan setengah daripada segala ilmu haqiqat dan menyatakan setengah daripada
maqam kaum ahli tasawwuf yang mulia dan menyatakan setengah daripada segala
musyahadah mereka itu bagi Tuhan Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Maka aku
perkenankan akan dia kepada berbuat risalah yang demikian itu dan jika tiada aku ahli
bagi yang demikian itu sekalipun pada hal aku minta tolong kepada Allah Taala dan
berpegang atasnya pada mentahqiqkan yang dituntut dan yang dimaksudkan atas sekirakira barang yang zahir ia bagiku daripada segala perkataan orang yang mempunyai
minnah dan syuhud. Dan ku namai akan risalah ini al-Durr al-Nafis ertinya Mutiara Yang
Indah pada menyatakan wahdat al-afal dan al-asma dan al-sifat dan al-zat yang suci
pada hal harap aku daripada Allah Taala bahawa memberi manfaat ia dengan risalah ini
akan segala orang yang murid dan bahawa dijadikannya kiranya akan dia tulis ikhlas bagi
Zat Haqq Allah Taala dan pertaruhan bagiku dan bagi mereka itu pada kiamat. Dan aku
aturkan akan dia atas satu muqaddimah dan empat fasal dan satu khatimah dan aku
sebutkan didalamnya beberapa masalah yang tinggi-tinggi yang diambil daripada
beberapa kitab ahli al-Tasawwuf.
MUQADDIMAH :
PADA MENYATAKAN SEGALA PERKARA YANG MEMBATALKAN IA AKAN ORANG SALIK DAN
MENEGAHKAN DIA DARIPADA SAMPAI KEPADA ALLAH TAALA
Ketahui olehmu hai salik! Bahawasanya wajib atasmu itu memelihara akan dirimu
daripada segala maksiat yg zahir dan batin yang menegahkan dikau daripada sampai
Allah Taala. Bermula segala perkara yang membatalkan suluk itu amat banyak,
setengah daripada :
1. Kasl ( ): ertinya segan(malas) daripada mengerjakan ibadat serta (padahal) kuasa
mengerjakannya. Kata Abu Zarr : Jamahir! Barangsiapa berperangai dengan kasl maka
tiada memperoleh ia akan bahagia di dalam dunia dan di dalam akhirat
DN002
2. Futur ( ): ertinya lemah daripada mendirikan ibadat sebab bimbang dengan dunia
3. Malal ( ): ertinya jemu dan puas daripada memperbuat dia kerana ia berulang-ulang
pada hal belum lagi hasil hasil yang dikehendakinya.
Kitab al-Duur al-Nafis

1 of 16

Syahdan : Adalah sebab yang demikian itu sekaliannya kerana kurang iman dan daif yakin
dan buta mata hati dan mengikutkan nafsu akan hawanya.
Dan yang menegahkan sampai orang yang salik kepada Allah Taala itu pun amat
banyak jua, dan setengah daripadanya :
1. Syirik Khafiyy () : ertinya syirik yang tersembunyi iaitu membangsakan
segala perbuatan yang terbit daripada makhluk itu kepada makhluk jua tiada
kepada Allah Taala kerana hakikatnya segala perbuatan itu sekaliannya terbit daripada
Allah Taal jua. Dan adalah makhluk itu seolah-olah alat perbuatan Allah Taala, Maha Suci
Allah Taala mengadakan sesuatu dengan alat.
2. Riya ( ): ertinya memperlihatkan ibadatnya itu kepada orang yang lain atau
mengkehendaki dengan ibadatnya itu akan sesuatu yang lain daripada Allah Taala jikalau
syurga sekalipun.
3. Sumah ( ): ertinya mengkhabarkan ibadatnya yang ikhlas kerana Allah Taala itu
kepada orang supaya dibesarkan orang dan dimuliakan orang.
4. Ujub ( ): ertinya membesarkan dan membanyakkan akan ibadatnya pada hal tiada
dilihatnya akan dia itu nikmat daripada Allah Taala.
5. Saqata awwaluhu wuquf maa al-ibadah ( ) : ertinya mendidingi iaitu
memandang ia akan ibadatnya itu daripada dirinya, tiada dilihatnya akan dia nikmat
daripada Allah Taala atasnya.
6. Hujub ( ): ertinya dinding iaitu dinding ibadat daripada segala cahayanya dan
perhiasannya dan keelokannya kerana tiap-tiap satu amal ibadat itu baginya cahaya, dan
perhiasan dan keelokannya. Maka hendaklah orang salik kepadanya (berpaling) daripada
melihat perhiasannya dan keelokannya, maka sukacitalah ia dengan dia dan lupalah dia
akan Allah sebab yang demikian itu.
Syahdan : tiada yang melepaskan akan dikau salik daripada segala perkara bahaya yang
tersebut itu melainkan syuhud mu dan pandang mu akan bahawasanya segala perbuatan
itu sekaliannya terbit daripada Allah Taala jua seperti lagi akan dating kenyataan pada
fasal yang pertama ini, in shaa Allah.

FASAL PERTAMA
PADA MENERANGKAN TAWHID AL-AFAL
Bermula fasal yang bertama pada menyatakan tawhid al-afal ertinya mengesakan Allah
Taala pada segala perbuatan. Ketahui olehmu hai salik! Bahawasanya tiada yang
meleapskan akan dikau daripada segala perkara bahaya yang tersebutitu melainkan
pandangmu dan syuhudmu akan bahawasanya segala perbuatan yang berlaku di dalam
ala mini sekaliannya daripada Allah Taala sama ada perbuatan itu baik pada rupanya dan
pada hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat pada rupanya tiada pada hakikatnya
seperti kufur dan maksiat kerana kufur dan maksiat itu pada hakikatnya baik jua kerana
terbit daripada yang baik iaitu daripada Allah Taala. Dan tiap-tiap yang terbit daripada
Allah Taala itu baik jua pada hakikatnya tetapi jahat keduanya rupanya kerana syara
datang ia mencela akan dia.
Bermula kayfiat (cara) memandang segala perbuatan itu daripada Allah Taala iaitu seperti
bahawa dipandangnya dan syuhudnya dan lihatnya dengan mata kepalanya dan dengan
mata hatinya bahawasanya segala perbuatan terbit ia daripada Allah Taala dan
Kitab al-Duur al-Nafis

