You are on page 1of 13

Sejarah Pengakap

Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park,
London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Bapanya bernama
Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak
seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik.
Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya.
Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas
BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.

BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di
India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903.Dalam
satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan
dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang
diserang itu.

Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP
dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan
percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau
Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For
Boys.BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat
ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang
ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar
dasar asas seorang manusia.

Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap
Agung bagi seluruh dunia.Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama
isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam
segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya,
meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah
kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak
gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.Buku
Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima
ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-
negara komunis.Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil
bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang
diuji.

Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord
Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular
di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.Lord Baden Powell telah menerima
banyak anugerah scperti 'Baron dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937,
beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga
berumur 80 tahun.Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan
sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri.

Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui
pergerakan pengakap.Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang
khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan
dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.

Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :TUHAN MEMIMPIN
DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.

SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan


pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah
BP mengasaskan Pergerakan ini di England.

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah
diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura.

Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh
G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.
Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan
Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli
pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di
Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong
Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.

Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.

Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan
ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka
dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone.
Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.

Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu
ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.Perlis pula ialah
pada tahun 1931.

Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah
merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli
dalam Persidangan Pengakap Sedunia.

Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu
ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap

1910 Singapura F.C. Sands

1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .

1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .

1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman

1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff

1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker

1926 Perak I.R. Wheeler

1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone

1926 Selangor Ameen Akbar

1928 Johor
1927 Terengganu A.J. Gracle

1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong

1931
Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun
1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada tahun 1963.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan
Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan
persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-
negeri lain.

Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan
Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang
Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
IKRAR - PBSM

BAHAWA KAMI,
AHLI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,
BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DENGAN INI BERJANJI,
AKAN TAAT TUHAN,
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG & YANG DIPERTUAN,
NEGERI KAMI,
BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA,
SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA,
MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA,
BERDASARKAN KEPADA PRISIP PALANG MERAH,
BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT;
KAMANUSIAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
PERKHIDMATAN SUKARELA
KETANGGALAN
KESEJAGATAN

Jenis Balutan Anduh

Pembalut cincin
-Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
-Diperbuat daripada pembalut tirus.
-Digunakan untuk menutup luka.
Anduh kecil/ Anduh pergelangan tangan
-Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas tangan.
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

Anduh besar/ Anduh lengan


-Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
-Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
Peti Pertolongan cemas
Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang
yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri
dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua
orang dengan peralatan yang minimum. Antara peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan
cemas.

Peti Pertolongan Cemas

Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahli sukarelawan menyelamat khususnya utk
mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas.

BIL PERKARA KEGUNAAN


1. Triangular bandage (kain anduh) Untul mengampu bahagian kecederaan/
kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang
didapati ada kepatahan tulang
2. Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing

3. Non-sterile gauze Melakukan pencucian/pembebat luka


Sterile gauze Membuat balutan/memberi tekananpada perdarahan dan
menstabilkankepatahan

4. Elastic bandage/crepe bandage Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut


Roller bandage luka dan jugakecederaan ringan
eg.
dislocation(terseliuh)

5. G l o v e - d i s p o s a b l e /nonsterile Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber


jangkitan

6. Scissor Memotong gauze/bandage


7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat
8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze Melakukan pencucian/pembebatan luka

9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka


sebelum membalut.
10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar
11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic
12. Dettol (boleh diganti dengan Normal Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar
Saline solution 0.9%)
13. LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot

LAGU BULAN SABIT MERAH - PBSM

Bulan Sabit Merah di Malaysia


Giat berjasa untuk negara
Tidak kira kaum dan agama
Waktu Aman atau Bahaya

Di mana jua adanya sengsara


Di sana ada kita
Di darat dan laut kita bersedia
Walau diancam bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia


Membantu semua yang menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan tabah dan bersemangat

You might also like