You are on page 1of 5

LAPORAN KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH

NAMA PENGKAJI: MOHD FAREED BIN ALIWEE

PANITIA: MATEMATIK

TAJUK KAJIAN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENDARABAN ANTARA DUA MATRIKS


PELAJAR TINGKATAN 5 AZ-ZARKASYI MELALUI KAEDAH PERHENTIAN
BUS.

MEREFLEK
Saya mengajar di kelas 5 Az-Zarkasyi bagi matapelajaran Matematik. Masalah
utama saya ialah kesukaran pelajar untuk menentukan kedudukan unsur semasa
proses pendaraban 2 matriks.

Hal ini dapat dibuktikan daripada analisis item dan semakan hasil kerja pelajar
pelajar dalam kelas semasa saya mengajar. Analisis yang didapati daripada Ujian
Pra adalah seperti berikut:

PELAJAR KEPUTUSAN UJIAN PRA


Pelajar A 3/5
Pelajar B 3/5
Pelajar C 2/5
Pelajar D 1/5
Pelajar E 2/5
Pelajar F 2/5
Berikut contoh antara kesilapan murid yang dapat dikesan semasa murid menjawab
soalan ujian Pra Pendaraban 2 Matriks.

FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, didapati pelajar tidak dapat menjawab soalan dan
menguasai kemahiran

a) Tidak mengetahui pasangan unsur yang perlu didarab


b) Tidak pasti dengan kedudukan unsur selepas mendarab 2 matriks.

Jika perkara ini tidak ditangani, ia akan menjadi lebih teruk, pelajar akan terus
lemah dalam penguasaan subtopik matriks yang lain seperti matriks songsang.

Pelajar juga akan terlepas peluang untuk mendapat markah kerana soalan matriks
adalah soalan wajib dalam Bahagian A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun.

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba menggunakan kaedah


Perhentian Bus .

Objektif Kajian:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah yang dapat membantu
pelajar yang menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan soalan
pendaraban 2 matriks. Tumpuan kajian ini adalah ke atas menentukan unsur
yang mana perlu didarab dan kedudukan unsur selepas pendaraban 2
matriks.

Secara amnya akan dapat membantu pelajar menentukan unsuryang perlu


didarab dan kedudukan unsur selepas pendaraban 2 matriks.

Secara khusus:

1. Pelajar lemah pendaraban


2. Pelajar yang keliru dengan kedudukan unsur selepas pendaraban matriks.
3. Guru dapat meningkatkan teknik pengajaran agar dapat difahami pelajar.

Kajian ini melibatkan 6 orang pelajar dari kelas 5 AZ-ZARKASYI.

MERANCANG & BERTINDAK


Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan
kaedah:

1. Perhentian bus

Tindakan yang telah saya jalankan adalah seperti berikut:

Aktiviti 1: Perhentian Bus (Tarikh: 01/07/2015)

Langkah 1: Guru memberikan soalan

4 2
2 4 1
1 1
3 1 2
3 2
Matriks

Matriks
Langkah 2: Guru mengelaskan matriks A sebagai bus dan matriks B sebagai
penumpang.

Langkah 3: Guru menyusun matriks A dan matriks B


B1 = BUS 1
P1 P2
B2 = BUS 2
a
4 2 P1 = PERHENTIAN
b
c 1 1 BUS 1
3 2
P2 = PERHENTIAN
BUS 2
1 2
B 31(3)+4(1)+2(4) 2(1)+1(4)+2(2) 1, 2 & 3 = TEMPAT
1 2(3)+1(1)+3(4) 2(2)+1(1)+3(2) 2 4 1
DUDUK
3 1 2
B

Penerangan

1. Bus 1 (B1) dan Bus 2 (B2) akan mengambil


penumpang di Perhentian Bus 1 (P1) dan
Perhentian Bus 2 (P2).
2. Penumpang a, b dan c di P1 dan P2 akan duduk di
tempat duduk 1, 2 dan 3 di B1 dan B2.
3. Apabila penumpang duduk di tempat masing-
masing maka operasi darab akan dilakukan.
(seperti rajah di atas)

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini dapat


meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan
pendaraban 2 matriks. Pelajar menunjukkan minat dalam menyelesaikan soalan
dengan menggunakan kaedah Perhentian Bus yang dilihat lebih mudah dan cepat.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan
bahawa kaedah ini dapat membantu saya dan guru-guru lain untuk mengajar tajuk
Matriks.
MEMERHATI
Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang dilaksanakan, saya mendapati
teknik Perhentian Bus yang diperkenalkan kepada pelajar 5 Az-Zarkasyi
merupakan kaedah yang sesuai dan praktikal untuk diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas bagi tajuk Matriks.

Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang
memberangsangkan. Kajian tindakan yang dijalankan ini merupakan satu platform
untuk mencari penyelesaian bagi teknik pengajaran yang dilihat mampu menarik
minat pelajar dan mempelbagaikan teknik pengajaran guru.

PELAJAR KEPUTUSAN UJIAN


Pelajar A 5/5
Pelajar B 5/5
Pelajar C 4/5
Pelajar D 4/5
Pelajar E 4/5
Pelajar F 5/5

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya perolehi hasil daripada kajian
tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi
masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh pelajar.
Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian seterusnya berkaitan dengan
tajuk Garis dan Satah (Matematik Tingkatan 4).

You might also like