You are on page 1of 1

Benarkah krimer bukan tenusu tidak bagus??

Apa itu Krimer Bukan Tenusu (KBT) ? Krimer, pada mulanya dihasilkan daripada produk tenusu
dan menjadi bahan penambah perisa kepada minuman seperti kopi, teh, coklat dan sebagainya
bagi menggantikan susu segar atau susu sejat. Oleh kerana itu ia diperbuat daripada hasil
tenusu. Krimer dijual dengan harga yang agak mahal kerana mudah rosak serta perlu disimpan
sejuk. Bagaimanapun, pada 1961 produk krimer bukan tenusu diperkenalkan dengan
menawarkan harga yang lebih kompetitif, murah dan lebih tahan lama berbanding krimer tenusu
dan menjadi kegemaran ramai sebagai pengganti krimer tenusu.
Krimer Bukan Tenusu (KBT) yang terdapat dalam pasaran boleh didapati dalam bentuk cecair,
serbuk dan sejuk beku. Jenis serbuk paling digemari kerana ianya mudah dikendali, disimpan
dan tahan lebih lama berbanding KBT bentuk lain. Kebaikan lain adalah ianya mudah larut
dalam minuman panas, memberikan kuasa pemutih yang berkesan, penambah perisa kepada
kopi dan teh. Ia dibungkus dalam unit kedap lembapan untuk menjamin kesegarannya dan tidak
perlu disimpan dalam peti sejuk.
KBT jenis serbuk diperbuat daripada campuran bahan karborhidrat seperti maltodekstrin atau
sirap glukos pepejal dan minyak sayuran seperti soya atau minyak jagung terhidrogen.
Maltodekstrin atau sirap glukos memberikan sedikit rasa manis kepada KBT.
Bagaimanapun, bagi mebolehkan minyak sayuran cecair ini digunakan dalam penghasilan KBT
ianya terlebih dahulu ditukarkan kepada bentuk pepejal atau separa pepejal yang dilakukan
melalui proses hidrogenisasi. Ia membabitkan penambahan atom hidrogen ke dalam ikatan
tidak tepu minyak sayuran cecair berkenaan.
Ketika proses tersebut, wujud asid lemak trans iaitu sejenis asid lemak yang dibuktikan
memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. Asid lemak trans dikatakan berisiko
menyebabkan saluran arteri yang membawa darah ke jantung menjadi keras dan tersumbat
yang membawa kepada penyakit koronari jantung. Minyak sawit serta hasilnya amat sesuai
bagi menggantikan minyak sayuran pepejal terhidrogen dalam penghasilan KBT.
Menyedari potensi besar pasaran KBT yang lebih sihat dan berkhasiat, penyelidik MPOB
membangunkan formulasi bahan berlemak berasaskan sawit yang boleh digunakan dalam
penghasilan KBT yang nyata bebas daripada asid lemak trans dan juga rendah asid lemak
tepu. KBT berasaskan sawit adalah setanding dari segi warna, rasa, bau, kelarutan dan
penerimaan secara keseluruhannya dengan KBT komersial yang berasaskan minyak sayuran
pepejal terhidrogen.

You might also like