You are on page 1of 13

PENGHARGAAN

Selamat sejahthera. Saya telah diberikan tugasan untuk matapelajaran Perkembangan


Kanak-kanak. Dalam kerja kursus ini, saya telah ditugaskan untuk menghasilkan satu tugasan
berkaitan dengan perkembangan diri saya sendiri.

Saya menyiapkan hasil tugasan ini dengan mengumpul maklumat. Setinggi-tinggi


penghargaan saya ucapkan kepada En.Sundar Subbramaniam, pensyarah matapelajaran
tersebut telah membantu dan menjalankan tugasan beliau sebagai pembimbing saya dalam
melaksanakan tugasan ini.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang sanggup
mengajar saya. Terima kasih kepada semua yang telah membantu sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Khususnya kepada ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan moral.
Sepanjang melaksanakan projek ini saya berasa tenang.

1
PENDAHULUAN

Menurut Santrock (2014), setiap manusia akan mengalami perubahan mengikut proses
pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal, sosial, kognitif dan emosi semenjak
lahir sehinggalah memasuki alam kanak-kanak, remaja, dewasa dan usia tahun.
Perkembangan seseorang akan berlaku dari peringkat ke peringkat. Pada setiap peringkat ini,
saya juga telah mengalami beberapa pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal,
sosial, kognitif dan emosi. Terdapat beberapa ciri-ciri perkembangan dan ciri-ciri pertumbuhan.
Rajah 1 menunjukkan ciri-ciri perkembangan manakala Rajah 2 menunjukkan ciri-ciri
pertumbuhan.

Berhenti Pengaruh
Kuantiti
Perubahan apabila Kadar genetik,per
perubahan
yang diukur mencapai pertumbuhan sekitaran
yang
peringkat matang dan
dinyata
matang kesihatan

Rajah 1: Ciri-ciri perkembangan

Berhenti Pengaruh
Kuantiti
apabila Kadar genetik,
Perubahan perubahan
mencapai pertumbuha persekitaran
boleh diukur yang
peringkat n matang dan
dinyata
matang kesihatan

Rajah 2: Ciri-ciri pertumbuhan

Setiap perkembangan dan pertumbuhan seseorang insan akan dipengaruhi oleh dua
faktor iaitu faktor baka dan juga faktor persekitaraan. Diri saya juga telah dipengaruhi oleh dua
faktor tersebut.

2
Setiap perkembangan dan pertumbuhan telah dikaitkan oleh beberapa teori yang
dikemukan oleh para tokoh psikologi. Perkembangan saya dari aspek fizikal, sosial, kognitif dan
emosi boleh dikaitkan dengan teori perkembangan.

TUGASAN

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan


bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk &
Margetts,2007). Dari segi perkembangan fizikal, semasa saya lahir berat badan saya hanya 2.6
kilogram. Berat badan saya telahpun meningkat pada setiap peringkat. Pada umur 1 tahun,
saya dapat membezakan suara ahli keluarga lain. Pada umur 2 hingga 6 tahun, berat badan
saya dan ketinggian saya telahpun meningkat. Kemahiran motor kasar seperti berjalan, menaiki
kenderaan dan memanjat telah diperkembangakan. Pada umur 6 hingga 12 tahun, otak saya
telahpun berkembang untuk membaca, menulis dan juga mengira. Sebagai contoh, saya dapat
menulis karangan pada usia 9 tahun dan saya telah menang dalam pertandingan menulis
karangan. Pada peringkat ini, saya suka melakukan aktiviti-aktiviti sukan dan suka aktiviti luar
rumah seperti berkelah, bermain di tempat permainan awam dan berbasikal. Faktor
perkembangan fizikal saya ini dipengaruhi oleh faktor baka. Menurut Robert Havighurst(1953) ,
beliau telah menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat 6 hingga
12 tahun ialah membentuk fizikal untuk permainan. Ketika ini, kanak-kanak lebih cenderung
untuk bermain atau melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan tenaga kerana kanak-
kanak pada ketika ini amat aktif. Oleh sebab itu, kanak-kanak memerlukan fizikal yang lebih
kuat untuk melakukan aktiviti-aktivit lasak. Selain itu,kanak-kanak ini juga mula membentuk
konsep diri yang kanak-kanak mula memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira
yang biasanya diasah dan diajar oleh guru-guru ketika belajar di sekolah. Pelbagai kebolehan
yang mula dikuasai oleh kanak-kanak menjadikan mereka mula belajar berdikari. Saya telah
mengalami perkembangan-perkembangan fizikal yang diutarakan oleh R. Havighrust.

