You are on page 1of 17

Tugasan

a) Jenis data diskrit dan data selanjar yang ingin dikumpul

Data diskrit adalah daripada pembolehubah kuantitatif dimana ianya


maklumat yang boleh dilaporkan atau dinyatakan dalam bentuk nombor.
Contohnya, minuman yang disukai oleh pelajar, bilangan murid yang
mendapat biasiswa atau bilangan guru yang mempunyai ijazah sarjana
yang mengajar di sesebuah sekolah tertentu . Dalam membuat kajian data
diskrit ini, saya telah mengkaji data berkenaan jenama kasut sukan yang
digunakan oleh pelajar dalam kumpulan PPISMPPA dan kumpulan
PPISMPBI. Pemilihan data ini adalah kerana data ini sesuai dihasilkan
mengikut bilangan sebenar dan merupakan data diskrit yang benar untuk dibuat
graf serta diukur. Selain itu, nilai data yang diperolehi boleh dibilang secara satu
persatu dan terdapat jurang antara dua nilai tersebut.

Data selanjar pula adalah merupakan data berangka yang mempunyai


nilai berangka seperti dalam perpuluhan ataupun nisbah. Dalam kata lain
ianya adalah nilai data yang berterusan dan boleh dikelaskan ataupun
dikategorikan mengikut selang. Ianya adalah suatu bentuk yang boleh diukur.
Dalam membuat kajian berkenaan data selanjar ini, saya telah mengkaji dan
meninjau tentang masa yang diambil oleh pelajar kumpulan PPISMPPA dan
PPISMPBI melengkapkan larian satu pusingan padang dalam minit. Masa ini dipilih
kerana ianya merupakan suatu data yang dikelaskan serta dikategorikan. Ini
adalah kerana masa yang diambil oleh setiap individu adalah berbeza. Oleh itu,
masa yang diambil dijadikan sebagai contoh data selanjar adalah bersesuaian
kerana ianya boleh dipecahkan mengikut kelas dan mempunyai selang.

Statistik Asas | 1
b) Cara yang telah digunakan untuk mengumpul kedua-dua set data tersebut.

Berdasarkan kepada teori Gilham (2000), ada beberapa sebab mengapa


orang lebih gemar membuat soal selidik kepada responden yang ingin disoal kaji.
Hal ini kerana kos untuk membuat soal selidik ini adalah lebih murah serta masa
untuk memperolehi keputusan soal selidik juga singkat. Oleh itu,saya telah
mengambil keputusan untuk menjadikan borang soal selidik saya sebagai medium
untuk memperolehi data. Berikut merupakan proses yang telah digunakan untuk
menghasilkan kedua-dua data iaitu diskrit dan selanjar.

1. Menghasilkan borang survey atau soal selidik seperti yang dinginkan untuk
diedarkan dan dijawab oleh responden iaitu semua pelajar dari kumpulan
PPISMPPA dan PPISMPBI seramai 30 orang.
2. Seterusnya di dalam kertas soal selidik itu mengandungi beberapa perkara
yang perlu diisi antaranya ialah kumpulan responden, jenama kasut sukan
yang digunakan dan masa yang diambil untuk melengkapkan larian satu
pusingan padang dalam minit.
3. Selepas mengutip data, proses pemecahan serta pengiraan data mula
dilakukan. Data diskrit iaitu data jenama kasut sukan yang digunakan mula
dipecahkan mengikut jenama kasut sukan iaitu Line-7, Adidas, Figos,
Admiral, Nike dan Puma.
4. Selepas itu, barulah proses pengiraan data selanjar bermula. Bermula
daripada proses pemecahan masa untuk dikelaskan serta dikategorikan.
Kemudian, setelah didapati banyak data yang tidak sekata dan
berbeza. Barulah masa itu, dipecahkan kepada selang kelas yang telah
ditetapkan secara sama rata.
5. Langkah seterusnya ialah membina jadual serta kekerapan daripada
data diskrit serta selanjar yang diperolehi untuk membina jadual
kekerapan untuk memudahkan membina graf berdasarkan data tersebut.
6. Contoh borang soal selidik yang telah diagihkan kepada responden
boleh dirujuk pada halaman lampiran.

c) Pembinaan jadual kekerapan.

