You are on page 1of 25

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

1.0 PENGENALAN
Burger Express Enterprise merupakan sebuah syarikat yang akan menjalankan aktiviti
perniagaan makanan segera. Burger Express merupakan jenis perniagaan milikan
tunggal, dimana Kamarul Aiman Bin Kamarudin ialah pemilik dan pengurus besar
Burger Express. Perniagaan yang akan dijalankan oleh Burger Express adalah
menyediakan set hidangan makanan dan turut menyediakan minuman bergas. Pemilik
pernah menyertai Kursus Latihan Usahawan Muda 2015 anjuran Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan MARA bagi tujuan
meningkatkan kemahiran mengurus perniagaan. Melalui agensi ini, pemilik dapat
menimba ilmu pengetahuan dan dapat banyak pengalaman yang amat berguna tentang
pengurusan perniagaan dari segi pengurusan kewangan, pengurusan takbir urus,
pengurusan peralatan yang terlibat dalam perniagaan makanan segera.
Jumlah modal permulaan yang akan digunakan pemilik untuk membuka
syarikat Burger Express ialah sebanyak RM 52 000 dimana RM 50 000 pinjaman
bank dan

RM 2 000 modal sendiri. Lokasi Burger Express terletak di PT 7965,

Komplek Awam MDGM, (Depan SK Gua Musang) Bgn 11/2 Tingkat, 18300 Gua
Musang, Kelantan. Lokasi ini merupakan kawasan yang sangat strategik kerana
terletak di tengah Bandar Gua Musang dan berhampiran dengan stesen bas Gua
Musang dan SK Gua Musang. Selain itu, kawasan ini juga mempunyai jumlah
penduduk yang tinggi serta menjadi kawasan tumpuan masyarakat Gua Musang untuk
membeli belah terutamanya pada hari minggu.
Burger Express mempuunyai kekuatan yang tersendiri. Burger Express turut
menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah. Perkhidmatan tersebut mendapat
tempat di hati pelanggan kerana menjimatkan masa pelanggan dan produk sampai
menepati masa yang ditetapkan. Selain itu, bahan mentah yang digunakan amat
berkualiti. Burger Express juga akan membayar ganti rugi jika terdapat kesilapan
berpunca dari pihak beliau seperti kelewatan penghantaran produk atau tidak
menepati tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan. Oleh itu, Burger Express amat
menitik berat mengenai kesilapan berpunca dari pihak beliau yang akan menyebabkan
kerugian.
Burger Express akan dimulakan pada 1 Oktober 2016. Pengurus Besar akan
mengupah empat orang pekerja bagi membantu menguruskan perniagaannya. Pekerja
diperlukan untuk menyediakan bahan mentah, menyiapkan set hidangan yang
ditawarkan dan membuat penghantaran set hidangan. Hal ini bagi melancarkan

~1~

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

operasi dan meminimumkan kesilapan. Malah, ia juga bagi memastikan layanan dan
perkhidmatan yang diberikan sentiasa mendapat kepuasan pelanggan.
2.0 OBJEKTIF
Burger Express Enterprise telah menentukan beberapa matlamat bagi melancarkan
operasi perniagaan. Antaranya ialah:i.

Memberikan perkidmatan terbaik untuk memenuhi kepuasan, keselesaan, dan


citarasa pelanggan.

ii.

Meningkatkan imej perniagaan menjadi peneraju industri mematuhi syariat


Islam dengan memastikan produk halal, serta berkualiti.

iii.

Meningkatkan jualan sebanyak 10% setiap bulan.

iv.

Meningkatkan produktiviti perniagaan dengan menggunakan teknologi terkini


dan rupa bentuk premis yang unit bagi mendapatkan perhatian pelanggan.

v.

Mewujudkan 3 cawangan baru dalam jangka masa 3 tahun yang akan datang.
Burger Express bercadang untuk membuka cawangan di lokasi strategik iaitu
di Kuala Krai, Machang, dan Kota Bharu. Oleh itu, dapat mewujudkan
peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