Pada peringkat remaja iaitu 12 hingga 15 tahun, ketinggian saya telahpun meningkat
dan saya menjadi lebih kuat daripada dulu. Ketinggian dan bentuk badan saya dipengaruhi oleh
baka saya. Teori Taipologi mengkategorikan personaliti seseorang mengikut bentuk fizikalnya.
Bagi diri saya, saya merupakan seorang yang mempunyai bentuk badan yang bulat dan lembut.

3
Mengikut Sheldon (1898-1977), seorang yang mempunyai rupa yang bulat dan lembut
dikategorikan sebagai endomorfik iaitu seorang yang suka kesenangan, sentimental, suka
berseronok dan juga bersosial. Saya bersetuju dengan pendapat tokoh tersebut kerana saya
merupakan seorang yang suka kesenangan,suka berseronok, sentimental dan juga suka
bersosial. Contohnya, saya suka bermesra dengan semua orang dan saya juga saya akan mula
menangis apabila menonton ataupun mendengar cerita yang sedih. Saya telah mengalami
perkembangan fizikal yang normal seperti remaja lain. Pada peringkat remaja, saya telah
mencapai puberti.

PERKEMBANGAN SOSIAL

Saya juga mengalami perubahan perkembangan daripada aspek sosial. Terlebih dahulu
apakah itu perkembangan sosial? Perkataan sosial berasal daripada bahasa latin iaitu socius
yang bermaksud sesuatu yang lahir, tumbuh, dan berkembang dalam kehidupan (Salim, 2002.)

Menurut Hurlock (1973), perkembangan sosial bermaksud perolehan kemampuan


berperilaku yang sesuai dengan tuntutan sosial. Bagi menjadi seorang yang sosial perlukan tiga
proses. Antaranya adalah belajar berperilaku yang dapat diterima secara sosial, memainkan
peranan sosial yang dapat diterima dan perkembangan sifat sosial. Menurut Ahmad Susanto,
perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Secara
ringkas, saya memahami bahawa perkembangan sosial adalah perkembangan tingkah laku
seseorang untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat lain.

Pada peringkat bayi, saya berinteraksi dengan menunjukkan senyuman dan tangisan
untuk menunjukkan perasaan saya. Pada umur 1 tahun, saya mula bermain dengan ibu bapa
saya dan abang saya. Pada umur 2 hingga 6 tahun, saya memilih permainan sebagai cara
bersosial. Pada peringkat ini , saya hanya bermesra dengan kawan saya dan ahli keluarga saya
sahaja. Apabila saya dihantarkan ke tadika pada umur 5 tahun, saya hanya akan berinteraksi
dengan rakan-rakan saya sahaja. Saya tidak dapat bergaul mesra dengan rakan seusia saya
daripada tadika lain. Pada peringkat ini, saya dapat membuat persembahan secara kumpulan
dengan rakan tadika saya (rujuk lampiran 1).Lama kelamaan apabila saya dihantarkan ke
sekolah rendah iaitu pada umur 7 hingga 12 tahun, saya dapat bergaul mesra dengan semua
orang tetapi perasaan malu masih menghalang saya untuk berinteraksi. Pada peringkat iaitu
peringkat remaja, saya belajar untuk bergaul mesra dengan semua orang. Apabila menyertai
beberapa pertandingan, saya mula bermesra dengan semua orang. Semasa saya belajar
tingkatan 3 iaitu pada umur 15 tahun, saya telah menyertai suatu bengkel radio yang dianjurkan

4
oleh Traxx fm(rujuk lampiran 2). Dalam bengkel tersebut, saya perlu bekerjasama dengan
pelajar sekolah lain. Oleh sebab faktor persekitaraan iaitu melalui perbuatan rakan-rakan saya,
saya dapat bekerjasama dengan mereka dan saya juga dapat bermesra dengan mereka. Saya
turut melibatkan diri saya dalam pertandingan yang berasaskan kumpulan seperti hoki, tarik tali,
dan koir. Perkembangan sosial saya ini dipengaruhi oleh faktor persekitaraan. Dorongan ibu
bapa, guru dan rakan sebaya saya telah memberi impak kepada diri saya. Menurut Teori
Vygotsky (1896-1934), bermain dapat meningkatkan kemahiran sosialisasi kanak-kanak
dengan memahami individu lain dari segi kebolehan mewujudkan kemahiran berkomunikasi
(Vygotsky, 1896-1934). Melalui teori tersebut, saya mengenalpasti bahawa teori Vygotsky
berkaitan dengan perkembangan sosial saya.

