Professional Documents
Culture Documents
Menulis Karangan Pengajian Am
Menulis Karangan Pengajian Am
Menulis Karangan Pengajian Am
PANDUAN UMUM
1. Sebelum menulis karangan, para calon perlu membuat keputusan tentang
tajuk karangan yang hendak dipilih.
2. Pemilihan sesuatu tajuk haruslah berdasarkan sejauh manakah pengetahuan
calon tentang isu yang menjadi tajuk dalam sesuatu soalan.
3. Hal ini penting supaya calon tidak buntu dalam mencari isi-isi karangan yang
boleh mengganggu kelancaran penulisan karangan kelak.
4. Calon-calon perlu mempertimbangkan setiap maklumat tentang isu yang
diperkatakan secara mendalam.
5. Maklumat-maklumat itu merangkumi fakta, data, dan contoh yang benar dan
logik.
6. Setelah calon yakin dapat menguasainya ditambah pula tajuk itu sesuai
dengan keupayaan diri calon, maka pilihlah tajuk berkenaan.
FORMAT PENULISAN
1. Karangan Pengajian Am wajib mengikut format iaitu mengandungi tiga
bahagian:
Pendahuluan (Perengan 1)
Isi (Perenggan 2-6)
Penutup (Perenggan 7).
2. Ada 7 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan.
Perenggan kedua hingga perenggan keenam untuk idea dan huraian.
Perenggan ketujuh untuk kesimpulan/penutup.
3. Maksimum jumlah perkataan adalah 350 patah perkataan. Latih diri anda
semasa membuat latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira
jumlah perkataan purata dalam satu baris (bergantung kepada saiz penulisan)
darabkan dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 350 patah
perkataan.
4. Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap
adalah selama 40 minit. Oleh itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang
masa sepatutnya.
a. Bentuk Soalan
Soalan karangan Pengajian Am boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu:
Pernyataan soalan
Kehendak soalan
Contoh:
"Gagasan Satu Malaysia adalah pelengkap kepada pendekatan-pendekatan
sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia.(PERNYATAAN SOALAN) Huraikan kepentingan perpaduan dan
usaha-usaha untuk mencapainya.(KEHENDAK SOALAN)"
Manakala bentuk soalan dalam karangan Pengajian Am pula terdiri daripada:
1. Soalan Tertutup
2. Soalan Terbuka
i. Soalan Tertutup - Soalan berada dihadapan ayat.
Contoh soalan:
Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya
melalui aplikasi teknologi maklumat
sepertiFacebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya. Jaringan komuniti
maya ini mewujudkan pelbagai implikasi. Jelaskan kebaikan dan keburukan
jaringan komuniti maya.
(Pernyataan tidak perlu dianalisis kerana kehendak soalan adalah jelas)
b. Isu soalan
Isu soalan adalah berkaitan dengan apakah isu yang diutarakan dalam
soalan.
Contoh:
"Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya
melalui aplikasi teknologi maklumat
seperti Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya. Jaringan
komuniti maya ini memberikan kebaikan tertentu. Namun demikian, ia juga
boleh membawa impak negatif jika disalahgunakan. Bincangkan (pernyataan
tersebut)"
Isu soalan dalam soalan di atas adalah "Jaringan komuniti maya yang
melibatkan aplikasi seperti Facebook, Twitter, MySpace dsb."
c. Fokus Soalan
merujuk kepada perkara yang ditanya dalam soalan sama ada satu fokus atau
dua fokus.Calon perlu tahu fokus soalan ini kerana ianya menjadi asas kepada
skema isi karangan.
Skema isi karangan terbahagi kepada 5+0, 1+4, 2+3 atau 3+2. Skema 5+0 dan
1+4 bermakna hanya ada satu fokus soalan dan skema 2+3 atau 3+2 bermakna
ada dua fokus soalan.
Contoh:
Dalam soalan terdahulu, terdapat dua fokus soalan iaitu "KEBAIKAN DAN IMPAK
NEGATIF Jaringan komuniti maya". Oleh itu isi karangan mestilah terbahagi
kepada "2 KEBAIKAN dan 3 IMPAK NEGATIF" atau "3 KEBAIKAN dan 2
IMPAK NEGATIF"
Contoh soalan
PERENGGAN ISI
AYAT
AYAT
AYAT
AYAT
1:
2:
3:
4:
2. SEJAUH MANAKAH
Calon mestikan nyatakan lebih idea/keterangan dengan alasan yang kukuh dan
munasabah untuk menyokong idea yang dikemukan dalam soalan. Ada 3
pendekatan iaitu :
PRO DAN KONTRA
PRO DAN LAIN-LAIN
PRO SAHAJA
3. HURAIKAN, BERI PENJEASAN/PENDAPAT, LANGKAH-LANGKAH,
HURAIKAN, CADANGKAN DLL.
Calon diminta memberi penjelasan/keterangan tentang sesuatu perkara yang
dikehendaki.
4. BERIKAN ULASAN
Calon diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan yang jelas
tentang isu yang dikemukakan. Calon juga boleh mengupas/membuat komentar
berdasarkan soalan yang diberikan dan mengemukakan pandangan pro dan
kontra jika sesuai dengan pernyataan soalan.
