You are on page 1of 6

Ujian-T (T-Test) 1

GB6323-Analisis Data

ANALISIS INFERENSI- UJIAN-T (T-Test)

Dependent Variable Independent Variable


(DV) (IV)
Jenis Ujian
Data diskret Data continuous
(nominal/ ordinal) (Interval/ ratio)
1 DV
(2 kategori/
1 IV
kumpulan; cth.
(cth. Pencapaian, self- Ujian-t
Lelaki/Perempuan,
esteem)
Bandar/ Luar
Bandar)
1 DV
(3
Perbezaan kategori/kumpulan:
Min cth.Aliran Sains 1 IV One-way ANOVA
tulen/sains
social/sains
kesihatan)
2 DV 1 IV 2-way ANOVA
1 DV 2 atau Lebih IV One-way MANOVA
2 atau Lebih DV 2 atau Lebih IV MANOVA

Muhammad Amirul Abdullah


Ujian-T (T-Test) 2
GB6323-Analisis Data

Jenis-jenis Data
1. Nominal 2. Sela
Aras paling rendah Nombor menunjukkan kuantiti
Bertujuan untuk pengkelasan, Jarak sekata antara nombor.
pengenalan Suhu, markah ujian, IQ
Jantina, nombor KP, jenis sekolah, Nilai sifar arbitrari
kod buku
3. Ordinal 4. Nisbah
Pengkelasan mengikut Nombor menunjukkan kuantiti
pemeringkatan Jarak sekata antara nombor.
Nombor menunjukkan kuantiti; Berat, tinggi, pendapatan
jarak tidak sekata Nilai sifar menunjukkan tiada
Kedudukan dalam kelas,
penarafan, kemahiran bertutur,
ranking

Menguji/melaporkan perbezaan min


Ujian-t terbahagi kepada 2 iaitu: i) Ujian-t sampel tak bersandar, dan ii) Ujian-
t sampel bersandar
Contoh 1: Perbandingan skor min Pencapaian (IV) pelajar lelaki dan
perempuan (Catatan: sampel tak bersandar kerana lelaki dan perempuan
adalah berbeza).
Contoh 2: Perbandingan skor min pencapaian pelajar sebelum
rawatan/intervensi (pre-test) dan selepas rawatan/intervensi (post-test)
(Catatan: contoh ini adalah sampel bersandar kerana individu yang sama
diuji/member skor secara pre-post test).
Bagi ujian-t sampel tak bersandar, Ujian-F(Levene Test) dijalankan bagi
menguji kehomogenan varians

F = S2 / S2 Kesil ; jika didapati nilai F (Ujian Levene Test) tidak signifikan (p>0.05),
Besar

maka Hipotesis Nul diterima, data tersebut dikatakan homogen. Dan, varians adalah
Homogen. Ujian-t bagi varians yang disatukan (pooled).Bagi Varians Heterogenus,
ujian-t varians berasingan digunakan(Separate). (Catatan: Dalam Kaedah

Muhammad Amirul Abdullah


Ujian-T (T-Test) 3
GB6323-Analisis Data

Penyelidikan 2, perkara ini telah disentuh dgn pjg lebar. Sila rujuk nota2 berkaitan
untuk mengimbas kembali pengetahuan lepas.)

Dalam satu lengkungan normal, terdapat 3 s.d (standard deviation).

Merujuk kepada ujian-t, pengiraan min adalah mengambil kira varians dan
saiz sampel.
Semakin besar nilai t, peluang menolak hipotesis semakin besar.
Terdapat 3 faktor mempengaruhi nilai-t (untuk menyatakan
perbezaan/Menolak Ho):
i. Perbezaan min yang besar
ii. Saiz sampel (n); sampel yang besar, maka nilai t adalah besar
(peluang menolak hipotesis turut besar). n yang besar juga turut
memungkinkan penyelidik melakukan type 1 error (menolak hipotesis
yang benar).
iii. Varians; varians yang besar, t akan menjadi kecil (kemungkinan
menolak hipotesis adalah sangat rendah). Dan, bagi varians yang kecil
pula, t akan menjadi besar (kemungkinan menolak H o adalah tinggi).

