Professional Documents
Culture Documents
Lompat Galah
Lompat Galah
risiko atlet mendapat kecederaan semasa sukan ini dijalankan dapat dikurangkan
seminima yang mungkin.
1.1
2.0
Peraturan bagi acara ini dapat dilihat pada bahagian IV, seksyen IV, peraturan 180,181
dan 183. Seksyen IV dalam peraturan yang terkandung dalam buku peratutan
Persatuan Olahraga Antarabangsa(IAAF) merupakan semua peraturan yang
menerangkan mengenai acara-acara padang. Seksyen ini bermula pada peraturan 180
hingga 193 .Berikut merupakan butiran peraturan 180,181 dan 183 tersebut;
2.1
Peraturan 180
2.1.1Syarat-syarat Am
Memanaskan badan di kawasan pertandingan
1. Di kawasan pertandingan dan sebelum bermula sesuatu acara itu, setiap
peserta boleh diberikan percubaan latihan. Dalam kes acara balingan,
percubaan latihan ini diberikan mengikut giliran sebenar peserta dan
hendaklah sentiasa diawasi hakim-hakim.
2. Sebaik pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenarkan untuk
menggunakan, sebagai latihan,
a. Kawasan latihan
b. Peralatan-peralatan
c. Bulatan atau kawasan dalam sektor sama ada menggunakan
peralatan atau tidak.
Penanda
3.
a) Dalam semua acara padang yang melibatkan larian, penanda-penanda
hendaklah pi diletakkan di sepanjang tepi lorong larian kecuali bagi acara
Lomat Tinggi, penanda boleh diletakkan di atas kawasan larian.
Seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda (yang
disediakan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengelola) bagi membantu
larian dan lompatannya. Sekiranya penanda tidak disediakan, Beliau
boleh menggunakan pita berperekat, tetapi bukanlah kapur atau apa jua
bahan yang boleh meninggalkan kesan yang sukar dipadam.
b) Bagi acara lontaran yang dibuat dari bulatan, seorang atlet boleh
menggunakan satu penanda sahaja. Penanda ini hanya boleh diletakkan
diatas lantai,baik saja di belakang atau bersebelahan bulatan. Ia mesti
sementara, berada di situ untuk tempoh setiap peserta membuat
percubaannya sendiri dan mesti tidak menghalang penglihatan Hakimhakim. Tiada penanda sendiri( selain daripada yang terdapat dibawah
peraturan 187.21) yang diletakkan didalam atau bersebelahan kawasan
mendarat.
Giliran bertanding
4. Peserta akan bertanding mengikut giliran yang diundi. Sekiranya terdapat
pusingan kelayakan, undian baru hendaklah dibuat untuk pusingan akhir
( lihat juga perenggan 5 dibawah).
Percubaan
5. Dalam semua acara padang, kecuali Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah,
apabila terdapat lebih daripada lapan orang, setiap peserta hendaklah
diberikan tiga percubaan dan lapan orang peserta terbaik yang
mencatatkan pencapaian sah akan diberikan tiga lagi percubaan.
Sekiranya terdapat seri dikedudukan lapan peserta terbaik. Perkara ini
mestilah diselesaikan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 20.
Sekiranya hanya ada lapan orang peserta atau kurang, semua mereka
hendaklah diberikan enam percubaan. Jika lebih dari satu gagal mencapai
percubaan yang sah semasa tiga percubaan pertama, atlet tersebut akan
bertanding dalam pusingan berikut dengan giliran yang pertama. Jika hal
ini tidak berlaku, atlet tersebut akan bertanding berdasarkan undian yang
dibuat pada awal pertandingan. Dalam kedua-dua keadaan ini:
a) Giliran bertanding untuk tiga percubaan terakhir akan dibuat menyongsang
susunan kedudukan yang dicapai pada tiga percubaan pertama. Untuk
pusingan terakhir, giliran pertandingan haruslah dalam urutan songsang
mengikut kedudukan yang dicapai pada pusingan kelima.
15. Apabila pertandingan kelayakan untuk lompat tinggi dan lompat bergalah
dijalankan serentak untuk kumpulan yang berasingan, adalah
dicadangkan palang kedua-dua kumpulan tersebut dinaikkan serentak
bagi setiap ketinggian. Juga dicadangkan, kedua-dua kumpulan
mempunyai bilangan peserta yang lebih kurang sama.
