You are on page 1of 5

Konsep Profesion dan Profesionalisme

Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial


yang penting. Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang
mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang
mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan
kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila
perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk
menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956).
Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan
yang khas. (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).
Profesional ialah ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam
profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), empat atribut dalam satu
profesion ialah ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam,
kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk
mengawal tingkah laku ahli-ahli serta persetujuan diberi kepada suatu profesion
oleh mesyarakat untuk beroperasi.

sas Kepemimpinan:Nota Bab 1: Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion

Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion

1)

Pengenalan;

Kamus Dewan (2005) suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan,


kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi
sosial yang penting.

2)

Ciri-ciri Profesion;

Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas
untuk masyarakat dan negara.

Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa


memberi perkhidmatan.
Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas
mengikut satu tempoh masa tertentu.
Pakar dalam bidang pekerjaan .
Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas.
Mementingkan mutu perkhidmatan.
Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas.
Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan
kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli.
Mematuhi kod etika profesion

3)

Konsep Profesional;

Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion.
Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam suatu profesion:

d)
untuk

4)

a)

penguasaan ilmu yang mendalam

b)

kecekapan dan kepakaran dalam bidang

c)

kod etika

kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat


beroperasi.

Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;

Perguruan diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989)


Keguruan diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti
peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru (Kamus Dewan,1989).

5)

GURU.PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL..;

Guru Profesional;
Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan.

Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah.


Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai panduan dalam
segala aktiviti profesional.
Guru adalah pakar dalam pendidikan.
Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada indidvidu dan
negara.

Guru Non Profesional;


Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran, guru sementara
Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak
persaingan.
Autonomi guru adalah terhad.
Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya guru
tersebut tidak mematuhi kod etika.
Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan

6)

Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998);

Bersikap profesional
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
Berilmu
Patuh dengan Kod Etika.
Bermoral
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
Prihatin terhadap murid dan ibubapa
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.
Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
Memastikan suasana guru mengajar murid belajar dalam bilik darjah.
Melahirkan persekolahan berwatak supaya murid mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.

Mempertahankan martabat profesionnya.


Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian & tidak berbelah
bahagi.

7)

10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002);

Dorongan oleh misi dan passionate


Positif dan benar
Guru sebagai pemimpin
With-it-ness
Gaya
Kepakaran dalam motivasi
Keberkesanan pengajaran
Pembelajaran kandungan
Pintar
Celik minda

8)

Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998) ;

Sahsiah

Bertaqwa

Berakhlak

Berperibadi mulia

Komitmen

Bersopan

Positif

Berkepimpinan

Budaya ilmu

Ketrampilan

Merancang & mengurus p & p

Memilih strategi

Kemahiran teknologi

Kemahiran generik

Kemahiran kaunseling

Menilai p & p

Ilmu

Isi kandungan

Pedagogi

Bahan

Kaedah

Teknologi

9)

Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut:

Kaedah mengajar
Kawalan sosial di sekolah
Kawalan disiplin murid
Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid
GERKO
Pembimbing kepada murid

10)

Refleksi;

Anda telah mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri non profesional dalam
profesion keguruan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh
diambil untuk meningkatkan profesional keguruan?

Gunakan alat pemikiran SWOT (Strength, weakness, opportunity, threat) bagi


membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan dan juga
menyeronokkan

You might also like