You are on page 1of 4

REFLEKSI

NAMA : SYARMILA BINTI MOHAMAD ARSHAD

NO IC : 940614-08-6532

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
mempelajari tajuk pertama iaitu tali dan ikatan. Dalam tajuk ini, saya telah mempelajari
dua subtopik iaitu yang pertama ialah jenis-jenis tali dan penjagaan tali dan yang kedua
ialah cara membuat ikatan dan simpulan.

Dalam subtopik jenis-jenis tali, saya mengetahui beberapa kumpulan tali yang
sebelum ini tidak diketahui oleh saya. Antara kumpulan tali tersebut ialah tali fiber asli,
tali fiber tiruan dan tali dawai. Tali fiber asli merangkumi tali belati, manila hemp, tali
sisal, tali jut, tali sabut dan tali kapas. Apa yang lebih menarik ialah saya baru
mengetahui bahawa tali jut dan tali sabut sangat sesuai untuk mengikat gajet kerana ia
akan makin kuat apabila terkena air. Tali fiber tiruan termasuklah tali nilon, tali polister
dan tali kernmantle. Berikutnya ialah tali dawai yang ketahananannya adalah 9 kali
ganda lebih kuat daripada tali fiber asli dan ia sangat sesuai digunakan pada tangga
menyelamat. Dalam subtopik ini juga saya belajar tentang sebab- sebab kerosakan tali
dan cara penjagaan tali.

Seterusnya, dalam subtopik cara membuat ikatan dan simpulan, saya belajar
mengikat pelbagai jenis ikatan dan simpulan. Antaranya ialah simpul mati, simpul angka
lapan, simpul buku sila, simpul bunga geti, simpul manuk, ikatan balak, tindih kasih,
satu lingkaran 2 belit dan simpul kerusi. Setiap simpulan dan ikatan ini mempunyai
kegunaannya yang tersendiri.

Pada akhir sesi pembentangan, pensyarah mengingatkan setiap pelajar supaya


banyak membuat latihan untuk setiap ikatan dan simpulan. Setiap ikatan dan simpulan
ini juga perlulah dilakukan dengan cara yang betul supaya tidak berlaku kemalangan
kelak sekiranya tersilap cara ikatan dan simpulannya.

Kesimpulannya, tajuk tali dan ikatan ini sangat banyak memberi input yang
berguna kepada saya untuk diaplikasikan semasa perkhemahan kelak.
REFLEKSI

NAMA : SYARMILA BINTI MOHAMAD ARSHAD

NO IC : 940614-08-6532

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
mempelajari tajuk kedua iaitu kemahiran kraf perkhemahan. Dalam tajuk ini, saya telah
mempelajari dua subtopik iaitu yang pertama tujuan dan faedah membuat gajet dan
yang kedua ialah jenis-jenis gajet dan kegunaanya.

Dalam subtopik pertama, saya mempelajari tentang tujuan dan faedah membuat
gajet. Salah satunya ialah tempat menyimpan dan menyusun peralatan, pakaian dan
maklumat di tapak perkhemahan.

Seterusnya saya mempelajari jenis-jenis gajet dan kegunaannya dalam subtopik


kedua. Antara gajet yang saya pelajari ialah kerusi, meja makan, penyidai kain, rak
kasut dan tempat memasak. Bagi membuat gajet-gajet tersebut, beberapa jenis ikatan
dan simpulan digunakan seperti simpul manuk, lilit balak, ikatan seraya, ikatan serong,
ikatan silang tungku, ikatan silang gunting dan lilit kacang.

Pada akhir sesi pembentangan, pensyarah mengingatkan setiap pelajar supaya


banyak membuat latihan untuk setiap ikatan dan simpulan bagi membuat setiap gajet.
Setiap ikatan dan simpulan ini juga perlulah dilakukan dengan cara yang betul supaya
tidak berlaku kemalangan kelak sekiranya tersilap cara ikatan dan simpulannya semasa
perkhemahan kelak.

Kesimpulannya, tajuk kemahiran kraf perkhemahan ini sangat banyak memberi


input yang berguna kepada saya untuk diaplikasikan semasa perkhemahan kelak.
TALI DAN
IKATAN
KEMAHIRAN
KRAF
PERKHEMAHAN

You might also like