You are on page 1of 3

Cara Menangani Masalah Tekanan Emosi

Jika tekanan emosi tidak diselesaikan dengan memuaskan, ia boleh menggugat kesejahteraan
seseorang guru. Misalnya boleh menyebabkan guru merasa dan memohon untuk meletak
jawatan atau memohon untuk bersara awal seperti apa yang dikemukakan dalam artikel.
Terdapat banyak cara penyelesaian untuk menangani stres ataupun tekanan emosi di kalangan
guru. Antaranya adalah cara yang dikemukakan dalam artikel iaitu kaedah berdaya tindak dan
mempunyai sokongan sosial yang selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran sekarang iaitu
mendidik guru-guru baru agar dapat mengawal emosi mereka supaya kejadian mendera pelajar
dapat dielakkan.

Selain daripada cara penyelesaian tekanan yang dicadangkan di atas, cara menolak
tanggungjawab tambahan juga merupakan salah satu cara penyelesaian masalah. Terdapat
beberapa jenis stres yang boleh disingkirkan oleh guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
Seorang guru perlu belajar cara untuk mengatakan tidak atau tidak mahu sama ada dalam
kehidupan peribadi atau profesional. Guru boleh menolak tanggungjawab tambahan jika guru
berkenaan tidak dapat menghadapinya atau tidak berkemampuan melaksanakannya kerana
menanggung sesuatu tugas tambahan yang tidak terdaya akan menyebabkan stres.

Sehubungan itu, elakkan orang yang menyebabkan stres juga merupakan salah satu cara
menangani stres yang baik. Seseorang guru boleh cuba untuk mengelakkan individu yang boleh
menyebabkan stres kepadanya. Guru boleh mengurangkan masa berhubungan dengan individu
yang menyebabkannya menghadapi stres. Sebaliknya, tambah dan kuatkan hubungan atau
jaringan dengan rakan-rakan sekerja atau rakan lain untuk menlindungi guru daripada stres.

Apabila dalam stres, guru boleh berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli
keluarga yang boleh dipercayai. Jika punca stres guru disebabkan oleh hubungan sosial dengan
rakan sekerja, maka keutaam guru adalah membina perkaitan yang kukuh dan hubungan yang
boleh memuaskan hati guru. Antara cara membantu menenangkan stres adalah mengadakan
perjumpaan dengan rakan semasa makan tengah hari atau makan malam, menghantar e-mel
kepada rakan, membantu rakan secara sukarela dan sebagainya.

Di samping itu, guru juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam kumpulan perbincangan dan
atau forum. Terdapat banyak forum guru di laman web di mana guru bukan sahaja boleh
meluahkan perasaan atau kekecewaan tetapi mendapatkan nasihat daripada guru
berpengalaman yang mengalami masalah-masalah yang sama.

Salah satu cara lagi demi mengurus stres adalah dengan mengawal cara seseorang memberikan
respons terhadap stres yang dihadapi ataupun mengubah perspektif beliau terhadap stres.
Menguruskan stres bermaksud seseorang bertindak atas diri dari segi mengambil alih pemikiran,
emosi, jadual, persekitaran dan cara menghadapi sesuatu masalah. Pengurusan stres
melibatkan perubahan terhadap situasi stres yang dihadapi, mengambil masa untuk berehat dan
menenangkan diri.

Sebagai guru, penulisan jurnal juga boleh membantu kita untuk mengenalpasti punca stres dan
cara menanganinya. Contohnya, dalam jurnal tersebut catatkan punca stres yang dihadapi,
bagaimana anda rasa secara fizikal dan emosi dan bagaimana kita bertindak balas terhadap
respons dan perkara yang boleh menenangkan kita. Maka jurnal tersebut boleh menjadi bahan
rujukan pada masa akan datang jikalau kita menghadapi masalah yang sama.

Mengikut Waxler(2009), guru seharusnya berfikir secara positif dan satu cara terbaik adalah
menyebutkan pemikiran-pemikiran yang positif setiap hari. Contohnya, setiap hari guru perlu
menyatakan kata-kata positif tentang tugasnya, pelajarnya dan rakan sekerjanya. Seseorang
guru akan berasa kagum tentang impaknya kepadanya sepanjang hari bertugas.

Selain itu, cara penyelesaian yang lain yang boleh diambil oleh kita sebagai seorang guru apabila
menghadapi stres adalah menguruskan tugas dengan sistematik supaya tidak terlalu terbeban.
Jangan cuba mencapai terlalu banyak tugas dalam masa yang singkat. Oleh sebab guru
berhasrat mencapat terlalu banyak tugas dalam sehari maka situasi tersebut akan menyebabkan
mutu kerja merosot. Kesannya ialah hasil yang dicapai merupakan satu tekanan kepada guru.
Maka, guru perlu mengutamakan tugas-tugas yang penting dan rancang apa yang boleh dicapai
dalam tempoh yang ditetapkan.

Penutup

Kesimpulannya, tekanan emosi sememangnya berlaku dalam profesion perguruan kerana


profesion perguruan merupakan salah satu profesion yang sering berhadapan dengan pelbagai
tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian
atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan
tanggungjawab, guru pasti akan menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan
faham antara guru. Jadi sebagai seorang pendidik, kita bukan sahaja perlu bersiap sedia dari
segi fizikal tetapi juga dari segi mental. Hal ini adalah kerana dalam abad kini yang ditempuhi
pelbagai cabaran dan perubahan, jika seseorang guru tidak dapat mengadaptasi perubahan,
menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka pasti akan mengalami
tekanan emosi. Jadi, guru perlu kenal pasti diri sendiri dan bijak untuk memilih langkah terbaik
agar dapat menangani tekanan emosi dengan berkesan.

Artikel Dari Laman Web Rasmi:


http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana
&pg=re_07.htm

You might also like