You are on page 1of 4

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROJEK MURAL PROFILE SEKOLAH

NAMA PELAJAR : Fera Lydia Binti Limin

PROGRAM : PISMP (TESL) Semester 8 2015

NAMA SEKOLAH : SK ST Catherine (M) Inanam

NAMA PROJEK : Projek Mural Profile Sekolah

TEMPOH PELAKSAAN : 28 September 23 Oktober 2015 ( 4 Minggu )

OBJEKTIF:

i) Untuk menjadikan beberapa kawasan terpilih sekolah sebagai satu tempat tumpuan yang

menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.

ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak

sekolah.

iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.

iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani internship di

sekolah ini.

v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan sekolah

dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar

pada masa akan datang.


STRATEGI PELAKSANAAN:

Pada mulanya, kami berempat telah berbincang untuk menjalankan projek mini mural.

Kami telah bertemu dengan Guru besar, Tuan Joesey Limy untuk membincangkan berkaitan

projek mini mural ini. Beliau telah memberi persetujuan dan mencadangkan supaya kami

membuat mini mural di beberapa dinding kosong sekolah. Pihak pentadbir sekolah telah

memberi cadangan kepada kami agar membina sebuah mini mural berkaitan profile sekolah

secara bergambar, yang mengandungi visi dan misi sekolah, piagam pelanggan, lagu sekolah

dan lencana sekolah.

Kami berempat telah berbincang cara yang terbaik untuk membuat mural tersebut,

memandangkan dinding kosong yang disediakan telah disaluti dengan cat kilat yang

menyukarkan kami untuk menggunakan cat pelaka. Kami akhirnya bersetuju untuk

menggunakan spray warna agar tulisan profile sekolah tersebut dapat melekat dengan lebih

lama, terang dan jelas. Seterusnya saya telah merangka kertas kerja dan seterusnya

menghasilkan kertas kerja sebelum memulakan projek.

Selepas disahkan oleh Guru Besar, kami terus memulakan langkah pertama iaitu

melakar logo, menaip tulisan mengenai profile sekolah menggunakan komputer serta

mencetaknya mengikut saiz dinding kosong yang disediakan. Kami berempat berkerjasama

untuk mengukir dan menggunting cetakan tersebut. Dengan menggunakan bantuan teknologi

ini, bebanan kerja kami telah menjadi sedikit ringan. Seterusnya, kami telah mula mengspray

dan mewarnakan mural tersebut. Kami perlu bergilir-gilir untuk mewarnakan mural tersebut

kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab lain seperti kelas dan sebagainya.


Mural tersebut mengambil masa agak lama untuk siap daripada yang dijangkakan.

Kami telah menyiapkan mural tersebut pada 23 Oktober 2015 iaitu 7 hari lebih lambat

daripada jangkaan. Hal ini kerana kami sibuk dalam tanggungjawab mengendalikan projek

internship lain seperti English Week dan projek individu, di samping melatih murid-murid

untuk sukan tahunan pada awal november. Semoga mural tersebut berguna kepada sekolah

khususnya dalam membantu murid memahami perihal sekolah dengan lebih mendalam.

REFLEKSI:

1) Kekuatan Projek

Sepanjang proses kami menyiapkan projek ini, terdapat beberapa kekuatan yang

menyumbang kepada kejayaan projek ini. Antaranya ialah sokongan guru-guru di SK ST

Catrherine (M) yang menjadi rujukan utama kami dalam penyediaan, perancangan dan

lakaran sebelum dipilih sebagai inti pati untuk projek mini mural. Selain itu, sokongan pihak

pentadbir daripada segi penyediaan bahan dan alatan mural juga telah melicinkan perjalanan

projek kami. Tambahan pula, kerjasama dan komitmen daripada semua rakan-rakan guru

pelatih juga telah menjadi faktor utama dalam menjayakan projek ini. Masing-masing

sanggup mengorbankan masa serta mencurah idea bagi menghasilkan mini mural yang

terbaik.

2) Kelemahan Projek

Terdapat beberapa perkara yang menjadi kekangan sepanjang melaksanakan projek

mini mural ini. Antaranya ialah kekangan daripada segi jarak tempat tinggal kami ke sekolah

yang agak jauh menyebabkan kami terpaksa mengambil masa untuk berulang-alik ke sekolah

untuk menyiapkan projek mini mural ini. Waktu sekolah yang agak terhad juga memberi

kesan kepada kelancaran perlaksanaan projek. Tambahan pula, kesuntukan masa kerana
minggu internship dipenuhi dengan berbagai-bagai aktiviti sekolah yang membuatkan kami

sibuk dalam menyiapkan pelbagai aktiviti dalam satu masa.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan yang dapat diberi adalah adalah lebih baik sekiranya tempoh

internship ini dipanjangkan supaya projek ini dapat dijalankan dengan terperinci lagi. Selain

itu, kawasan atau tempat mural yang lebih selamat juga dapat membantu guru pelatih

melaksanakan projek dengan lebih efisien.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, projek ini dapat dilaksanakan dengan baik. Rujuk hasil

dokumentasi Projek Mini Mural Profile Sekolah. Semoga projek ini dapat mencapai objektif

yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh,

(FERA LYDIA BINTI LIMIN)

Disemak oleh,

( )

Mentor,

Program Guru Internship SKSTC (M) 2015.

You might also like