You are on page 1of 18

TAYAR DAN PENJAJARAN RODA

Fungsi Tayar
1. Menyediakan kusyen di antara jalan dan roda kenderaan untuk menyerap hentakan di jalan yang
kasar.
2. Menyediakan geseran di antara roda dan jalan untuk memberikan tarikan yang baik.

Jenis dan Binaan Tayar


Terdapat 3 asas binaan tayar iaitu bergantung kepada susunan lapis badan:
1. Lapisan Balatan Serong
2. Lapis Balatan Serong dan Lintang
3. Lapis Balutan Radial

Lapisan Balutan Serong


Lebih dikenali sebagai tayar lazim. Lapis dibuat serong dan bersilang antara satu sama lain. Silangan
biasanya pada sudut 30 hingga 38 darjah.
Lapisa bulatan serong biasanya lebih senyap dipandu dan lancar. Tetapi mempunyai kekurangan
ketika membelok.

Lapisan Balutan Serong dan Lintang


Dibina sama seperti lapis serong, cuma ditambah dengan dua atau lebih lapis peneguh yang di
dudukkan di bawah bunga. Lapis menguatkan bunga dan membantu mencegah lentur atau liang liut
berlebihan.. Tayar berlapis balutan serong dan lintang ini lebih stabil.

Lapis Balutan Radial


Lapis pada keliling bingkai melintangi tayar di bawah bunga. Lapis ditambah di bawah bunga berupa
jejari. Jenis ini lebih kukuh dan mempunyai dinding sisi yang lebih lentur yang menjadikan tayar
lebih lancar dipandu dengan kurangnya rintangan berguling dan mempunyai tapak yang baik.
Kurangnya rintangan berguling boleh menjimatkan penggunaan bahan api.
Saiz dan Kadaran Beban Tayar
Kadar beban tayar dijelaskan melalui bebanan yang upaya disangga oleh tekanan udara tayar. Tiap-
tiap tayar dengan kadar minimun sekurang-kurangnya upaya menyangga suku daripada berat kereta.
Terdapat tiga kategori sistem kadar beban iaitu B, C, D. Ringkasnya lebih besar tayar, lebih tinggi
kadar beban yang upaya disangga. Beban tayar yang paling selamat bergantung kepada saiz, kadar
beban dan tekanan udara. Kebanyakkan kereta penumpang menggunakan tayar ditanda dengan
kadar beban B, iaitu dengan tekanan udara maksimun 32 psi.

Saiz Tayar
Saiz tayar diukur berasaskan lebar dan tinggi keratan rentas tayar.
Contoh Saiz Tayar : P 185/80 R 13

Kereta lebar dinding sisi nisbah bidang Jenis lapis Garis pusat
Penumpang ke dinding sisi Jejari Rim

Gred Nilai Tayar


Tayar import radial menggunakan sistem kadar kelajuan. Sistem ini digunakannmenurut rekaan tayar
yang mempunyai tiga kadar biasa:
SR - Kelajuan maksimun 112 bsj
HR - Kelajuan sehungga 130 bsj
VR - Kelajuan sehuingga 165 bsj

Kadar ini ditetapkan dalam saiz ditandakan dengan 175 SR x 13. Ini bererti, lebar tayar 175 mm
dengan kelajuan 112 bsj.

Kadar kelajuan di bawah pertimbangan bolehlah berpandukan kepada kadar berikut:


P - 150 km / j
Q - 160 km / j
R - 170 km / j
S - 180 km / j
T - 190 km / j
U - 200 km / j
H - 210 km / j
V - lebih daripada 210 km / j
Gred tayar menggariskan tiga nilai : Haus bunga, tarikan dan rintangan ke suhu tinggi.
Jenis-Jenis Kehausan Tayar
Tekanan udara yang betul perlu untuk:
1. Keselamatan pemandu
2. Perbatuan yang baik
3. Pautan jalan

Tekanan udara tayar yang betul memberikan sentuhan penuh bunga tayar dengan daya di sepanjang
bunga tayar lebar. Bunga tayar akan haus sekata disepanjang lebar dan menyenggara tepi bentuk
tayar.

Tekanan tayar tayar rendah, biasanya kawasan bunga tengah tayar, pada sentuhan jalan akan
terangkat sementara dinding sisi berkedaan lebih lentur. Penumpuan tegasan ke atas tepi luar bunga
tayar terjadi menyebabkan haus ke paras maksimum pada tepi luar bunga tayar dan meminimumkan
haus pada bahagian tengah bunga tayar.

Tekanan udara tayar berlebihan, boleh menghalang bunga tayar membuat sentuhan rata di sepanjang
lebar bunga tayar. Ini menjadikan tayar sukar di pandu dan mengurangkan cengkaman jalan.