2 of 16

membangsakan (menisbahkan) kepada yang lain daripada Allah Tala itu majazi
(pinjaman) jua tiada pada hakikatnya. Kerana pada hakikatnya sekalian perbuatan itu
daripada Allah jua sama ada perbuatan itu daripada dirinya atau lainnya, sama ada
dengan mubasyarah (langsung) atau tawallud (berhasil). Dan erti perbuatan dengan
mubasyarah itu iaitu yang beserta dengan kudrat yang baharu seperti gerak qalam (pen)
pada tangan orang yang menyurat. Dan erti perbuatan dengan tawallud itu iaitu yang jadi
daripada perbuatan yang mubasyarah iaitu seperti jatuh batu pada tangan dengan
melempar.
Bermula dalil yang menunjukkan bahawasanya segala perbuatan itu terbit daripada Allah
Taala jua, tiada pada lainnya itu firaman Allah yang tersebut dalam al-Quran :
1. ( ) ertinya: bermula Allah Taala jua menjadikan kamu dan barang
perbuatan kamu. Kata Syaikh Muhammad bin Sulaiman al-Jazuliy r.a di dalam Syarah
Dalail al-Khairat : tiada terbit daripada seseorang daripada segala hambanya perkataan
dan tiada perbuatan dan tiada gerak dan tiada diam melainkan sesungguhnya telah
terdahulu ia pada ilmuNya dan qadaNya dan qadarNya.
2. ( ) ertinya : tiada engkau melempar ya Muhammad tatkala
berusaha engkau engkau pada melempar tetapi Allah Taala jua yang melempar tatkala
itu.
3. Dan lagi sabda Nabi s.a.w : (( ertinya tiada daya pada
menjauhkan maksiat dan tiada upaya pada mengerjakan taat melainkan dengan daya dan
upaya Allah Taala Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar jua.
4. Dan lagi sabda Nabi s.a.w : ( ) ertinya : tiada bergerak di dalam ala mini
suatu zarah jua pun melainkan dengan izin Allah Taala yakni dengan iradah Allah Taala.
5. Dan lagi pula isyarat Nabi s.a.w daripada tiada mendoakan kafir quraish yang menyakiti
akan dia kerana memandang ia atas nisbah perbuatan itu kepada Allah Taala.
Syahdan : Maka manakala sentiasa engkau memandang keapa yang demikian itu maka
tahqiq lah engkau dengan dia nescaya lepaslah engkau daripada segala perkara bahaya
yang tersebut itu engkau lihat dengan mata kepalamu dan dengan mata hatimu akan
segala wujud majazi ini hapus ia di bawah cahaya nur wujud Allah yang sebenarnya.
Syahdan : Manakala engaku kekalkan atas syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya
keadaan segala perkara perbuatan itu terbit daripada Allah Taala dengan membiasakan
dia sedikit kemudian maka sedikit hingga tahqiqlah dengan yang demikian itu, maka
apabila tahqiq engkau dengan dia dan jadilah kepadamu itu musyahadah, ertinya
berpandangan dan tiada bercampur lah dengan pandanganmu itu zahirmu dan batinmu.
Maka baharulah sampai engkau kepada maqam wahdat al-afal ertinya esa Allah Taala
pada segala perbuatan iaitu ibarat daripada fana (hapus) segala perbuatan makhluk ini
sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan lainnya. Sekaliannya itu fana di bawah
perbuatan Allah Taala sekira-kira tiada diliohat di dalam akwan (makhluk) ini suatu
perbuatan Allah Taala jua, sama ada perbuatan itu baik atau jahat.
Dan dalil yang menunjukkan dan mentahqiqkan bahawasanya kejahatn itu daripada Allah
Taala, iaitu tersebut di dalam hadith yang warid daripada doa Nabi s.a.w ( )
ertinya Hai Tuhanku! Berlindung aku kepadaMu daripada kejahatan daripadaMu. Maka
jika tiada kejahatan itu daripada Allah Taala nescaya tiada minta berlindung Nabi s.a.w
daripada kejahatannya. Maka nyatalah daripada itu bahawasanya segala perbuatan yang
baik dan jahat itu daripada Allah Taala jua datangnyaseperti telah terdahulu sebutnya itu.
Dan lagi firman Allah, ) ) tafsirannya : Katakanlah olehmu ya Muhammad
segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allah.
Kitab al-Duur al-Nafis

3 of 16

Syahdan : Dibuat mithal oleh setengah daripada orang arifin kerana menghampirkan
kepada faham jua tiada pada hakikatnya, maka adalah segala makhluk hamba itu seperti
umpama wayang yang diperlakukan akan dia oleh dalang barang bagi jelas kelakuan,
maka seperti tiada bagi wayang itu pun perbuatan sendirinya. Demikian itulah hamba
dengan tuhannya.
Tetapi sesungguhnya pun seperti demikian itu yakni segala perbuatan itu perbuatan Allah
Taala jua maka jangan engkau melampaui ajkan Syariat Muhammadiyyah iaitu wajib
atasmu mengerjakan segala yang disuruhkan Allah Taala dan RasulNya dan wajib atasmu
menjauhkan segala yang dilarangNya, jangan sekali-kali itiqadkan gugur taklif syara
maka jikalau engkau itiqadkan gugur taklif syaranescaya jadilah engkau kafir zindiq
nauzu bilLah min zalik. Dan berpeganglah engkau pada syariat muhammadiyyah serta
engkau itikadkan dan engkau pandang dengan mata hatimu akan segala perbuatan itu
daripada baik dan jahat sekaliannya perbuatan Allah Taala dan lepaslah engkau pada
ketika itu daripada syirik khafiyy dan lainnya daripada segala perkara bahaya yang
tersebut itu kerana manakala engkau pandang kepada dirimu itu ada baginya sesuatu
perbuatan nescaya tiada sunyi engkau itu daripada syirik khafiyy dan jikalau lepaslah
engkau daripada syirik jaliyy sekalipun.
Dan erti syirik jaliyy itu menduakan Allah Taala adanya (tetapi) tidak lepas dan keluarkan
daripada syirik seperti firman Allah Taala : ( ) ertinya dan tiada percaya kebanyakan
daripada mereka itu akan Allah melainkan pada hal mereka itu menyengutukan akan Dia
dengan sebab memandang wujud yang lain daripadanya dan dengan sebab
membangsakan perbuatannya itu kepadanya. Sebab itulah kata Sayyidi Umar Ibn al-Farid
r.a : ertinya jikalau terlintas di dalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadamu
atas khatir ku jikalau dengan lupa sekalipun nescaya aku hukumkan diriku itu dengan
murtad. Dan tetapi engkau dikatakannya di dalam kitabNya musyrik dikeluarkannya
daripada orang mukmin yang sebenarnya seba yang demikian itu. Dan tiada
dibilangkannya engkau daripada orang yang menjalani akan jalan mukmin yang
sebenarnya itu melainkan bahawa engkau pandang tiada yang berbuat dan tiada yang
hidup dan tiada yang mawjud di dalam wujud ini hanya Allah Taala sendirinya jua. Maka
pada ketika itu baharu engkau dinamai mukmin yang sebenarnya dan lepaslah engkau
daripada syirik khafiyy dan keluarlah engkau pada ketika itu daripada dinamai di dalm alQuran dengan musyrik dan jadilah engkau pada ketika itu daripada ahli al-tawhid yang
sebenarnya daripada orang yang mempunyai syurga yang bersegera ia di dalam dunia ini.
Maka lazimlah olehmu atasnya kerana bahawasanya ia sifat yang amat mulia yang
menghampirkan akan dikau kepada yang lagi akan dating dalam akhirat maka engkau
perolehlah akan nikmat dua syurga seperti firman Allah Taala : ( ) : ertinya bermula dua
syurga itu maka barangsiapa yang takut ia akan maqam tuhannya. Dan syurga yang
pertama itulah marifah akan Allah Taala di dunia ini (dan) syurga yang kedua itulah
syurga yang maklum yang disebutkan Allah Taala akan dia di dalam Quran yang mulia itu
di dalam akhirat yang lagi akan datang.
Kata Syaikhuna al-Alim al-Allamah al-Bahr al-Ariq Mawlana al-Syaikh Abdullah ibn Hijazi
al-Syarqawi al-Misri r.a barangsiapa masuk ia kepada syurga marifah di dalam dunia ini
nescaya tiada dirindui kepada syurga akhirat dengan nisbah nisbah bidadarinya bukan
dengan nisbah daripada barang yang hasil di sana yakni di dalam akhirat daripada ruyah
Allah Taala dan damping kepada hadrat Allah dan marifat akan Allah, maka jauh segala
perbezaannya antara dua hal itu yakni hal di dalam dunia hal akhirat kerana bahawasanya
barang yang dibukakan atas segala hati orang arif di dalam dunia ini hanya sanya iaitu
Kitab al-Duur al-Nafis