5. JELASKAN CIRI-CIRI PERBEZAAN/PERBANDINGAN
Calon diminta memberi kesemua ciri yang membezakan kedua-dua perkara atau
membuat perbandingan.
Contoh esei.
Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana
di negara kita pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala
ini. Huraikan.
Pendahuluan
Muktahir ini, kes juvana di negara kita telah menunjukkan kadar peningkatan
yang ketara. Hal ini amat membimbangkan kerana generasi muda merupakan
pewaris kepimpinan negara pada masa depan. Oleh itu, pelbagai faktor perlu
dikenal pasti yang menyumbang kepada peningkatan ini dan usaha-usaha perlu
dilakukan untuk membendungnya. (45 patah perkataan)
Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes jenayah
juvana ialah masalah keluarga. Keluarga yang mempunyai masalah seperti
berlakunya konflik penceraian dan pengabaian terhadap penjagaan dan
pendidikan anak-anak telah mendorong anak-anak terlibat dalam jenayah
juvana. Tidak kurang pula, sikap dan perlakuan ibu bapa yang buruk telah
menyebabkan anak-anak terjebak dalam jenayah ini. Pendek kata, keluarga yang
bermasalah menjadi punca meningkatnya gejala jenayah juvana. (61 patah
perkataan)
Selain itu, pengaruh media massa turut dikenal pasti menjadi faktor
penyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana. Hal ini demikian kerana
media massa memaparkan pelbagai unsur negatif seperti aksi-aksi ganas dan
ekstrem yang mendorong remaja melakukan gejala sosial. Sebagai kesannya,
remaja akan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti amalan budaya kuning,
pergaulan bebas, seks rambang, dan sebagainya. Tegasnya, kadar kes juvana
meningkat disebabkan oleh pengaruh media massa. (65 patah perkataan)
Usaha membendung gejala juvana dapat dilakukan melalui pendidikan agama
dan moral. Ibu bapa berperanan menyemai nilai-nilai murni kepada anak-anak
dan perlu menjadi contoh teladan kepada mereka. Pendidikan di rumah pula
diperkukuhkan di sekolah dengan pengajaran guru dan aktiviti-aktivti
kokurikulum. Jika terdapat pelajar yang bermasalah, khidmat kaunseling perlu
diberikan agar mereka berkelakuan baik. Kesemua mekanisme pendidikan ini
dapat membentuk jati diri remaja dan menghalang mereka terjebak dalam
jenayah juvana. (68 patah perkataan)
Seterusnya, kempen-kempen kesedaran perlu digiatkan bagi membendung
gejala juvana. Kerajaan perlu menjalankan kempen-kempen dari semasa ke
semasa seperti Kempen Belia Benci Dadah. Pertubuhan bukan kerajaan
(NGOs) perlu lebih proaktif dalam menganjurkan program-program yang
bermanfaat seperti kem motivasi dan kemasyarakatan. Sejajar dengan perkara
ini, media massa perlu menyebarluaskan kempen-kempen ini dalam membantu
kerajaan dan NGOs untuk menyedarkan golongan remaja. Natijahnya, melalui
kempen-kempen ini, remaja akan sedar akan tanggungjawab mereka kepada
masyarakat dan negara. (70 patah perkataan).
Sebagai kesimpulannya, kadar peningkatan dalam kes jenayah remaja dapat
dibendung jika faktor-faktor penyumbang dikenal pasti dan seterusnya
mengambil langkah-langkah mengatasinya. Semua pihak seperti ibu bapa, pihak
sekolah dan komuniti masyarakat serta pihak kerajaan perlu berkerjasama dan
berganding bahu dalam melahirkan remaja sebagai modal insan kepada negara.
(46 patah perkataan)
Jawaban pelajar
Jawaban skema
TR salah laras
(sastera)
0 markah
TR - salah laras
(sastera)
0 markah
Karangan
terseleweng
markah 1/25
Sistem kepengarangan ini sama saja untuk Bahagian A (Laras Sastera) dan
Bahagian B (Laras Sains).
Perenggan 1: Pengenalan
Perenggan 2: Idea satu dan tiga huraiannya.
Perenggan 3: Idea dua dan tiga huraiannya.
Perenggan 4: Idea tiga dan tiga huraiannya.
Perenggan 5: idea empat dan tiga huraiannya.
Perenggan 6: Kesimpulan atau penutup.
4 markah
Huraian: 12 markah
Bahasa :
5 markah
Impak/keberkesanan: 4 markah
(Jumlah keseluruhan ialah 25 markah)
Fahamilah kehendak soalan itu untuk menentukan struktur idea utama bagi
jawaban itu: 4 + 0 atau
2 + 2 atau 1 + 3.
Manakala jika 2 + 2 ialah dua dari satu sudut pandangan dan dua idea
lagi sudut pandangan lain.
Bagi struktur 1 + 3, bermaksud satu idea dari satu pandangan dan tiga
idea lagi pandangan lain.
Pandangan-pandangan itu ditemui dalam maksud soalan yang diberikan.