Jika tekanan udara tayar tidak sekata, terutama pada tayar hadapan, ini boleh menyebabkan kereta
tertarik ke satu sisi ketika membrek atau ketika melepaskan steering.
PENJAJARAN RODA
Tujuan Penjajaran Roda
Tujuan utama sistem stereng dan sistem gantungan ialah untuk memberikan kawalan maksimum
kenderaan dan membenarkan semua roda berguling betul dan sempurna dalam semua keadaan jalan.
Penjajaran roda ialah semakan dan larasan sudut ke penentuan sebuah kenderaan.

Takrif Penjajaran Roda

Kamber
Kamber ialah jumlah darjah kecondongan roda hadapan dipandang dari hadapan kereta.
Sekiranya roda condong keluar pada bahagian atas ia di panggil Kamber Positif
Sekiranya roda condong ke dalam pada bahagian atasnya ia dipanggil Kamber Negatif
Kebanyakan kenderaan menggunakan kamber positif, ini menjadikan berat penumpang atau barang-
barang menambah berat kenderaan tersebut memberikan sudut roda hampir tegak ketika ia berguling.
Jika roda diset pada kamber kosong, penambahan berat penumpang dan berat beban menyebabkan
roda tercondong arah dalam iaitu ke Kamber Negatif.

Kaster
Kaster ialah jumlah darjah kecondongan paksi roda pada pandangan sisi.
Kaster Positif ialah bahagian atas paksi condong ke arah belakang
Kaster Negatif bahagian atas paksi condong ke arah hadapan.
Kaster akan menjadi kosong apabila paksi stereng lurus dari atas ke bawah.
Tujuan Kaster Positif ialah untuk menyelenggara roda hadapan lurus dalam kedudukannya.
Sudut Condong Cemat Besar
Sudut Kecondongan Cemat Besar ialah sudut diantara garis tegak dengan garis bayangan di antara
tengah smbongan bebola atas dan bawahh apabila dilihat dari hadapan kenderaan.
Kecondongan cemat besar ke arah luar pada bahagian bawah mempunyai kaitan langsung dengan
sentuhan bunga tayar dengan jalan. Kecondongan ini bertujuan untuk memudahkan stereng
dibeloklkan.
Toe- In dan Toe-Out
Toe-in ialah jarak bahagian hadapan roda lebih kecil berbanding dengan jarak bahagian belakang
roda dilihat dari atas.
Toe- out ialah apabila jarak bahagian hadapan roda lebih panjang daripada jarak bahagian belakang
roda hadapan.
Toe Out Semasa Membelok
Ia juga dikenali sebagai geometeri stereng yang dirujukkan kepada perbezaan sudut di antara dua
roda hadapan dengan kerangka kenderaan ketika membelok.
STERENG

Fungsi Stereng
Sistem stereng terdiri daripada gear stereng, roda stereng dan rangkaian stereng.
Penyambung stereng ialah rangkaian sistem pemaut, roda, tuib dan tuil digunakan untuk
memindahkan pergerakan darpada gear stereng ke buku sendi roda hadapan. Gear stereng ialah alat
yang membuatkan gear memindahkan kesan putiran oleh pemandu ke pemaut bagi aturan mengawal
arah kenderaan.

Terdapat Dua Jenis Sistem Stereng:


1. Jenis Sistem Stereng Insani
2. Jenis Sistem Stereng Kuasa

Terdapat Dua Asas Gear Stereng:


1. Stereng Kekotak
2. Rak dan Pinan

Jenis Kekotak Gear Stereng


1. Bebola Edaran Semula
2. Ulir dan Rola
3. Gear Ulir dan Pancang
4. Ulir dan Sektor

Stereng Kuasa
Sistem stereng kuasa menggunakan kuasa hidraul untuk membantu pemandu memusingkan roda.
Asas sistem stereng kuasa mengandungi satu pam, hos dan omboh. Pam dipacu
oleh enjin dan digunakan untuk mengorak kuasa hidraul bagi menjalankan
sistem. Hos pula untuk mentambung pam ke omboh kuasa. Omboh kuasa
menggunakan kuasa hidraul yang terorak oleh pam bagi membantu
menggerakkan gear stereng atau perangkai.
TIPS PENJAGAAN KERETA
Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak
stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta
ikut bergetar.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi
perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan
tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear
stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.

Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi
jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui.
Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau
rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun
demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan
kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer
sejam (kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula
periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa
kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang
kurangnya 2mm.

Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku
boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar
kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya
pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau
kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan
penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk
memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran.
Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya
pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.

