You are on page 1of 62

BAB 6

DARI SEGREGASI KE
INTEGRASI

PENGENALAN
6.1

Dari Pengasingan ke
Penyatuan

6.2

Cabaran Memupuk Integrasi di


Malaysia

6.3

Peranan Kerajaan

6.4

Peranan Masyarakat

6.5

Peranan NGO

Hasil Pembelajaran
Menganalisis kepentingan
program perpaduan dan
integrasi nasional demi
kestabilan dan kesejahteraan
sosial di Malaysia
Mengenalpasti perananperanan yang dimainkan oleh
kerajaan melalui dasar-dasar
ke arah integrasi
Mengenalpasti peranan
masyarakat dan NGO ke arah
integrasi dan perpaduan di
Malaysia.
Menganalisis integrasi
menurut perspektif Islam

DARI PENGASINGAN
KE PENYATUAN
3

Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu

kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah


negara
Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan
tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan sistem
penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing
Integrasi ialah satu proses penyesuaian bersama pelbagai
kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua
kelompok etnik
Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang
terpisah-pisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan
penempatan
Mereka dipupuk menerusi integrasi politik, ekonomi, sosial,
kebudayaan, pendidikan dan di peringkat wilayah

CABARAN MEMUPUK
INTEGRASI DI MALAYSIA
4

Prasangka, perkauman, diskriminasi, stereotaip, rasisme dan

etnosentrisme boleh mencetuskan perpecahan dalam masyarakat


Konflik antara kumpulan masyarakat, kedudukan lokasi kelas,
taraf pendidikan, kemahiran kerja, pendapatan dan budaya hidup
yang sesetengahnya membatasi peluang mobiliti sosial mereka
untuk keluar daripada golongan miskin juga menyebabkan
perpecahan
Konflik boleh berlaku disebabkan oleh kerumitan menanggung
kos hidup yang terus meningkat, perkhidmatan awam yang
kurang memuaskan, pengangguran, kemiskinan, keterpinggiran
dan ketidaksamarataan dalam masyarakat, gejala sosial yang
berleluasa dan wujudnya banyak kumpulan samseng
Konflik juga terjadi disebabkan oleh perbezaan budaya dan
agama

PLAN DAN STRATEGI


INTEGRASI
5

Usaha mengukuhkan hubungan etnik secara holistik

amat mencabar kerana gagasan yang retorik dan


simbolik semata-mata hanya meghasilkan impak yang
kurang berkesan
Pelbagai usaha telah diambil untuk mengukuhkan lagi
hubungan sosial pelbagai etnik di negara ini serta
membina masyarakat yang lebih adil dari segi struktur
sosial dan ekonomi
Oleh yang demikian, strategi integrasi perlu
dilaksanakan semua pihak iaitu kerajaan, masyarakat
dan NGO bersesuaian dengan peranan yang diperlukan

STRATEGI KE ARAH INTEGRASI


6

JABATAN PERPADUAN
NEGARA DAN
INTEGRASI NASIONAL

PERANAN
KERAJAAN

RUKUN NEGARA
DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
WAWASAN 2020
GAGASAN 1MALAYSIA
DASAR-DASAR
PEMBANGUNAN
NEGARA
PLKN

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN


INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)
7

1 Julai 1969, di bawah perintah MAGERAN (Majlis Gerakan

Negara), Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan bagi menangani


isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di
Malaysia yang rapuh ekoran peristiwa 13 Mei 1969
Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan
Negara ditubuhkan pada 23 Feb 1971
Penubuhan JPNIN bermatlamat memupuk kesefahaman dan
semangat muhibbah melalui jaringan dan interaksi sosial ke
arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan
beridentiti nasional
Antara strategi perpaduan ialah melalui Pelan Tindakan Perpaduan
dan Integrasi Nasional 2005 2010
Antara program utama JPNIN ialah Rukun Tetangga, Skim Ronda
Sukarela, Tabika Perpaduan, Kelab Rukun Negara dan Sekretariat
Rukun Negara

PELAN TINDAKAN
PERPADUAN DAN INTEGRASI
NASIONAL 2005 - 2010
1.

