You are on page 1of 3

Semasa Praktikum

Saya Yogeswari Murugaiya telah menjalani latihan praktikum pada semester tujuh iaitu
Praktikum Fasa III di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Karak, Pahang. Praktikum ini mengambil
masa selama tiga bulan (02hb Februari 2015 1hb Mei 2015) dan saya mesti mengikuti segala
aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut.

Antara tujuan sampingan program praktikum ini adalah untuk membolehkan pelajar
membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan awal pembelajaran
murid. Di sekolah juga saya perlu mengajar subjek major saya iaitu Pemulihan selama 4 jam iaitu 8
waktu dan subjek minor iaitu Bahasa Tamil selama sejam iaitu 2 waktu. Setelah saya meneliti
kandungan tugasan, saya mendapati konstruk dan kandungan yang ada dalam Linus juga menjadi
salah satu item penting dalam senarai semak tugasan. Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang
kepada pengetahuan baru saya tentang pembelajaran murid-murid. Selain itu, saya juga dapat
memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran.
Antara lain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiran berinteraksi
dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan utama aktiviti ini adalah untuk membina
keyakinan diri seseorang guru pelatih selain daripada mempersiapkan mereka sebagai salah
seorang komuniti sekolah pada masa akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat
memahami tingkah laku murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan
amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui pemerhatian, interaksi dan
refleksi.

Oleh yang demikian, pendedahan awal saya di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Karak,
Pahang sememangnya memberikan impak yang positif kepada saya dalam membentuk keperibadian,
sahsiah dan kualiti sebagai seorang guru di masa akan datang. Semoga guru-guru pelatih gembira
dalam menjalankan tugas ini.

Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa menjalani praktikal ini ialah saya
dan rakan saya diberi tugas oleh Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Karak, Pahang iaitu
Projek Menceriakan Bilik Pemulihan , Program Bina Insan , Minggu Bahasa Tamil serta membina
sebuah sudut di dalam bilik pemulihan. Kami menjalankan tugas kami dengan baik dan guru besar

berpuas hati dengan hasil kerja kami. Kami telah membersih dan mengubahsuai susun atur
bahagian bilik pemulihan dan membuat program dengan kreatif. Kami berasa bangga kerana diberi
peluang seperti itu. Moga kerja-kerja kami kekal dan ada perubahan dan peningkatan selepas ini.
Saya sempat menyertai beberapa aktiviti sekolah terutamanya menyertai badan beuniform tunas
kadet remaja sekolah.

Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya akan memperolehi ilmu yang baru dan perlu saya
perbaiki. Sepanjang tempoh praktikum juga, hubungan saya dengan masyarakat sekitar semakin
akrab. Malahan saya semakin rapat dengan murid-murid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan
masa agar dapat menguruskan semua tugasan dengan konsisten.

Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan teknik yang
perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan juga
perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri murid-murid berani memberi jawapan
mahupun pendapat. Saya sedar, murid-murid pemulihan agak rendah tahap keyakinan diri.
Justeru, dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya
upaya untuk melatih mereka menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik.
Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk kuasai perancangan
pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar jika perancangan saya hanya sekadar melepaskan batuk
di tangga, pastinya anak murid saya pulang dengan otak kosong bagi subjek saya. Prinsip yang
cuba saya tanamkan bagi anak-anak didik saya, saya akan pastikan mereka pulang dengan
mengingati huruf yang mereka dengar dari mulut saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
walaupun dengan satu huruf sekalipun.

Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu membuat
persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan
mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan pengajaran dan pembelajaran
sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang konsisten dengan perjuangannya. Dengan
platform ini juga, sedikit sebanyak sikap suka membuat kerja last minute dapat dikikis.
Tambahan lagi, mengajar murid-murid berkeperluan khas dapat melatih saya agar cuba berfikiran

secara kreatif dan berfikir di luar kotak. Walaupun saya sedar, saya agak sukar serta tidak
mampu untuk melahirkan idea yang sebegitu namun saya akan cuba sedaya upaya saya.

Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih peka dengan dunia
teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa mencuba untuk mencari strategi yang menarik agar
mereka bersemangat ketika belajar, saya acap kali mencari bahan bantu mengajar yang kelakar
serta logik dan berkaitan dengan isi pelajaran.
Ternyata Praktikum sememangnya memberi kesan yang positif kepada setiap guru pelatih
kerana mendedahkan kepada situasi sebenar sekolah. Praktikum III telah selesai dan pelbagai
pengalaman telah saya perolehi. Pendedahan ini membawa kepada penambahbaikan yang perlu
dilakukan sebagai persediaan sebelum mendapat jawatan sebagai guru.

"Kurang Semangat Mengakibatkan Lebih Banyak Kegagalan Berbanding Kurangnya


Kebijaksanaan @ Kemahiran." (Flower A. Newhouse)

You might also like