You are on page 1of 6

The Practice Of Qualitative Research

Chapter two- The Research Process


Chapter nine- Mixed Methods Research

Sharlene Nagy Hesse-Biber


Boston College
Patricia Leavy
Stonehill College

SAGE Publications, Inc


Thousand Oaks, California
2006

Masriah Mastul
Universiti Malaysia Sabah
Kota Kinabalu
doey76@yahoo.com

Chapter 9: Penyelidikan Kaedah Bercampur (Mixed Methods Research)

Penyelidikan kaedah campuran merupakan satu penyelidikan yang


menggunakan kedua-dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif dimana penulis
berpendapat bahawa dengan menggunakan dua atau lebih kaedah akan
menghasilkan keputusan yang lebih menyeluruh, berwawasan dan lojik. Amalan
kaedah ini dapat meningkatkan falsafah yang berterusan, perkaedahan dan
menggunakan pelbagai kaedah. Gabungan dua-dua kaedah boleh membina
projek penyelidikan yang selesa dan memudahkan kefahaman sepenuhnya
terhadap masalah kajian.

Selain itu kaedah bercampur ini juga boleh membantu untuk mendapatkan
pengetahuan yang abstrak dan memberi pandangan idea dalam proses
penyelidikan dari segi langkah-langkah yang tertinggal dan ciri-ciri minat yang
pelbagai, pandangan dan perspektif. Kaedah ini juga dapat membantu
menguasai atau menyelesaikan masalah yang kompleks melibatkan pelbagai
tahap kefahaman untuk menentukan bermacam-macam teknik analisis. Kaedah
kualitatif ini sangat berguna untuk penyelidik merasai pengalaman yang terus
atau mendapatkan data primer daripada individu yang berkaitan.

Mengapa mengunakan penyelidikan kaedah bercampur:

Greene, Caracelli dan Graham (1989) dalam Sharlene Nagy Hesse-Biber


dan Patricia Leavy (2006), membincangkan lima sebab mengapa penyelidik
mahu menggunakan kajian kaedah bercampur iaitu;

1. Triangulasi:

Strategi yang melibatkan lebih daripada satu kaedah untuk mengkaji


soalan penyelidikan yang sama. Ini akan membuahkan hasil atau satu set
jawapan yang lebih tepat dengan kesahan yang tinggi.

2. Saling melengkapi:

Dimana penyelidik menginginkan kefahaman yang mendalam untuk


masalah kajian dan mendapatkan hasil kajian yang sah.

3. Pembangunan kaedah:

Keputusan atau hasil dari satu kaedah membantu membangun atau


membentuk kaedah yang lain.

4. Inisiasi:

Kajian sedia ada membentuk persoalan baru atau terdapat kontradiksi


yang memerlukan pengesahan.

5. Pengembangan:

Menggalakan untuk membuat atau meluaskan kajian yang lebih terperinci


atau ke isu masalah yang lain.

Reka bentuk penyelidikan kaedah bercampur (mixed methods)

David Morgan (1998) memberikan beberapa strategi praktikal untuk merancang


sebuah kajian kaedah campuran. Dia menyarankan empat campuran kaedah
kajian reka bentuk mengikut urutan (waktu odering) serta kepentingan relatif
dari kaedah masing-masing. Dalam merancang sesuatu projek, beberapa
keputusan perlu dilakukan untuk mendirikan kaedah reka bentuk campuran
tertentu dimana seseorang pengkaji boleh bertanya pada diri sendiri, dua soalan
berikut;

1. Apakah kaedah kajian primer dan apa kaedah sekunder.

2. Kaedah apa yang akan diguna pakai pertama dan apa yang akan menjadi
kaedah kedua.

David Morgan (1998) menyediakan empat reka bentuk kajian kaedah campuran
untuk membantu memberikan idea kepada penyelidik menjawab dua soalan ini.
Namun, penting untuk dicatat bahawa ada banyak kaedah lain selain kaedah
campuran yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan
menggunakan kriteria yang berbeza.