Gangguan
16. Jika, atas sebab-sebab tertentu, seseorang peserta terhalangdalam
percubaannya, refri mempunyai kuasa memberikannya percubaan gentian
Kelewatan
17. Seseorang peserta acara padang yang secara sengaja tanpa sebarang
sebab yang kukuh melengah-lengah percubaannya, boleh menyebabkan
percubaan tersebut tidak dibenarkan dan direkodkan sebagai faul.
Terpulanglah kepada refri untuk menafsirkan sebagai tanpa sebarang
sebab yang kukuh.
Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memaklumkan peserta
segala-galanya telah sedia dan masa dikira dari ketika itu. Kemudian jika
seseorang atlet memutuskan untuk tidak membuat percubaannya,
tindakan ini akan dikira faul apabila tempoh yang dibenarkan
Bagi acara lompat bergalah masa bermula sejurus setelah tiang diubah
atur mengikut kehendak awal atlet. Tiada masa Tambahan dibenarkan
untuk tiang diubah atur lagi
Sebaliknya, jika tempoh itu berakhir sebaik sahaja peserta berkenan
memutuskan percubaannya, percubaan tersebut hendaklah dibenarkan.
Tempoh masa tersebut lazimnya tidak wajar.
Acara individu
Jumlah atlet yang masih tinggal Lompat
Lompat
dalam pertandingan
Tinggi
Bergalah
Lebih dari 3
2atau 3
1
1 min
1.5 min
3 min
1 min
2 min
5 min
Lain-lain
1 min
1 min
-
Percubaan berturut-turut
2 min
3 min
2 min
Acara bercampur
Lompat
Lain-lain
2 min*
3 min*
2 min
3 min
2 min
Percubaan berturut-turut
1 min
1 min
Apabila tinggal hanya seorang sahaja atlet, masa yang disebutkan di atas
adalah hang untuk percubaan yang pertama sahaja jika percubaan itu
dibuat oleh atlet yang sank
Peringatan I: Sebuah jam yang menunjukkan baki masa yang dibenarkan
hendaklah dapat dilihat oleh peserta. Sebagai tambahan,
seorang pegawai hendaklah memberikan isyarat dengan
mengangkat bendera kuning atau dengan kaedah lain yang
dinyatakan, bila baki masa dibenarkan tinggal 15 saat.
Peringatan II: Dalam acara lompat tinggi dan lompat bergalah sebarang
pertukaran dalam masa yang dibenarkan membuat percubaan
tidak boleh digunakan sehingga paling dinaikkan ke satu
ketinggian baru, kecuali masa tertentu untuk cubaan berturutturut akan digunakan apabila sebarang atlet mempunyai dua
atau lebih percubaan berturut-turut.
Peringatan III:
Peringatan IV:
20. Dalam acara-acara padang, kecuali Lompat Tinggi clan Lompat Bergalah,
pencapaian kedua yang terbaik di antara dua orang peserta yang terikat
hendaklah diambil kira dalam memecahkan ikatan seri. Jika masih lagi
seri, beralih ke tempat ketiga terbaik, dan begitulah seterusnya. Jika
ikatan seri masih juga tidak dapat diselesaikan, dan ia membabitkan
tempat pertama, peserta-peserta berkenaan akan kena bertanding
semula mengikut giliran yang sama sehinggalah ikatan seri tersebut
diselesaikan.
Peringatan: Untuk Lompatan Ketinggian, sila lihat, juga Peraturan 181.8.
keputusan
21. Setiap peserta akan diberikan keputusan yang terbaik daripada semua
percubaannya, termasuklah pencapaian yang dibuat semasa memecahkan
ikatan seri tempat pertama.
A. LOMPATAN KETINGGIAN
3.0
Dunia.
Pengukuran
5. Semua pengukuran hendaklah dibuat, dalam kiraan sentimeter penuh serenjang
dari bumi ke bahagian permukaan atas palang.
6. Sebarang pengukuran ketinggian baru hendaklah dibuat sebelum seseorang
peserta membuat lompatan pada ketinggian tersebut. Dalam hal membuat
lompatan rekod, Hakim-Hakim hendaklah memeriksa ukuran apabila palang
diletakkan di paras ketinggian rekod dan memeriksa semula ukuran
sebelum setiap percubaan memperbaharui seterus rekod sekiranya palang
telah tersentuh selepas diukur.