4 of 16

baharu setengah daripada disediakan oleh Allah Taala kepada mereka itu di dalam akhirat
kerana memuliakan mereka itu di dalam dunia ini wallahu alam.
Maka (hubaya-hubaya) hai segala saudara takut oleh mu daripada bahawasanya lupa
engkau daripada memandang wahdah al-afal itu yang menyampaikan akan dikau kepada
memandang keelokan yang wajib al-wujub dan takut olehmu daripada bahawa bangsakan
dirimu pada mengadakan suatu perbuatan barang perbuatan ada ia.
(Tanbih) Ya Ikhwani, ertinya ini suatu perkataan yang menjagakan hai segala saudaraku.
(Bermula) hasil kata Syaikh Abdul Wahhab al-Syarani q.a di dalam al-Jawahir wa al-Dur
Ray Munfasil daripada perkataan Syaikh Muhyiddin Ibn Arabi r.a : bermula segala akwan
itu sekalin dinding yang mendindingi daripada memandang Haqq Taala pada hal Haqq
Taala juayang berbuat ia dibalik hijab akwan ini tetapi diri akwan ini tiada ia mendindingi
akan kita daripada memandang Allah Taala, dan adalah misalnya seperti baying-bayang
kayu di dalam air itu tiada ia menegahkan lalu perahu. Hanya sanya yang mendinding itu
sangka kita kepadaNya jua dan pandang kita kepadaNya jua. Maka barangsiapa terbuka
daripadanya hijab itu nescaya dilihatnya yang memperbuatkan segala perbuatan itu Allah
Taala sendirinya. Dan barangsiapa tiada terbuka hijab itu terdindinglah dengan akwan ini
yang memandang kepada fail yang hakiki yakni yang berbuat yang sebenarnya iaitu Allah
Taala.
Maka tiba-tiba dalah mazhab kaum pada segala perbuatan hamba itu empat mazhab :
Pertama : Kaum yang tiada mengetahui mereka itu akan bahawasanya Allah Taala itu
berbuat ia akan segala perbuatan ini dan hanya diiktikadkannya oleh mereka itu
bahawasanya yang berbuat akan segala perbuatan itu hamba jua, dan adalah qudrah
hamba yang baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba yang baharu
maka iaitu Mazhab Mutazilah yang bidah lagi fasiq.
Kedua : Mazhab Jabariyyah iaitu kaum yang mengetahui merekaitu memandang segala
mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekaliannya daripada Allah Taala
sendirinya dan keraslah atas mereka itu memandang segala perbuatan itu bagi hamba
kerana kurang mereka itu darajat kamal, maka tersalahlah mereka itu daripada jalan
syariat dengan sebab tiada menyandar akan segala perbuatan bagi hamba itu kepada
mereka itu iaitu itiqad zindiq.
Ketiga : Kaum yang mengetahui mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan itu
sekaliannya daripada Allah Taala tetapi ada bagi hamba itu usaha dan ikhtiar dan dengan
keduanya itulah hamba memperbuat segala perbuatannya dan keduanyalah tempat
taalluq hokum syara tetapi keduanya itu tiada sekali-kali memberi bekas pada perbuatan
yang baharu, hanya memberi bekas itu Allah Taala sendirinya jua, maka iaitulah
Ashariyyah itulah iktikad yang maqbudh yang selamat daripada bahaya dunia dan
akhirat. Tetapi tiada sampai mereka itu kepada martabat kashaf kerana terdinding mereka
itu dengan sebab mengena usaha dan ikhtiar itu daripada hamba jua, tiada dipandang
akan segala perbuatan itu daripada Allah Taala sendirinya. Maka tiap-tiap daripada taifah
yang tiga ini atas penglihatannya itu ghisawah iaitu dinding yang menutupi daripada
samapi penglihat mereka itu kepada memandang wahdah al-afal. Selama-lamanya
mereka itu di dalam dinding tertutup tiada sampai kepada maqam kashaf dan
musyahadah dan mukafahah.
Keempat : Mazhab Ahl al-Kashaf yakni orang yang terbuka pada mereka itu dinding iaitu
kaum yang memandang akan kejadian segala perbuatan itu daripada Allah Taala dan
kenderaannya itu daripada hamba. Misalnya seperti qalam orang yang menyurat adalah
yang menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua dan qalam itu menjadi alat
Kitab al-Duur al-Nafis

5 of 16

persandaran menyurat jua. Adalah hamba itu seperti qalam tiada baginya perbuatan dan
hanay yang berbuat itu orang yang menyurat jua. Wallahu Alam. Yakni yang berlaku di
dalam segala ala mini Allah Taala jua yang menjadikannya.
Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Syarani : Telah menyebut Syaikh Muhyiddin Ibn
Arabi r.a pada bab yang keempat ratus dua puluh dua daripada Futuhat al-Makkiyah akan
barang yang menamakan ia akan bahawasanya segala amal itu daripada Allah Taala jua.
Hanya sanya menyandarkan Allah Taala akan segala amal dan perbuatan itu kepada kita
kerana keadaan kita tempat menanggung seksa dan pahala pada hal perbuatan itu bagi
Allah Taala jua pada hakikatnya tetapi tatkala mendakwa kita pada ketika berhenti di
dalam hijab akan bahawasanya segala amal kita dan perbuatan kita itu bagi kita jua. Maka
menyandarkan Allah Taala itu akan dia kepada kita dengan sekira-kira dakwa kita berbuat
kerana cuba daripada Allah Taala kepada kita apabila masuk kita kepada hadrat ihsan dan
nipislah dindinglah dinding hijab, nescaya kita lihatlah akan segala amal itu terbit ia
daripada Allah Taala pada kita. Tiada kita yang mengamalkan segala amal dan segala
perbuatan itu kemudian, maka apabila sampailah kita kepada musyahadah ini nescaya
takut kita akan tergelincir qadam kita pada barang yang telah menamakan Allah Taala
akan perbuatannya itu kepada kita, kerana setengah daripada adab itu bahawa
menyandarkan ia akan barang yang telah menamakan Allah Taala akan sesuatu kepada
kita serta pengetahuan kita dengan barang yang telah kita ketahui itu kerana
mengamalkan firman Allah Taala : ( ) ertinya barang yang mengenai akan dikau daripada
kebajikan itu maka iaitu daripada Allah dan barang yang mengenai daripada kejahatan itu
maka iaitu daripada usaha dirimu.
Syahdan : kata Syaikhuna al-Allamah Mawlana al-Syaikh Yusuf Abu Zarrah al-Misri pada
ketika tadrisnya di dalam masjid al-Haram : tiada harus mengatakan kejahatan itu
daripada Allah melainkan pada maqam talim jua.
Dan kata Syaikh Ibn Hajar di dalam Syarah Arbain pada sabda Nabi s.a.w di dalam
setengah daripada segala doa iftitah ( ) ertinya bermula kejahatan itu bukan ia
daripadamu kerana mengajari bagi adab bahawasanya tiada harus disandarkan kepada
Allah Taala segala yang menghina akan dia seperti tiada harus dikata Allah Taala itu
menjadikan anjing dan babi, jika ada yang menjadikan tiap-tiap suatu sekalipun kerana
adab. Maka tiba-tiba adalah menyandarkan perbuatan kita itu kerana menghikayatkan
akan firman Allah Taala jua.
Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Syarani q.a.s kepada syaikhnya Sayyidi Ali alKhawwas r.a ; (Soal) Apakah hakikat usaha mengena akan dia oleh Imam Ashariy itu?.
Maka jawabnya r.a : Bermula hakikat usaha itu iaitu taalluq iradah mumkin pada
memperbuat barang perbuatan ada ia maka diperoleh taqdir ilahiyy pada ketika taalluq
iradah itu maka menamai mereka itu akan yang demikian itu usaha bagi mumkin pada
makna bahawasnya mengusahakan manfaat dengan dia itu kemudian daripada sudah
berkehendak kepadanya yakni berkehendak kepada takdir ilahi.
Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Syarani q.a.s : Telah aku dengar akan dia yakni
Sayyidi Ali al-Khawas r.a segala yang lain berkata ia wajib atas hamba itu bahawa
mengetahui akan bahawasanya tiada memberi bekas sekali-kali bagi makhluk pada
memperbuat sesuatu daripada sekira-kira takwin hanya sanya baginya hukum jua
dalamnya. Maka fahamkan olehmu kerana bahawasanya kebanyakan manusia tiada dapat
membezakan ia antara hukum dan athar itu.
Berkata syaikh ia pula yakni Sayyidi Ali al-Khawas r.a, bermula kenyataan yang demikian
bahawasnya Haqq Taala itu apabila menghendaki ia mengadakan akan harakat atau
Kitab al-Duur al-Nafis