NOTA:
Type I error (Ralat Jenis I): Berlaku apabila seorang penyelidik menyatakan
bahawa hubungan/perbezaan wujud, meskipun ia tidak wujud; Ia bermaksud tidak
betul menolak sesuatu hipotesis nul meskipun hipotesis tersebut betul.
Type II error (Ralat jenis II): Berlaku apabila seorang penyeldik menyatakan

Muhammad Amirul Abdullah


Ujian-T (T-Test) 4
GB6323-Analisis Data

bahawa hubungan/perbezaan tidak wujud, meskipun sebenarnya ia wujud!; Ia


bermaksud menerima hipotesis nul meskipun hipotesis tersebut salah .

Andaian ujian-t;
Data (IV) mestilah continuous bersifat interval
Taburan data adalah normal
Cerapan yang dilakukan adalah bebas
Kehomogenan varians

CONTOH: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi


pengetua kanan mengikut jantina?

- untuk mengukur kualiti peribadi tersebut, pastikan data bagi soalan kajian
tersebut telah d compute [ (b01+b02+bn)/n ].
- Dalam aplikasi SPSS tersebut, klik/ikut langkah berikut:

Analyze>Compare Means>Independent-Samples T Test

Pilih minkualitiperibadi utk dimasukan ke dalam Test Variable(s); dan


Jantina Pengetua diletakkan dalam Grouping Variable.

- Pada output SPSS, perhatikan jadual seperti di bawah,

Catatan:
- Std.Error Mean yg besar = ralat besar
- Perhatikan keputusan Levenes Test
= 0.05 lazim digunakan dalam kajian sains sosial. Ini bermakna RISIKO
untuk silap melakukan Type 1 Error (menolak H o yang benar) adalah 5%.

Jadual di atas (Levenes test) menunjukkan, p=0.66; >0.05, maka H o diterima (tidak
signifikan). Ini membuktikan bahawa data adalah homogenus.

Oleh yang demikian, baca nilai t bagi Equal variances assumed (pooled).

[Kaedah mudah utk ingat baca nilai t yang mana satu!...nilai p>0.05(p besar), baca
nilai ATAS. Nilai p<0.05 (p kecil), baca BAWAH]

Muhammad Amirul Abdullah


Ujian-T (T-Test) 5
GB6323-Analisis Data

F=ujian varians 2 kumpulan


T=perbandingan mean 2 kumpulan

***Keputusan ujian-t di atas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan


kualiti peribadi antara pengetua lelaki dan perempuan.

Daripada output spss, terjemahkan dalam bentuk jadual untuk dilaporkan dalam
laporan kajian. Contohnya seperti berikut:

Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi pengetua


cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan?

Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua
cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan.

Jadual 1. Tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang mengikut jantina


Jantina Bil. Min Sisihan Nilai-t Tahap
Piawai Signifikan
Lelaki 549 4.264 0.581 0.801 0.423
Perempuan 662 4.290 0.554

Laporan 1:
Berdasarkan Jadual 1 didapati nilai-t bagi perbandingan tahap kualiti peribadi
pengetua cemerlang bagi pengetua lelaki dan pengetua perempuan ialah t=0.801
dan tahap signifikan p=0.423. Tahap signifikan ini lebih besar daripada
0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (H o1) diterima. Jadi, tidak terdapat perbezaan
yang signifikan kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan
pengetua perempuan.

Skor min tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki (min=4.264) adalah lebih
kecil daripada pengetua perempuan (min=4.290). Ini bermakna tahap kualiti
peribadi pengetua cemerlang lelaki dan perempuan adalah sama.

Laporan 2:
Berdasarkan Jadual 1 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti
peribadi pengetua cemerlang (t=0.801; p>0.05). Tahap kualiti peribadi pengetua
lelaki (min=4.264) adalah sama dengan tahap kualiti peribadi pengetua perempuan
(min=4.290).

Menurut Dr.Jamil, cara pelaporan yang pertama adalah mengulang semula apa yang
ada pada jadual dan hanya untuk menebalkan tesis. Manakala, Laporan 2 adalah
padat dan ringkas. Cara yang kedua adalah dicadangkan untuk penulisan laporan
kajian. Yang pasti, kedua-dua contoh laporan di atas boleh diaplikasikan dalam
penulisan laporan kajian.

Muhammad Amirul Abdullah


Ujian-T (T-Test) 6
GB6323-Analisis Data

Alhamdulillahbegitulah serba sedikit ilmu yang dapat dipelajari dalam kelas


Analisis Data pada minggu yang ke-7 (28 Okt 2011) hasil bimbingan Dr. Jamil
Ahmad.

Muhammad Amirul Abdullah

You might also like