Statistik Asas | 2
Line-7 Adidas Nike Nike Nike

Admiral Line-7 Figos Admiral Adidas

Nike Nike Nike Line-7 Adidas

Nike Line-7 Adidas Adidas Figos

Figos Nike Admiral Admiral Line-7

Puma Adidas Admiral Adidas Line-7

Jadual berikut merupakan data mentah untuk jenama kasut sukan


Bil. Jenama Kasut Sukan Kekerapan
yang digunakan yang diperolehi hasil daripada responden yang
1 Line-7
telah menjawab 6 kajian ini
soalan dalam borang soal selidik. Hasil
2 Adidas dalam bentuk jadual kekerapan agar 7memudahkan
telah dibentuk
3 ianya disusun
Figos dan dikira sebelum membuat graf. 3
4 Admiral 5
5 Nike 8

6 Puma 1

Jumlah keseluruhan 30

Berikut merupakan data mentah untuk masa yang diambil oleh


seorang pelajar melengkapkan larian satu pusingan padang (minit).

Statistik Asas | 3
Setelah dapatan kajian responden dikira dan diambil, data tersebut
disusun mengikut satu selang kelas seterusnya dibentuk dalam jadual
kekerapan.

0.8 1.5 1.5 1.6 1.6

3.2 1.0 2.9 1.8 1.7

3.4 3.4 1.0 2.5 2.7

3.3 1.3 2.0 2.3 1.2

3.5 1.9 2.0 1.3 2.7

2.8 2.8 2.5 2.1 2.6

Bil. Selang kelas masa yang diambil Kekerapan.


(minit)
1 0.6-1.0 3

2 1.1-1.5 5

3 1.6-2.0 7

4 2.1-2.5 4

5 2.6-3.0 6

6 3.1-3.5 5

Jumlah keseluruhan 30

d) Jenis perwakilan visual

1) Berikut merupakan perwakilan visual menggunakan MS-Excel


1.1) Data diskrit (Carta Pai)

Statistik Asas | 4
Bil. Jenama Kasut Sukan Kekerapa Sektor Peratus
n
1 Line-7 6 6/30 x 360= 72 6/30 x 100% = 20%

2 Adidas 7 7/30 x 360 = 84 7/30 x 100% = 23%

3 Figos 3 3/30 x 360 = 3/30 x 100% = 10%


36
4 Admiral 5 5/30 x 360 = 5/30 x 100% = 17%
60
5 Nike 8 8/30 x 360 = 8/30 x 100% = 27%
96
6 Puma 1 1/30 x 360 = 1/30 x 100% = 3%
12
Jumlah keseluruhan 30 360 100%

Jenama Kasut Sukan Yang Digunakan

Line-7
3% Adidas
20%
Figos
27%
Admiral
Nike
23% Puma
17%
10%

Saya memilih carta pai kerana Ia adalah carta khas yang


menggunakan pie slices untuk menunjukkan saiz-saiz relatif data
yang diwakili. Setiap potongan bahagian ini menggambarkan
perkadaran kategori pengelasan data. Ia adalah penting untuk
menunjukkan populasi keseluruhan dimana ia boleh dibahagi-
bahagikan kepada bahagian-bahagian dan menunjukkan apakah
pewakilan bahagian dari keseluruhan bahagian. Keseluruhan
populasi diwakili dengan satu bulatan. Setiap slice mewakili
sebahagian dari keseluruhan. Carta Pai adalah setara dengan carta
palang berganda tetapi dalam bentuk paparan peratusan. Ia juga
lebih mudah dibina dan difahami.

Statistik Asas | 5
1.2) Data Selanjar (Histogram)

Bil. Selang kelas masa yang diambil Kekerapan.