Seterusnya, saya mula mencari rakan sebaya untuk berkongsi kegembiraan dan
kesedihan saya. Pada peringkat kanak-kanak, saya selalu mencari ibubapa saya untuk
menceritakan tentang masalah saya. Lama kelamaan saya telahpun mula untuk mencari rakan
sebaya seusia saya. Menurut Sutjihati Somantri(2006), salah satu bentuk perkembangan sosial
pada masa ini adalah dengan meningkatnya usia, anak menujukkan penurunan minat untuk
bergaul dengan orang dewasa dan sejalan dengan itu anak menunjukkan minat untuk bergaul
dengan anak-anak seusianya.

Selain itu, saya mula meniru perbuatan orang lain. Saya mula meniru sahsiah rakan-
rakan saya iaitu belajar dengan bersungguh-sungguh. Pencapaiann saya dalam akademik
adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaraan. Saya akan meniru aktiviti pembelajaran mereka.
Jika mereka belajar, saya juga turut meluangkan masa saya dengan belajar. Begitu juga
dengan pemakaian saya. Saya telah meniru gaya pemakaian ahli keluarga dan rakan sebaya
saya. Saya merupakan seorang yang tidak suka berfesyen pada peringkat kanak-kanak. Pada
peringkat remaja, saya telahpun suka berfesyen. Proses peniruan ini telah dikemukakan oleh
Albert Bandura (1977) dalam teori Bandura. Teori Permodelan Bandura ialah proses
pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Secara ringkasnya,
saya mendapati bahawa sikap peniruan saya berhubungkait dengan Teori Permodelan
Bandura.

PERKEMBANGAN EMOSI

Apakah itu perkembangan emosi? Pengertian emosi menurut Daniel Goleman (1995)
adalah setiap kegiatan atau pergolakan perasaan, fikiran, nafsu, setiap keadaan mental yang
hebat dan meluap-luap. Daniel juga mengatakan bahwa emosi merujuk kepada suatu perasaan

5
dan fikiran-fikiran yang khas, suatu keadaan biologis dan psikologis dari serangkaian
kecenderungan untuk bertindak.

Saya mengalami beberapa perkembangan emosi sejak lahir hingga peringkat remaja .
Saya merupakan seorang yang suka menangis pada peringkat kanak-kanak saya. Saya tidak
dapat mengambil sesuatu teguran dengan mudah. Saya akan berasa sedih dan saya turut
menangis. Melalui eksperimen yang dijalankan oleh Ainsworth yang dikenali sebagai strange
situation di mana terdapat lapan episod. Melalui lapan episod tersebut dapat mengenalpasti
empat variasi perapatan. Saya berada pada variasi secure attachment iaitu saya
menunjukkan emosi yang negatif apabila saya didokong oleh orang lain bukannya oleh ibu
saya. Contohnya, semasa saya berada dalam alam bayi, saya akan menangis apabila saya
didukung oleh orang lain. Pada peringkat kanak-kanak, saya mula menjadi lebih sensitif dan
mudah tersentuh apabila ditegur atau dimarahi. Saya akan merajuk untuk menunjuk
ketidakpuasan saya terhadap sesuatu perkara. Salah satu peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan saya pada peringkat ini ialah saya merajuk pada ayah saya apabila ayah saya tidak
membenarkan saya untuk melibatkan diri dalam SUKMA. Saya merajuk sehingga ayah saya
memberi kebenaran kepada saya. Perasaan merajuk ini dipengaruhi oleh faktor persekitaraan
iaitu daripada perbuataan ibu saya. Ibu saya selalu menunjukkan ketidakpuasaan dengan cara
merajuk. Apabila saya memerhatikan perbuatan ibu saya dari usia kecil, perbuataan tersebut
telah mempengaruhi saya. Pada peringkat remaja , saya telah mengurangkan sifat merajuk
saya. Saya mula berfikir matang.

