You are on page 1of 9

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.

me/koleksibbmofficial

PECUTAN AKHIR UPSR (PENULISAN)

(1) Cara-cara Menghormati Ibu Bapa
o Mendengar nasihat ibu bapa
o Bercakap dengan sopan
o Menjaga tingkah laku

Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada anak-anak.

Mereka telah mengasuh dan mendidik anak-anak bagai menatang minyak
yang penuh. Oleh itu, anak-anak perlu membalas jasa dengan menghormati
mereka.
Antara langkah untuk menghormati ibu bapa termasuklah anak-anak
perlu mendengar nasihat ibu bapa pada setiap masa. Hal ini dikatakan
demikian kerana nasihat ibu bapa sangat berguna untuk masa hadapan yang
cerah. Nasihat ibu bapa juga dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat
dalam aktiviti negatif.
Selain itu, anak-anak perlu bercakap dengan sopan semasa
berkomunikasi dengan ibu bapa. Hal ini disebabkan oleh setiap anak wajar
menjaga perasaan ibu bapa yang membesarkan mereka daripada alam buaian
hingga dewasa. Hati ibu bapa juga sangat mudah tergores apabila anak-anak
bercakap kasar kepada mereka.
Bukan itu sahaja, anak-anak mestilah menjaga tingkah laku mereka
seperti tidak berkasar dengan orang lain dan sentiasa berpakaian sopan.
Tindakan ini juga sangat penting supaya maruah keluarga tidak akan tercalar.
Pada masa yang sama, ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap anak-
anak yang berakhlak mulia.
Konklusinya, anak-anak perlu sentiasa berbuat baik tehadap ibu bapa
agar hidup sentiasa dirahmati oleh Tuhan.

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.me/koleksibbmofficial

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.me/koleksibbmofficial
(2) KARANGAN BERFORMAT : LAPORAN

LAPORAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SK TAMAN JAYA

Pada 2 September 2015 yang lalu, SK Taman Jaya, Johor Bahru telah
menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-58. Sambutan ini
diadakan di dewan sekolah. Seluruh murid telah terlibat untuk menjayakan
majlis kali ini.
Majlis pada hari ini dimulakan dengan bacaan doa selamat dan nyanyian
lagu Negaraku. Seterusnya, Tuan Guru Besar, Encik Mahmood bin Sarlan
telah membacakan perutusan Perdana Menteri Malaysia bersempena dengan
sambutan kemerdekaan kali ke-58 seterusnya merasmikan majlis pada hari
ini.
Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan video ringkas
tentang dokumentari perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti
Leftenan Adnan dan Tunku Abdul Rahman. Semua murid kelihatan terpegun
apabila menonton video dokumentari itu kerana melihat penderitaan
penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka. Selain itu, majlis pada hari ini
diserikan lagi dengan pengucapan puisi patriotik oleh saudari Mary yang
penuh bersemangat. Semua murid memberikan tepukan gemuruh kepadanya.
Majlis pada hari ini berakhir dengan nyanyian lagu patriotik berjudul
Tanah Pusaka. Para hadirin kelihatan bersemangat ketika menyanyikannya.
Majlis pada hari ini juga tamat pada jam 10.00 pagi. Selepas bersurai, murid-
murid masuk ke kelas untuk meneruskan sesi pengajaran dan pemelajaran
seperti biasa. Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh 7 September 2015

Syahid Abu Bakar

(Mohd Syahid bin Abu Bakar)
Setiausaha Pengawas
SK Taman Jaya,
Johor Bahru.

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.me/koleksibbmofficial

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.me/koleksibbmofficial
(3) KARANGAN JENIS CERITA : Habiskan cerita.

Habiskan cerita anda dengan ayat berikut.

.....Aku memohon maaf kepada Guru Besar sekolahku dan berjanji tidak akan
mengulangi kesilapan itu lagi.