(minit)
1 0.6-1.0 3
2 1.1-1.5 5
3 1.6-2.0 7
4 2.1-2.5 4
5 2.6-3.0 6
6 3.1-3.5 5
Jumlah keseluruhan 30

Masa yang diambil untuk melengkapkan larian satu pusingan padangan

Saya memilih graf histogram kerana graf ini adalah satu bentuk
paparan data bergambar khas. Selain itu, ianya sangat sesuai dengan
data saya di mana paksi mengufuk adalah untuk selang
kelas berserta unitnya dan paksi menegak untuk kekerapan kelas.
Memandangkan palang yang dibina pada setiap selang kelas bercantum di
antara satu sama lain, maka lebar setiap palang akan dilukis bermula

Statistik Asas | 6
dengan sempadan bawah kelas dan berakhir dengan sempadan atas kelas
tersebut. Jika selang kelas sama besar, maka luas palang adalah
berkadaran dengan ketinggian palang (kekerapan kelas). Jadi, ketinggian
palang menggambarkan kekerapan. Graf ini lebih mudah untuk
menunjukkan kecenderungan kekerapan dalam data.

2) Carta 1.1 dan carta 1.2 dalam kertas graf merupakan perwakilan
visual menggunakan manual

2.1) Data diskrit (carta palang)

Saya memilih carta palang kerana carta ini ialah graf khas yang
menggunakan palang atau bar untuk menunjukkan saiz data.Ia adalah
carta yang terbaik untuk memaparkan taburan kekerapan bagi data
kualitatif, iaitu nominal dan ordinal. Item data pula boleh dibandingkan
dengan jelas dengan menggunakan graf palang hanya dengan melihat
sepintas lalu. Kekerapan data boleh juga ditunjukkan dengan
menggunakan graf palang. Di dalam carta palang, paksi mengufuk
menunjukkan kategori pengelasan manakala paksi menegak menunjukkan
kekerapan bagi kelas masing-masing. Ketinggian blok menggambarkan
kekerapan bagi setiap kelas di dalam Carta Palang. Blok-blok atau palang
dalam Carta Palang tidak bercantum di antara satu sama lain tetapi
terpisah (ciri yang membezakan dari Histogram). Ia adalah cara yang
popular untuk mempamerkan maklumat kerana ia membuatkan data
mudah dibaca dengan tepat.

2.2) Data selanjar (carta poligon kekerapan)

Saya memilih carta poligon kekerapan kerana carta ini


mempunyai fungsi yang sama dengan Histogram iaitu
menggambarkan taburan kekerapan dan kuantitatif. Kekerapan Poligon
merupakan penyambungan titik tengah dengan garis lurus bagi setiap
palang kelas Histogram. Pada kedua-dua hujung kiri dan kanan Poligon
Kekerapan, garis disambung terus ke nilai sifar. Maka luas di bawah
Poligon adalah sama dengan luas Histogram. Saya memilih carta ini

Statistik Asas | 7
kerana ia menunjukkan bentuk taburan data dengan lebih jelas, iaitu
tanpa garisan menegak yang membentuk setiap palang Histogram.

Statistik Asas | 8
Statistik Asas | 9
e) Ukuran berangka
1) ukuran berangka bagi data diskrit

Rajah 1.1

Rajah 1.1 menunjukkan cara untuk mengira min bagi data diskrit.
Min merupakan purata di mana semua nilai data dijumlah dan kemudian dibahagi
dengan jumlah bilangan data. Melalui pengiraan ini, min bagi data tersebut ialah
4.29. ini disebabkan pembahagian hasil tambah iaitu 30 dengan bilangan data iaitu
7.

Rajah 1.2

Rajah 1.2 menunjukkan pengiraan median. Median merupakan nilai titik


tengah sesuatu set data terkumpul di mana data tersebut telah disusun mengikut
urutan data daripada kecil hingga besar. Melalui pengiraan data tersebut,
mediannya ialah nilai data yang ke-15 iaitu Line-7.

Statistik Asas | 10
Rajah 1.3

Rajah 1.3 menunjukkan pengiraan mod. Mod ialah nilai kekerapan


yang paling tinggi. Jadi, nilai kekerapan yang paling tinggi ialah 8 iaitu
jenama kasut Nike.