Peringatan:
Palang
7. Palang hendaklah diperbuat daripada kaca gentian atau bahan lain yang
sesuai, bulat pada keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang
keseluruhan palang hendaklah 4.00m (+-2sm) bagi Lompat Tinggi dan 4.50m
(+-2sm) bagi Lompat Bergalah. Berat maksimumnya ialah 2kg bagi Lompat
Tinggi dan 2.25kg bagi Lompat Bergalah. Garis pusat di bahagian yang bulat
hendaklah 30mm (+-1mm).
P alang mempunyai tiga bahagian-bahagian yang bulat dan bahagian di keduadua hujungnya, setiap satunya selebar 30-35mm dan panjangnya 15-20sm
dibuat supaya diletakkan diletakkan pada sangga tiang.
Kedua-dua bahagian hujung ini hendaklah berbentuk bulat atau separa bulat,
dengan satu sahaja permukaan rata yang ditetapkan yang dapat diletakkan di
sangga tiang. Permukaan rata ini tidak boleh lebih tinggi dari titik pusat muka
keratan bahagian tegak palang. Ianya hendaklah kukuh dan licin.
Ia tidak boleh dibalut dengan getah atau apa-apa bahan lain yang boleh
meningkatkan geseran dengan sangga-sangga tersebut.
Palang tidak boleh melengkung, cuma apabila diletakkan hanya boleh melendut
pada kadar maksimum 2sm, bagi Lompat Tinggi dan 3sm bagi Lompat
Bergalah.
Kawalan keanjalan:
A
B
Ketinggian(m)
1.7
5
O
-
1.80
XO
XO
1.84
0
-
Gagal
1.88
XO
X0
1.91
X
1.94
XX
-
1.97
2
XXX 2
Lompatan
1.94
1.92
1.94
X
X
0
0
X
0
2
1
C
D
O= Lepas
XO
XO
XO
XO
XO
XO
X= Gagal
XXX
2
XXX
3
-= Tidak lompat
3
4
Tidak dikira faul sekiranya seseorang peserta itu berlari, pada manamana titik pun, di luar garisan putih yang menandakan landas lari.
Peringatan II:
Dasar petak tersebut mencuram dari pangkalnya bertemu dengan dasar titik
penahan Sedalam 20sm. Dasar petak ini juga meruncing dan pada pertemuan
dengan titik penahan, kecondongannya berada pada, anggaraan 120 darjah di
kedua-dua sisi tapak penahannya.
Jika petak tersebut diperbuat daripada kayu, ia hendaklah dilapiskan dengan
kepingan logam setebal 2.5mm sehingga ke paras 80sm dari pangkalnya.
9. Tiang. Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan ianya tegap, dan kukuh.
struktur logam di tapaknya dan bahagian tiang hendaklah disalut dengan bahan
sesuai sebagai memberi perlindungan kepada atlet.
10. Sangga Palang. Palang hendaklah terletak di atas pasak penyangkut supaya
apabila tersentuh oleh peserta atau galahnya, ia mudah jatuh ke arah tempat
mendarat. Pasak penyangkut tersebut hendaklah tidak mempunyai takuk atau
sebarang lekuk, mempunyai ketebalan yang seragam keseluruhannya, dan tidak
melebihi 13mm garis pusatnya. Juga, pasak ini tidak boleh menjulur lebih
daripada 55mm daripada tiang dan hendaklah menjulur antara 35mm-40mm ke
atas pasak penyangkut.
Jarak di antara sangga, atau di antara lanjuran tiang, jika digunakan, hendaklah
tidak kurang daripada 4.30m dan tidak melebihi 4.37m.
Pasak penyangkut tidak boleh disalut dengan getah atau apa jua bahan lain
yang akan memberi kesan meningkatkan geserannya dengan permukaan
palang, juga tidak boleh diletakkan sebarang spring.
Peringatan:
Galah Lompat
11. Atlet-atlet boleh menggunakan galah sendiri. Mereka tidak dibenarkan
menggunakan galah orang lain kecuali mendapat kebenaran yang empunyanya.
Galah boleh diperbuat daripada sebarang bahan atau campuran bahan-bahan
tertentu, tidak kira panjang atau saiz garis pusatnya, tetapi yang penting
permukaan mesti rata.
