Professional Documents
Culture Documents
Syarat Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Rendah
Syarat Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Rendah
1. PENYERTAAN
2. PENDAFTARAN
2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada murid-murid yang
sedang menuntut di sekolah rendah (Tahun 3-6).
2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang
31 orang dan tidak melebihi 35 orang termasuk seorang Ketua Platun dan
anggota simpanan.
2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai
oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan
perempuan tidak dibenarkan)
2.4 Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang di
sahkan Guru Besar untuk tujuan penyemakan status. Surat kebenaran penjaga
pelajar perlu juga disertakan bersama. Kegagalan memenuhi keperluan ini boleh
menyebabkan pendaftaran dibatalkan.
3. PAKAIAN
3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan
beruniform berkenaan sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat ketua-ketua
kontinjen.
3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah
ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.
3.3 Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai
semasa pertandingan kawad dijalankan.
3.4 Aksesori yang di nilai ialah sarung tangan putih.
3.5 Pengantian anggota boleh dilakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu sebelum
masuk ke litar pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran hendaklah
dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua Hakim.
3.6 Anggota yang mengganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi
hendaklah memakai pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa
pemeriksaan pakaian.
3.7 Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti
sebaik sahaja masuk ke dalam litar di bawah perkara berkaitan item pakaian asas
atau aksesori yang tidak di tempatnya.
4. PADANG KAWAD
6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN
6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit
beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.
Peringatan :
1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali
hukuman Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan
masa; kiri, kanan, kiri)
2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap
ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah
antara kun A dan B. Ketua Platun yang bergerak bersama platun
semasa kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada
di luar litar sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun
dengan sengaja berdiri berhampiran kun A atau B. Semasa mara
mengadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara
mengadap bersama platunnya.
3. Semasa membuat persembahan kawad asas atau formasi, pasukan
tidak dibenarkan membawa alatan.
8. PENALTI
Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan :
Ketua Platun
Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum
Penalti ditolak
1 Bergerak bersama pasukan 15 sekali
2 Memberi hukuman kawad di luar litar 10 sekali
3 Gagal Meneruskan Kawad 10 sekali
4 Melapor di luar litar kawad 5 2 kali
5 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali
6 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali
8 Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan 5 5 kali
9. PENGHAKIMAN
a. Pada peringkat kebangsaan Hakim terdiri daripada hakim-hakim
berkelayakan yang dipilih dan dilantik oleh Kementerian Pelajaran.
Seramai enambelas hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan
dipecahkan seperti berikut;
i. Seorang Ketua Hakim
ii. Seorang Penolong Ketua Hakim
iii. Empat orang hakim pakaian.
iv. Lapan orang hakim kawad ( 2 orang bagi setiap sisi litar ).
v. Empat orang hakim Ketua Platun ( termasuk Ketua dan
Penolong Ketua Hakim ).
Nota : Seorang Ketua Hakim boleh berperanan menerima pelaporan mula dan tamat
pertandingan daripada Ketua Platun, menyelaras pemarkahan dan penalti sahaja.
Dalam keadaan ini seorang lagi hakim hendaklah dilantik sebagai hakim Ketua Platun
bagi menggantikannya.
b. Pengiraan markah tertinggi dan terendah ( oleh Hakim Kawad pasukan
) bagi setiap pasukan tidak diambilkira.
c. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan Pegawai Kementerian
Pelajaran bertauliah dan mahir berkawad, manakala hakim-hakim yang
lain boleh terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kementerian Pelajaran
sahaja atau gabungan badan induk dan Pegawai Kementerian
Pelajaran.
d. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang
bertanding maka markah kawad asas akan diambil kira. Sekiranya
masih sama, markah kawad formasi akan diambil kira. Sekiranya masih
sama juga, markah Ketua Platun akan diambil kira.
e. Keputusan hakim adalah muktamad.
f. Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :
i. Pakaian 10%
ii. Kawad statik dan dinamik 60%
iii. Kawad formasi 20% dan
iv. Ketua Platun 10 %
f. Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim
boleh menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak hanya sebagai
penyelaras pemarkahan. Borang markah Ketua Platun juga berasingan
dengan markah pasukan. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan
dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik. Walau bagaimanapun Ketua Platun yang
tidak bersama-sama dengan pasukannya melakukan pergerakan formasi
TIDAK LAYAK dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik.
g. Jika terdapat persamaan markah, markah kawad ( bahasa hukuman dan
pergerakan kawad ) hendaklah diambil kira.
Nota : Markah Ketua Platun terdiri daripada markah kawad dan markah pakaian.
10. BANTAHAN
KAWAD FORMASI
PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEKOLAH RENDAH
FORMASI
Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawad apabila
mereka keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan ini
hendaklah disulam dengan pergerakan hayunan tangan/ kaki/ muka/ jari ataupun suara atau
kedua-duanya sekali.
3. Keindahan Gerak
Keindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti:
c) Kesatuan Gerakan
Kesatuan ialah suatu keadaan yang sama yang diwujudkan untuk
mencantumkan formasi-formasi yang berbeza-beza itu sebagai contoh di
dalam formasi satu-satu terdapat cambahan jalan perlahan maka di setiap
formasi terdapat cambahan jalan perlahan. Walaupun dalam masa yang
sekejap, ini dikatakan kesatuan pergerakan. Cambahan jalan perlahan
merupakan tindakan untuk menyatukan.
d) Kepelbagaian Gerakan
Kepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja
berbentuk gerakan berdiri, berjalan atau pergerakan kawad yang lain. Asalkan
pergerakan tersebut tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad.
e) Gerakan Penutup
Hendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawad.
UNSUR PENGHAYATAN
Terkandung di dalamnya
a) Unik/kreatif
Penilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika formasinya
sesuatu yang baru serta unik boleh diberi lebih markah
b) Keserasian
Setiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati gerakan
formasi, dan menggambarkan kewibawaan dan latihan yang mendalam.
c) Kemantapan
Penilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor dan
tiada arahan Ketua platun
d) Kesopanan
Peserta formasi tidak membelakangkan hakim,tidak mengangkatkan kaki kepada
Ketua Hakim dan tidak mengeluarkan bahasa yang kesat/ lucah atau kedengaran
seperti lucah.
UNSUR SUARA
Tiada unsur suara dibenarkan dalam pertandingan. Sekiranya ada, penalti akan dikenakan
kepada pasukan yan terbabit.