You are on page 1of 2

AMALI 1

TAJUK : PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU SUIS SEHALA MENGAWAL SATU


LAMPU. (SURFACE WIRING ONE WAY SWITCH CONTROL ONE LAMP)

1.0

PENGENALAN

Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi mengangkut arus
elektrik ke beban. Pada minggu ini amali yang perlu dipasang adalah suis satu hala mengawal
satu lampu. Kawalan suis satu hala digunakan untuk mengawal lampu atau beban lain dari
satu kedudukan. Suis yang digunakan ialah satu unit suis satu hala. Selain itu, suis satu hala
juga mempunyai dua terminal iaitu C common untuk kabel daripada bekalan, 1w 1 way
untuk kabel ke beban (kabel suis) . Dalam pendawaian suis 1 hala ke semua terminal perlu
disambung dengan betul supaya lampu dapat menyala dengan baik.
Bagi pendawaian suis 1 hala mengawal satu lampu ini dipasang menggunakan sistem
pendawaian permukaan. Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem di mana kabel-kabel
utama digunakan dalam sesuatu pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau
siling tanpa sebarang perlindungan tambahan. Ia boleh dipasang secara terus ke dinding dan
siling kayu atau di atas tapak lapik kayu bagi konkrit. Kaedah pemasangan kabel bagi sistem
ini dibuat dengan disokong oleh klip ke permukaan dinding dan syiling. Jenis klip kabel yang
digunakan adalah klip plumbum. Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan
jumlah bilangan kabel yang perlu disokong. Jarak pemasangan kabel dalam keadaan mendatar
adalah lebih panjang berbanding secara menegak.

2.0

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat:


i.
ii.

Mengenalpasti fungsi suis satu hala


Membuat pemasangan pendawaian bagi satu lampu yang dikawal oleh suis

iii.
iv.

satu hala.
Melakar dan melukis circuit diagramm dan wiring diagram
Memilih sais kabel dan klip pendawaian yang sesuai untuk melakukan

v.

pendawaian.
Menggunakan peralatan
pendawaian.

dan bahan yang

sesuai semasa

melakukan

You might also like