Gabungan kualitatif dan kuantitatif

1.Rekabentuk 1 qual followed by QUANT*

2.Rekabentuk 2 quant followed by QUAL

3.Rekabentuk 3 QUANT followed by qual

4.Rekabentuk 4 QUAL followed by quant

Rajah 1: Rekabentuk kaedah campuran (sumber: Shariene &


Biber,2006)

Reka bentuk pertama (qual QUANT*) komponen kualitatif menjadi yang


pertama dalam melakukan projek kajian, tetapi menjadi kedua untuk tujuan
projek. Kaedah kuantitatif adalah yang utama tetapi diberikan sebagai tindakan
lanjutan untuk kajian kualitatif. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif sebelum
pendekatan kuantitatif memberikan penyelidik yang belum terbiasa dengan tajuk yang dikaji
kesempatan untuk menghasilkan idea-idea khusus / hipotesis berdasarkan data kualitatif,
bahawa mereka juga mungkin mendapat maklumat lebih khusus di bahagian kuantitatif
projek.

Berdasarkan rekabentuk kedua (quant QUAL), kajian kuantitatif digunakan


sebagai kaedah sekunder dengan penyelidikan kualitatif yang utama. Dalam kes
ini, kajian kuantitatif yang biasanya digunakan untuk mengenalpasti penduduk
tertentu atau isu-isu yang perlu lebih mendalam bagi kajiannya. Contohnya, jenis
kajian penelitian yang dilakukan oleh doktor secara umum bagi membincangkan masalah
merokok dengan pesakit mereka. Para penulis ingin mengenalpasti ruang amalan umum
yang memegang pelbagai sikap yang berbeza. Oleh itu, pengkaji menggunakan penelitian
kuantitatif (bergalah) iaitu berdasarkan kajian tinjauan pendek sikap 327 orang doktor,
untuk mengenalpasti pelbagai sikap dari responden, dengan melakukan wawancara lanjut
dengan kualitatif, memastikan pemahaman mendalam tentang masalah merokok dari
pelbagai jenis doktor.

Rekabentuk ketiga (QUANT qual), direka untuk menjadikan kajian kuantitatif


menjadi mod utama penyelidikan dengan penyelidikan kualitatif kedua. Jenis
rekabentuk ini sering digunakan ketika ada keperluan untuk memberikan
klarifikasi atau elobarasi penelitian dari penemuan-penemuan kuantitatif. kajian
kualitatif membantu dalam memahami hal-hal seperti hasil negatif dan hasil yang tidak
memenuhi kehendak hipotesis dan perspektif teoritikal. Pada dasarnya data kualitatif boleh
digunakan untuk melengkapkan data kuantitatif untuk membantu para penyelidik kuantitatif
menyelamatkan data mereka dengan memahami keputusan yang salah.

Dalam rekabentuk kajian keempat (QUAN quant), kajian kualitatif merupakan


kajian yang utama dan diikuti seterusnya dengan kajian kuantitatif yang lebih
kecil. Kajian kuantitatif digunakan untuk menguji hasil pada penduduk yang
berbeza dalam rangka untuk memastikan apakah berlakunya atau tidak
"pemindahan" penemuan kualitatif ke populasi yang lain. Contohnya,
berdasarkan kajian Gioia dan Thomas (1996) dalam Shariene & Biber (2006),
kajian reka bentuk kaedah campuran, telah menarik perhatian pengkaji
bagaimana pentadbir akademik mengenalpasti isu-isu penting, yang memberi
impak kepada universiti dalam mengalami perubahan strategik. Para penyelidik
menggunakan kaedah kualitatif untuk kajian kes tunggal dari salah satu pasukan
pengurusan universiti untuk mendapatkan pengalaman secara langsung atau
terus di peringkat pentadbiran tinggi dalam pendidikan tinggi. Ini adalah contoh
dari reka bentuk kaedah campuran keempat dan terakhir yang kita ambil dalam
bab ini.
Prospek dan masalah kaedah bercampur

Terdapat pelbagai kebimbangan yang wujud berdasarkan amalan kaedah


pencampuran. Brannen ( 1992) menunjukkan bahawa dalam sesuatu kajian,
apabila komponen kualitatif adalah yang utama, kemungkinan ada
kecenderungan berlakunya penemuan kuantitatif yang mengalahkan atau
mengatasi data kualitatif. Berdasarkan kajian penulis terhadap pekerja rumah,
didapati bahawa komponen kualitatif daripada kajian ini adalah kurang relevan
berbanding wawasan teoritisnya.