~2~

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

3.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT


Nama Syarikat: Burger Express Enterprise
Alamat Syarikat: PT 7965, Komplek Awam MDGM, (Depan SK Gua Musang) Bgn
11/2 Tingkat, 18300 Gua Musang, Kelantan.
No. Pendaftaran:
No. Telefon: 09- 9112156
No. Faks: 09- 9002156
Jenis Perniagaan: Pengeluaran dan Perkhidmatan
Bentuk Perniagaan: Milikan Tunggal
Kegiatan Utama Perniagaan: Mengeluarkan Makanan Segera
Tarikh Pendaftaran Perniagaan: 1 Oktober 2016
Tagline Syarikat: Halal, Berkualiti, dan Cekap
Keluasan Premis Perniagaan: 40 480 Persegi
Modal Permulaan Perniagaan: RM 50 000
Jenis Akaun Perniagaan: Akaun Semasa
Kedudukan Perniagaan Sekarang: -tiadaE-mail: BurgerExpress2156@gmail.com.my
Laman Web: http//www.BurgerExpress.com.my
Facebook: BurgerExpress2156@yahoo.com.my
Kegiatan Sampingan: Menyediakan makanan melalui tempahan (catering)
Masa Operasi :-

HARI
Ahad - Khamis
Jumaat
Sabtu

WAKTU MULA
7:00 pagi
Cuti
10:00 pagi

~3~

WAKTU TAMAT
7:00 malam
Cuti
10:00 malam

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

Jika pelanggan membuat tempahan (catering) pada hari Jumaat yang mana adalah
hari cuti bagi perniagaan ini, pihak kami akan terima tempahan tersebut tetapi dikenakan
caj tambahan. Burger Express sangat mengutamakan kehendak pelanggan dan akan cuba
memenuhi citarasa pelanggan.

~4~

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK


Nama Pemilik : Kamarul Aiman Bin Kamarudin
No. Kad Pengenalan : 890622-03-6385
Tarikh Lahir : 22 JUN 1989
Umur : 27 Tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : PT 7965, Komplek Awam MDGM, (Depan SK Gua Musang) Bgn 11/2
Tingkat, 18300 Gua Musang, Kelantan.
No. Telefon : 019- 9112156
E-mel : BurgerExpress2156@gmail.com.my
Status Perkahwinan : Bujang
Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
Kemahiran : Memiliki ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan
Pengalaman : Pernah bekerja di KFC
Pekerjaan Sekarang : Pengurus Besar Syarikat Burger Express
Perniagaan Lain Yang Pernah Diceburi : Menjual burger secara kecil-kecilan

~5~

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

5.0 LATAR BELAKANG PROJEK


Burger Express Enterprise menjalankan perniagaan PT 7965, Komplek Awam MDGM,
(Depan SK Gua Musang) Bgn 11/2 Tingkat, 18300 Gua Musang, Kelantan. Lokasi
tersebut amat strategik kerana terletak di tengah Bandar Gua Musang dan berhampiran
dengan SK Gua Musang dan Stesen Bas Gua Musang.
Kelengkapan fasilitinya juga baik. Malah, lokasi Burger Express juga lengkap
dengan kemudahan infrastuktur kerana berdekatan dengan jalan utama. Ini memberi
kemudahan kepada pelanggan untuk mengunjungi premis tersebut. Kemudahan Utiliti
yang lengkap seperti air, elektrik, jalan raya dan talian telefon kerana kedudukan Burger
Express berada di pusat Bandar. Malah, kenderaan awam seperti bas dan teksi mudah
didapati di kawasan tersebut.
Permis Burger Express disewa daripada Majlis Daerah Gua Musang (MDGM).
Mengikut perjanjian sewaan premis yang ditandatangan, tempoh sewaan adalah selama
lima tahun. Premis berkenaan merupakan rumah kedai iaitu aras bawah merupakan kedai
dan tingkat 1 pula merukan rumah. Harga sewaan ialah RM 800 sebulan.
Burger Express akan menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah
pelanggan. Buat masa ini, Burger Express hanya memfokuskan kepada set-set hidangan
murah dan berpatutan untuk dijadikan menu utama. Setiap set hidangan yang diwujudkan
sesuai dengan kuasa beli pengguna setempat. Contoh, Burger Express akan melancarkan
set hidangan khas kepada pelajar yang ingin menikmati set hidangan yang murah dan
enak. Ia akan menjadi satu tarikan yang baru kepada pelanggan.
Antara set hidangan yang akan ditawarkan ialah Colonel Burger, Zinger Burger,
Colonel Zinger Burger, dan Samurai Burger. Burger Express turut akan menyediakan set
hidangan yang berkonsepkan cinta iaitu Sweet Burger. Burger Express juga akan
menyediakan ruang khas untuk bergambar bagi pelanggan yang hipster yang mahukan
kelainan.
Burger Express juga amat berhati-hati dalam melakukan perletakan harga setiap
set hidangan. Harga yang akan ditawarkan oleh Burger Express lebih berpatutan daripada
kedai-kedai yang terdapat di kawasan Gua Musang. Terutamanya, KFC yang
menawarkan harga yang amat tinggi tetapi layanan serta perkhidmatan sering bermasalah.
Burger Express akan melakukan promosi secara agresif bagi menaikkan imej perniagaan
agar standing dengan KFC serta meningkatkan keuntungan syarikat. Pengusaha Burger