Aku merupakan murid tahun 6 Jati di Sekolah Kebangsaan Sri Mutiara,

Johor Bahru. Rakan-rakan menggelarkanku sebagai Ali King. Mereka
menggelarkan aku begitu kerana aku terkenal dengan sikap suka membuli
murid yang lebih lemah. Aku hebat membuli tetapi aku lemah dalam semua
mata pelajaran.
Pada suatu pagi, aku cuba membuli murid darjah tiga. Aku memintanya
wang sebanyak RM5.00. Dia memberikan wang itu tanpa banyak bicara. Aku
sangka, akulah yang hebat ketika itu. Aku memperoleh wang dengan mudah.
Namun begitu, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah
hari. Murid itu telah melaporkan perkara itu kepada guru disiplin. Aku telah
dirotan di hadapan rakan-rakanku.
Aku berasa sangat malu. Air mukaku telah jatuh. Hatiku sarat dengan
dendam kesumat. Aku mengambil keputusan untuk memancitkan tayar guru
disiplin itu. Keesokan harinya, aku sudah bersedia dengan paku. Akalku sudah
tidak boleh berfikiran waras. Aku nekad, aku akan membocorkan tayar
keretanya. Sedang aku asyik melakukan kerja terkutuk itu, aku telah
ditangkap oleh pengawas. Aku dibawa menghadap Guru Besar.
Ketika aku melangkah ke bilik Guru Besar, hanya Tuhan sahaja yang
mengetahui perasaanku. Kaki menggeletar. Aku berfikir yang bukan-bukan.
Aku berasa bimbang. Aku pasti Guru Besar pasti akan menghubungi ibu
bapaku. Pada masa yang sama, sudah tentu aku akan digantung sekolah.
Tambahan pula, UPSR akan berlangsung sebulan sahaja lagi.
Guru Besar mempelawaku duduk. Suaranya sangat lembut. Dia hanya
tersenyum melihatku yang pucat. Wajahku ibarat ayam berak kapur. Beliau
berdiri di sisiku dan mengusap rambutku. Kemudian, dia menegur
kesalahanku. Dia menasihatiku dengan bahasa yang menyentuh jiwaku. Aku
menangis teresak-esak. Aku memohon maaf kepada Guru Besar sekolahku
dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.me/koleksibbmofficial

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.me/koleksibbmofficial

(4) FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM

Kokurikulum bermaksud aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah.

Sebagai contoh, unit beruniform, kelab sukan dan permainan. Aktiviti
kokurikulum yang dijalankan di sekolah membawa manfaat yang banyak
kepada setiap murid.
Antara faedah menyertai aktiviti kokurikulum termasuklah murid-
murid akan dapat belajar bekerjasama dengan murid-murid yang lain. Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap aktiviti dalam kokurikulum memerlukan
kerjasama seperti memasang khemah dan kawad kaki. Murid-murid juga akan
belajar mendengar arahan ketua unit dan bekerjasama dengan ahli lain bagai
aur dengan tebing.
Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang bangsa. Hal ini disebabkan
oleh murid-murid akan dapat bergaul dan berinteraksi dengan rakan yang
berbilang bangsa ketika waktu kokurikulum. Sebagai contoh, program
Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan dapat mengukuhkan perpaduan
sejak bangku sekolah ibarat peribahasa melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Di samping itu, aktiviti kokurikulum juga dapat menyihatkan tubuh
murid-murid dari segi fizikal dan mental. Ketika aktiviti kokurikulum, murid-
murid akan menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam yang dapat
membakar lemak. Murid-murid tidak akan mudah menghidap obesiti atau
penyakit kronik yang lain. Pada masa yang sama, minda juga menjadi cerdas.
Konklusinya, aktiviti kokurikulum seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah
sangat bermanfaat kepada murid-murid. Oleh itu, ibu bapa perlu
menggalakkan murid-murid agar aktif dalam kokurikulum untuk menjadi
insan yang berguna pada masa hadapan.

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.me/koleksibbmofficial

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.me/koleksibbmofficial
(5) KARANGAN BERFORMAT : BERITA

