You are on page 1of 6

PETROSAINS SCIENCE SHOW COMPETITION 2017

GROUP 3

SEKOLAH : SMK SERI BINTANG SELATAN

AHLI KUMPULAN : 1) MUHAMMAD TAUFIQ BIN SYAHRIWAL

2) FARAH HAZELINA BINTI MOHAMMAD YUSRI

GURU PENASIHAT : PUAN NORHAWIDA AZIHAN BINTI HAMZAH

EXPERIMEN 1

TAJUK DNA Strawberi


TOPIK KOMPOSISI KIMIA SEL
OBJEKTIF Untuk mengekstrak DNA strawberi.

PEMBELAJARAN
KONSEP SAINS DNA boleh dilihat dalam bentuk struktur seperti benang.
BAHAN Strawberi, etanol, garam, air suling, cecair puncuci pinggan

mangkuk, spatula, penapis, bikar, plastik, forsep


PROSEDUR 1. Strawberi dimasukkan ke dalam plastik.

2. 3 titik cecair pencuci pinggan mangkuk, 1 sudu garam, dan

80ml air suling ditambahkan ke dalam plastik berisi strawberi

tadi.

3. Strawberi dihancurkan selama lebih kurang 1 ke 5 minit.

4. Campuran strawberi ditapis ke dalam bikar. Jangan biarkan

ampaian strawberi jatuh ke dalam bikar.

5. Larutan yang telah ditapis dituangkan ke dalam bikar baru.

6. 50ml etanol dituangkan dengan perlahan ke dalam bikar

berisi larutan strawberi.

7. Campuran dibiarkan sehingga satu lapisan etanol terbentuk


di atas larutan strawberi.

8. Dengan berhati-hati, helaian DNA strawberi dikeluarkan

menggunakan forsep. Struktur DNA strawberi diperhatikan.


PEMERHATIAN Dna strawberi akan muncul dalam bentuk helaian jernih yang

berlendir.
PENERANGAN Cecair puncuci pinggan mangkuk memecahkan sel-sel strawberi

SAINS lalu membebaskan DNA. Garam pula memastikan protein dalam sel

tidak terpisah daripada DNA dalam larutan. Apabila molekul tidak

terlarut, molekul akan bergumpal sesame sendiri dan tidak jelas

kelihatan. DNA tidak larut dalam alkohol, maka DNA akan terapung

di dalam alkohol dan dapat dilihat dengan jelas.

EXPERIMEN 2

TAJUK TALI BISING


TOPIK GETARAN BUNYI
OBJEKTIF Untuk menyiasat bunyi terhasil akibat getaran.

PEMBELAJARAN
KONSEP SAINS Bunyi boleh dihasilkan melalui getaran.
BAHAN Cawan minuman, benang kapas, klip kertas, kertas, pembaris,
paku, gunting, air.
PROSEDUR 1. Benang kapas berukuran 40cm dipotong.

2. Sebatang paku digunakan untuk menebuk lubang di

bahagian tengah bawah cawan.

3. Satu daripada hujung benang itu diikatkan di tengah klip

kertas.

4. Benang dimasukkan melalui lubang yang telah ditebuk

dan tarik benang tersebut.

5. Kertas bersaiz A4 dilipat dua kemudian dilembapkan

dengan air.

6. Cawan dipegang dengan kemas dan tali dipegang

sehingga tegang. Lalukan kertas A4 lembap ke atas tali

dengan perlahan.

7. Bunyi yang kedengaran dicatatkan.

8. Ujikaji ini diulang dengan menggunakan pembaris.

PEMERHATIAN Tali akan berbunyi apabila digosok kertas A4. Klip kertas

bertindak sebagai penguat bunyi.


PENERANGAN Bunyi terhasil akibat getaran. Getaran daripada benang hampir

SAINS senyap tanpa cawan dan klip kertas. Apabila ditambahkan klip

kertas pada cawan, ia menyebarkan getaran bunyi manakala

klip kertas menguatkan lagi bunyi.

EXPERIMEN 3

TAJUK PENGEMBANGAN BELON


TOPIK ASID DAN ALKALI
OBJEKTIF Untuk mengkaji tindak balas asid dan alkali

PEMBELAJARAN
KONSEP SAINS Tindak balas antara asid dan alkali
BAHAN Cuka, soda bikarbonat, belon, kelalang kon, corong turas,

spatula.
PROSEDUR 1. 50ml cuka dituangkan ke dalam kelalang kon.

2. Belon diregangkan terlebih dahulu untuk memudahkan

proses memasukkan soda bikarbonat.

3. 5 sudu soda bikarbonat dimasukkan ke dalam belon.

4. Kemudian, belon dipasangkan pada mulut kelalang kon.

5. Belon diangkat supaya semua serbuk soda bikarbonat

bercampur dengan cuka di dalam kelalang kon.

6. Perubahan pada saiz belon diperhatikan.


PEMERHATIAN Saiz belon semakin membesar (belon semakin mengembang).
PENERANGAN Tindak balas antara cuka dan soda bikarbonat merupakan

SAINS suatu tindak balas peneutralan. Tindak balas peneutralan

berlaku apabila asid dicampurkan dengan alkali untuk

menghasilkan gas karbon dioksida dan air.

EXPERIMEN 4

TAJUK TIMBUL DAN TENGGELAM


TOPIK KETUMPATAN
OBJEKTIF Untuk mengkaji bahawa cecair yang berbeza mempunyai

PEMBELAJARAN ketumpatan yang berbeza.


KONSEP SAINS Ketumpatan sesuatu bahan ialah jisim per unit isipadu bahan

tersebut.
BAHAN Sabun pencuci, minyak masak, air, pewarna makanan (biru),

tablet alka seltzer, bekas kaca, duit syiling, pemadam.


PROSEDUR 1. Sabun pencuci dimasukkan ke dalam bekas kaca.
2. Kemudian, minyak masak dimasukkan secara perlahan

ke dalam bekas kaca.

3. Air yang telah ditambahkan dengan pewarna makanan

(biru) dimasukkan ke dalam bekas kaca. Susunan

kedudukan cecair diperhatikan.

4. Duit syiling dan pemadam dimasukkan ke dalam bekas

kaca tersebut. Kedudukan duit syiling dan pemadam

diperhatikan.

5. Seterusnya, tablet alka seltzer dimasukkan ke dalam

bekas kaca. Perubahan yang berlaku diperhatikan.


PEMERHATIAN Sabun pencuci berada di dasar bekas kaca. Air berada di

antara sabun pencuci dan minyak. Duit syiling dan pemadam

didapati tenggelam ke dasar bekas kaca. Gelembung-

gelembung udara kelihatan terhasil apabila tablet alka seltzer

dimasukkan ke dalam bekas kaca. Tablet alka seltzer juga

kelihatan naik ke atas dan kemudian turun semula selepas

habis gelembung-gelembung udara.


PENERANGAN Sabun pencuci lebih tumpat berbanding air dan minyak.

SAINS Minyak pula kurang tumpat berbanding air dan sabun pencuci.

Duit syiling dan pemadam didapati tenggelam ke dasar bekas

kaca. Maka, duit syiling dan pemadam lebih tumpat berbanding

sabun pencuci. Gelembung-gelembung udara yang terhasil

apabila tablet alka seltzer dimasukkan ke dalam bekas kaca

merupakan gas karbon dioksida. Kehadiran gas karbon


dioksida menjadikan tablet alka seltzer menjadi kurang tumpat

dan naik ke atas.

You might also like