Galah boleh mempunyai balutan Pita pelekat pada pemegang dan di penghujung
tapaknya
Walau bagaimanapun sekatan ini tidak terpakai kepada penyalutan pangkal
galah dengan pita sepanjang kira-kira 30sm bagi melindunginya daripada rosak
Rajah 5: Kawasan mendarat Lompat galah( Pandangan dari atas dan sisi)
Bagi pertandingan-pertandingan yang mengikut peraturan 1(a), (b) dan (1), adalah
disarankankan bahawa kawasan mendarat tidak kecil dari 6m panjang. (tidak termasuk
(kedua)bahagian depan)x6m lebar x 0.8m tinggi.(Kedua) Bahagian depan hendaklah
2m panjang.
SENARAI REKOD ACARA LOMPAT GALAH
Acara
Rekod
Nama
Rekod
Malaysia
L.Bergalah
Rekod
Malaysia
5.00m
L.Bergalah
4.40m
Rekod Asia
Rekod Asia
Rekod
Malaysia
The Weng
Chang
Roslinda
Samsu
Rekod Asia
Pole Vault
5.90m
Pole Vault
5.90m
Pole Vault
4.64m
Rekod
Dunia
Pole Vault
Pole Vault
Rekod
Dunia
6.14m
5.06m
Grigoriy
Yegorov
Igor
Potapovich
Gao Shuying
Rekod Dunia
Sergey Bubka
Elena
Isinbaeva
Tempat
Lahir
Rekod
Malaysia
Perak
Tempat
Tarikh
Rekod
Malaysia
Kuala
Lumpur
Berentong
Spain
Rekod Asia
Rekod
Malaysia
24/03/2002
Stuttgart
19.08.1993
KAZ
Nice
10.07.1996
CHN
New York
02.06.2007
Rekod
Dunia
UKR
RUS
Rekod
Dunia
Sestriere
Zrich
Rekod
Dunia
31/07/1994
28/08/2009
Kedah
Rekod
Asia
KAZ
15/01/2006
Rekod Asia
kemas dan baik, adalah lebih baik peserta membiasakan diri dengan pegangan pada
galah ini, kemudian berlatih berlari sambil membawa galah. Cara memegang galah
ialah Peserta hendaklah menegakkan galah sambil berdiri di belakangnya. Tangan
kanan hendaklah diletakkan pada bahagian atas galah sedikit melepasi kepala dengan
ibu jari tangan menunjuk ke atas, manakala tangan kiri diletakkan sedikit di bawah
yang dibuat sudah tentu menjadi perlahan kerana peserta tidak dapat menggunakan
tangan untuk membuat hayunan. Larian dilakukan setelah peserta dalam kedudukan
sedia bersama galah dan dirinya juga bersedia termasuk daripada aspek mentalnya.
Peserta boleh membawa galah pada sebelah kiri atau kanan, iaitu mengikut
keselesaan. Biasanya peserta membawa galah pada sebelah kanan. Aturan membawa
galah adalah dengan meletakkan aras hujung hadapan galah lebih tinggi daripada
kepala peserta dan mengekalkan pegangan tangan atas di bawah pinggang, serta
menolak ke bawah. Kedua-dua tangan hendaklah dibengkokkan pada siku. Semasa
berlari, tumpuan pandangan peserta hendaklah pada kotak pelepas kerana peserta
akan mencacakkan galah di situ untuk melonjak. Bagi memudahkan larian, peserta
boleh membuat penanda untuk mendapatkan titik sebenar dalam memulakan larian.
Umumnya peserta yang menggunakan tangan kanan akan memulakan larian pada kaki
kiri dan peserta kiri pula akan memulakan larian dengan kaki kanan. Perkara yang
penting dalam larian membawa galah ini ialah peserta hendaklah memegang kemas
galah sambil melakukan larian. Pada masa yang sama/ keselamatan peserta hendaklah
diberikan perhatian dan bagi mengelakkan daripada berlaku kecederaan, peserta
hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang larian lompat galah seperti yang
ditetapkan.
Menampan Galah ke dalam Kotak Penahan
Perkara yang akan dilakukan seterusnya ialah menjunamkan galah di kotak penahan.