2) Ukuran berangka bagi data selanjar

Rajah 2.1

Rajah 2.1 menunjukkan min bagi data selanjar. Min juga dikenali sebagai
nombor purata di mana ia menunjukkan majoriti data tersebut dikumpul. Melalui
pengiraan data tersebut, min bagi data-data tersebut ialah 2.133.

Statistik Asas | 11
Rajah 2.2

Rajah 2.2 menunjukkan median bagi data selanjar.

Rajah 2.3

Rajah 2.3 menunjukkan pengiraan bagi menetukan nilai mod. Mod


merupakan nilai kekerapan paling tinggi. Jadi, bagi data ini, nilai mod ialah 1.75.

Statistik Asas | 12
Rajah 2.4

Rajah 2.4 menunjukkan pengiraan varians. Varians adalah satu ukuran yang
menentukan beberapa jauh sesebuah set nombor itu tersebar. Melalui pengiraan
tersebut, varians bagi data-data tersebut ialah 0.64.

Rajah 2.5

Rajah 2.5 menunjukkan pengiraan sisihan piawai. Sisihan piawai


menunjukkan beberapa jauh sesebuah set nombor itu tersebar dari nilai purata.
Melalui pengiraan data-data tersebut, sisihan piawai bagi data-data tersebut ialah
0.8

Statistik Asas | 13
f) Interpretasikan maklumat.

1) Interprestasi data diskrit

Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh 30 responden, jenama


kasut sukan yang menjadi pilihan pelajar dari kumpulan PPISMPPA dan
PPISMPBI ialah jenama Nike. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan
kekerapan dan peratusan jenama ini lebih tinggi berbanding jenama-
jenama lain iaitu Line-7, Adidas, Figos, Admiral dan Puma.

Jenama kasut Nike menjadi pilihan tertinggi oleh pelajar. Seramai 8


orang daripada 30 pelajar menggunakan kasut ini dan jenama ini mewakili
carta pai sebanyak 27%. Diikuti dengan jenama Adidas yang mewakili
carta sebanyak 23%. Perbezaan antara jenama Adidas dan Nike tidak
terlampau ketara, hanya membezakan seorang pelajar iaitu sebanyak 4%
peratus sahaja. Manakala, jenama kasut yang paling sedikit kekerapannya
adalah jenama Puma. Daripada 30 orang yang dikaji, hanya seorang
sahaja yang menggunakan jenama kasut ini dan mewakili carta sebanyak
3%.

Tidak ketinggalan, jenama kasut Line-7, Figos dan Admiral masing-


masing mewakili 20%,10% dan 17%. Kedudukan jenama ini berada di
tahap sederhana. Namun, perbezaan yang jelas antara jenama Figos dan
Line-7 iaitu seramai 3 orang.

Untuk ukuran kecenderungan memusat, iaitu min, median dan mod.


Min menunjukkan purata jenama kasut sukan yang digunakan. Hal ini juga
menggambarkan bahawa pemilihan kasut sukan yang digunakan dapat
dibandingkan.Selain itu,min juga berguna untuk mencari sisihan piawai
dan varians. Apabila kita mengkaji mod,berdasarkan data yang
dikumpulkan,mod skor mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam
satu taburan.Menurut graf ini mod adalah jenama Nike. Di samping
itu,median dalam kajian ini pula skor tengah dalam satu susunan taburan
menaik ataupun menurun. Median boleh dihitung dengan melalui
membahagikan satu set skor yang tersusun kepada dua bahagian yang
sama. Nilai sisihan piawai ialah ukuran pembolehubahan atau sebarang

Statistik Asas | 14
skor-skor. Sisihan piawai merupakan sejauh mana skor berubah keliling
min. Menurut kajian ini semakin kecil nilai sisihan piawai,semakin kecil
sebarang skor dalam taburan.Ia menunjukkan bahawa data adalah
berhampiran antara satu sama lain dikatakan homogen.Oleh itu,ini
menunjukkan bahawa data tersebar luas mengikut antara satu sama lain.

2) Interprestasi data selanjar.