~6~

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

Express juga amat aktif di media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk
mengiklankan produk yang ditawarkan. Malah, Burger Express akan menawarkan kad
keahlian bagi pelanggan yang setia dengan Burger Express.
6.0 RANCANGAN ORGANISASI
Setiap jawatan yang terdapat dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang
penting. Burger Express mempunyai empat orang tenaga kerja tidak termasuk pengurus
besar untuk membantu melancarkan perjalanan perniagaan. Pengurus besar Burger
Express bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir perniagaannya, ke arah hala
tuju yang ingin dicapai dalam jangka pendek dan jangka masa panjang. Pekerja pertama
ialah pengurus operasi bertanggungjawab untuk menyediakan bahan mentah dan
menguruskan operasi perniagaan. Pekerja kedua bertanggungjawab untuk menyediakan
set-set hidangan yang dipesan oleh pelnggan. Pekerja ketiga pula bertanggungjawab
untuk menghantar set hidangan ke rumah pelanggan. Akhir sekali, pekerja keempat pula
bertanggungjawab menjidi juruwang yang ditempatkan di kaunter pembayaran.
6.1 Matlamat Dan Strategi Organisasi
VISI
Meningkatkan kualiti pengeluaran makanan segera.
MISI
Membekalkan makanan segera yang halal dan berkualiti kepada masyarakat.
MATLAMAT
Menjadikan Burger Express sebagai peneraju industri yang mematuhi syariat Islam
agar memberikan produk yang halal dan bersih kepada masyarakat Islam khasnya dan
masyarakat Malaysia amnya. Selain itu, agar dapat menyediakan peluang pekerjaan
kepada belia setempat.
STRATEGI
Menggunakan bahan mentah yang berkualiti dan teknologi moden yang terkini untuk
mengeluarkan produk. Selain itu, mempunyai tenaga kerja yang cekap, amanah dan
mahir mengurus perniagaan.
6.2 Carta Organisasi Fungsian Syarikat

~7~

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

Pengurus Besar
Kamarul Aiman Bin
Kamarudin

Pengurus Operasi
Muhd Azim Bin Azman

Pekerja Pertama
Nur Hazwani Binti
Hamzah

Pekerja kedua
Muhammad Nazmi Bin
Muhd Nasir

Pekerja Keempat
Nurul Hayati Binti
Hanafi

6.3 Senarai Butiran Jawatan


Nama
: Kamarul Aiman Bin Kamarudin
Tarikh Lahir
: 22 JUN 1989
Jawatan
: Pengurus Besar
Gaji bulanan
: RM 1500
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan
: Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
Pengalaman Bekerja : Pernah Bekerja Sambilan di PizzaHut
Tanggungjawab
: Mengurus perjalanan dan mengembangkan prestasi syarikat.
Mengambil pesanan pelanggan melalui panggilan telefon

~8~

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

Nama
: Muhd Azim Bin Azman
Tarikh Lahir
: 11 JANUARI 1992
Jawatan
: Pengurus Operasi
Gaji bulanan
: RM 1300
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan
: Lepasan Diploma Pentadbiran Perniagaan
Pengalaman Bekerja : Pernah Bekerja di Cool Blog
Tanggungjawab
: Mengurus operasi dan perjalanan syarikat
Nama
: Nur Hazwani Bin Hamzah
Tarikh Lahir
: 9 APRIL 1990
Jawatan
: Pekerja
Gaji bulanan
: RM 1200
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan
: STPM
Pengalaman Bekerja : Pernah Bekerja di KFC dan Marry Brown
Tanggungjawab
: Memproses makanan yang dipesan oleh pelanggan
Nama
: Muhammad Nazmi Bin Muhd Nasir
Tarikh Lahir
: 3 JUN 1991
Jawatan
: Pekerja
Gaji bulanan
: RM 1200
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan
: STPM
Pengalaman Bekerja : Pernah Bekerja di Mc Donald
Tanggungjawab
: Menghantar makanan yang ditempah ke rumah pelanggan