6 of 16

makna daripada segala pekerjaan yang tiada sah wujudnya melainkan pada segala
madahnya kerana mustahil bahawa berdiri ia dengan sendirinya maka mahal yang
mengzahirkan ia akan takwin pekerjaan ini yakni pekerjaan yang tiada sekali-kali baginya
itu athar dalamnya. Fafham fainnahu daqiq wa tahqiq.
Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Syarani q.a.s : Telah aku dengar saudaraku Afdal
al-Din r.a berkata ia: Tiada sekali-kali bagi mumkin ini kudrat hanya sanya baginya pada
menerima athar ilahi kepadanya jua kerana bahawasanya sifat itu yakni qudrah itu sifat
daripada ketentuan yang tunggal dengan dia Ketuhanan iaitu keadaannya yang berkuasa,
maka mengithbatkan qudrah bagi mumkin itu dakwa dengan tiada dalil. Dan lagi berkata
Syaikh Afdal al-Din r.a :Bermula kata kami ini muafakat serta Asyairah yang
mengithbatkan mereka itu bagi qudrah hamba serta menafikan perbuatan daripadanya.
Dan lagi kata Syaikh Abdul Wahhab al-Syarani q.a.s :Dan telah menyebutkan oleh
Muhyiddin Ibn Arabi r.a pada ba seratus dua puluh daripada Futuhat al-Makkiyah :
bahawasanya mengithbatkan qudrah bagi mumkin menafikan fail daripadanya itu
setengah daripada masalah yang amat sukar kerana membawa kepada keadaan fiil. Dan
lagi berkata ia Muhyiddin Ibn Arabi r.a : Dan tiada membukakan Allah Taala atasku
dengan menghilangkan lubs yakni samar pada masalah ini yakni hal keadaannya fiil pada
hal bukan fail melainkan pada malam ketika aku menyurat akan tempat ini pada tahun
633hijrah dan sanya sukar atasku mentafsilkan antara yang usaha yang mengata akan dia
kaum Ahli Sunnah dan diantar khalq yang mengena akan dia kaum mutazilah maka
mengurnia tawfiq Allah Taala akan daku dengan membukakan penglihatku atas mulamula kejadian makhluk yang tiada mendahului akan dia makhluk kerana tiada ada pada
ketika itu melainkan Allah Taala jua.
Maka firman Allah Taala :Bagiku di dalam Sirr ku tilik olehmu akan dia di sana mula-mula
kejadian makhluk adakah pekerjaan itu mewaris lubs dan hairan?. Maka sembahku,
tiada Ya Rabb. Maka firmannya bagiku seperti demikianlah barang yang engkau lihat
akan dia daripada segala yang baharu tiada bagi seseorang di dalamnya yang memberi
bekas dan tiada suatu daripada makhluk maka akulah Tuhan yang menjadikan ashya
pada sisi ashya tiada dengan asbab maka adalah daripada pekerjaanku kujadiakn nafakh
pada Isa a.s dan kujadikan takwin tair. Maka sembahku baginya ya Rabb adalah seperti
demikian itu maka tiba-tiba adalah dirimu yang engkau khitab dengan katamu perbuat
olehmu dan jagan engkau perbuat. Maka firmannya bagiku apabila aku perlihatkan akan
dikau dengan sesuatu daripada ilmuku maka lazimlah olehmu adab kerana bahawasanya
hadrat ini tiada menerima akan sangat menidak-nidaki akan perbuatan tuhan seperti
firmannya ( )
ertinya : jangan ditanya akan barang yang aku perbuat dan sekalian kamu itu yang
ditanya. Intaha.
Syahdan : Jikalau itu jua musyahadahkan in shaa Allah sampai jua ia kepada Allah Taala
kerana maqam tawhid al-afal ini maqam di bawah sekali daripada maqam arifin. Maqam
tawhid al-afal inisatu martabat seperti yang lagi akan datang in shaa Allah pada akhir
khatimah.
Syahdan : Maqam inilah yang mula-mula ia anugerahkan Allah Taala kepada orang-orang
salik atau kepada orang yang lainnya iaitu seperti orang yang majzub umpanya. Dan erti
majzub itu orang yang diambil Allah Taala dengan terkejut dirinya tahu akan mengenal
zatNya dan sifatNya dan asmaNya dan afalNya daripada tiada mengerjakan ibadat dan
tiada ditalqin daripada guru dan tiada dengan ijazah masyayikh.

Kitab al-Duur al-Nafis

7 of 16

Syahdan : Bahawasanya maqam inilah natijah al-suluk dan thamarahnya. Ertinya jadi
daripada orang salik dan buahnya. Dan erti salik itu orang yang bersungguh-sungguh ia
ijtihadnya berbuat ibadat kepada Allah dengan riyadhah ijazahkan akan dia oleh syaikhnya
kepadanya dengan tiada cedera ia pada mengerjakan akan dia dan tiada menyalahi ia
akan barang yang disuruhkan akan dia oleh gurunya daripada segala ibadah dan lainya.
Dan erti arif itu iaitu orang yang mengenal Allah Taala dan mengenal hamba lagi, dapat
ia membezakan akan antara khaliq dan makhluq dan musyahadah akan segala yang
tersebut itu. Dan maqam inilah maqam yang pertama daripada segala maqam arifin yang
menyampaikan ia kepada maqam yang di atasnya ia maqam tawhid al-asma iaitu maqam
yang kedua daripada segala maqam arifin.
TAWHID AL-ASMA
FASAL YANG KEDUA PADA MENYATAKAN TAWHID AL-ASMA
Bermula fasal yang kedua pada menyatakan tawhid al-asma ertinya mengesakan Allah
Taala pada segala nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan.
Syahdan : Bermula kaifiyat mengesakan Allah Taala pada segala asmaNya itu iaitu
seperti bahawa engkau pandang dengan mata kepalamu. Dan engkau syuhud dengan
mata hatimu bahawasanya segala asma itu sekaliannya kembali kembali ia kepada asma
Allah Taala yakni segala yang bernama di dalam alam ini sekaliannya mazhar asma itu
menuntut ia akan wujud musamma maka tiada yang mwajud itu pada hakikat hanya Allah
sendirinya jua dan wujud segala alam ini hanya khayali dan waham jua dengan
dinisbahkan kepada wujud Allah Taala. Maka sebab itulah kembali segala asma itu
kepada yang mawjud iaitu Allah swt. Dan wujud Allah Taala itu qaim ia pada segala asma
dan zahir ia dengan dia itu satu jua. Yakni segala ashya itu kezahiran dan kenyataan bagi
Zat Yang Satu jua. Dan yang zahir dengan segala ashya itu satu jua daripada tiada ittihad
dan hulul. Maha Tinggi Allah Taala daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang
amat besar sebab pun dibuat mithal oleh setengah daripada segala arif itu kerana
menghampirkan kepada faham jua.
Adapun Allah Taala itu Maha Suci dan Maha Tinggi seperti yang dimithalkan itu iaitu
seperti kaca yang bertulis setengah merah dan setengahnya kuning dan setengahnya
hijau, maka yang dihantarkan akan dia pada anatar bumi dan cahaya benderang matahari
maka betapa engaku lihat kepada benderang cahaya matahari itu tiada berpindah ia
kepadanya dan tiada bercerai ia daripada zat matahari itu serta yang demikian itu zahir ia
dengan segala sifat sekaliannya itu pada hal matahari itu satu jua. Maka bicarakan olehmu
akan mithal ini dengan bicara yang sempurna, mudah-mudahan mengasihani Allah Taala
akan dikau pada barang yang engkau dapat akan dia muafakat ia bagi barang yang kami
mithalkan akan dia itu. Setelah itu hai segala saudaraku yang arif jikalau sudah hasil
bagimu maqam ini kemudian maka tajalli Haqq Taala atasmu daripada menselang-selang
daripada dinding mazharNya dengan dua ism yang menunjukkan keduanya itu akan dikau
atas binasa segala mazharNya itu di dalam diri ahadiyyah Allah Taala.
Kata Syaikh al-Alim al-Allamah al-Nar al-Muhriqah Mawlana al-Syaikh Abdullah al-Hijazai
al-Syarqawi al-Misri r.a dalam Syarh Wird al-Bahr : Apabila tajalli Allah Taala pada
asmaNya zahir atas hambanya nescaya melihat ia akan segala akwan ini sekaliannya diri
Haqq Allah Taala. Ertinya pada sekira-kira zahir akwan itu dengan dia dan berdiri akwan
itu dengan QayyumNya dan kekalnya. Dan bahawasanya tiada akwan itu wujud sendirinya
dan lagi tiada kuasa ia pada membezakan antara suatu daripada segala akwan ini ertinya
daripada sekira-kira bahawasanya akwan iyu sekalian makhluk Allah Taala. Yakni
Kitab al-Duur al-Nafis