Graf menunjukkan kekerapan masa yang diambil oleh pelajar untuk


melengkapkan larian satu pusingan padang. Selepas memperolehi data,
saya telah mengaplikasikan data dalam bentuk histogram.

Berdasarkan histogram yang dibina, masa yang mempunyai


kekerapan paling tinggi ialah antara 1.6 hingga 2.0 minit. Seramai 7 orang
pelajar yang mencatatkan larian dalam lingkungan masa ini. Seramai 3
orang pelajar mendapat rekod larian paling pantas iaitu antara 0.6-1.0
minit tetapi masa ini yang mencatat kekerapan paling rendah. Ini
bermakna, daripada 30 orang pelajar, tidak ramai yang mampu berlari
dengan masa yang sepantas itu.

Lingkungan masa 1.1 hingga 1.5 minit mencatatkan kekerapan yang


sama dengan lingkungan masa 3.1 hingga 3.5 minit. Perbezaan kekerapan
antara jurang masa yang paling tinggi dan yang paling rendah sangat
ketara iaitu perbezaan seramai 4. Selebihnya, hanya berada di tahap
sederhana dan rendah.

Kesimpulannya, merujuk kepada data grafik yang terhasil daripada


pengumpulan data dari kumpulan PPISMPPA dan PPISMPBI ini didapati
bahawa kedudukan mod, median dan min bagi set taburan data ini
apabila digunakan histogram sebagai perwakilan visual akan membentuk
graf simetri kerana tidak memencong sama ada ke kiri ataupun ke kanan.
Ini merupakan taburan normal.

Statistik Asas | 15
g) Inferensi

Berdasarkan maklumat yang dikumpul terhadap 30 responden,


dalam data diskrit iaitu jenama kasut sukan yang digunakan, majoriti
pelajar yang dikaji menggunakan kasut sukan berjenama Nike. Hal ini
berkemungkinan besar, dari segi kualiti kasut ini, ia lebih baik dan lebih
selesa terutamanya di kalangan pelajar. Tambahan pula, pelajar yang
dikaji kebanyakkannya mereka yang aktif dalam bidang sukan, jadi
mereka memilih kasut Nike kerana lebih selesa dalam menjalankan aktiviti
sukan dan sebagainya. Selain itu, dari segi harga kasut ini, ia berpatutan
dengan kualiti.

Manakala, jenama Puma merupakan jenama yang paling sedikit


digunakan dalam kalangan pelajar yang disoal-selidik. Hal ini
berkemungkinan, menurut temu ramah daripada beberapa orang
responden, jenama kasut ini kurang mendapat perhatian para pelajar
kerana faktor harganya yang agak mahal selain para pelajar tidak mampu
memilikinya. Tambahan itu, dari segi kualiti, kasut ini kurang selesa dan
rekaan kasut ini kurang menarik perhatian pelajar. Selain itu, jenama ini
juga kini kurang dijual dipasaran awam dan hanya dijual di kedai-kedai
tertentu.

Dari segi data diskrit pula, tidak ramai para pelajar yang mengambil
masa yang awal untuk menghabiskan satu pusingan padang. Hal ini
mungkin disebabkan masalah fizikal yang dialami seperti berat badan
yang berlebihan dan sebagainya. Selain itu, kekerapan masa yang paling
awal merupakan kekerapan yang paling rendah mungkin disebabkan
kebanyakan para pelajar malas untuk membuat latihan larian selain
kurang mahir untuk memilih pakaian sukan yang sesuai. Contohnya,

Statistik Asas | 16
faktor pemilihan kasut sukan yang bersesuaian untuk menjalankan aktiviti
larian juga perlu diambil kira.

Dalam borang selidik yang dikaji, pemilihan kasut sukan yang


berkualiti memberi impak kepada masa yang diambil untuk melengkapkan
larian satu pusingan padang. Pelajar yang menggunakan kasut yang
kurang berkualiti seperti jenama Figos kebanyakannya mengambil masa
yang lama untuk menghabiskan larian tersebut. Jadi, sebagai infensi,
masa yang diambil itu bergantung kepada pemilihan kasut sukan yang
digunakan.

Statistik Asas | 17

You might also like