Nama
: Nurul Hayati Binti Hanafi
Tarikh Lahir
: 11 NOVEMBER 1993
Jawatan
: Juruwang
Gaji bulanan
: RM 1300
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan
: Lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan
Pengalaman Bekerja : Pernah Bekerja di Econjaya sebagai juruwang
Tanggungjawab
: Menjadi juruwang dan merekod aktiviti Kewangan
6.4 Fungsi Dan Tanggungjawab
Burger Express telah membahagikan tugas dan tanggungjawab bagi melicinkan
pengurusan perniagaan. Tanggungjawab berikut ialah:6.4.1 Pengurus Besar

~9~

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

Pengurus Besar bertanggungjawab dalam segala aspek pengurusan perniagaan


dan mengatur strategi untuk mengembangkan perniagaannya. Selain itu,
Pengurus Besar juga bertanggungjawab untuk memastikan pekerja-pekerjanya
menjalankan tugas mengikut fail meja yang telah ditetapkan berdasarkan SOP.
6.4.2 Pengurus Operasi
Pengurus Operasi bertanggungjawab untuk memastikan segala operasi yang
telah ditetapkan berjalan dengan lancar. Pengurus Operasi juga berperanan
melaraskan operasi pengurusan dan operasi perniagaan. Di samping itu,
Pengurus Operasi juga bertanggungjawab untuk membuat kawalan stok operasi.
Oleh itu, Pengurus Operasi turut menyediakan bahan mentah untuk perniagaan.

6.4.2 Pekerja
Pekerja bertanggungjawab untuk menjalankan tugasan yang telah di tetapkan
mengikut fail meja. Setiap pekerja telah diberikan pekerjaan yang khusus.
Pekerja harus melakukan tugas secara bijaksana, cekap, amanah, dan berdaya
kreatif yang tinggi supaya perniagaan berdaya maju.
6.5 Imbuhan Dan Insentif
Burger Express amat menjaga kebajikan pekerjanya. Pengurus Besar Burger Express
menyatakan bahawa pekerja merupakan aset terpenting. Oleh itu, beliau akan melakukan
yang terbaik bagi memastikan pekerjanya sentiasa selesa semasa bekerja. Selain itu,
beliau juga akan selalu mendengar pandangan daripada pekerjanya. Burger Express
mengamalkan konsep terbuka dimana pekerja dibenarkan memberikan pandangan dan
pendapat dalam mesyuarat untuk meningkatkan prestasi perniagaan. Setiap pekerja
dikenakan potongan KWSP sebanyak 15% untuk simpanan masa hadapan. Gaji pekerja
dibayar tepat pada masa yang telah ditetapkan.
Senarai Gaji Yang Diberikan Kepada Pekerja:Jawatan

Pengurus Besar
Pengurus Operasi
Pekerja

Bilanga

Gaji/Upah Bulanan

KWSP 15%

(RM)

(RM)

(orang)
1
1
3

1 500
1 300
3 600(1 200 3)

225
195
540(1803)

~ 10 ~

Jumlah

1 725
1 495
4 140

[Type text]

[Type text]

JUMLAH

6 400

970611-03-638

960

7 360

6.6 Belanjawan Pentadbiran


Jadual Perbelanjaan Bagi Bulan Oktober 2016

Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8
9.
10.
12.

Jenis Perbelajaan
Gaji Dan KWSP (15%)
Pinjaman Dan Faedah
Sewa Lot Premis
Bil. Air, Elektrik, dan Telefon
Alat Tulis & Belanja Pejabat
Perabot
Kelengkapan Dan Peralatan Dapur
Bahan Mentah
WiFi
Promosi
Belanja (awal perniagaan)
JUMLAH