8 of 16

mazharnya dan tempat bersandar kepadaNya. Dan lagi memandang akan Allah Taala
dengan hakikat bagi segala akwan itu seperti firman Allah : ( ) ertinya barang dimana ada
kamu maka adalah di sana wujud Allah, yakni barang kemana engkau hadapkan akan
mukam kamu atau hati kamu atau roh kamu atau akal kamu adalah di sana wujud Allah.
Syahdan : Ketika itulah terkadang keluar syatah daripada lidah hamba itu yakni
mengeluarkan perkataannya yang tiada ada redha oleh syarak, maka iaitu bahaya
musyahadah inilah kerana terdinding ia daripada memandang akwan ini dengan sebab
memandang wujud Allah Taala Yang Mutlaq. Seperti kata Syaikh Abdul Karim al-Jili q.a.s :
Bermula terdinding hamba daripada memandang makhluk dengan sebab memandang ia
akan Haqq Taala, maka menjadikan hamba itu sifat tiada yang mawjud di dalam wujud ini
melainkan wujud Allah Taala. Bermula yang demikian itu kerana adalah banyakknya dan
ghaibnya seperti barang yang telah jatuh bagi Hallaj, maka perkataan orang yang mabuk
itu tiada boleh diperpegang. Intaha.
Maka sebab itulah, kata Sultan al-Awliya Mawlana al-Syaikh Abdul Qadir al-Jaylani q.a.s :
Jikalau Hallaj itu ada ia daripada masaku nescaya aku ambil akan dia dengan tanganku
yakni aku tegahkan akan orang yang hendak membunuh dia itu. Intaha.
Bermula yang pertama daripada dua ism seperti ismNya Jami : ertinya yang
menghimpunkan, iaitu menghimpunkan bagi sekalian mazhar ini iaitu syuhud al-kathrah fi
al-wahdah yakni dipandang yang banyak pada Yang Satu. Muradnya sekalian alam ini
daripada Zat Allah Taala satu jua tiada daripada yang lain.
Dan yang kedua daripada dua ism seperti ismNya Mani : ertinya yang menegahkan
dengan zatnya itu bagi segala mazharnya iaitu zahir ia daripada yang lainnya. Bermula
muradnya itu daripada zat Allah Taala jua terbitnya sekalian alam ini tiada daripada
lainnya iaitu syuhud al-wahdah fi al-kathrah yakni pandang Yang Satu daripada yang
banyak. Ertinya daripada Zat Allah Taala jua terbitnya sekalian alam ini.
Maka adalah hasilnya dalalah dua ism terhimpun sekalian alam ini kepada Allah Taala dan
tertegah daripada lainnya yakni permulaan daripada Allah Taala jua dan kesudahannya
pun kembali kepada Allah Taala jua seperti firman Allah Taala : ( ) ertinya dan bagi Allah
Taala jua permulaan segala pekerjaan dan kepadanya dikembali mereka itu. Setelah itu,
maka apabila engkau pandang bahawasanya yang menyuruh itu daripada Allah jua dan
yang zahir pada hamba itu mazhar ismNya yang bernama Karim jua dan demikian lagi
apabila engkau lihat akan seorang yang sabar ia daripada penyakitnya, maka engkau
syuhud dan engkau pandang bahawasanya yang sabar itu daripada Allah Taala jua. Dan
ada pada hamba itu mazhar ismNya yang bernama Sabur. Kerana Karim dan Sabur itu
keduanya ism Allah Taala dan seperti demikian itulah tiap-tiap orang yang bernama
dengan barang yang nama ada ia. Maka adalah sekalinnya engkau syuhud dan engkau
pandang mazhar asma Allah Taala jua.
Syahdan : Kata setengah daripada Arif bi Allah: Tiada bagi Allah Taala itu sifat yang
berdiri kepadanya dan yang bertambah ia atasnya segala sifat maani.. Hanya sanya yang
ada baginya itu asma jua. Mengambil dalil mereka itu dengan dua dalil : Suatu
daripadanya Naqli iaitu al-Quran dan Hadith kerana tiada datang di dalam Quran dan
Hadith mengatakan bahawasanya Allah Taala itu bersifat dan hanya sanya yang datang
dalam Quran dan Hadith itu asma jua. Seperti firman Allah : ( ) ertinya bagi Allah Taala itu
beberapa nama yang baik maka minta doalah kamu kepadanya dengan Dia. Maka yang
demikian menentukan Allah Taala akan dirinya dengan nama jua tiada bersifat. Dan lagi
sabda Nabi s.a.w ( ) ertinya : Dan hanya sanya yang kamu seru itu Tuhan Yang Mendengar

Kitab al-Duur al-Nafis

9 of 16

lagi Amat Melihat lagi Yang Berkata-kata pada hal ia serta kamu barang di mana ada
kamu.
Dan kedua daripadanya dalil aqli iaitu pada akal bahawasanya Allah Taala itu jikalau ada
Ia bersifat nescaya adalah ia majhul kerana tiada yang disifatkan itu melainkan yang
majhul. Bermula Allah Taala itu terlebih marifah daripada segala marifah tiada
berkehendak ia kepada sifat yang mengenal dia iaitu Maha Suci Allah Taala itu daripada
bersifat dengan sebab makna yang demikian itu. Dan lagi pula betapa disifatkan Allah
Taala itu pada hal ia menyucikan diriNya daripada bersifat itu dengan nas Quran dan
Hadith yang tersebut itu.
Syahdan : Maqam inilah yakni maqam tawhid al-asma : maqam yang kedua daripada
segala maqam arifin yang dianugerahkan Allah Taala kepada segala orang yang salik
atau kepada lainnya seperti majzub umpamanya. Dan maqam inilah natijah, ertinya
faedah dan thamarah maqam yang pertama iaitu maqam orang yang sentiasa
memandang wahdah al-afal dan ialah yang menyampaikan akan dikau kepada maqam
yang di atas iaitu tawhid al-sifat, iaitu maqam yang ketiga daripada segala arifin.
TAWHID AL-SIFAT
FASAL YANG KETIGA PADA MENYATAKAN TAWHID AL-SIFAT
Bermula fasal yang ketiga pada menyatakan tawhid al-sifat yakni mengesakan Allah Taala
pada segala sifat yang berdiri ia pada Zat Allah, iaitu ibarat daripada fana segala sifat
makhluk sama ada sifat diriNya atau lainnya sekaliannya itu fana ia di dalam sifat Allah.
Bermula kaifiat memandang dan musyahadahkan yang demikian itu iaitu seperti bahawa
engkau pandang dan engkau musyahadahkan dengan matahatimu dan dengan iktikadmu
bahawasanya segala sifat yang berdiri ia kepada zatNya itu iaitu seperti qudrah dan
iradah dan ilm dan hayat, sama dan basar dan kalam sekaliannya itu sifat Allah Taala
kerana ini kepada makhluk atas jalan majaz jua tiada pada hakikatnya. Dan hanya sanya
segala sifat yang tersebut itu engkau lihat ada ia berdiri pada segala makhluk itu iaitu
mazharnya sifat Allah Taala jua. Maka apabila tahkiklah memandangmu dengan demikian
itu nescaya fanalah segala sifat makhluk itu di dalam sifat Allah Taala. Yakni, tiada
mendengar ia melainkan dengan pendengar Allah Taala, dan tiada melihat ia melainkan
dengan penglihat Allah Taala, dan tiada tahu melaikan dengan tahu Allah Taala, dan tiada
hidup melainkan dengan hayat Allah Taala, dan tiada berkata-kata ia melainkan dengan
kalam Allah Taala jua hingga yang lain daripada segala sifatnya sekaliannya itu dengan
sifat Allah Taala jua.
Bermula dalil yang menunjukkan atas bahawasanya tiada bagi hamba itu mempunyai
sekalian sifat ini dan yang ada bagi hamba itu mazhar sifat Allah Taala jua iaitu firman
Allah Taala di dalam hadith qudsi : ( ) ertinya tiada menghampirkan oleh segala orang
yang menghampirkan dirinya kepada aku dengan seumpama mengerjakan barang yang
aku fardhukan atas mereka itu dan sentiasa hamba aku menghampirkan dirinya kepada
aku itu dengan mengerjakan segala ibadat yang sunat hingga aku aksih akan dia, maka
apabila aku kasih akan dia nescaya adalah aku pendengarnya yang mendengar ia dengan
dia dan penglihatnya yang melihat ia dengan dia dan lidahnya yang berkata-kata ia
dengan dia dan tangannya yang memegang ia dengan dia dan kakinya yang berjalan ia
dengan dia dan hatinya yang cinta ia dengan dia.
Syahdan : Bermula tajalli sifat itu bahawa engkau pandang akan Haqq Taala itu
bahawasanya hamba mendengar itu dengan Allah, maka fanalah daripada segala
keadaan mendengar ia dengan dirinya. Kemudian, maka apabila tetaplah tajalli sifat Yang
Kitab al-Duur al-Nafis