STRATEGI PERSEFAHAMAN POLITIK

Kerajaan sebagai framework bagi segala bidang politik


Langkah yag diambil hendaklah berasaskan perlembagaan

2. STRATEGI KESEIMBANGAN EKONOMI

Pembangunan taraf sosio-ekonomi

Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

Galakan kepada sektor swasta dalam mengimbangkan


ekonomi
3. STRATEGI SISTEM PENDIDIKAN

Alat membina jatidiri nasional

Galakan satu sistem pendidikan seragam

Kurikulum memberi tumpuan kepada pembelajaran sejarah


negara

PELAN TINDAKAN
PERPADUAN DAN INTEGRASI
NASIONAL 2005 - 2010
4. STRATEGI PENGGUNAAN BAHASA

KEBANGSAAN

Salah satu unsur utama dalam kebudayaan kebangsaan


Agar semua kaum berkomunikasi dengan baik

5. STRATEGI KEPERCAYAAN AGAMA

Rakyat bebas menganut dan mengamal agama masingmasing

Pengembangan sesuatu agama tertakluk kepada


perlembagaan
6. STRATEGI KEBUDAYAAN

Usaha melahirkan kebudayaan nasional

Tertakluk kepada dasar kebudayaan kebangsaan

Kebudayaan kesukuan masih boleh diamalkan

PELAN TINDAKAN
PERPADUAN DAN INTEGRASI
NASIONAL 2005 - 2010
7. STRATEGI KESELAMATAN

Perpaduan yang terbentuk hendaklah dijaga

Terbahagi kepada 2 aspek: Pencegahan dan pemulihan


8. STRATEGI PEMBANGUNAN KAWASAN

Aspek perpaduan diambil kira sebelum sesuatu kawasan


dibangunkan

Aktiviti yang memberi peluang kepada perpaduan


hendaklah diperbanyakkan
9. STRATEGI PENGGUNAAN TENAGA MANUSIA

Pemilihan berdasarkan kelayakan dan keadilan

Penerapan unsur perpaduan dalam akiviti yang dijalankan

Interaksi antara kaum hendaklah digalakkan

PELAN TINDAKAN
PERPADUAN DAN INTEGRASI
NASIONAL 2005 - 2010
10. STRATEGI MEDIA MASSA

Penyebaran maklumat mengenai perpaduan


Pengamalan etika kewartawanan
Akta Cetak dan Mesin Cetak dan Akta Hasutan

11. STRATEGI KESUKANAN

Menaikkan semangat patriotisme


Menyediakan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan
interaksi sosial
Bukan sekadar yang menyertainya tetapi juga bagi yang menonton

12. STRATEGI INTEGRASI WILAYAH

Terutama antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak


Penambahbaikan sistem perhubungan kebangsaan dan
pengangkutan
Penumpuan juga diberikan kepada interaksi antara kawasan

RUKUN NEGARA
12

Dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh MAGERAN berdasarkan

pindaan Draf Rukun Negara yang terbentuk melalui Majlis


Perundangan Negara (MPN)
Rukun Negara sebagai ideologi nasional Malaysia merupakan
panduan untuk merencana program dan dasar negara
Objektif:

Mencapai perpaduan erat dalam kalangan masyarakat


Memelihara cara hidup demokratik
Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran
dinikmati bersama secara adil dan saksama
Membentuk masyarakat secara liberal terutama
terhadap kebudayaan masing-masing
Membina masyarakat progresif dgn sains dan teknologi

RUKUN NEGARA
13

Rukun Negara digunakan sebagai instrumen

mengatasi garis pemisah antara etnik dalam


membentuk dan membimbing masyarakat
Malaysia ke arah mewujudkan perpaduan
Rukun Negara menjadi peraturan dan norma
hidup kepada masyarakat di Malaysia dan
pematuhan kepadanya dapat mewujudkan
perpaduan antara etnik di negara ini

DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
14

Dasar Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan melalui Akta

Pelajaran 1961 merupakan dasar ke arah mewujudkan


masyarakat yang harmonis
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi individu secara


menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
HASIL

PENGOPERASIAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGRA

INSAN YANG
BAIK
Percaya dan Patuh
Kepada Tuhan
ROHANI
INTELE
K

FALSAFAH
PENDIDIKAN
NEGARA

KEPERCAYAA
N DAN
KEPATUHAN
KEPADA
TUHAN

ILMU DAN
KEMAHIRA
N

PENDIDIKA
N
BERSEPADU

JASMAN
I
EMOSI

NILAINILAI
MURNI

BAHASA

Berilmu,
Berpengetahuan,
berketerampilan
KURIKULUM
DAN
SUKATAN
PELAJARAN

PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARA
N

Bertangungjawab
Berakhlak Mulia
Berbakti dan
Menyumbang
Kepada Negara
dan Masyarakat
Saksiah yang
seimbang dan
Sepadu

DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
16

Antara program utama yang dilaksana melalui Dasar

Pendidikan Kebangsaan:
Sekolah Wawasan

RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)

Bertujuan menyediakan satu ruang sosial bagi pelajar dari pelbagai


kumpulan etnik berinteraksi seterusnya menjalin hubungan yang
harmonis
Kerjasama antara sekolah pelbagai aliran dalam semua program
pelajar dan guru bagi meningkatkan hubungan etnik dalam
kalangan pelajar

Matapelajaran Elektif Tamil dan Mandarin

Penawaran matapelajaran Tamil dan Mandarin di sekolah aliran


kebangsaan sebagai bahasa kedua sebagai pemangkin proses
interaksi dan integrasi antara kaum

DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
(samb...)

Pelan Pembangunan Pendidikan

17

Pelan yang bertujuan mewujudkan masyarakat yang saksama


melalui peningkatan taraf hidup serta mengurangkan jurang sosio
ekonomi antara etnik dan kawasan

Program Bantuan Pelajar

Program-program lain seperti Rancangan Makanan Tambahan,


Program Susu Sekolah, Skim Baucer Tuisyen, Skim Pinjaman Buku
Teks, dll.

KRONOLOGI DASAR
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
18

Sebelum 1950
1950
1956
1957
1960
1961
1974

:
:
:
:
:
:
:

Dasar Kolonial British


Laporan Barnes
Penyata Razak
Ordinan Pelajaran
Laporan Rahman Talib
Akta Pelajaran
Laporan Kabinet

MATLAMAT DASAR
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1.
2.

3.

4.

5.

Menyatukan sistem pendidikan bagi memupuk kesedaran


dan perpaduan kebangsaan
Menyatukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum melalui
sistem pendidikan yang tidak membebankan kewangan
negara
Meluaskan dan mengubahsuai rancangan-rancangan
pelajaran dan latihan dalam usaha melahirkan tenaga kerja
yang berpendidikan, bermotivasi, berdisiplin dan terlatih
bagi memenuhi keperluan ekonomi negara
Melahirkan warganegara yang bertanggungjawab,
bersatupadu, berdisiplin, berakhlak, seimbang, harmonis dan
bersama-sama membina kesejahteraan diri yang dapat
memberi sumbangan kepada keperluan negara
Memperbaiki kemudahan penyelidikan, perancangan dan
pelaksanaan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan

STRATEGI PELAKSANAAN DASAR


PENDIDIKAN KEBANGSAAN
20

1.
2.
3.
4.
5.

6.

Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa


pengantar yang utama;
Mengadakan kurikulum yang sama dan
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi
semua;
Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya
dengan menyediakan pendidikan yang
menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
Mengadakan peluang pendidikan asas selama
sembilan tahun;

STRATEGI PELAKSANAAN DASAR


PENDIDIKAN KEBANGSAAN
21

7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan

mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan


memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang
bernasib baik dan kawasan luar bandar atau
pendalaman;
8. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang
menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama
kurikulum baharu ini adalah untuk melahirkan individu
yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai
etika yang kukuh;

STRATEGI PELAKSANAAN DASAR


PENDIDIKAN KEBANGSAAN
22

9. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik


10.

11.
12.

13.

melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada


tahun 1978;
Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains
gunaan;
Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang
yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil; dan
Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti
pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam
dan lain-lain.

DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
23

Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi

sesebuah negara membangun dan yang mempunyai


penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.

Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk,

mewujud dan mengekalkan identiti negara dalam


kalangan dunia antarabangsa

DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
24

Prinsip (Teras Dasar Kebudayaan Kebangsaan):

Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini


2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh
diterima
3. Islam adalah unsur penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan
Objektif:
1.
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui
kebudayaan
2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang
tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan
3. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi
1.