~ 11 ~

Jumlah (RM)
7 360
5 250
800
600
50
15 000
2 800
13 300
200
500
1 880
47 740

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

7.0 RANCANGAN PEMASARAN


7.1 Perkhidmatan Yang Disediakan
Burger Express mengeluarkan produk makanan segera dan menawarkan
perkhidmatan penghantaran produk ke rumah amat mesra pelanggan. Kebanyakkan
perniagaan makanan segera yang terdapat di Gua Musang tidak menyediakan
perkhidmatan sedemikian. Pelanggan amat berpuas hati dengan layanan dan produk
daripada Burger Express.
Antara set hidangan yang ditawarkan oleh Burger Express ialah Burger, Zinger
Burger, Colonel Zinger Burger, dan Samurai Burger. Bagi menarik perhatian pelanggan
yang sedang bercinta, Burger Express telah mencipta set hidangan yang berkonsep cinta
iaitu Sweet Burger. Hal ini berikutan dengan cita rasa yang sentiasa mengikuti peredaran
masa dan mereka inginkan kelainan. (Rujuk Lampiran)
Pelanggan bukan sahaja berpuas hati terhadap hidangan yang mereka nikmati, malah
mereka juga amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh Burger Express. Hal
ini demikian kerana, aroma dan rasa hidangan amat sedap dan teknik pembungkusan
sangat menarik. Pengurus syarikat amat menitikberatkan cita rasa dan keselesaan
pelanggan.
7.2 Sasaran Pasaran
Sasaran pasaran bagi Burger Express tertumpu kepada penduduk di sekitar Bandar
Gua Musang kerana lokasi perniagaan terletak di kawasan tersebut. Permintaan
pelanggan dari kawasan Gua Musang juga mendapat sambutan yang hangat kerana
Burger Express mengiklankan produk syarikat di laman sosial seperti facebook dan
Instagram untuk meluaskan saiz pasaran. Ia akan menyebabkan imej dan nama syarikat
terserlah di Gua Musang dan merupakan salah satu perniagaan makanan segera yang
dimiliki oleh Bumiputra, tanpa menggunakan francais.
Burger Express terletak di tengah-tengah pusat Bandar Gua Musang. Oleh itu, terdapat
pelbagai kemudahan asas dan kemudahan infrastruktur. Malah, Burger Express juga
berdekatan dengan Stesen Bas, Sekolah, Taman perumahan, dan tempat bermain futsal

~ 12 ~

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

(ARENA) secara tidak langsung dapat menarik pengunjung yang berkunjung ke tempat
berkenaan.
Burger Express telah bahagikan sasaran pasaran kepada beberapa golongan berikut :a) Pelajar
Oleh kerana Burger Express berdekatan dengan sekolah secara tidak langsung ia
akan

menarik

perhatian

pelejar-pelajar

sekolah.

Burger

Express

akan

menyediakan set hidangan khas kepada pelajar yang ingin menikmati hidangan
yang enak dan harga berpatutan. Selain itu, Burger Express turut menawarkan kad
keahlian kepada pelanggan yang setia dengan Burger Express. Ia akan menjadi
satu tarikan kepada pelajar.
b) Guru
Disebabkan oleh kesibukan pekerjaan guru tidak sempat untuk menyediakan
makanan untuk dinikmati. Oleh itu, mereka akan mengambil jalan altenatif untuk
menjamu selera di premis Burger Express dan menggunakan perkhidmatan yang
ditawarkan, jika mereka terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk pergi ke
restoran dan sebagainya. Disamping itu, jika mereka ingin mengadakan jamuan
kelas, mereka boleh membuat tempahan kepada Burger Express. Ia akan
memudahkan urusan dan menjimatkan masa guru.
c) Penduduk
Kebanyakan penduduk di sini mempunyai pekerjaan. Kesibukan bekerja
menyebabkan mereka tiada masa untuk menyediakan juadah makanan. Jadi
mereka akan mengambil jalan mudah dengan mengunjungi atau menggunakan
perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan oleh Burger Express.

~ 13 ~

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

7.3 Saiz Pasaran


saiz pasaran boleh diperolehi dan dikira daripada potensi jualan dengan membuat
anggaran jumlah penduduk di Gua Musang. Di Bandar Gua Musang sahaja terdapat
banyak perumahan yang dibangunkan oleh pemaju. Oleh itu, terdapat banyak rumah
di sekitar Gua Musang iaitu melebihi 5 000 unit buah rumah. Jika dianggarkan setiap
rumah mempunyai 5 orang jadi penduduk dapat dianggarkan seramai 25 000 orang.
Jika 20% iaitu seramai 5 000 orang membeli produk makanan segera. Maka saiz
pasaran dapat dianggarkan seperti berikut:Seorang penduduk
Bilangan
Pelanggan 25%
(orang)

penduduk

membeli produk
tiga kali dalam

(orang)

masa sebulan
(RM)

25 000

5 000

30(103)

Saiz pasaran

Saiz pasaran

sebulan
(RM)

setahun
(RM)

150 000

1 800 000

7.4 Persaingan Pasaran


Di Bandar Gua Musang ini terdapat beberapa pengeluar makanan segera dan mereka
sudah lama menjalankan perniagaan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan segera
menggunakan perniagaan francais. Oleh itu, pengeluar makanan segera tersebut
merupakan pesaing kepada Burger Express. Antara pesaing tersebut seperti yang
berikut:Bil

Nama Perniagaan

Produk Ditawarkan

.
1.

