You are on page 1of 4

Pernyataan Masalah

Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan


masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya
pensyarah akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan.
Penyelidik tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin
dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa
kajian berkenaan perlu dijalankan.
Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual
yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen
dan soal selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan?
Berikut diterangkan cara menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk
Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam Pendidikan Sains. Ia merupakan suatu
penyelidikan berbentuk kajian tinjauan.
Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam
kontek penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.
Kedua : Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang
mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan
kelebihan kepada pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya.
Penyelidik perlu menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar
negara yang berkaitan.
Ketiga : Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan
isu/masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang
dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan.
Keempat : Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan
senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah
kita perlu menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang diperoleh dari
penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah sesuatu yang boleh menghasilkan
kejayaan selepas kajian dilaksanakan.
Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang
disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting
dijalankan dari perspektif penyelidik.
Isu keprihatinan/ Fokus Kajian

Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar.

Menghuraikan isu/ masalah berkenaan.

Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti senaraikan.

OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian)

Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian)

Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah
dibuktikan dengan kaedah saintifik/ alat kajian.

Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah,


teknik, pendekatan,aktiviti, program)

Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang


dipilih (Lihat alat kajian yang digunakan).

Gunakan perkataan peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar,


menghasilkan penulisan..

KUMPULAN SASARAN
Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut:
bilangan, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.
PELAKSANAAN KAJIAN
1. Perancangan langkah-langkah tindakan
2. Perancangan cara mengumpul data
3. Perancangan cara menganalisis data
Perancangan langkah-langkah tindakan

Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan.

Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci.

Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses


menjalankan aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan.

Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika melaksanakan


tindakan/ intervensi.

Perancangan cara mengumpul data

Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan.

Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii,


iii,iv).

Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1 supaya boleh
membuat triangulasi.

Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian digunakan untuk mendapatkan


data.

Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah kajian

Perancangan cara menganalisis data

Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii,


iii,iv).

(Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa).

Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh pemerhatian,


analisis dokumen, temu bual, soal selidik dll.

Buat kesimpulan setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus
kajian/ isu keprihatinan).

Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil) Rumusan


penyelidik.

*Tidak perlu ada dalam proposal penyelidikan.


PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
a. JADUAL PELAKSANAAN KT
Paparkan jadual pelaksanaan menjalankan penyelidikan tindakan.
i. Jadual (Bil, aktiviti, tarikh)
ii. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal 5 hari
iii. Menentukan Objektif/ soalan kajian 1 hari
iv. Merancang tindakan 3 hari
v. Melaksanakan tindakan 8 hari
vi. Menganalisis tindakan 2 hari
vii. Membuat refleksi 1 hari
viii. Menulis laporan kajian 10 hari
ix. Pembentangan dapatan kajian 2 hari
b. KOS KAJIAN

Sediakan dalam bentuk jadual:

Bil. ,Harga se unit, Bilangan unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan

Pengangkutan (Jika perlu)

Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian.

TINJAUAN LITERATUR

Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program yang berkaitan


dengan soalan-soalan/ objektif kajian

Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif kajian

Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk kajian, sampel


kajian, alat kajian, kaedah analisis dan dapatan kajian

Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan kajian


yang dijalankan (tepat)

You might also like