WAWASAN 2020
25

Diperkenalkan pada 28 Februari 1991


Menegaskan bahawa matlamat pembangunan negara ialah

Menjadikan Malaysia sebuah negara industri


Pembentukan negara Malaysia yang maju menjelang 2020
Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan masyarakat yang :
_
Bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama
_
Liberal dan bertolak ansur
_
Mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang jauh ke
hadapan
_
Penyayang dan budaya menyayangi
_
Adil dalam bidang ekonomi
_
Mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan
berdaya tahan

CABARAN WAWASAN 2020


1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang
mempunyai matlamat dikongsi bersama
2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas,
tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri
sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang
dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah
3. Mewujud dan membangunkan masyarakat
demokratik yang matang, mengamalkan satu
bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh
kepada banyak negara membangun
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya
bermoral dan beretika

CABARAN WAWASAN 2020


5. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke
hadapan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi
tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa hadapan
6. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya
menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan
kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak
akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan,
tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh
7. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi
8. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai
ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental

GAGASAN 1MALAYSIA

1Malaysia

28

Diperkenalkan
pada 2009
dengan slogan
Satu
Malaysia,
Rakyat
Didahulukan,
Pencapaian
Diutamakan

Merupakan pendekatan baharu bagi


menempa sebuah zaman baharu demi
menjelmakan sebuah kerajaan yang
mengutamakn prestasi berpaksikan
keutamaan rakyat
Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia
ialah integriti, kebolehan dan
kesaksamaan
Matlamat 1Malaysia adalah mengekalkan
perpaduan dalam kepelbagaian etnik
dalam masyarakat Malaysia
1Malaysia merupakan wadah bagi
pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu
padu dan membantu negara ke arah
mencapai Wawasan 2020

3 PRINSIP TERAS
1MALAYSIA
PRINSIP PENERIMAAN

Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia


mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang
berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai
rakan setia

PRINSIP KENEGARAAN

Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan


negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpinpemimpin terdahulu

PRINSIP KEADILAN SOSIAL

Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau


agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi
kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting

PENDEKATAN GAGASAN
1MALAYSIA
Penerapan Nilai-Nilai Murni

Hormat menghormati
Menghormati kaum lain termasuklah tidak mengeluarkan
kata-kata kesat yang menyinggung mereka
Rendah hati
Mengakui setiap kaum itu mempunyai keunikan dan
keistimewaan tersendiri
Kesederhanaan
Bersederhana terutama dalam isu-isu berbangkit supaya tidak
berlaku perselisihan
Bersopan santun
Menjaga adab sopan dan tingkah laku dalam pergaulan demi
menjaga hubungan baik

PENDEKATAN GAGASAN
1MALAYSIA
Nilai-Nilai 1 Malaysia

Budaya kecemerlangan
Kejayaan masyarakat dan negara bergantung kepada kecemerlangan
Ketepatan dalam berurusan sangat penting
Ketabahan
Tabah dan semangat juang tinggi bagi menghadapi cabaran dan
dugaan
Kelemahan dan sikap mudah mengalah perlu diperbaiki
Rendah hati
Tawadhu
Tidak perlu menunjuk-nunjuk kebolehan secara tidak digemari orang
lain
Penerimaan
Menerima dengan kerelaan
Menerima kewujudan pihak lain

DASAR-DASAR
PEMBANGUNAN NEGARA
DASAR
EKONOMI BARU

DASAR
PEMBANGUNAN
NASIONAL

DASAR
WAWASAN
NEGARA

Bermatlamat mencapai
perpaduan negara dengan:
Memperbetulkan
ketidakseimbangan
sosioekonomi antara
kaum dan wilayah
Mempertingkatkan
penglibatan bumiputera
dalam bidang perniagaan
dan perusahaan

Bermatlamat mencapai
pembanguan seimbang
bagi mewujudkan
masyarakat yang bersatu
padu dan adil
Mewujudkan masyarakat
Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera
Digerakkan atas landasan
kukuh membentuk
pembangunan seimbang
meliputi aspek keadilan
sosial, nilai, etika dan
moral mengikut acuan
tempatan

