You are on page 1of 3

Catatan Tindakan Susulan

Tindakan Pertama : Memperkenalkan kaedah lampu isyarat dan kata tanya yang diberi

rumus BADBKS kepada peserta kajian

Murid-murid dapat mengingatkan keenam-enam kata tanya iaitu bagaimana, apa, di mana,
bila, kenapa dan siapa menggunakan rumus BADBKS atau melalui ayat Bagaimana Ali dan
Ben ke sekolah? Selepas penerangan diberi, murid-murid membaca contoh karangan jenis
fakta dan mengenalpastikan isi utama, huraian dan contoh dalam setiap perenggan. Selepas
itu, memperkenalkan kaedah lampu isyarat kepada peserta kajian. Murid-murid dapat
menyatakan bahawa lampu merah ialah penegasan isi, lampu kuning ialah huraian pertama
dan lamu hijau ialah contoh.

Tindakan kedua: Menonton E-buku cerita dan menulis isi, huraian dan contoh
menggunakan kaedah lampu isyarat

Peserta kajian menonton e-buku cerita untuk menjana idea tentang isi karangan yang
bertajuk Cara menyihatkan badan. Selepas menonton e-buku cerita, peserta kajian telah
menyenaraikan keempat-empat isi utama di atas kad lampu merah masing-masing

Selepas itu, pengkaji telah memaparkan peta jalan yang bertajuk Bagaimana Ali dan Ben ke
sekolah? seperti dalam rajah 3 di bawah. Pengkaji memberitahu peserta kajian bahawa
mereka diberi tugasan untuk membantu Ali dan Ben sampai ke sekolah. Semasa peserta
kajian klik pada kereta Ali dan Ben, kereta berjalan dan berhenti di hadapan lampu isyarat
pertama yang masih berlampu merah. Pada masa yang sama, pengkaji telah memaparkan
kad lampu merah dan meminta murid menegaskan isi pertama dan tulis pada kad lampu
merah.

Rajah 3. Peserta kajian telah menegaskan isi pertama pada kad lampu merah.
Selepas penegasan isi pertama, peserta kajian klik pada peta jalan dan lampu isyarat
telah menjadi warna kuning seperti dalam rajah 4. Pada masa yang sama, pengkaji
menunjukkan kad kuning yang mempunyai kata tanya misalnya kenapa. Peserta kajian
diminta mengemukakan solan menggunakan kata tanya kenapa, misalnya kenapa kita
bersenam? Peserta kajian menulis jawapan soalan di kad lampu kuning.

Rajah 4. Peserta kajian telah menulis huraian pada kad lampu kuning.

Selepas menulis huraian untuk isi pertama, peserta kajian klik pada peta jalan dan
lampu isyarat sekarang telah bertukar kepada warna hijau. Pengkaji meminta peserta kajian
untuk mengemukakan soalan dengan menggunakan kata tanya bila Murid menulis jawapan
di kad hijau iaitu contoh untuk isi pertama seperti dalam rajah 5. Seterusnya, murid klik pada
peta jalan, dan kereta Ali dan Ben telah berjalan ke lampu isyarat yang seterusnya.

Rajah 5. Peserta kajian telah menulis contoh pada kad lampu hijau.

Dengan ini, peserta kajian menulis 3 ayat yang merangkumi isi,huraian dan contoh
dalam setiap perenggan. Peserta kajian terus klik pada peta jalan supaya kereta bergerak ke
lampu isyarat kedua seperti dalam rajah 6. Langkah-langkah tadi diulangkan sehingga Ali dan
Ben sampai ke lampu isyarat terakhir dan keempat-empat isi utama dalam karangan telah
dihuraikan oleh murid-murid degan penggunaan kata tanya.

Rajah 6. Peserta kajian telah menulis isi kedua di kad lampu merah semasa kereta sampai ke
lampu isyarat kedua.

Tindakan ketiga : Peserta kajian telah menulis karangan cara menyihatkan badan dengan
lengkapnya iaitu sebanyak enam perenggan iaitu perenggan pertama ialah pengenalan,
perenggan kedua hingga perenggan kelima ialah isi (lampu merah). Setiap isi merangkumi
huraian (lampu kuning) dan contoh (lampu hijau). Perenggan terakhir ialah penutup.

You might also like