JOHOR BAHRU, Jumaat-Sekolah Kebangsaan Taman Desa telah

menganjurkan sambutan Bulan Kemederkaan pada bulan Ogos lalu. Tujuan
Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai semangat patriotik
dalam kalangan murid. Di samping itu, sambutan ini juga dapat memberi
pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan negara.
Murid-murid juga dapat dipupuk amalan bersyukur dan menghargai kemajuan
yang dicapai oleh negara.
Pada 15 Ogos, upacara perasmian sambutan bulan berkenaan telah
dilakukan oleh Puan Guru Besar; Puan Zaiton Puteh. Dalam perutusan
sambutan bulan kemerdekaan tersebut, beliau telah mengingatkan murid-
murid supaya berasa bersyukur dapat tinggal di negara yang aman. Kemudian,
acara diteruskan dengan persembahan deklamasi sajak dan koir bertemakan
kemerdekaan. Persembahan pada hari itu disempurnakan oleh saudara
Shahid dan Shivaneswaran dengan penuh semangat.
Selain itu, antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan
termasuklah pertandingan pidato, pertandingan menulis esei, pertandingan
melukis poster dan pameran sejarah kemerdekaan seperti perjuangan
Leftenan Adnan. Setiap kelas tahap dua telah menghantar peserta bagi
pertandingan yang diadakan. Penyertaan murid-murid begitu menggalakkan
terutama bagi pertandingan melukis poster dan menulis esei.
Ketika acara penutup pada 16 September, Puan Guru Besar telah
menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Hadiah yang
disampaikan ialah trofi dan sijil penghargaan. Sebelum bersurai, semua murid
telah melaungkan kalimah keramat Merdeka sebanyak 7 kali dengan penuh
bersemangat.
Diharapkan melalui program sebegini, semangat cinta akan negara
sentiasa subur dan berkekalan dalam sanubari setiap murid. Semangat
patriotisme ini amat penting bagi murid-murid yang akan menjadi generasi
pelapis negara.

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.me/koleksibbmofficial

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.me/koleksibbmofficial
(6) KARANGAN: PERSEDIAAN ANDA UNTUK
MENGHADAPI KEJOHANAN OLAHRAGA
o Saya akan membuat latihan intensif pada setiap hari.
o Saya akan makan makanan yang sihat dan seimbang.
o Saya akan mendapatkan rehat yang secukupnya.

Sekolah saya akan menganjurkan sukan tahunan pada bulan Jun yang
akan datang. Hati saya semakin teruja apabila saya turut dipilih untuk
mewakili Rumah Hang Tuah dalam beberapa acara balapan seperti lari 100
meter, 4x100 meter dan 4x400 meter. Oleh itu, banyak persediaan yang
perlu saya lakukan untuk menhadapi hari kejohanan.
Antara persediaan yang akan saya lakukan termasuklah membuat
latihan intensif pada setiap hari untuk menguatkan stamina. Pada masa yang
sama, saya dapat membiasakan diri dengan situasi pertandingan seperti
peribahasa alah bisa tegal biasa. Ketika latihan, saya akan berlatih dengan
bersungguh-sungguh dan mendengar arahan daripada jurulatih. Latihan yang
saya lakukan merangkumi joging, bangkit tubi dan tekan tubi.
Selain itu, saya juga perlu makan makanan yang seimbang mengikut
piramid makanan. Hal ini disebabkan oleh makanan yang seimbang dapat
membekalkan tenaga malah memastikan berat badan saya sentiasa ideal.
Oleh hal yang demikian, saya akan sentiasa makan banyak sayur dan buah-
buahan. Pengambilan makanan yang seimbang juga dapat mengelakkan
masalah pertambahan berat badan yang akan menjejaskan prestasi saya
ketika hari kejohanan.
Di samping itu, saya juga akan memastikan agar saya mendapat rehat
yang secukupnya. Hal ini dikatakan demikian kerana fizikal seseorang
memerlukan rehat setelah seharian bekerja keras. Rehat yang cukup dapat
mengelakkan kecederaan seperti kejang otot dan lenguh-lenguh sendi. Bukan
itu sahaja, saya akan dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran agar
tidak menjadi seperti peribahasa yang dikejar tak dapat, yang dikendung
keciciran.
Konklusinya, saya perlu melaksanakan usaha yang banyak untuk menjadi
atlet cemerlang untuk rumah sukan dan sekolah. Oleh itu, saya perlu gigih

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.me/koleksibbmofficial

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.me/koleksibbmofficial
berusaha dengan semangat kesukanan yang tinggi untuk menjadi salah
seorang olahragawan sekolah seperti peribahasa kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya.

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.me/koleksibbmofficial

FB PAGE: KOLEKSI BBM TELEGRAM : https://telegram.me/koleksibbmofficial

(7) CARA-CARA MEMUPUK BUDAYA MEMBACA

DALAM KALANGAN MURID
o Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak.
o Pihak sekolah hendaklah menganjurkan kempen membaca.
o Ibu bapa perlu mewujudkan perpustakaan mini di rumah.

________________________________________________________
__________________________________________________
_____________________________________________________

You might also like