Penerusan dasar ke arah


Wawasan 2020
Mewujudkan Bangsa
Malaysia yang bersatu
padu, progresif dan
makmur
Meningkatkan daya tahan
dan daya saing ekonomi
Malaysia

PLKN
33

PLKN bertujuan bagi


pembinaan sahsiah diri
bermatlamatkan membina
dan mengukuhkan
semangat patriotisme
dalam kalangan generasi
muda, menyatukan
golongan muda daripada
pelbagai kaum dan
menyediakan mereka bagi
menghadapi cabaran
daripada dalam dan luar
negara

Program kursus latihan yang mula


dilaksanakan sejak tahun 2004

Setiap tahun 18% daripada remaja


berumur 18 tahun pada tahun
latihan dipilih untuk menyertai
PLKN
Objektik PLKN adalah menanam
semangat patriotisme dan cintakan
negara, mempertingkatkan
perpaduan kaum dan integrasi
nasonal, membentuk perwatakan
positif melalui nilai-nilai murni,
menanam semangat kesukarelaan

STRATEGI KE ARAH INTEGRASI


34

PERANAN
MASYARAKAT

RUKUN
TETANGGA
SKIM
RONDAAN
SUKARELA
RUMAH
TERBUKA
DIFUSI
BUDAYA

RUKUN TETANGGA
35

Diperkenalkan pada 1975


Bermatlamat memelihara, meningkat dan
mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional
selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
Rukun Tetangga membolehkan rakyat mengawal
keselamatan di kawasan kediaman masing-masing
Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan
pendekatan pembangunan komuniti
Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan
pelbagai aktiviti di dalam komuniti mereka

Rukun
Tetangga

SKIM RONDAAN
SUKARELA

Skim Rondaan
Sukarela adalah
satu cabang di
dalam Rukun
Tetangga

Skim Rondaan
Sukarela
dijalankan
sebagai salah satu
langkah untuk
menjaga
keselamatan
dalam kawasan
Rukun Tetangga
di samping
membantu pihak
polis
mengurangkan
kadar jenayah

Skim Rondaan
Sukarela
mengesan dan
melapor isu-isu
perhubungan
kaum dan
menjadi
perantara dalam
penyelesaian
konflik

RUMAH TERBUKA
37

Rumah terbuka tidaklah bertujuan


mengembangkan agama kepada
penganut agama lain

Rumah Terbuka di
Malaysia bermaksud
sesuatu perayaan agama
disambut oleh penganut
pelbagai agama dengan
tujuan memupuk
persefahaman dalam
kalangan rakyat Malaysia

Amalan rumah terbuka memberi


kefahaman kepada rakyat bukan
Islam tentang nilai hidup ajaran
Islam yang menganjurkan sifat
berbaik-baik sesama manusia
Amalan rumah terbuka ini sesuatu
yang unik bagi Malaysia, telah
mendorong dan menyumbang
kepada keamanan dan kebaikan
keadaan dalam negara kita

DIFUSI BUDAYA
38

Difusi budaya bermakna proses penyebaran unsur-unsur

budaya daripada seorang individu kepada seorang


individu lain, atau daripada satu masyarakat kepada satu
masyarakat lain
Difusi penyerapan budaya kebiasaannya berlaku secara
sukarela yang tidak disedari
Difusi budaya boleh berlaku melalui perdagangan, unsur
kesenian dan keagamaan
Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana
terdapat berbagai-bagai kemudahan sistem komunikasi
yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem

STRATEGI KE ARAH INTEGRASI


39

RAKAN
COP
ABIM
PERANAN NGO

ALIRAN
MAJLIS
BELIA
MALAYSIA
NGO LAIN

RAKAN COP

Rakan Cop

40

Dilancarkan pada 9 Ogos 2004 oleh polis


Kuala Lumpur
Maklumat boleh disalurkan kepada Pusat
Kawalan Polis (CCC) yang beroperasi 24 jam
(hotline, SMS, MMS, e-mail, dan website)
Rakan Cop adalah bersifat Community
Oriented Policing dan Smart Partnership
Rakan Cop membolehkan polis dan
masyarakat saling menggembeleng tenaga
dengan lebih berkesan memerangi jenayah
dan apa jua masalah keselamatan

