You are on page 1of 1

1.

PENDAHULUAN

Kerja Kursus Projek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku dengan kod EDU3043
merupakan salah satu subjek yang dikendalikan di bawah Jabatan Ilmu Pendidikan.
Subjek ini merupakan subjek yang wajib diambil bagi pelajar PISMP Semester 3
Ambilan

Jun

2014.

Subjek

ini

mengetengahkan

topik

antaranya

mengenai

Pengurusan Bilik Darjah Sekolah Rendah, Peranan Guru dalam Pengurusan Bilik
Darjah, Hubungan Guru-Murid, Pengurusan Disiplin Bilik Darjah dan lain-lain lagi.
Manakala, objektif projek pada kali ini, pelajar dapat membincangkan ciri-ciri
guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah berdasarkan video Class of
Rowdies. Seterusnya, pelajar dikehendaki menganalisis strategi yang digunakan
oleh guru dalam mengurus bilik darjah yang berkesan berdasarkan kajian ilmiah
yang dipilih. Kemudian, pelajar mengenalpasti pula model pengurusan disiplin yang
digunapakai oleh guru dalam video tersebut bagi menangani masalah disiplin
murid-murid dalam kelasnya. Akhir sekali, pelajar diminta menilai keberkesanan
pengurusan disiplin yang diaplikasikan oleh guru dalam menyelesaikan masalah
disiplin dalam bilik darjah yang diperhatikan berdasarkan video.
Hasil daripada pembelajaran kursus ini pelajar dapat menjelaskan konsep
pengurusan bilik darjah sekolah rendah. Selain itu, pelajar dapat membincangkan
tugas dan tanggungjawab guru dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan,
mengaplikasikan pelbagai model pengurusan disiplin di dalam bilik darjah dan
pelajar dapat menganalisis masalah disiplin bilik darjah untuk murid-murid
termasuk murid-murid berkeperluan khas serta memilih pendekatan-pendekatan
yang sesuai dalam menanganinya.

You might also like