You are on page 1of 3

NAMA: MUHAMMAD NADZRI BIN ABDUL KADIR

NO MATRIKS: 224610
SOALAN KUIZ 1: BINCANGKAN 3 SEBAB UTAMA KENAPA
KERAJAAN TEMPATAN DILETAKKAN DIBAWAH BIDANG KUASA
KERAJAAN NEGERI.

Terdapat alasan kenapa kerajaan tempatan diletakkan dibawah bidang


kuasa kerajaan negeri. Sebab yang pertama ialah mengikut Perkara 4,
Senarai Kedua, Perlembagaan Persekutuan, kerajaan tempatan yang di
luar Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)
berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing.
Sungguhpun kerajaan tempatan terletak di bawah bidang kuasa
kerajaan negeri, tetapi pentadbirannya berada di bawah kawalan
kerajaan persekutuan menerusi Bahagian Kerajaan Tempatan,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kerajaan tempatan berfungsi untuk memberi perkhidmatan perbandaran


di kawasan-kawasan yang ditetapkan seperti penjagaan kebersihan am,
memungut sampah, kesihatan am, menyediakan sistem tandas dan
saluran najis. Badan yang menyediakan perkhidmatan ini dikenali
sebagai penguasa tempatan.

Kerajaan tempatan adalah satu unit yang sah yang mempunyai kuasa
untuk mendakwa dan didakwa, membuat kontrak, memiliki harta,
mengutip cukai dan sewa, menikmati autonomi kewangan serta
membuat undang-undang kecil (by-laws).

Selain itu, sebab kedua ialah berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan


1976, bermakna semua penguasa tempatan telah disusun semula dan

224610
mempunyai kuasa-kuasa tertentu sahaja. Kuasa yang utama dan
terpenting adalah seperti berikut:

i. Kuasa untuk mengadakan undang-undang kecil.


ii. Kuasa mengutip cukai, kadar sewa dan lain-lain.
iii. Kuasa untuk mengadakan kumpulan wang Pihak Berkuasa
Tempatan yang terletak dalam kawalan pihak itu sendiri. Ini bermakna
pihak tersebut mempunyai autonomi kewangan.

Kuasa-kuasa tersebut terletak kepada Pihak Berkuasa Tempatan di


bawah 3 buah akta iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan Akta Jalan, Parit dan
Bangunan serta dalam Enakmen Negeri yang di gunakan.

Sebab ketiga ialah prinsip general competence memberi kuasa


kepada penguasa tempatan menjalankan sebarang kegiatan dengan
syarat penguasa tempatan itu mampu membiayai kegiatan tersebut.
Prinsip ini memberi penguasa tempatan kuasa yang agak luas. Pada
umumnya, fungsi utama penguasa tempatan di Malaysia adalah seperti
berikut:

i. Mengawal pembangunan tanah dan bangunan di dalam kawasan


pentadbiran masing-masing
ii. Memberikan perkhidmatan sanitari dan pembersihan seperti
mengutip sampah, mencuci longkang dan memotong rumput
iii. Mendirikan klinik dan dispensari awam dengan menetapkan
bayaran bagi rawatan
iv. Menjaga dan mengawal kesihatan awam

224610
v. Menyediakan perumahan awam
vi. Membina dan menyenggara kemudahan rekreasi seperti taman
awam, padang permainan, kolam renang dan gynamsium
vii. Mengurus pasar dan gerai-gerai
viii. Menyenggara dan membaiki jalan-jalan awam
ix. Membina betung-betung awam
x. Membina dan menyenggara parit dan alur air

224610

You might also like