Seterusnya, saya mula mengalami kekeliruaan identiti. Saya tidak pasti dengan
kehendak saya. Sebagai contoh, selepas peperiksaan PMR saya tidak pasti dengan pemilihan
aliran. Akhirnya, saya telah memilih aliran sains atas pendapat ibu bapa saya. Saya sering
mengaitkan diri saya dengan orang yang saya minati. Saya mula meniru perbuatan rakan-rakan
saya. Salah satunya ialah cara pemakaian saya. Cara pemakaian saya dipengaruhi oleh faktor
persekitaraan iaitu oleh rakan saya. Saya mula mencari identiti diri saya. Secara
kesimpulannya, perkembangan emosi saya dikaitkan dengan teori Erik Erikson.

Salah satu unsur utama teori peringkat psikososial Erikson ialah perkembangan identiti
ego. Menurut Erikson (1994), identiti ego kita sentiasa berubah ubah disebabkan oleh
pengalaman baru dan maklumat yang kita peroleh dalam interaksi harian kita dengan orang
lain. Saya mengalami kekeliruaan identiti seperti yang dinyatakan pada teori ini. Di samping
identiti ego, Erikson percaya bahawa rasa kecekapan juga mendorong tingkah laku dan

6
tindakan. Teori Erikson adalah berdasarkan lima prinsip dan terdapat lapan peringkat
perkembangan yang diutarakan oleh Erikson. Bagi peringkat remaja, saya berada dalam tahap
identiti lawan kekeliruan peranan. Pencarian jati diri saya berlangsung pada peringkat ini.

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Perkembangan kognitif merujuk perkembangan mental yang melibatkan kematangan


aktiviti mental seperti keupayaan intelektual dan pemprosesan maklumat serta perkembangan
pertuturan dan perolehan bahasa (Martorell et al., 2014; Morrison, 2012). Hasil daripada
kematangan perkembangan sistem saraf otak menyebabkan kanak-kanak berupaya untuk
menghasilkan aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk
konsep dan menyelesaikan masalah (Sigelman & Rider, 2012).

Pada peringkat bayi, saya dapat mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek


yang dapat dilihat dalam persekitaraan saya. Saya mula mengenali ibu bapa saya dan ahli
keluarga saya. Saya memberi balasan dan saya mula meniru ekspresi wajah orang lain. Pada
peringkat kanak-kanak, saya boleh bertutur dan hanya dapat menguasai beberapa perkataan.
Pada tahun 7 hingga 12 tahun, saya mula berfikir secara logik dan bahasa saya telapun
berubah. Pada peringkat kanak-kanak, saya dapat menghuraikan peristiwa-peristiwa yang
berlaku dalam kehidupan saya pada ibu bapa saya. Sebagai contoh, setiap hari selepas
sekolah, saya akan menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah kepada ibu saya.

Pada peringkat remaja, saya mengalami perkembangan kognitif. Pemikiran saya


menjadi lebih matang berbanding pada tahap kanak-kanak. Saya dapat berinteraksi dengan
rakan-rakan saya tanpa ada perasaan mementingkan diri sendiri. Contohnya, saya mula berfikir
matang apabila ayah saya memanjakan saudara saya yang lain. Semasa saya berada pada
peringkat kanak-kanak, saya selalu berasa marah apabila ayah saya memanjakan anak orang
lain. Lama kelamaan sifat ini saya telah dimansuhkan. Sikap saya ini dipengaruhi oleh faktor
persekitaraan.

Seterusnya, pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi dalam kehidupan saya
menjadi panduan kepada saya. Saya mula berfikir berasaskan pengetahuan dan pengalaman
saya. Contohnya, semasa saya belajar tingkatan 3 iaitu 15 tahun, saya telah belajar cara

7
membuat multimedia yang efektif. Pengalaman saya dalam bidang ICT membantu saya
semasa saya belajar tingkatan 6. Saya boleh berfikir berasaskan pengalaman saya semasa
membuat kerja kursus saya.

Selain itu, saya dapat berinteraksi dengan orang lain untuk memahami perkara-perkara
yang berlaku. Saya mula meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang
didapati. Saya dapat berinteraksi dengan masyarakat yang berkaum lain. Semasa saya berada
di bangku sekolah rendah, saya selalu bertutur dalam Bahasa Tamil. Apabila saya melanjutkan
pelajaran saya di sekolah menengah, saya mengalami beberapa masalah untuk bertutur dalam
bahasa lain. Lama kelamaan, saya mula menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
dalam jangka masa yang pendek. Sebagai bukti, saya telah menghadiri beberapa aktivit seperti
pertandingan bercerita, bengkel Traxx fm , pertandingan syarahan dan sebagainya.Saya dapat
menguasai bahasa lain disebabkan oleh faktor persekitaraan. Ini boleh dikaitkan dengan Teori
Interaksionalis iaitu bahasa merupakan alat interaksi yang melibatkan proses kognitif dan
linguistik.