KFC

Mengeluarkan pelbagai makanan segera

2.

Marry Brown

Mengeluarkan pelbagai makanan segera

3.

Dcorner Burger

Mengeluarkan burger sahaja

4.

Nick Burger Bakar

Mengeluarkan burger bakar

Burger Express
Lokasi
Terletak
kawasan

Produk yang Ditawarkan


di Menawarkan produk makanan segera Harga

Bandar dan

minuman.

~ 14 ~

Kekuatan
yang

berpatutan.

Menyediakan Produk yang berkualiti.

[Type text]

[Type text]

Lama Gua Musang

970611-03-638

perkhidmatan penghantaran.

Perkhidmatan yang cekap.


Pekerja yang mahir.

7.5 Syer Pasaran


Berdasarkan kepada analisis pesaing, didapati peratusannya adalah rendah
untuk lingkungan kawasan sasaran pasaran ini. namun faktor lain perlu
diambil kira seperti lokasi perniagaan pesaing di sekitar Gua Musang. Oleh
itu, sasaran syer pasaran dapat dianggarkan sekitar 20%. Daripada saiz
pasaran berjumlah RM 2 250 000 setahun. Syer pasaran dapat dianggarkan
seperti yang berikut:-

Peniaga

Syer

Jumlah Syer Pasaran

Jumlah Syer

Pasaran

sebulan (RM)

Pasaran setahun
(RM)

4 buah premis
80%

120 000

1 440 000

Burger Express

20%

30 0 00

360 000

JUMLAH

100%

150 000

1 800 000

berada di
sekitar Gua
Musang.

7.6 Strategi Pemasaran


7.6.1 Produk
Produk yang ditawarkan kepada pelanggan ialah makanan segera dan
perkhidmatan. Sesuai dengan trend terkini, Burger Express mengeluarkan
produk yang berkualiti serta Halal dan perkhidmatan yang cekap. Burger
Express menggunakan bahan mentah berkualiti dan bebas dari racun perosak
atau kimia. Bagi memastikan produk Burger Express kekal dihati pelanggan.
Syarikat amat menitikberatkan kualiti produk dan kecekapan perkhidmatan.
7.6.2 Penetapan Harga

Bil
1.
2.

Jenis Set Hidangan


Colonel Burger
Zinger Burger

~ 15 ~

Harga
(RM)
6.90
7.90

[Type text]

3.
4.
5.

[Type text]

970611-03-638

Colonel Zinger Burger


Samurai Burger
Sweet Burger
JUMLAH

9.90
8.90
13.90
47.50

7.6.3 Promosi
Strategi promosi yang dirancang oleh Burger Express ialah menggunakan
teknologi yang terkini untuk mempromosikan perniagaan ke media massa
seperti Facebook dan Instagram. Selain itu, menawarkan kad keahlian dan
memberi diskaun kepada pelanggan setia Burger Express. Tujuan tersebut
untuk menarik perhatian pelanggan baru. Di samping itu, Burger Express
juga mengedarkan pamplet atau risalah pada bulan tertentu di kawasan
tumpuan orang ramai seperti pasar raya, stesen bas, dan sekolah. Burger
Express juga memasang banner di simpang empat lebuhraya Kuala Lumpur Kota Bharu bagi menonjolkan imej perniagaan Burger Express.
7.7 Ramalan Jualan

Oktober
RM 60 000

November
RM 66 000

Disember
RM 72 600

Januari
RM 79 860

Februari
RM 87 846

March
RM96 630

Ramalan jualan setiap bulan bermula dari bulan Oktober hingga March meningkat
sebanyak 10% setiap bulan. Peningkatan ini berlaku kerana Burger Express
menetapkan harga yang berpatutan. Selain itu, menu hidangan yang menarik sehingga
dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk mengunjungi ke premis Burger Express.
Promosi yang ditetapkan juga dapat manarik perhatian pelanggan baru.
8.0 RANCANGAN OPERASI
8.1 Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan
Kuantiti yang
Bil

Jenis Set Hidangan

Harga
(RM)

dikeluarkan sebulan
(unit)

Jumlah Jualan
(RM)

1.