Peserta hendaklah memastikan ketika mana galah harus dijunamkan. Biasanya apabila
peserta berada tiga langkah dari kotak penahan, dia akan membenamkan galah ke
kotak tersebut. Ini bukanlah suatu kemestian kerana peserta boleh melakukannya
empat atau dua langkah sebelum tiba ke kotak penahan mengikut keselesaan
masingmasing. Apabila peserta memulakan larian untuk menampankan galah di kotak
penahan, masalah yang sering timbul ialah kordinasi antara satu perlakuan dengan
yang lain. Bagi mengelakkan masalah ini, peserta hendaklah berlari pantas, sambil
memastikan galah dapat ditampankan pada kotak mengikut langkah yang dikehendaki.
Seperti yang dinYatakan di atas, biasanya galah ditampankan pada kotak penahan tiga
langkah sebelurn peserta tiba di kotak tersebut. Cara menampan ialah dengan
mengarahkan bahagian penghujung galah menjunam menghala
ke kotak penahan atau kotak penampan. Semasa kaki kanan menyentuh lorong larian
untuk kali terakhir tangan dan lengan peserta hendaklah bersedia untuk membuat
lonjakan. Selepas itu apabila kaki kiri menyentuh lorong larian kali akhir, sebelum
membuat lonjakan, galah hendaklah berada di bawah tangan atas dengan belakang
pada kedudukan mendatar, pinggang meninggi dan paha yang bebas menolak ke
hadapan untukmelakukan lompatan. Seperkara yang harus diberikan perhatian ialah
peserta hendaklah membuat larian yang deras bagi mendapatkan lonjakan dan
tampanan yang baik dan berkesan. Larian yang perlahan akan menjejaskan tampanan
galah pada kotak penampan.
Membuat Lonjakan
Pergerakan seterusnya ialah membuat lonjakan daripada penampanan galah di kotak
penahan, iaitu dalam gerakan ke hadapan dan ke atas. Untuk memastikan dapat
membuat lonjakan dengan betul dan berkesan, peserta hendaklah memastikan
perkara-perkara berikut:
1.
2.
3.
4.
5. Semasa melonjak juga, peserta hendaklah meletakkan paha yang bebas dalam
kedudukan yang betul.
Melepasi Palang dan Melepaskan Galah
Pergerakan melepasi palang dan pada waktu yang sama melepaskan galah
merupakanan tindakan penting dan utama dalam lompat bergalah. Pergerakan ini bakal
menentukan sama ada semua pergerakan terdahulu terhasil ataupun sebaliknya.
sekiranya peserta dapat melepasi palang dan melepaskan galah dengan sempurna
tanpa menjatuhkan palang, ini bermakna percubaan yang dibuat adalah berjaya. Jika
sebaliknya peserta gagal melakukan lompatan dengan baik dan sempurna, ini
bermakna lompatannya itu dikira sebagai gagal. Pada waktu ini galah berada dalam
kedudukan hampir menegak, manakala peserta pula berada pada kedudukan berdiri
dengan tangan memegang galah. Hal ini menujukkan peserta bersedia untuk
memulakan pergerakan menolak dan melepasi palang. Untuk melakukannya, peserta
hendaklah menolak galah dengan menggunakan tangannya sebaik sahaja berjaya
melepasi palang. Peserta hendaklah memulakan dengan tangan kiri dahulu dan diikuti
tangan kanan. Semasa melepasi palang, peserta hendaklah melepasi palang menerusi
perutnya dan menundukkan kepalanya. Terdapat dua cara untuk melepasi palang iaitu:
1. Cara Jack-knife
2. Cara fly-away
Bagaimanapun, Antara kedua-dua cara ini, tiada yang satu pun melebihi satu lagi dari
segi keberkesanannya. Hal ini terserah berdasarkan kesesuaian atlet tersebut untuk
melepasi palang hadapannya.
Mendarat
Setelah berjaya melepasi palang dengan selesa, peserta kini hanya bersedia untuk
membuat pendaratan yang merupakan pergerakan akhir seseorang peserta lompat
bergalah. Disebabkan ketinggian yang dicapai seseorang peserta terutamanya dalam
kejohanan peringkat antarabangsa agak tinggi, pendaratan yang baik demi
keselamatan peserta itu adalah perlu dan penting. Biasanya peserta akan mendarat
pada bahagian belakangnya yang diikuti pula oleh putaran badan ke hadapan. Selepa
mendarat dengan baik, peserta hendaklah bangun daripada tempat pendaratannya
dengan bahagian belakangnya dan bukan daripada bahagian hadapan.