'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar
tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy';
beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran
tertentu untuk mengatasinya.
Kehausan Tayar yang tidak Sekata : Punca, Petunjuk dan Pemulihan

Kehausan tayar yang tidak sekata boleh menjejaskan prestasi tayar dan mampu mengancam
nyawa anda jika dibiarkan sahaja. Masalah haus yang tidak sekata ini mempunyai banyak sebab
yang memungkinkan ia terjadi. Penyebab terjadinya kehausan tayar secara aneh boleh diambil
kira daripada tekanan udara kepada keseimbangan yang tidak betul ("balancing"), daripada
salah penjajaran ("alignment") kepada rim/roda bengkok. Di dalam thread ini, saya akan
berkongsi tentang bagaimana untuk mengenal pasti masalah, dari mana masalah itu datang dan
apa yang perlu anda buat jika mengalami masalah tersebut.

Punca:

Tekanan udara : Tekanan udara yang tidak betul akan menyebabkan tayar akan haus dengan
corak yang tertentu berpandukan sama ada
tayar tersebut kurang atau lebih tekanan udara.

Isu Keseimbangan ("Balancing") : Keseimbangan yang tidak betul akan menyebabkan tayar
berputar dengan goyangan yang disebabkan oleh daya putaran ("centrifugal force") yang tidak
seimbang. Goyangan ini menyebabkan tayar haus secara tidak sekata dan mungkin juga muncul
secara getaran juga. (Getaran pada stereng ketika memandu adalah salah satu kesan dari masalah
ini)

Rim/roda bengkok : Sebagai tambahan, ia mungkin menyebabkan getaran di dalam kereta, juga
akan memberi kesan haus pada tayar dan ia boleh memberi kesan kepada tayar lain dan
menyebabkan ia haus juga. Sebagaimana "bead" tayar mengikut bentuk roda, bengkokan di
roda akan ditonjolkan oleh bunga pada bahagian sisi tayar yang mana keseluruhan sisi tayar
mengikut bengkokan tersebut. Ini akan menyebabkan tayar mengalami semua jenis kehausan
yang ganjil.

Penjajaran ("Alignment") : "4-point alignment" (bertentangan dengan "front-end


alignment" ) pada dasarnya memastikan bahawa semua tayar selari antara satu sama lain dan
rata di jalan raya, memberikan tayar profil kehausan yang optimum. Jika penjajaran tidak betul,
sebarang corak kehausan akan berkembang. Selain itu, kesan tersebut akan membengkokkan
roda dan secara umumnya menyebabkan penjajaran keluar, menyebabkan situasi kehausan tayar
yang pada dasarnya memakan diri sendiri.
Corak Haus ("Wear Patterns")

"One Shoulder" : Jika hanya salah satu sisi yang haus, sebab umumnya adalah penjajaran,
secara khususnya adalah kedudukan camber yang tidak betul. Kedudukan tayar adalah condong
dan meletakkan lebih tekanan pada arah tayar yang condong. Pada masa ini, jenis haus menjadi
lebih jelas, ia selalunya boleh menjadi terlalu lewat untuk sebarang penyelesaian
pendek menggantikan tayar dan kemudian menyelaras semula walaupun kadang-kadang tayar
akan digilirkan ke sebelah atau dibalikkan pada tayar itu.

"Scalloping/Feathering" : Corak ini bermaksud semua blok bunga pada sisi tayar
mengembangkan corak haus yang mana satu lagi bahagian blok pada sisi tayar lebih tinggi dari
yang lain, meninggalkan satu set yang menaik pada setiap blok. Penanda awal terhadap haus
jenis ini adalah sering berlaku perubahan yang tidak menyenangkan di dalam bunyi tayar yang
dihasilkan. Secara umum, ini disebabkan oleh kedudukan camber yang tidak betul. Ia hanya
mungkin anda dapat mengenal pasti masalah ini dengan lebih awal dan membetulkan penjajaran,
tayar mungkin akan kembali ke corak asal dari masa ke semasa. Masalah ini sering tidak
disebabkan oleh kesan dari penjajaran keluar.

"Both Shoulders" : Jika tayar mengalami haus pada kedua-dua bahagian sisi, puncanya ialah
"underinflation". Tekanan yang disyorkan oleh pengeluar adalah biasanya pada "plaque" yang
di rivet pada pintu pemandu.

"Center Rib" : Jika tayar haus di tengan-tengah, ini biasanya disebabkan oleh "overinflation".
Pastikan tekanan tayar anda ditetapkan kepada tekanan yang disyorkan pengeluar bukannya
tekanan yang timbul pada sisi tayar. Nilai tekanan yang terdapat pada sisi tayar adalah tekanan
maksimum yang selamat, bukan cadangan. Jika tekanan bukan satu isu, ia mungkin bahawa tayar
anda terlalu lebar untuk roda.