Colonel Burger

7.40

600

4 440

2.

Zinger Burger

8.40

600

5 040

3.

Colonel Zinger Burger

10.40

600

6 240

4.

Samurai Burger

9.40

600

5 640

~ 16 ~

[Type text]

5.

[Type text]

Sweet Burger

14.40

970611-03-638

600

8 640

JUMLAH
50.00
3 000
30 000
8.2 Proses Pengeluaran
a) INPUT
Pembekal akan menghantar stok setelah mendapat pesanan melalui
faks daripada pengurus operasi. Pekerja akan membuat angkutan

masuk stok.
Pengurus operasi akan membayar kepada pembekal setelah menerima
stok. Pengurus operasi akan membuat pemeriksaan bagi memastikan

bahan mentah berada dalam keadaan baik dan tidak rosak.


Pekerja akan memindahkan bahan mentah ke dalam stor dan peti untuk

menjaga kualiti barang tersebut.


b) TRANFORMASI
Memasak hidangan yang dipesan oleh pelanggan.
Memproses dan menghias hidangan yang dipesanoleh pelanggan.
c) OUTPUT
Penghasilan hiidangan makanan segera yang enak untuk dihidangkan
kepada pelanggan.
8.3 Carta Aliran Proses Pengluaran

pelanggan
memesan
hidangan di
kaunter

Produk :-

memproses
hidangan
mengikut
set yang
dipilih

hidangan
dihantar ke
kaunter
pembayaran

Produk Dan Perkhidmatan :-

~ 17 ~

pelanggan
membayar
di kaunter
pembayaran

pelanggan
menjamu
selera di
tempat yang
disediakan

[Type text]

[Type text]

pelanggan
menempah
hidangan
melalui
panggilan
telefon

memproses
hidangan
mengikut
set yang
dipilih

hidangan
dihantar ke
rumah
pelanggan

970611-03-638

pelanggan
membayar
kepada
penghantar
produk

pelanggan
menjamu
selera di
rumah

8.4 Bahan Mentah Dan Peralatan Yang Diperlukan

Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.

Jenis Bahan Mentah


Roti burger
Daging ayam
Daging lembu
Salad/ Kobis
Tomato
Lobak merah
Bawang besar
Sos cili Thai
Sos cili
Sos tomato
Sos lada hitam
Sos wasabi
Cheese
Kentang jejari
Minuman bergas
Minuman jus buahan
Plastik pembungkusan
JUMLAH

Kuantiti (Sebulan)
600 bungkus RM 3
600 bungkus RM 5
600 bungkus RM 5
30 kg RM 3
30 kg RM 4
30 kg RM 4
30 kg RM 5
40 kg RM 5
40 kg RM 5
40 kg RM 5
40 kg RM 5
40 kg RM 5
40 kg RM 5
150 kg RM 5
60 dozen RM 24
60 dozen RM 24
60 bungkus RM 4

Harga (RM)
1 800
3 000
3 000
90
120
120
90
200
200
200
200
200
200
750
1 440
1 440
250
13 300

Senarai Pembekal Bahan Mentah :Burger Express telah mengenal pasti pembekal yang dapat membekalkan bahan
mentah secara berterusan. Pembekal seperti yang berikut:Nama Dan Alamat Pembekal
Pembekal Vegetables Farm Enterprise
Lot 132, Seksyen 3, Brinchang, 39100

Bekalan
Membekalkan salad, kobis, tomato, dan
lobak merah,

Cameron Highland, Pahang.


Pembekal JT Pemborong Enterprise

~ 18 ~

Membekalkan Bawang besar, pelbagai

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

Lot 231, Kg. Nyior China, Jalan Hospital,

sos, Roti burger, plastik pembungkusan

15200 Kota Bharu, Kelantan.

dan minuman bergas & berjus buahan.

Pembekal DBerkat Frozen Enterprise


Lot 441, Bandar Baru, 18300 Gua

Membekalkan daging ayam, daging


lembu, dan kentang jejari.