10 of 16

Satu itu daripada hatimu maka engkau pandang pula akan sifat yang lainnya hingga habis
segala sifat itu dengan tadrij ertinya satu. Kemudian, maka satu seperti basar dan kalam
dan iradah dan ata dan man maka tiada dipandangnya dirinya yang bersifat dengan
demikian itu hanay menerima daripada Allah Taala jua. Kemudian daripada sudah hapus
segala sifat yang lainnya itu maka tajalli ia pula atasmu, maka engkau pandanglah akan
dia bahawasanya ia jua yang bersifat hayy maka hapuslah hayat itu daripada dirimu,
maka nyatalah bahawasanya tiada yang hidup hanya Allah Taala jua. Maka apabila
hasillah bagimu maqam fana ini, pada ketika itu maka jadilah engkau baqa bi sifat Allah,
maka beroleh kemenanganlah engkau pada ketika itu dengan mengenal, maka kenallah
engkau akan dia dengan pengenal yang layak dengan sempurnaanNya, dan jadilah
engkau pada ketika itu fana fi sifat Allah dan baqa bi sifat Allah. Dan memberitahu Allah
akan dikau pada ketika itu akan segala rahsia sifatnya yang mulia itu.
Syahdan : Pada maqam al-baqa yakni maqam tawhid al-sifat inilah kesudahan yang
diharap dan dimaksudnya dan yang dicita dan yang dituntut dan pada maqam tawhid alsifat inilah kesudahannya sampai daripada kebanyakan daripada segala anbiya dan
awliya dan tiada yang melampaui akan maqam ini melainkan Nabi kita Muhammad s.a.w
jua dan barang yang ada anbiya dan awliya yang di bawah qadamnya.
Syahdan : Faedah tajalli itu memandang ia akan sifat dengan tadrij : ertinya satu
kemudian, maka satu kerana setengah daripada tajalli sifat ini terlebih keras daripada
setengah yang lainnya dan lagi pula supaya tamakkun dan tetap ia dengan yang satu itu.
Manakala tammakun dan tetap ia dengan yang satu itu nescaya hasillah daripada kuat
bertambah-tambah supaya dapat ia menanggung akan tajalli zat kerana tiada kuasa
seseorang menanggung akan tajjali zat itu sebelum lagi tamakkun dan tetap pada tajalli
segala sifat itu di dalam hati. Maka apabila sampailah seorang itu kepada maqam ini
nescaya jadilah ia khalifah Allah Taala di dalam bumi ini dan menjadikan Allah akan dia itu
seperti ganti pada meluaskan segala hukumnya pada segala hambanya seperti Nabi Allah
Adam a.s menjadi khalifah pada segala alam ini, seperti firaman Allah : ( ) ertinya dan
tatkala berfirman tuhanmu bagi segala malaikat ; bahawasanya aku hendak menjadikan di
dalam bumi itu seorang khalifah yakni yang mengganti akan daku pada meluaskan pada
hukumku di dalam bumi maka tiada menjadikan ia pada khalifahnya melainkan bahawa
mencari akan dia segala asma sekaliannya, seperti firman Allah : ( ) ertinya dan telah
mencari Allah akan Nabi Allah Adam a.s akan segala asma ada nyata ataupun
tersembunyi dengan pengajaran daripada Allah Taala kerana jadi khalifahnya seperti kata
setengah arifin bi Allah : ( ) barangsiapa mengenal ia akan Allah Taala dengan sebenarbenar pengenal, nescaya tiada terlindung atasnya sesuatu jua pun, dan lagi
menganugerahi Allah akan dia itu ilm ladunni : iaitu ilmu yang diilhamkan Allah Taala
kepada hati hambanya dengan tiada wasitah mengambil talqin daripada masyayikh : iaitu
ilmu yang tetap yang tiada boleh hilang dan lupa. Maka orang yang mempunyai ilmu itu
dinamakan alim yang sebenar seperti kata Abu Yazid al-Bistami q.a.s dan lainnya :
Bukannya orang alim itu orang yang menghafazkan ilmunya daripada kitab, apabila lupa
ia akn barang yang dihafazkan itu maka jadilah ia jahil. Dan hanya sanya orang yang alim
itu iaitu orang yang mengambil akn ilmu daripada tuhannya barang waktu yang
dikehendakinya dengan tiada sebab hafaz dan daras, maka orang itulah yang dinamakan
al-alim al-rabbani dan orang itulah yang diisyaratkan di dalm firman Allah : ( ) ertinya dan
kami akan dia akan ilmu daripada kami, yakni dengan tiada wasitah dengan belajar. Dan
setengah ilmu itu dengan wasitah belajar kepada makhluk kepada yang demikian itu tiada
dinamakan dia ilm ladunni tetapi ilm ladunni itu yang terbuka sirr hati daripada tiada
Kitab al-Duur al-Nafis