Rajah 9 : Teknik dalam melakukan fasa melepasi palang (h) ,(i) dan (j).
Rajah 10: Aturan pergerakan atlet lompat bergalah bertaraf dunia dihasilkan oleh
Ganslen(1979)
Galah mula melentur kesan daripada momentum yang dihasilkan oleh atlet
lompat bergalah semasa atlet tersebut mula mengambil langkah untuk melonjak di
petak lonjak. Pada masa yang sama tenaga kinetik yang terhasil semasa fasa larian
akan bertukar kepada tenaga keupayaan apabila atlet semakin jauh daripada
permukaan bumi. Apabila galah melentur, atlet akan memusingkan bahunya dan
seterusnya menarik galah ke atas supaya bahagian kaki terlebih dahulu melepasi
palang. Kemuncak ketinggian yang dapat dilakukan oleh seseorang atlet bergantung
kepada jumlah tenaga kinetik yang dihasilkan semasa fasa larian.
Acara lompat bergalah ini merupakan satu acara yang mengunakan prinsip
fizik dalam pertukaran tenaga. Acara ini menunjukkan bagaimana tenaga kinetik
bertukar kepada tenaga keupayaan.Gambarajah dibawah menerangkan bagaimana
proses ini berlaku:
Rajah 11
Pada mulanya, kedua-dua tenaganya iaitu, kinetik dan keupayaan atlet adalah sifar.
Rajah 12
Tenaga kinetik mula terhasil apabila atlet memulakan larian
Rajah 13
Kemudian, apabila dia memacakkan galahnya ke dalam petak lonjak dan memulakan
lompatan, tenaga kinetiknya berubah kepada tenaga keupayaan.
Rajah 14
Apabila galah melentur, ini secara tidak langsung menyebabkan galah tersebut
berupaya menyerap daya kinetik yang dihasilkan oleh atlet kemudian bertindak seperti
spring.
Rajah 15
Atlet tersebut kemudian mengunakan tenaga keupayaan yang dihasilkan oleh galahnya
untuk menaikkan badannya supaya melepasi palang.
Rajah 16
Semasa kemuncak lompatannya, atlet lompat galah telah menukarkan hampir semua
tenaga kinetiknya kepada tenaga keupayaan. Para saintis telah mengkaji bahawa
seseorang atlet lompat galah boleh melakukan rekod dunia adalah dipengaruhi oleh
dua faktor ini iaitu, seseorang individu meningkatkan kelajuan lariannya. Perkara ini
boleh meningkatkan lagi jumlah tenaga kinetik yang boleh digunakannya. Kedua ialah,
mengunakan tenaga yang dihasilkan dengan efisien, hal ini dapat dilakukan dengan
seseorang atlet berlatih memperbaiki teknik lompatannya.
Selain itu, acara ini juga mementingkan penentuan pusat graviti. Bagi manusia
pusat graviti adalah kompleks dan berubah berdasarkan keadaan tubuh badan
seseorang. Pusat graviti bagi acara ini terletak dibahagian luar badan.
Rajah 17: Pusat graviti bagi atlet dalam acara lompat bergalah
Atlet dalam acara ini melepasi palang dengan bahagian pusat gravitinya melepasinya.
Penentuan pusat graviti dapat membantu atlet dalam menghasilkan fasa penerbangan
yang baik. Fasa penerbangan yang baik adalah berbentuk parabolik. Bentuk ini
dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu:
I.
II.
III.
dibawah menunjukkan memanjat tali tanpa bantuan kaki. Aktiviti dapat dinaik
kesusahan dengan memegang tali sambil duduk dalam keadaan bersila atau kaki
berbentuk v atau sebaliknya dengan cara mengunakan bantuan kaki.
Rajah 19: Aktivit menghayun dan bergayut pada tali dengan bantuan rakan
Pelatih dikehendaki untuk berlari dan kemudian memegang tali seterusnya mengangkat
lutut setinggi yang boleh. Terdapat banyak lagi jenis latihan yang dapat membantu atlet
dalam memahirkan diri dalam kemahiran atau kekuatan yang diperlukan dalam acara
lompat bergalah ini. Antaranya, bergayut pada tali sambil berpusing di atas kotak,
menarik dan berpusing pada tali, melompat dan berpusing pada tiang yang menegak,
berguling daripada dirian tangan, berguling dengan halangan, bangkit tubi berdinamik
bagi melepasi halangan rendah dan banyak lagi.