Musang, Kelantan.
8.5 Jaminan Kualiti
Pembelian bahan mentah dilakukan sebulan sekali kecuali sayur-sayuran yang
dilakukan seminggu sekali untuk memastikan sayur-sayuran tersebut masih segar dan
berkualiti. Burger Express menggunakan khidmat pembekal sayur-sayuran tempatan
yang beroperasi di Cameron Highland kerana pembekal tersebut paling dekat dengan
premis perniagaan Burger Express dan pembekal tersebut tidak menggunakan bahan
kimia terhadap tanamannya. Burger Express juga menggunakan dua peti sejuk iaitu
peti sejuk pendingin hawa dan peti sejuk beku untuk meletakkan sayur-sayuran dan
daging burger supaya kualitinya terjamin
8.6 Kawalan Inventori
Bagi mengawal keluar masuk bahan mentah untuk membuat set hidangan yang
ditawarkan. Burger Express akan memastikan bahawa setiap set hidangan yang telah
terjual akan dimasukkan ke dalam system computer. Kemasukkan maklumat
berkenaan dapat mengetahui bahan mentah yang masih ada dan yang sudah tiada, ia
dapat menganggarkan bila masa yang sesuai untuk membeli semula bahan mentah.
8.7 Kos Pengeluaran
Kos pengeluaran Burger Express ialah sebanyak RM 47 740 dimana ia terdiri
daripada kos bahan mentah sebanyak RM 13 300, kelengkapan dan peralatan dapur
sebanyak RM 2 800, perabot sebanyak RM 15 000, alatan pejabat sebanyak RM 50,
bil. Utiliti sebanyak RM 600, sewa premis sebanyak RM 800, WiFi sebanyak RM
200, gaji dan KWSP sebanyak RM 7 360, pembayaran balik pinjaman dan faedah
sebanyak RM 5 250, promosi sebanyak RM 500, dan belanja (awal perniagaan)
sebanyak RM 1 880.
8.8 Mesin Dan Peralatan
Burger Express menggunakan dua buah ;peti sejuk iaitu peti sejuk penghawa dingin
dan peti sejuk beku untuk menyimpan sayur-sayuran dan menyimpan daging burger,
menggunakan satu dapur yang besaiz besar supaya dapat mempercepatkan proses
memasak set hidangan dan memenuhi kehendak pelangggan, Burger Express turut

~ 19 ~

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

menggunakan gas industry untuk memproses set hidangan. Selain itu, Burger Express
menggunakan dua buah mesin tunai, menggunakan dua buah penghawa dingin
dimana satu diletakkan di atas pintu utama dan satu lagi di letakkan di atas kaunter
pembayaran. Akhir sekali, Burger Express menggunakan 13 buah meja iaitu 11 buah
meja makan pelbagai saiz diletakkan di dalam premis, satu meja minuman dan satu
meja memproses set hidangan diletakkan di dapur.
Senarai Pembekal Mesin Dan Peralatan

Nama Dan Alamat Pembekal

Mesin Dan Peralatan

Salwani Elektronik Enterprise


No 147, Jalan Puteri 5/20 Bandar Puteri,
47100 Puchong, Selangor.

Membekalkan peti, mesin tunai dan


penghawa dingin

Ilham Jati Sdn. Bhd.


No 46, Jalan Persiaran Raya, 18300 Gua
Musang, Kelantan.

Membekalkan meja

Syarikat Aik Seng Enterprise


No 16, Taman Tropika, 18300 Gua
Musanng,
Kelantan.

Membekalkan dapur dan gas industri

8.9 Lokasi Premis

~ 20 ~

[Type text]

[Type text]

970611-03-638

8.10 Susun Atur Ruang Operasi


Pintu
Belakang

Dapur
memasak

sink

Peti
Sejuk
beku

Peti
hawa
dingin

Tandas

Meja Memproses

sink

Bilik Stor
Bahan Mentah
Kaunter
Pembayara
n

Meja
makan

~
Meja
Meja
maka
maka
nn

21 ~

Pintu Utama

Meja
Meja
maka
maka
nn

Kaunter
Pembayara
n

Meja
Minuman

Meja
makan

[Type text]

[Type text]

~ 22 ~

970611-03-638

[Type text]

[Type text]

~ 23 ~

970611-03-638

[Type text]

[Type text]

~ 24 ~

970611-03-638

[Type text]

[Type text]

~ 25 ~

970611-03-638

You might also like