ABIM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah

pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili pergerakan belia


Islam di Malaysia
Ditubuhkan pada 1971
Cita-cita utama ABIM ialah menyumbang secara proaktif
pembinaan masyarakat Islam yang mampu menjadi teras
terhadap proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang
utuh di dalam pelbagai aspek kehidupan
ABIM sedia mendokong dan memperjuangkan usaha-usaha

Mewujudkan perpaduan ummah


Memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum dalam rangka
membina integrasi nasional, membina rupa budaya bangsa yang
sihat

SUHAKAM
42

Hak Asasi Manusia seperti yang terkandung dalam


Perlembagaan Malaysia termasuklah :
Hak untuk bersuara
Hak untuk bergerak
Hak untuk berhimpun

Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia
Malaysia(Suhakam)
ditubuhkan pada
tahun 1999 melalui
Akta Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia
1999.

Antara fungsi SUHAKAM:


untuk mempromosikan kesedaran dan memberikan
pendidikan yang berkaitan dengan hak asasi manusia
untuk menasihat dan membantu Kerajaan dalam
merumuskan undang-undang dan prosedur dan
mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berhubung dengan
perjanjian dan dokumen antarabangsa dalam bidang hak
asasi manusia
untuk menyiasat aduan tentang pelanggaran hak asasi
manusia

ALIRAN

ALIRAN

43

Aliran Kesedaran Negara (Aliran) adalah gerakan


pembaharuan multi-etnik yang pertama di Malaysia yang
memperjuangkan keadilan, kebebasan, dan perpaduan
Pendekatan Aliran dipandu oleh nilai-nilai spiritual yang
universal, dan fokus pada membina kebersamaan hakiki
dengan menjunjung tinggi martabat manusia dan
mempromosikan keadilan sosial bagi seluruh Malaysia
Aliran adalah suatu gerakan yang bebas dan autonomi, serta
tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik,
kesatuan sekerja, pertubuhan atau persatuan masyarakat
awam
Aliran mengamalkan konsep bekerjasama secara aktif
dengan kumpulan lain mengenai isu-isu tertentu dengan
tujuan khusus

MAJLIS BELIA
MALAYSIA
- Majlis Belia Malaysia
(MBM) ialah sebuah
pertubuhan bukan
kerajaan yang bergerak
sebagai badan induk
menyelaraskan
pertubuhan belia dan
pelajar di negara ini
- Penubuhan rasmi MBM
adalah pada 9 September
1950
- Diiktiraf sebagai majlis
belia peringkat
kebangsaan bagi negara
ini

- Tujuan utama MBM


ialah:
- Mengukuhkan prinsip
sukarela dan demokratik
dalam pergerakan belia
-Mengemukakan
pendapat kepada
kerajaan, badan-badan
berkanuan atau badanbadan yang lain
mengenai perkara
berkaitan belia
- Menggalakkan
penghormatan
antarabangsa,
persefahaman antara
kaum, kerjasama dan
kesejahteraan menerusi
kegiatan belia

INTEGRASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Integrasi menurut Islam bukan hanya dalam

kalangan masyarakat Islam bahkan dalam kalangan


masyarakat bukan Islam
Islam menyarankan supaya kita menjalin hubungan
baik dengan cara bertolak ansur, saling
menghormati dan bantu membantu antara satu
sama lain
Integrasi hanya akan berjaya sekiranya semua
masyarakat bekerjasama serta memberi komitmen
yang jitu

INTEGRASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


(Dalil al-Quran)
dan berpegang teguhlah kamu

sekalian kepada tali Allah (agama


Islam), dan janganlah kamu berceraiberai; dan kenanglah nikmat Allah
kepada kamu ketika kamu bermusuhmusuhan (semasa jahiliyah dahulu),
(Ali Imran: 103)
dan janganlah kamu menjadi seperti
orang-orang (Yahudi dan Nasrani)
yang telah bercerai-berai dan
berselisihan (dalam agama mereka)
sesudah datang kepada mereka
keterangan-keterangan yang jelas
nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi
Allah), dan mereka yang bersifat
demikian, akan beroleh azab seksa
yang besar. (Ali Imran:105)

dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan


janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak
nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang
kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala
kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah
beserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfal:46)

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami


telah menciptakan kamu daripada lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu, (Al-Hujurat: 13)

INTEGRASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


(Dalil Hadis)
Tidak beriman seseorang kamu dengan iman yang sempurna
Perumpamaan orangsehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih
orang yang beriman dalam
kepada dirinya sendiri. (Riwayat Muslim)
kasih sayang, tolong
menolong dan kemesraan
sesama mereka adalah
umpama satu badan di
Sesiapa yang menyakiti orang zimmi
mana apabila satu anggota
sakit, maka anggota lain pun (non- muslim dalam negara Islam) maka
turut mengalami kesakitan
hingga tidak dapat tidur dan sesungguhnya dia menyakiti aku dan
demam (Riwayat Bukhari)
sesiapa yang menyakiti aku maka dia
Hubungan orang mukmin
dengan mukmin yang lain
adalah seperti sebuah
binaan yang saling kuat
menguatkan antara satu
sama lain. (Riwayat
Muslim)

menyakiti Allah. (Riwayat al-Tabrani)

INTEGRASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


(Pandangan Sarjana)

Ibn Khaldun (Kitab al-Muqaddimah)


Perpaduan dan asabiyyah (ikatan sosial
atau kesetiakawanan) mempunyai
pertalian rapat
Ia berperanan menyatupadukan pelbagai
kaum dan bangsa serta membentuk
kekuatan membina peradaban
Masyarakat yang mempunyai ikatan
asabiyyah yang kuat berupaya membina
kekuatan dan jati diri
Ikatan asabiyyah bukan bermakna
cauvinisme dan rasisme yang amat
ditegah oleh Islam. Sebaliknya ia
menekan aspek persaudaraan, setia
kawan dan saling membantu dalam hal
kebaikan seperti tuntutan Islam

Jamaluddin al-Afghani
Dalam artikelnya (al-Wihdah
al-Islamiyyah): Umat Islam
perlu bersatu dan bekerjasama
menghadapi kolonial barat
Kejayaan umat Islam yang lalu
antaranya disebabkan
semangat perpaduan dan
integrasi dalam kalangan
mereka
Abu Ala al-Maududi
Konsep perpaduan ummah dan
Islam sebagai cara hidup perlu
benar-benar difahami. Al-Quran
dan Sunnah dipatuhi dan
dilaksanakan 100%

INTEGRASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


(Pandangan Sarjana)

Al-Qurtubi
Umat Islam adalah bersaudara. Oleh itu perlu memelihara
perpaduan dalam hubungan persaudaraan yang mampu
melahirkan perasaan muhibbah dalam suasana murni dan aman
damai
Nik Mustapha Hj Nik Hassan
Islam sebagai agama yang sesuai dengan kejadian manusia
meletakkan 3 asas penting dalam mencari formula integrasi
negara:
1. Asas kebenaran
2. Nilai keadilan
3. Bertolak ansur dan bekerjasama

ASAS-ASAS INTEGRASI ISLAM

1. Ketaqwaan kepada
Allah SWT
3. Matlamat mencari
keredhaan Allah
2. Bersumberkan alQuran dan Hadis

KEPENTINGAN INTEGRASI
DALAM ISLAM

1. Keperluan hidup
bermasyarakat
2. Asas pembangunan
ummah
3. Menggerunkan
musuh Islam
4. Berfikiran positif
bersedia dan saling
bantu membantu

5. Meningkatkan syiar

Islam
6. Tanda
kesempurnaan
akidah
7. Mencontohi
Rasulullah
8. Memastikan hakhak sosioekonomi
dipenuhi dengan
adil

KESAN PENGABAIAN
INTEGRASI

1. Ditindas dan dijajah 5. Mengurangkan


oleh musuh
kesempurnaan iman
2. Mencemarkan imej 6. Hilang kehebatan
Islam
ummah
3. Mendatangkan
7. Umat Islam akan
kemurkaan Allah
mundur dan
4. Menghilangkan
memberi kesan
rahmat Allah
negatif kepada
pembangunan umat
dan negara

LANGKAH-LANGKAH
MENGINTEGRASIKAN UMMAH

1. Kembali kepada
ajaran Islam
2. Membina
kefahaman
3. Pendidikan
4. Persekitaran yang
baik
5. Menjauhi punca
persengketaan

