You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PULAU PINANG

KURSUS

: KDPM-KDC PRASEKOLAH
AMBILAN NOV (SEM. 2)

Kod dan matapelajaran :edu3109 guru dan


Cabaran semasa.
PENSYARAH : ENCIK KAMIL NASURUDDIN BIN
DARUS
: DR. KHOO BEE LEE

Soalan tugasan.
Tuliskan satu esei mengenai satu tajuk Psikilogi Pendidikan seperti berikut:-

1)Tujuan utama mengadakan pengajaran ialah mewujudkan dan menghasilkan aktiviti


pembelajaran yang berkesan.Bincangkan hasil-hasil pembelajaran yang boleh didapati
daripada lapan jenis pembelajaran berperingkat yang dikemukakan oleh Gagne dan apakah
kekurangannya di dalam pendidikan sekolah masa kini.

Pembelajaran dari segi berperingkat ini telah dikaji oleh Robert M.Gagne.menurut
bukunya Essentials of learning for Instruction,beliau berpendapat pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku hendaklah secara berperingkat-peringkat(hieraki) iaitu bergerak
dari peringkat yang paling mudah kepada penyelesaian masalah yang paling kompleks.Ini
kerana setiap pembelajaran dari peringkat awal hingga ke peringkat yang lebih
tinggi.Mengikut lapan pembelajaran Gagne setiap pelajar perlu menguasai pelajaran yang
mudah terlebih dahulu.
Berikut adalah huraian ringkas lapan jenis pembelajaran mengikut kesukarannya:1-Pembelajaran isyarat (signal learning) pembelajaran isyarat berlaku secara
semulajadi dan tidak sengaja..Ia adalah hasil tindak balas ransangan luar. Individu
mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat
yang perlu dimiliki oleh seseorang individu ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan
bergerak balas kepada ransangan. Pembelajaran adalah melalui pelaziman tingkah laku.
Contohnya; apabila pelajar mendengar loceng sekolahberbunyi pada pukul 10.00 pagi,
mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba.Keadaan ini berlaku kerana pelajar telah
dilazimkan dengan bunyi loceng dan masa rehat.Oleh itu ransangan positif akan
menyeronokkan pembelajaran dan ransangan negatif boleh mendesakkan pembelajaran.
2 - Pembelajaran ransangan(stimulus-response learning) tindak balas dalam
pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu dititiberatkan.Pembelajaran
jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas terhadap ransangan luar. Akan tetapi pelajar
itu telah memperolehi tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang dikenalpastikan.
Dengan perkataan lain, tindak balas dalam pembelajaran berupa diskriminasi terhadap
ransangan betul atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan pelajar dapat bertindak
balas terhadap ransangan luar mengikut kehendaknya. Contohnya, guru memberi
peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik, untuk mengekalkan tingkah
laku ini, Fifi akan cuba menulis dengan lebih baik lagi untuk mendapat pujian gurunya.
3 - Pembelajaran rantaian(chaining)- bermaksud penggabungan beberapa
ransangan yang menghasilkan tindak balas dalam suatu turutan . Pembelajaran rantaian
digunakan dalam pembelajaran kemahiranseperti penulisan, permainan, muzik dan
sebagainya. Rantaian merupakan satu siri tingkahlaku yang berkaitan untuk melengkapi
tugasan yang dijalankan. Sebagai contohnya, untuk melihat suatu objek yang jauh dengan
menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku apabila memegang binokular di hadapan
mata, menuju binocular itu kearah objek
itu dan menyesuaikannya untuk memfokus
dengan jelas. Pengajaran kemahiran dari satu peringkat boleh dibawa ke peringkat yang
seterusnya. Contohnya; seorang guru yang mengajar bola jaring perlu mengajar beberapa
rantaian kemahiran kecil seperti :Kemahiran menghantar bola,kemahiran menerima
bola,kemahiran menjaringkan bola,kemahiran dan urutan daripada peringkat pertama akan

