You are on page 1of 9

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI PUSU


24 JANUARI 2015

1.0

PENDAHULUAN

Program Gotong-royong Perdana telah dijalankan bertempat di SMK Sungai Pusu dan
melibatkan semua guru-guru, ibubapa dan sebahagian murid sekolah. Program ini bertujuan
untuk mempertingkatkan kebersihan dan keindahan kawasan sekolah supaya ianya terus
menjadi persekitaran yang kondusif dan selesa untuk murid-murid menjalankan pelbagai
aktiviti.
Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara guru-guru dan ibubapa selain
meluaskan penglibatan ibubapa dalam kegiatan sekolah. Melaluinya, guru-guru dan ibubapa
akan lebih prihatin mengenai tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk membantu
sekolah mencapai kecemerlangan.
Murid-murid yang terlibat juga mendapat manfaat daripada program ini melalui peningkatan
kesedaran mereka terhadap kebersihan dan keceriaan. Murid-murid akan lebih prihatin dan
bermotivasi untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah
2.0 RASIONAL
Mewujudkan suasana sekolah yang ceria, selesa dan kondusif untuk murid-murid
menjalankan pelbagai aktiviti.
3.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah:
i. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih,indah, selamat dan ceria.
ii. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan
4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua warga SMK Sungai Pusu dan Ibu Bapa.

5.0 Jawatankuasa:
(rujuk lampiran)
6.0 Aktiviti yang telah dijalankan:
(rujuk lampiran)
7.0 RINGKASAN PROGRAM
Pada pukul 7.30 pagi murid yang terlibat berhimpun di Dataran Kejat bagi mendengar
taklimat daripada PK HEM Puan Akmal Fadillah Bt Mohamad.
Pada pukul 8.00 pagi murid yang terlibat mula bergerak ke tempat masing-masing untuk
membersihkan dan menceriakan kawasan seperti kantin, sekitar blok bengkel, surau,
longkang, dan sekitar luar pagar sekolah.
Pada pukul 10.00 pagi murid, guru-guru dan ibu bapa dijemput untuk jamuan makan di
kantin.
Semua warga SMK Sungai Pusu serta ibu bapa yang terlibat bersurai pada jam 12.30 tengah
hari.
8.0 KEKANGAN YANG DIHADAPI
Masalah yang dihadapi ketika aktiviti gotong royong yang dijalankan adalah masa yang
tidak mencukupi untuk melaksanakan semua perancangan yang telah dirancangkan oleh
pihak sekolah.
Selain itu juga, hanya sebahagian ibu bapa sahaja yang dapat hadir untuk bersama-sama
mencantikkan kawasan sekolah. Peralatan juga tidak mencukupi untuk membersihkan
kawasan sekolah.
9.0 MANFAAT PROGRAM
Ibu bapa secara tidak langsung bertemu dengan guru bagi mengetahui perkembangan
anak-anak mereka di sekolah. Disamping itu juga, ibu bapa dan guru dapat bekerjasama
dalam menceriakan kawasan sekitar sekolah untuk keselesaan murid-murid menjalani proses
pembelajaran disamping dapat mengeratkan silaturrahim.
Dengan adanya program gotong-royong perdana ini, ia dapat meningkatkan keceriaan dan
kebersihan sekolah kita.

10.0 PENAMBAHBAIKAN PROGRAM


Bagi menambahbaik program ini pada tahun hadapan, pihak sekolah perlu mencari lebih
dana dan sumbangan untuk menyediakan peralatan yang lebih lengkap. Agihan tugas juga
perlu diberi kepada guru dengan lebih terperinci dan teliti.
11.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini telah dilaksanakan dengan lancar. Semua yang hadir
telah memberikan komitmen yang baik. Namun begitu, hanya seramai lebih kurang 20 org
ibubapa sahaja yang hadir menyertai program ini. Pihak sekolah perlu memainkan peranan
untuk menarik minat ibubapa untuk menyertai program seumpama ini pada masa akan
datang.
Semua ajk pelaksana telah melaksanakan tanggungajawab mereka dengan baik dan
pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat
menjayakan program ini.

Terima kasih.

Disediakan oleh:

.
(Husna Adila Md Radzi)
AJK Dokumentasi 2015

Tarikh : 6 Februari 2015

LAMPIRAN

Murid yang terlibat berhimpun di dataran kejat.

Taklimat ringkas daripada PK HEM Pn Akmal Fadillah bt Mohamad

Aktiviti membersih dan menceriakan kelas

Menceriakan kawasan persekitaran sekolah

Aktiviti membersihkan kawasan sekolah di bawah pemantauan Pengetua En Sajoli B Masdor

You might also like