Rajah 20: Menghayun dan bergayut pada tali sambil berpusing di atas kotak
Rajah 22:
Rajah 23:
Rajah 24:
Rajah 25:
Langkah kedua
Langkah kedua ini adalah memastikan atlet atau murid dapat memahirkan diri dengan
galah dengan memperkenalkan murid dengan gaya bergayut dan memutar separuh
galah. Terdapat pelbagai cara atau aktiviti yang boleh dilakukan bagi membolehkan
murid mendapat kemahiran ini. Langkah ini bermula dengan menunjukkan murid
bagaimana mencari arah kelenturan galah. Caranya adalah dengan memegang hujung
galah dan biarkan galah tersebut berputar dengan sendirinya ataupun letakkan galah
pada pagar dan biarkan galah tersebut bergolek dengan sendiri. Kemudian, tandakan
bahagaian bawah lengkung. Perkara ini dilakukan kerana dapat membantu dalam
melakukan lompatan. Apabila seorang atlet lompat galah yang mempunyai tangan
kanan sebagai dominan melakukan larian sambil memegang galah. Tanda lengkungan
tersebut hendaklah menghadap ke bumi dan bersudut ke arah kanan. Bila galah
dinaikkan, diputarkan dan ditanam ke dalam petak lonjak, tanda tersebut akan mula
menghadap ke depan dan ke kiri. Atlet akan menghayun bahagian dalam lengkungan
dengan galah melengkung daripada kiri atlet. Perkara ini berlaku sebaliknya jika atlet
tersebut mempunyai tangan kiri sebagai dominan.
Selepas mengenal pasti arah lengkungan galah, murid mestilah diajar
bagaimana untuk mengayun galah daripada tempat rendah. Murid dikehendaki berdiri
atas meja dan meletakkan galah pada pasir tempat lompat jauh atau petak lonjak
lompat bergalah. Atlet yang mempunyai tangan kanan sebagai dominan memegang
bahagian hujung galah dengan tangan kiri setinggi bahu atlet dan tangan kanan
memanjang sepenuhnya.
Rajah 26:
Berikut merupakan turutan latihan bagi menguasai kemahiran pada langkah kedua ini.
Rajah 27 : Latihan lari lima langkah besar untuk atlet tangan kanan
Atlet yang mengunakan tangan kiri, adalah berlawanan dengan apa yang ditunjukkan.
Misalnya jika atlet tanga kanan bermula dengan kaki kiri, hal ini berlaku sebaliknya
terhadap atlet tangan kiri.
belakang. Atlet membawa tiang di sisi tubuh dengan ujung tiang diangkat kira-kira
setinggi bahu. Cengkaman lebar membuat galah mudah dibawa. Pelompat tangan
kanan akan menumpukan galah pada ibu jari tangan kiri, yang diletakkan pada
ketinggian pinggang dan pinggul depan. Tangan kanan diputar ke depan dan menekan
telapak ke bawah bagi menyeimbangkan berat galah . Seterusnya ialah berlari sambil
membawa galah. Butiran ialah murid dikehendaki berlari sejauh 15 hingga 20 meter
dengan galah. Semasa berlari, murid seharusnya mengawal rentak larian. Pastikan
atlet tidak terlalu mengangkat bahu ke depan atau ke belakang. Pastkan atlet menjaga
kawalan galah agar bahagian hujung galah menunjuk lurus ke kepala.
Rajah 33: Berlatih simulasi fasa penanaman galah daripada 5 langkah larian.
daripada penanda yang diletakkan sebentar tadi. Larian dimulakan dengan kaki kiri bagi
pelompat tangan kanan dan berlaku sebaliknya bagi pelompat tangan kiri. Murid atau
atlet mula berlari lima langkah dan ditandakan langkah yang kelima.
KESIMPULAN
Acara lompat galah merupakan salah satu acara padang dalam sukan olahraga. Acara
ini memerlukan seseorang mempunyai keupayaan dalam melakukan gerakan gimnastik
dan juga berlari dengan laju. Acara lompat bergalah merupakan salah satu acara yang
tidak begitu popular di kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, acara ini dilihat
sebagai acara yang berbahaya untuk diberikan latihan di peringkat sekolah. Selain itu,
masyarakat tidak mendapat pendedahan mengenai acara ini.