You are on page 1of 3

LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN ASAS TALI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

PISMP AMBILAN JUN 2020

Hari : JUMAAT
Tarikh : 3 SEPTEMBER 2021
Masa : 8.00 PAGI - 10.00 PAGI
Tajuk : KEMAHIRAN ASAS TALI

Pada permulaan aktiviti kemahiran asas tali telah dilakukan secara segerak melalui Google
Meet. Pada pagi ketika perjumpaan, Encik Ronif telah membentangkan slide berkenaan
maksud ikatan dan simpulan. Encik Ronif juga telah menerangkan telah jenis-jenis tali yang
wujud di dunia, secara terperinci seperti nama tali, fungsi tali, ketahanan tali, harga tali, beban
yang mampu ditanggung tali, dan banyak lagi detail untuk setiap jenis tali yang ditunjukkan.
Menurut Encik Ronif, terdapat dua jenis tali, iaitu tali fiber asli yang merupakan tali yang
diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan tumbuhan dan haiwan, serta tali fiber buatan
manusia yang merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan campuran bahan kimia dan
tumbuhan. Kemudian, Encik Ronif menunjukkan beberapa tali yang digunakan di IPGK Dato’
Razali Ismail seperti tali black marble, tali nilon, tali sabut, serta banyak jenis lagi.

Selepas itu, Encik Ronif telah menunjukkan dan mengajarkan kepada para peserta
tentang enam jenis ikatan dan simpulan yang baru seperti ikatan bunga geti ganda., simpul
pulih, fisherman knot, simpul kerusi, tindih kasih ganda, serta belit lucut. Setiap ikatan yang
ditunjukkan telah diterangkan tentang fungsi dan kegunaannya. Contohnya, ikatan bunga geti
ganda ialah untuk mengikat dua tali yang tidak sama saiz. Simpul pulih ialah untuk
memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Simpul kerusi digunakan untuk
menyelamatkan orang dan belit lucut pula digunakan untuk turun daripada tempat yang tinggi.
Untuk dua jam yang seterusnya pula, aktiviti telah dijalankan secara tidak segerak di mana
Encik Ronif telah memberikan masa dan kebebasan kepada semua para peserta untuk
mempraktikkan kembali semua ikatan dan simpulan yang telah dipelajari.
Disediakan oleh, 10 SEPTEMBER 2021

__________________________

(NATRAH BINTI JAMIL)


Guru Pelatih,
Pandu Puteri Kadet,
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
LAMPIRAN

Belit lucut Tindih kasih ganda

Bunga geti ganda

Fisherman knot

You might also like