"Spot Shoulder" : Jika salah satu sisi mengalami haus yang berlebihan dalam satu tempat, ia
hampir pasti disebabkan oleh roda bengkok atau tali besi bengkok di dalam tayar.

"Lateral Wear" : Haus di sisi menyebabkan tayar untuk bergoyang dari sisi ke sisi sebagaimana
ia berputar. Ini adalah hampir kepada isu penjajaran, khususnya penetapan "toe" yang salah.
"Toe" adalah sejauh mana tayar tidak selari dengan arah kereta. Sebuah roda yang "toed-in"
adalah condong ke arah kereta itu manakala "toed-out" akan menyebabkan roda condong ke arah
bertentangan.
Seperti biasa, dengan tayar dan roda, satu sen pencegahan boleh bernilai satu ringgit untuk
sembuh. Pencegahan terbaik untuk tayar yang haus secara tidak sekata adalah agak mudah,
memantau tekanan udara tayar anda, menyelaraskan kereta apabila memasang tayar baru dan
memutarkan tayar secara kerap.
CARA PENJAGAAN TAYAR

TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh
menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa
diduga.

Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar
lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan
bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada
sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan
hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz
15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat,
semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor
yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan
kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar
antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan
tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm,
ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk
kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240
km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan
dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya
lebih pendek.

KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan
ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di
tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.
CARA PENJAGAAN TAYAR / info pasal tayar

175/70R13/82H
- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inchi
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H

indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg

indeks muatan 71 = 345 kg

indeks muatan 125 = 1,677 kg

simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h


SENARAI KOT:

S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi had laju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas

TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905

- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)

- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)

- ketahanan suhu : TEMPERATURE A

A : kawasan panas

B : kawasan bercuaca normal

C : kawasan sejuk

- tarikh pembuatan : 1905

dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 ? 52) jika 19

maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.

Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 20


Penjajaran roda dan Penyeimbangan Tayar (alignment and balancing)

Aspek keselamatan adalah perkara amat penting sekali dalam pemanduan,tambahan lagi bila tiba
musim perayaan seperti hariraya .Ramai yang nak berhariraya bersama sanak saudara dikampung
dan tak kurang juga yang berhariraya bersama-sama sahabat handai,rakan taulan ditempat-
tempat yang jauh dari tempat bermastautin dsbnya.

Menyentuh aspek keselamatan sebelum memulakan perjalanan jauh menaiki kereta tetapi hanya
sekitar keadaan enjin,brek,hose dan belting.

Tips periksa kereta tanpa berjumpa mekanik

Menitikberatkan pada penjajaran roda dan penyeimbangan tayar(allignment dan balancing)


kerana ramai yang telah menggunakan kereta baru dalam jangkahayat tidak lebih dari 3 bulan
daripada sebelumnya.

Alignment(Penjajaran)

Alignment dan balancing roda adalah amat perlu untuk sesebuah kenderaan seperti kereta lebih-
lebih lagi untuk perjalanan jauh dengan berat muatan yang lebih pada musim perayaan ini
walaupun kereta anda berusia tidak lebih dari 3 bulan.

Ini adalah kerana roda kereta yang digunakan adalah telah diuji dan disesuaikan untuk
menampung berat dan muatan tertentu pada kelajuan maksima yang tertentu.Jika kita selalu
menggunakan kereta kita mungkin pergi kerja dan balik sahaja sudah tentu kurang dari 3 orang
penumpang dan halaju maksima ditambah dengan trafik jam tidak melebihi 110 pada setiap
masa.Untuk itu kereta tersebut telah terbiasa pada berat dan halaju sedemikian ,jadi bila
alignment dan balancing yang sedikit tidak elok sukar dikesan.
Balancing (Penyeimbangan tayar)

Pada suatu halaju yang agak tetap dihighway alignment dan balancing pada tayar dan roda
adalah punca utama banyak kemalangan terjadi bila kereta sukar dikawal pada kelajuan melebihi
90 km sejam.Pada waktu tertentu keadaan roda akan menjadi tidak seimbang pada kawasan
angin lintang dan jalan yang rata serta hentaman angin dari kenderaan memotong,itulah
sebabnya alignment dan balancing roda amat perlu diperiksa sebelum memulakan perjalanan
jauh anda.Pemeriksaan yang tidak melebihi satu jam dan kos dibawah rm50 mungkin banyak
manafaatnya dan mungkin juga menyelamatkan nyawa anda dan keluarga.

You might also like