6. Menghargai nilai
perpaduan
7. Mempraktikkan
amalan syura
8. Mengukuhkan
hubungan ulama
dan umara
(pemerintah)

Pengukuhan
Jelaskan TIGA (3) tanggungjawab masyarakat dalam
memastikan perpaduan etnik sentiasa terpelihara
Bincangkan TIGA (3) strategi mengekalkan keharmonian
hubungan etnik di Malaysia
Bincangkan TIGA (3) pendekatan integrasi etnik yang
dilaksanakan oleh kerajaan untuk merealisasi agenda perpaduan
negara
Buktikan TIGA (3) kejayaan sistem pendidikan dalam
mengintegrasikan etnik di Malaysia
Huraikan EMPAT (4) peranan Rukun Negara untuk memupuk
perpaduan nasional
EMPAT (4) strategi bagi menangani integrasi antara kaum di
Malaysia

MAKLUMAT TAMBAHAN

LAPORAN BARNES 1950


Cadangan laporan L. J. Barnes ini ialah:

Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan


Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar
Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika
terdapat 15 0rang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa
ibunda mereka
Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris
wajib diajar di Sekolah Melayu
Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan
ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan
bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan. Sekolahsekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu)

LAPORAN FEN-WU 1951


Laporan Fen-Wu 1951 diadakan sebagai reaksi tidak puashati

masyarakat Cina terhadap laporan Barnes 1950. Laporan pendidikan


Cina di Malaysia ini diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja
Bersekutu-Negara China) dan Profesor Dr. Wu The Yao yang bekerja
dengan PBB
Masyarakat Cina bandar ketika itu menganggap laporan tersebut
bertujuan menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina
Pandangan dan kajian laporan ini kemudian diserap dalam Ordinan
Pelajaran 1952
Sekolah vernakular iaitu sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah
Melayu dibenarkan beroperasi dengan menggunakan tiga bahasa iaitu
bahasa Melayu, bahasa Cina serta bahasa Tamil dan bahasa
kebangsaan juga diadakan
Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan
Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung
keperluan tenaga pekerja mahir

LAPORAN RAZAK 1956


Laporan ini disediakan untuk sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan

Tamil di peringkat sekolah rendah, selain daripada Sekolah Melayu


dan Inggeris pada peringkat sekolah menengah
Medium pengantaraan di sekolah yang menggunakan bahasa
Melayu dirujuk sebagai sekolah kebangsaan dan sekolah yang lain
disebut sebagai sekolah jenis kebangsaan
Semua sekolah yang dibiayai oleh kerajaan telah menggunakan
kurikulum kebangsaan yang biasa tanpa mengira jenis sekolah
Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
Permulaan kurikulum yang berorientasikan Malaya
Konsep sistem satu penilaian untuk semua
Pengiktirafan secara objektif pada akhirnya telah menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama

ORDINAN PELAJARAN 1957


Dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam

Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan


satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi
keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik
Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan
perakuan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan
perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan
Kebangsaan
Antara perkara utama yang diambilkira ialah sistem
persekolahan yang sama bagi semua penduduk

LAPORAN RAHMAN TALIB 1960


Laporan Rahman Talib telah diperkenalkan dan

digabungkan di dalam Akta Pelajaran 1961

Penekanan kepada pendidikan asas iaitu 3M Membaca,


Menulis dan Mengira
Penekanan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan
unsur-unsur disiplin yang dikehendaki
Penekanan kepada kurikulum Malaya
Pendidikan menengah asas mempunyai dua aliran iaitu
akademik dan vokasional
Peluang untuk meneruskan pelajaran daripada umur 9 tahun
sehingga 11 tahun
Memudahkan prosedur pengurusan pendidikan untuk
meningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhan

AKTA PELAJARAN 1961


Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat

daripada Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan


Rahman Talib ialah:

Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma


Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis
kebangsaan
Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga
umur 15 tahun
Murid naik darjah secara automatik
Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurangkurangnya 15 orang
Pendidikan akhlak dititikberatkan

LAPORAN KABINET 1974


Perubahan aspek pendidikan yang dibuat dalam

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974:

Mengkaji sistem pendidikan dan keperluan sumber


manusia
Penekanan aspek membaca, menulis dan mengira
Kenaikan darjah secara automatik
Sekolah vokasional ditekankan
Pelaksanaan KBSR dan KBSM

You might also like