Secara rumusnya, pemikiran kognitif saya berkaitan dengan teori Piaget. Menurut Piaget
(1969), perkembangan kognitif merupakan suatu proses genetik, iaitu suatu proses yang
berdasarkan atas mekanisme biologis dan perkembangan sistem saraf. Semakin
bertambahnya umur saya, maka semakin kompleks susunan sel saraf saya dan semakin
meningkat pula kemampuannya. Proses belajar saya telah mengikuti pola dan tahap-tahap
perkembangannya sesuai dengan umur saya. Pola dan tahap-tahap ini bersifat hirarkis, ertinya
harus dilalui berdasarkan urutan tertentu dan seseorang tidak dapat belajar sesuatu yang
berada di luar tahap kognitifnya. Piaget membahagi tahap-tahap perkembangan kognitif ini
menjadi empat, iaitu; tahap sensorimotor (0-2 tahun), tahap preoperasional (2-7 tahun), tahap
operasional konkrit(7-12 tahun) dan akhirnya tahap operasional formal (12-18 tahun). Saya
telah mengalami kesemua tahap tersebut.

KEPENTINGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG BAIK DENGAN ASPIRASI MURID


SEPERTI YANG TERDAPAT DALAM PPPM BAGI BERSAING DI PERINGKAT GLOBAL.

Terdapat enam aspirasi murid dalam PPPM iaitu ; pengetahuan, kemahiran


berfikir,kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan akhirnya identiti
nasional. Perkembangan kanak-kanak yang baik dengan aspirasi murid seperti yang terdapat
dalam PPPM bagi bersaing di peringkat global amatlah penting.

8
Perkembangan saya yang baik meliputi perkembangan kognitif iaitu saya menunjukkan
minat dalam pembacaan. Pada mulannya saya hanya dapat menguasai 300 patah perkataan
dan lama kelamaan saya boleh menguasai kemahiran membaca. Melalui pembacaan, saya
dapat meningkatkan pengetahuan am dan saya dapat berfikir dengan cara yang matang. Saya
juga dapat melibatkan diri dalam program Kem Bacaan 1 Malaysia dan Program Nilam bagi
menunjukkan pengetahuan saya. Saya menjadi rakan pembaca di sekolah saya (rujuk lampiran
3) Ini merupakan aspirasi pertama dalam PPPM iaitu pengetahuan. Aspirasi ini, menekankan
pencapaian 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Melalui perkembangan kognitif saya,
saya dapat menguasai 3M dan dapat mengukuhkan pengetahuan saya dalam matapelajaran
Matematik dan Sains. Seterusnya, kemahiran berfikir akan berubah jika saya mempunyai
perkembangan yang baik. Saya dapat menghubungkaitkan pelbagai pengetahuan yang
berbeza dan saya dapat menjana pengetahuan baharu. Dengan mempunyai kemahiran, saya
dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan yang berasaskan KBAT dan mampu mendapat 7A
dalam peperiksaan SPM saya(rujuk lampiran 4).

Kemahiran memimpin boleh ditonjolkkan jika perkembangan saya baik. Dengan


mempunyai perkembangan sosial dalam perkembangan saya, saya dapat menguasai
kemahiram memimpin. Dengan mempunyai perkembangan sosial yang baik, saya boleh
berinteraksi dengan orang lain dan dapat menyesuaikan diri saya dengan apa jua keadaan.
Dengan cara ini, keyakinan diri saya telah meningkat dan ini akan meningkatkan kemahiran
memimpin . Perkembangan emosi juga turut memberi impak kepada kemahiran memimpin.
Kecerdasan emosi berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain serta
mampu mempengaruhi mereka secara positif. Selain itu, dengan perkembangan yang baik,
saya dapat menguasai kemahiran dwibahasa. Kemahiran berbahasa saya dipengaruhi oleh
perkembangan kognitif. Apabila saya dihantarkan ke sekolah, dengan mempunyai
perkembangan kognitif yang baik saya dapat menguasai dwibahasa. Saya dapat berkomunikasi
dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan fasih. Saya juga boleh berkomunikasi
dalam 3 bahasa. Sebagai seorang bakal guru, kemahiran dwibahasa amatlah penting bagi diri
saya. Saya dapat berkomunikasi dengan semua pelajar melalui kemahiran dwibahasa ini.