11 of 16

sebab yang menghasilkan akan dia pada kharij. Kata Abu Yazid al-Bistami q.a.s pbagi
segala ulama zahir pada masanya : ( ) ertinya kamu ambil akan ilmu kamu hai ulama alzahir hal keadaannya mayyit daripada mayyit dan kami ambil akan ilmu kami itu daripada
Tuhan Yang Hidup yang tiada mati. Intaha. Demikianlah hasil yang disebutkan oleh Imam
al-Ghazzali di dalam Ihya Ulum al-Din.
Adapun pada maqam inilah meiahat ia pada segala perkara sekaliannya sama ada ia zahir
atau batin dan terbuka baginya segala hakikat sesuatu dengan cahaya yang nyata yang
menganugerahi Allah Taala akan dia. Tiada terlindung atasnya seberat zarah jua pun
daripada segala alam ini dengan barang yang muafakat dengan hal mereka itu dan
anugerahnya itu iaitu tiada dapat seorang jua pun menegahkan dia seperti yang tersebut
di dalam Quran, firmanNya : ( ) ertinya sekaliannya kami anugerahi mereka itu dan
mereka itu daripada pemberian tuhanmu itu tiada tertegah. Dan lagi pula maqam ini
mendengar ia segala seru sama ada seru itu dengan lidah yang zahir atau dengan lidah
yang batin, iaitu ibarat daripada khatr hati sama ada ia pada tempat yang jauh atau
hampir jua, jikalau balik Jabal Qaf sekali pun yang seru itu nescaya didengarnya jua kerana
padanya itu hampir jua sekaliannya itu.
Dan warid daripada hadith bahawasanya sekalian alam ini pada awliya Allah itu seperti
qadam jua dengan semata-mata anugerah Allah Taala dan rahmatNya, maka bersungguhsungguhlah engkau hai saudaraku menuntut yang demikian itu supaya dapat engkau akan
dia. Dan bersungguh-sungguhlah engkau pada minta doa kepada Allah Taala kerana Allah
swt itu memperkenankan pinta orang yang meminta, seperti firman Allah Taala : ( )
ertinya mintalah olehmu kepada aku nescaya aku perkenankan bagimu.
Syahdan : Yang bersalahan ulama pada segala sifat itu : adakah dia diri zat atau lain
daripadanya? Kata ulama usul al-din yakni ahli al-sunnah wa al-jamaah r.a bahawasanya
segala sifat ini sekaliannya qadim seperti zatNya jua, dan QidamNya pun dengan Qidam
Zat jua. Dan WujudNya pun dengan Wujud Zat jua, yakni tiada boleh tanggal daripadanya
tetapi adalah ia makna yang berdiri kepada zat tiada yang lain daripada zat. Lagi
bertambah atas qawl ini dalah Allah Taala Qadir bi Qudratih, Murid bi Iradatih, dan Alim bi
Ilmih, dan Hayy bi Hayatih, dan Sami bi Samih, dan Basir bi Basarih, dan Mutakallim bi
Kalamih.
Dan kata ulama al-Tasawwuf yakni arifin bi Allah q.a.s : Bahawasanya segala sifat itu diri
mawsuf , tiada lain daripadanya dan tiada bertambah atasnya. Tetapi adalah ia mawsuf
yakni diri zat maka qawl ini adalah : Allah Qadir bi Zatihi, dan Murid bi Zatih, dan Alim bi
Zatih, dan Sami bi Zatih, dan Basir bi Zatih, dan Mutakallim bi Zatih, tiada lainnya.
Dan kata Syaikhuna al-Arif bi Allah Mawlana Siddiq bin Umar Khan, tilmiz al-Marhum alQutb al-Rabbani Mawlana al-Syaikh Muhammad bin Abdul Karim al-Sammani al-Madani
r.a : Bermula qawl yang menatakan bahawasanya sifat itu diri mawsuf tiada lain
daripadanya maka atas jalan kasyaf dan musyahadah kerana qawl ini thabit pada mereka
yakni ahli al-Tasawwuf pada jalan kasyaf dan musyahadah kerana mereka itu sentiasa
musyahadahkan Allah, maka dibukakan oleh Allah Taala akan mereka itu dinding sifatnya,
maka tiada dilihatnya dan didapatinya oleh mereka itu akan sifat itu berdiri berdiri kepada
makna qaim ia kepada zat, dan hanya yang dillihat dan didapat oleh mereka itu sifat itu
berdiri berdiri kepada zat jua. Dan lagi pula mengambil mereka itu dengan akal, jikalau
bahawasanya siaft itu lain daripada mawsuf nescaya adalah Allah Taala itu majhul yang
berkehendak kepada sifat yang mengenalkan dia. Maha suci Alalh daripada yang demikian
itu, tetapi adalah terlebih marifah daripada yang marifah.

Kitab al-Duur al-Nafis

12 of 16

Bermula qawl yang mengatakan bahawasnya siaft itu lain daripada zat dan algi
bertambah ia atasnya, maka atas jalan akal dan iktikad. Iaitu terupa ia pada pihak akal
kerana ia ism musytaqq. Maka bagi tiap-tiap ism musytaqq itu tiada dapat baginya
daripada musytaqq minhu iaitu seperti Qadir umpamanya. Maka iaitu ism musytaqq
ertinya yang diterbitkan, maka tiada dapat tiada baginya itu daripada musytaqq minhu
yang diterbitkan daripadanya iaitu qudrah yakni bahawasanya Qadir itu ism fail
diterbitkan daripada masdar iaitu qudrah. Maka Qudrah itu iaitu sifat lain daripada zat
tetapi tiada baginya wujud sendirinya. Hanya wujudnya itu dengan tiada tanggal ia
daripadanya dan qidamnya pun dengan qidam zat jua. Dan lagi pula terupa yang demikian
itu pada iktikad kita selama lagi sampai kepada maqam mukafahah yakni berhadapan dan
musyahadah yakni berpandangan. Adapun jikalau sudah sampai kepada maqam
mukafahah dan musyahadah, maka tiada dilihat di sana sifat ini lain daripada suf. Intaha.
Dimisalkan seperti seorang orang yang di Jawi umpama dikhabarkan oleh seseorang akan
akan dia Hajar al-Aswad itu seperti yang disifatkan oleh orang yang pada akalnya tatkala
selama ia melihat dia sebab ada berdiri hitam itu kepadanya, maka dikata ia yang hitam
maka jazamlah pada iktikadnya dengan yang demikian itu kerana tiada dapat sekali-kali
dirupakan oleh akal. Dikatakan yang hitam itu jikalau tiada berdiri hitam kepadanyalah,
maka dikata ia yang hitam maka tatkala sampailah ia ke negeri Makkah umpama
terpandanglah ia dengan dia dan dilihatlah akan hakikatnya sebenarnya jua Hajar alAswad itu yang hitam seperti yang dikhabar oleh orang itu jua. Maka hilanglah pada ketika
itu iktikadnya yang mengatakan hitam itu berdiri kepada Hajar al-Aswad tetapi yang hitam
itulah zat Hajar al-Aswad tiada lainnya. Fafham wa al-salam.
Soal : Jika ditanya orang apa perbezaan mazhab ahl al-Tasawwuf ini dengan mazhab
Mutazilah?
Jawab : Bahawasanya mazhab Mutazilah yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri zat
tiada lain daripadanya dan tiada bertambah atasnya itu, iaitu iktikadkannya dengan
ittihad : ertinya bersuatu iaitu seperti bahawa ada bagi zat itu wujud istiqlal. Dan ada bagi
sifat wujud istiqlal maka dicampurkan keduanya itu menjadi satu seperti bercampur sakar
nabat dengan air. Maha Tinggi Allah Taala daripada sangka Mutazilah yang bidah fasiq
itu dengan ketinggian yang amat besar.
Syahdan : Bahawa maqam tawhid al-sifat inilah maqam yang tetap dan rasikh maka
tatkala sudah habis segala tajalli sifat itu di dalam hati maka dianugerahkan Allah Taala
akan dia pada ketika itu quwwah yang dapat ia menanggung akan tajalli zat, jika
dikehendaki Allah Taala maqam inilah yang menyampaikan orang arif itu kepada maqam
yang di atasnya iaitu maqam tawhid al-zat. Inilah maqam yang keempat daripada segala
maqam arifin. Wa al-salam.
TAWHID AL-ZAT
FASAL YANG KEEMPAT PADA MENYATAKAN TAWHID AL-ZAT
Bermula fasal yang keempat pada menyatakan tawhid al-zat : ertinya mengesakan Allah
Taala pada zat dan maqam inilah yang setinggi-tinggi maqam tiada lagi diatasinya
maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadaNya dan kepadaNya
kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orang yang arif dan kepadanyalah
perhentian perjalanan mereka itu. Kepadanyalah diperoleh lazat yang terlintas pada hati
manusia dan kepadanyalah sehingga-hingga dan sehabis-habis sampai pengetahuan
segala makhluk dan kepada maqam diatasinya daripada ini tiada siapa dapat
pengetahuan akan dia hingga Nabi mursal dan malaikat yang muqarrabin sekalipun tiada
Kitab al-Duur al-Nafis

13 of 16

sampai kepada iaitu maqam kunhi zat Allah Taala, seperti firman Allah Taala : ( ) yakni
dipertakuti Allah Taala daripada sampai marifahmu akan kunhi zatNya. Dan lagi sabda
Nabi s.a.w : ( ) yakni sekalian kamu mendapat akan kunhi zat Allah Taala ahmaq : ertinya
tiada mendapat kunhi zatNya sekali-kali.
Kata Syaikh Abdul Wahhab al-Syarani q.a.s di dalam kitab al-Jawahir wa al-Durar daripada
menterjemahkan kata syaikhnya Sayyidi Ali al-Khawas r.a : Bermula akan hanya Haqq
Taala itu tiada merasai dan mendapat akan dia oleh seseorang jua pun daripada segala
makhluknya kerana bahawasanya Allah Taala itu bukan ia ain yang dihukumkan akan dia
oleh akal dan bukan ia ain yang dihukunkan oleh syuhud hati dan mata tetapi adalah ia
itu dibalik yang demikian itu. Maka bukan ia ain yang dikenal oleh mereka itu akan dia
dan bukan ia ain yang dijahilkan oleh mereka itu akan dia. Dan barangsiapa yang
mengetahui akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan Zat
Yang Suci lagi ghaib iaitulah ain yang disyuhud dan iaitulah ibadat yang sempurna.
Wa Allahu Alam.

