You are on page 1of 1

TAFSIRAN.

Data yang dikumpulkan oleh saya dapat digambarkan melalui graf bar
mudah. Saya memilih graf bar mudah ini kerana ia terdiri daripada beberapa
bar yang dilukis secara menegak. Tinggi bar menunjukkan kuantiti sesuatu
data. Graf di atas menunjukkan punca pencemaran udara yang berlaku di
kawasan Bandar Rinching . Secara keseluruhannya, pembakaran terbuka
telah menjadi pilihan utama penduduk iaitu 37 % dan juga dikenali sebagai
graf bar yang paling tinggi. Hal ini demikian kerana, sikap sesetengah
penduduk yang tidak prihatin dan peka terhadap alam sekitar . Selain itu,
sebilangan penduduk juga ini menghapuskan sampah sarap dengan cara
yang mudah . Bukan itu sahaja , pembakaran bahan-bahan buangan
pembinaan dan pokok-pokok untuk tujuan pembangunan kawasan
perumahan juga menjadi punca berlakunya pembakaran terbuka..
Tambahan pula, aktiviti perkilangan tidak begitu menjadi pilihan responden
iaitu hanya 11% dan juga dikenali sebagai graf bar yang paling rendah. Hal
ini diperkatakan begitu kerana, penduduk berpendapat bahawa kawasan
Bandar Rinching adalah suatu kawasan perumahan sedangkan yang hanya
mempunyai dua buah kilang sahaja. Selain itu,kebanyakkan kilang
menjalankan aktiviti memproses semula bahan mentah sahaja. Akhir sekali,
anggapan orang ramai terhadap kualiti pencemaran udara daripada aktiviti
perkilangan seperti kilang memproses minyak Bandar Rinching adalah
rendah . Perbezaan antara yang tertinggi dan terendah adalah 5
responden.Seramai 6 orang responden iaitu 32% telah memilih asap
pencemaran. Seterusnya, seramai 4 orang responden iaitu 21 % telah
memilih pembinaan bangunan baru. Secara kesimpulannya, pembakaran
terbuka telah menyumbang kepada punca pencemaran udara di kawasan
Banar Rinching.

You might also like