Apabila pengkaji mengaplikasikan jenis kajian ini, maka terdapat kos ekonomi kerana jumlah
masa dan tenaga yang diperlukan untuk menyelesaikan sebarang projek. Selain daripada
itu, terdapat beberapa isu yang dicadangkan agar penyelidik mesti mendapatkan pelbagai
kemahiran yang diperlukan untuk kaedah campuran ini kerana terdapat penyelidik yang
menggunakan kaedah campuran ini tidak mempunyai pengetahuan tentang kedua kaedah,
oleh itu amat penting bagi penyelidik untuk mengambil masa untuk memperkenalkan
konsep-konsep yang mungkin asing bagi individu.

2. APPLIED KNOWLEDGE

Provide your reactions to the book

Describe the book: Is it interesting, memorable, entertaining, instructive? Why?

Respond to the author's opinions: What do you agree with? And why? What do
you disagree with? And why?

Explore issues the book raises: What possibilities does the book suggest? Explain.
What matters does the book leave out? Explain.

Relate your argument to other books or authors: Support your argument for or
against the author's opinions by bringing in other authors you agree with.

Relate the book to larger issues: How did the book affect you? How have your
opinions about the topic changed? How is the book related to your own course or
personal agenda.

3. CONCLUSION

Kaedah penyelidikan bercampur memberikan satu cabaran kepada


penyelidik yang ingin mengkaji isu-isu yang kompleks dan berada dalam
pelbagai level termasuk individu yang sosial. Ini boleh meningkatkan
pengumpulan data dari bermacam-macam jenis dan boleh meningkatkan
kesahan data untuk projek kualitatif dan kuantitatif. Dalam menggunakan
kedua-dua kaedah penyelidikan, penyelidik boleh mendapatkan data primer
yang terbaik, contohnya boleh meningkatkan kesahan data kajian dengan teknik
triangulasi, dengan menggantikan sumber-sumber yang lemah kepada yang
lebih berkenaan. Idea, seperti yang telah dicatat, bahawa secara keseluruhan adalah
lebih bermakna daripada jumlah bahagian-bahagiannya dalam menyatakan hasil kajian
ataupun kesimpulan. Namun terdapat pelbagai peringatan dari segi konseptual ke praktikal,
yang mana seseorang itu harus dipertimbangkan perkara atau isu berikut ketika
menggunakan reka bentuk kaedah campuran iaitu;

1. kaedah campuran mengaburkan batas antara paradigma kajian

2. tidak jelas bagaimana penyelidik harus prihatin tentang hal ini (subjektif).

Menurut penulis, kaedah bercampur bukanlah satu penyelesian yang sangat


berkesan seperti silap mata tetapi ia merupakan satu teknik meningkatkan dan
membangunkan ilmu pengetahuan. Berdasarkan Janice Morse iaitu seorang
penyelidik kualitatif yang terkenal, menekankan bahawa menguasai dan mahir
dengan kaedah bercampur ini adalah satu cara menajamkan pemikiran
konseptual dan analisis yang berwawasan. Beliau juga berpendapat bahawa
penyelidik yang mahu menggunakan kaedah bercampur ini haruslah bersedia
mengeluarkan kos untuk melaksana dan memerlukan latihan yang cukup. Janice
Morse juga menegaskan kepada para penyelik supaya tidak hilang arah dalam
mengendalikan kaedah kualitatif dan perlu diteruskan dalam bentuk yang tulen
untuk memahami sifat semulajadi sosial kita dalam membina ilmu pengetahuan.

You might also like