9
KESIMPULAN

Kesimpulannya, saya telah mencapai perkembangan yang baik dari segi fizikal, kognitif,
emosi dan sosial. Perkembangan diri saya yang baik dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor
baka dan faktor persekitaraan. Jika dilihatkan dari segi fizikal, perkembangan saya dipengaruhi
oleh faktor baka. Malah, jika dilihatkan dari segi emosi, sosial dan kognitif perkembangan diri
saya dipengaruhi oleh faktor persekitaraan. Secara dominan, faktor persekitaraan
mempengaruhi perkembangan diri saya dari segi segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial.

Seterusnya, perkembangan saya boleh dikaitkan dengan beberapa teori yang


dikemukakan oleh para tokoh. Teori Taipologi, teori Erikson, teori Vygotsky, teori Bandura dan
teori Piaget boleh dikaitkan dengan perkembangan diri saya. Melalui teori-teori ini saya dapat
mengenali diri saya dan saya bersetuju dengan semua teori yang berkait dengan
perkembangan diri saya.

Perkembangan diri yang baik amat perlu untuk bersaing di peringkat global. PPPM
mempunyai enam aspirasi murid. Melalui perkembangan diri yang baik, saya boleh mencapai
enam aspirasi yang dikemukakan dalam PPPM. Saya dapat menganalisis tentang
perkembangan diri saya melalui kerja kursus ini. Saya juga dapat mengenali beberapa teori
yang berkaitan dengan perkembangan diri saya dan saya dapat mencapai enam aspirasi yang
dikemukakan dalam PPPM dengan mempunyai perkembangan diri yang baik.

10
RUJUKAN

Ainsworth, M. &. (1978). Pattern of Attachment : A Psychological Study of strange situation.


New Jersey: Eaelbaum Associates.

Bandura.A. (1977). Self Efficiacy: Towards a unifying theoryof behavioral change. Phsycological
Review, 84.

Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence. New York: Bantam Books.

Hanis, D. (2013, 12 13). Slideshare.net. Retrieved from


http://www.slideshare.net/hanisdurani/teori-kognitif-29184054

Havighrust, R. (1953). Understanding Adolescence Currents Developments in Adilescent


Psyichilogy. Cross Cultural View.

Hurlock, E. B. (1995). Perkembangan Anak Jilid 1. Jakarta: Penerbit Erlangga.

Martorell, G. (2014). A Child's World ; Infancy Through Adolescence. New York: McGraw Hill.

Morrison, G. (2012). Early Childhood Education Today. (12th ed.). Boston: Pearson.

Musdalifah, M. (2007). Perkembangan Sosial Remaja Dalam Kemandirian. 11.

mylife. (2012, 2 10). Teori Erik Erikson. Retrieved from http://wonderlandfull.blogspot.my/

Piaget, J. I. (1969). The Psychology of the child. New York: Basic Books.

Roslan, O. M. (n.d.). Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di
Sekolah Tunas Bakti,Sungai Lereh, Melaka. Fakuliti Pendidikan,Universiti Teknologi
Malaysia.

Salim, A. (2002). Perubahan Sosial ; Skesta teori dan refleksi metedologi kasus di Indonesial.
Yogyakata: PT Tiara Wacana.

11
Santrock, J. W. (2014). Child development.New York: McGraw Hill.

Sigelman, C. &. (2012). Human Development Across the Life-span . California: Wadsworth
Cengage Learning.

Somantri, S. (2006). Psikologi Anak Luar Biasa. Bandung: PT. Refika Aditama.

Susanto, A. (2012). Perkembangan Anak Usia Dini : Pengantar dalam berbagai Aspeknya.
Jakarta: Kencana Prenada Media Group.

Wong Kiet Wah, M. I. (2016). Perkembangan Kanak-kanak Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.

Woolfolk, M. &. (2007). Educational Psychology:Australlian Adaption. Sydney: Pearson


Education Australia.

12
LAMPIRAN

13

You might also like