SYEIKH MUHAMMAD NAFIS AL-BANJARI

Muhammad Nafis bin Idris bin Husein, demikianlah nama lengkapnya, ia lahir sekitar tahun 1148
H.11735 M., di kota Martapura, sekarang ibukota Kabupaten Banjar, Kalimantan Selatan, dari keluarga
bangsawan atau kesultanan Banjar yang garis silsilah dan keturunannya bersambung hingga Sultan
Suriansyah (1527-1545 M.) Raja Banjar pertama yang memeluk agama Islam, yang dahulu bergelar
Pangeran Samudera.
Silsilah lengkapnya adalah: Muhammad Nafis bin Idris bin Husein bin Ratu Kasuma Yoeda bin
Pangeran Kesuma Negara bin Pangeran Dipati bin Sultan Tahlillah bin Sultan Saidullah bin Sultan
Inayatullah bin Sultan Mustain Billah bin Sultan Hidayatullah bin Sultan Rahmatullah bin Sultan
Suriansyah.
Muhammad Nafis hidup pada periode yang sama dengan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Dan
diperkirakan wafat sekitar tahun 1812 M. dan dimakamkan di Mahar Kuning, Desa Binturu, sekarang
Kitab al-Duur al-Nafis

14 of 16

menjadi bagian desa dari Kecamatan Kelua, Kabupaten Tabalong. Dan sekarang makam tersebut
menjadi salah satu objek wisata relijius di Kabupaten Tabalong, Kalimantan Selatan.
Tidak ada catatan tahun yang pasti kapan ia pergi berangkat menuntut itmu ke tanah suci Makkah.
Diperkirakan ia pergi menimba ilmu pengetahuan ke tanah suci Makkah sejak usia dini dan sangat
muda, sesudah mendapat pendidikan dasar-dasar agama Islam di kota kelahirannya, Martapura. Di
kemudian had, didapati ia belajar dan menuntut ilmu agama Islam di kota Makkah, sebagaimana ia
tuliskan dalam catatan pendahuluan pada karya tulisnya ad-Durrun Nafis (.. dia yang menulis
risalah ini yaitu, Muhammad Nafis bin Idris bin al-Husein, yang dilahirkan di Banjar dan hidup di
Makkah).
Juga tidak terdapat informasi dan catatan tentang apakah ia di Makkah dan Madinah belajar bersama
Abdussamad al-Falimbani, Muhammad Arsyad al-Banjari dan rekan-rekan mereka yang lainnya, tetapi
besar kemungkinan masa belajar Muhammad Nafis di Haramain bersamaan dengan masa belajar
Abdussamad al-Falimbani,Muhammad Arsyad al-Banjari dan rekan-rekan mereka yang lainnya.
Kesimpulannya, dengan melihat daftar nama-nama guru Muhammad Nafis al-Banjari besar
kemungkinan mereka belajar bersama pada satu masa atau masa yang Iain. Sebagaimana kebiasaan para
ulama Jawi (Indonesia/Asia Tenggara) abad ke 17 dan ke 18, ia belajar dan menuntut ilmu pengetahuan
keislaman kepada para ulama yang terkenal di dunia Islam pada masa itu, baik yang menetap maupun
yang sewaktu-waktu berziarah dan mengajar di Haramain, Makkah dan Madinah, dalam berbagai bidang
ilmu pengetahuan Islam, terutama tafsir, hadits, fiqih, tauhid dan tasauf.
Di antara guru-gurunya yang tercatat dalam bidang ilmu tasauf di Haramain adalah:
1. Syeikh Abdullah bin Hijazi asy-Syarqawi al-Azhari.
2. Syeikh Shiddiq bin Umar Khan.
3. Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Samani al-Madani.
4. Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Aziz al-Maghribi.
5. Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Jawhari.
6. Syeikh Yusuf Abu Dzarrah al-Mishri.
7. Syeikh Abdullah bin Syeikh Ibrahim al-Mirghani
8. Syeikh Abu Fauzi Ibrahim bin Muhammad ar-Rais az-Zamzami al-Makki.
Karena kegigihannya dalam mempelajari ilmu tasauf Muhammad Nafis akhirnya berhasil mencapai
gelar Syeikh al-Mursyid, yaitu seorang yang memahami, mengerti, mengamalkan serta mempunyai
ilmu yang cukup tentang tasauf, gelar yang menunjukkan bahwa ia mampu dan diperkenankan serta
diberi izin untuk mengajar tasauf dan tarekatnya kepada orang lain.
Karena seringnya melakukan dakwah ke pedalaman ia hanya sempat mengarang sedikit kitab. Yang
sampai sekarang yang terlacak hanya dua buah kitab saja yaitu:

Kitab al-Duur al-Nafis

15 of 16

1. Kanzus Saadah. Yaitu kitab yang berisi tentang istilah-istilah ilmu tasauf. Kitab ini belum
pernah dicetak masih berupa manuskrip.
2. Ad-Durrun Nafis. Yaitu kitab yang berisi tentang pengesaan perbuatan, nama, sifat dan zat
Tuhan.
Kitab ad-Durrun Nafis yang pada mulanya dikarang hanya untuk memenuhi permintaan kawan-kawan,
namun pada akhirnya banyak diminati dan tersebar luas ke pelosok Nusantara bahkan sampai negaranegara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.
Menurut seorang yang kasyaf mengatakan bahwa kitab ad-Durrun Nafis berisi bagian dari ilmu para
wali Allah, barangsiapa mempelajarinya, maka ia akan dicatat oleh para wali sebagai bagian dari
mereka. Ini merupakan salah satu karamah dari penyusunnya yaitu Syeikh Muhammad Nafis.
Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari, seperti kebanyakan ulama Melayu-Indonesia lainnya, mengikut
Madzhab Syafii pada bidang fikih dan Asyariyyah pada ilmu tauhid ia juga menggabungkan diri
dengan Tarekat Qadiriyyah, Syattariyyah, Samaniyyah, Naqsyabandyyah dan Khalwatiyyah.
Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari seperti ulama-ulama sufi lainnya, ia juga mendapat tantangan dari
orang-orang yang tidak sependapat dengan ajaran tasaufnya. Namun tidak sehebat ta ntangan terhadap
Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatrani. Dalam perkembangan mutakhir
golongan sufi dunia Melayu cukup sering dibicarakan.
Di satu pihak kitab itu dilarang atau diharamkan menggunakannya, di pihak lain ternyata lebih banyak
surau ataupun masjid serta di rumah-rumah orang yang mengajarkannya. Bahkan KH. Haderanie HN.,
seorang ulama di Surabaya berusaha menyalin ke dalam huruf latin kitab tersebut, yang diberi kata
sambutan oleh seorang ulama dan tokoh atau ahli politik Islam Indonesia, KH. Dr. Idham Chalid. adDurr an-Nafis yang disalin ke dalam huruf latin itu diberi judul Ilmu Ketuhanan Permata Yang Indah
(ad-Durrun Nafis). Juga kitab ad-Durrun Nafis telah disalin secara lengkap ke dalam huruf latin dan
diberi catatan kaki serta diberi indeks untuk kemudahan menelaahnya oleh Tim Sahabat Kandangan.
Kitab ad-Durrun Nafis latin tersebut menjadi bagian dari buku Manakib Syeikh Muhammad Nafis alBanjari.

Kitab al-Duur al-Nafis

16 of 16

You might also like