menjadi ransangan untuk turutan yang kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rantaian, guru
perlu membuat ulangan supaya kemahiranyang dipelajari dahulu tidak dilupakan.
4 - Pertalian bahasa(asosiasi verbal) -Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang
mengaitkan lebih daripada satu ransangan untuk menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun
proses ini memerlukan penggunaan bahasa yang telah dipelajari dahulu. Untuk menyatakan
sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiranbahasa untuk mengaitkan satu rangkaian
berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan
sebutannya. Proses ulangan penting untukmenjamin peneguhan pertalian bahasa.
5- Pembelajaran diskriminasi - Dalam pembelajaran jenis ini pelajar dapat
membezakan berbagai ransangan yang berupa sama untuk menghasilkan sama banyak
tindak balas yang khusus. Dengan perkataan lain dalam satu set pertalian atau rangkaian,
jenis pembelajaran semakin dapat dibezakankerana setiap ransangan dan tindak balas
dapat diasingkan dari satu sama lain. Ini bermaksudseorang individu itu sanggup
menghasilkan tindak balas yang khusus terhadap ransangan yangberbeza walaupun kecil.
Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan dengan ciri-ciri yang jelas pada objek. Contoh
pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan dengan haiwan yang
lain seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali ciri-ciri yangmembezakan
kedua-dua jenis haiwan ini.
6- Pembelajaran konsep(concept learning) Pembelajaran ini merupakan tindak
balas umum terhadap satu kumpulan ransangan yang berbeza-beza dalam bentuk
fizikalnya. Guru perlu membimbing pelajar untuk mengenal past iciri-ciri tertentu dalam
sesuatu konsep yang dipelajari. Pembelajaran konsep hanya boleh berlaku selepas
pembelajaran melalui rangkaian pertalian berbahasa dan diskriminasi. Pelajar belajar
konsep melalui contoh-contoh yang jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar perlu
mengetahui tentang beberapa ciri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan
perbezaannyaberbanding dengan sisik dan bulu pelepah.
7-Pembelajaran Hukum- Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih
konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini
melibatkan penggunaan rumus, prinsip,teori dan generalisasi. Pembelajaran hukum beraras
tinggi kerana ia melibatkan pembelajarankonsep, rangkaian dan pertalian bahasa. Sebagai
contoh, pelajar membuat soalan matematik yang melibatkan operasi tambah dan operasi
darab. Soalan seperti ini melibatkan dua hukum yang berlainan. Penguasaan hukum adalah
penting untuk peringkat pembelajaran menyelesaikan masalah. Gagne telah memberikan
lima prinsip pengajaran hukum :Memberi maklumat yang betul.Menghuraikan cirri-ciri yang
penting dalam sesuatu konsep.Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan
rangkaian konsep yang berkaitan.Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah
dipelajari.Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-hukum yang telah dipelajari
8-Pembelajaran penyelesaian masalah(problem solving)- Pembelajaran ini
melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan hukum untuk
menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu menggunakan kaedah penemuan
dan membuat penyelesaian sendiri. Ia adalah peringkat pembelajaran yang paling sukar dan
kompleks. Semua jenis kemahiran yang telah dipelajari sebelum peringkat ini digunakan
dalam proses penyelesaian masalah. Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses
penyelesaian masalah iaitu :mengenal masalah,mencari maklumat,membuat

hipotesis,memilih cara menyelesaikan masalah,menguji hipotesis (melaksanakan pelan


penyelesaian ).membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak ).Penyelesaian masalah
adalah cara yang paling baik untuk mengajar pelajar kemahiran berfikir.
Teori Gagne terhadap pengajaran dan pembelajaran,guru perlu menekankan sistem
pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada yang rumit.selain itu proses
pembelajaran ini perlu dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui
rantaian.seperti contoh pembacaan teks melalui nyanyian yang berulangkali lebih diingati
oleh pelajar berbanding melalui kaedah biasa pembacaan teks.

You might also like