You are on page 1of 16

PERBANDINGAN PENTAKSIRAN

BERASASKAN SEKOLAH BAGI


MATAPELAJARAN SAINS ATAU
MATEMATIK DI MALAYSIA DENGAN DUA
NEGARA YANG LAIN

MPS 1053
HASRALDA BT ABU HASSN
MASTER OF EDUCATION(PHYSICS)
MP101419
SEC 01
ABSTRAK

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah salah satu kaedah untuk mentaksir kebolehan
pelajar selain daripada peperiksaan awam yang telah dilaksanakan sejak dulu lagi. Sistem
PBS telah lama dilaksanakan dibeberapa negara lain seperti di Amerika Syarikat, Kanada,
England dan pelbagai negara lain, manakala di Malaysia pula sistem ini masih baru lagi.
Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains adalah kaedah yang digunakan untuk menguji pelajar
dalam kemahiran proses sains dan untuk melihat sejauh mana seseorang pelajar itu dapat
menggunakan kemahiran atau teori yang mereka pelajari dalam proses penyelesaian masalah.
PEKA akan dikendalikan oleh guru guru yang mengajar matapelajaran tersebut dan setiap
guru tersebut akan dilantik sebagai pentaksir dan ianya dikendalikan di peringkat sekolah
sahaja.
PENGENALAN

Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains adalah satu program yang termasuk dalam
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) (Kementrian Pelajaran Malaysia (KPM) 2006). Bagi
peringkat PMR, PEKA dilaksanakan secara berterusan selama 3 tahun iaitu bermula dari
pelajar itu di tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 3. Pelajar wajib melaksanakan PEKA bagi
satiap tahun persekolahan dan semasa mereka di tingkatan 1 jumlah PEKA yang wajib
dilaksanakan ialah minimum 2 eksperiment manakala di tingkatan 2 pula minimum
eksperiment yang perlu dilaksanakan ilah 3 dan bagi tingkatan 3 pula minimumnya adalah 1
eksperiment sahaja.

Matlamat perlaksanan PEKA ini adalah bertujuan untuk memastikan agar semua pelajar
menguasai kemahiran berfikir secara saintifik disamping menerapkan nilai nilai murni
dalam kehidupan mereka. Pentaksiran ini akan ditaksirkan oleh guru yang mengajar
berasaskan kepada kurikulum yang telah ditetapkan oleh KPM. Bentuk PBS yang biasa
digunakan dalam menjalankan penilaian PEKA adalah projek, kerja kursus dan juga modul.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI MALAYSIA

Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains telah dilaksanakan di peringkat sekolah dan ianya
adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara
berterusan di sekolah. Perlaksanaan PEKA ini telah dilaksanakan dalam matapelajaran sains
diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sekolah menegah PEKA sains
terbahagi kepada dua iaitu PEKA Sains PMR dan PEKA Sains SPM. PEKA akan dirancang,
ditadbir, diskor dan akan dirancang terlebih dahulu dengan teliti bagi memastikan
perjalanannya mengikut piawaian yang telah diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM). Bagi memastikan agar perjalanan PEKA mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan
yang tinggi pihak LPM melaksanakan kaedah penyelarasan dan juga pemantauan melalui
pentaksir pentaksir yang telah dilantik.

Objektif utama dalam perlaksanaan PEKA adalah bagi memastikan semua pelajar dapat
menguasai kemahiran saintifik disamping memperkukuhkan lagi pengetahuan dan
pemahaman mereka didalam bidang sains dan teknologi dan mampu menggunakannya
berlandaskan kepada sikap saintifik dan juga nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.
Setiap kretiria yang bakal diuji adalah berpandukan kepada silibus kurikulum yang telah
dikeluarkan oleh KPM dan pentaksiran tersebut lebih berpusatkan kepada pelajar dimana
pelajar akan akan diuji berdasarkan kepada kebolehan mereka, kesediaan mereka,
persekitaran yang kondusif dan perancangan pengajaran guru.

Pentaksiran yang digunakan juga perlulah telus dan terbuka dari segi kemahiran yang ingin
diuji, bagaimana kemahiran tersebut diuji, bila dan dimana kemahiran tersebut ingin diuji.
Kemahiran yang akan diuji dalam PEKA Sains PMR terdiri daripada 3 elemen, elemen
pertama ialah kemahiran proses sains yang merangkumi 11 kemahiran iaitu memerhati,
mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat infrens, meramal, komunikasi,
menggunakan perhubungan ruang masa, mentafsir data, mendifinisikan secara operasi,
mengawal pembolehubah dan juga membuat hipotesis. Keseluruhan elemen yang pertama ini
perlu dilaksanakan sepanjang pelajar itu di tingkatan 1 dan 2 sahaja. Elemen yang kedua pula
ialah kemahiran mengeksperiment dan manipulative, ianya mengandungi 5 kemahiran.
Kemahiran yang akan ditafsir ialah merancang penyelidikan secara saintifik, menjalankan
penyelidikan, mengumpul dan merekod data, menganalisis dan mentafsir data dan juga
membuat kesimpulan. Manakala elemen yang ketiga pula ialah sifat saintifik dan juga nilai
nobel. Elemen yang kedua dan ketiga akan ditaksir ketika pelajar itu di tingkatan 3 sahaja.

Pentaksiran PEKA juga perlulah bersifat kebolehlaksanaan dan setiap prosedur yang
dirancang mestilah dirancang secara sistematik bagi memudahkan guru mentaksir dengan
tepat kretiria setiap kemahiran yang bakal diuji. Pelajar juga akan menggunakan instrument
yang pelbagai ini bagi melihat kemampuan dan tahap pencapaian mereka. PEKA juga
mestilah dilaksanakan secara berterusan dari mereka tingkatan 1 hinggalah tingkatan 3 ini
bertujuan memberikan peluang kepada pelajar untuk memperbaiki dan juga meningkatkan
markah yang mereka perolehi. Markah yang diperolehi pula perlulah mempunyai kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi, laporan yang dibuat olah pelajar juga perlulah berbentuk
positif dan kretiria terakhir ialah Pentaksiran mestilah di pantau secara berterusan bagi tujuan
memastiakan setiap objektif yang dirancang tercapai.
Pemberian markah bagi Pentaksiran Kerja Amali Sains akan dilaksanakan oleh guru yang
mengajar dan ianya adalah berdasarkan kepada skema pemarkahan yang dibekalkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Di tingkatan 3 pelajar akan diberikan gred yang
mereka perolehi dan gred tersebut merujuk kepada tahap penguasan pelajar dalam setiap
elemen yang telah ditaksir. Penghuraian gred yang diberi adalah berdasarkan kepada
Jadual 1. Gred yang diberikan tidak akan dicampurkan kedalam peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) yang bakal diduduki oleh pelajar, akan tetapi gred tersebut hanya
akan ditulis di dalam sijil PMR mereka.

Kod Huraian
1 Cemerlang
2 Kepujian
3 Memuaskan
4 Mencapai penguasaan tahap minimum
5 Tidak melaksanakan kerja amali
6 Dikecualikan
Jadual 1

Bagi memastikan pentaksiran yang dilaksanakan adil dan seragam bagi setiap pelajar, proses
penyelarasan dan pemantauan akan dilakukan. Selain bagi memastikan gred yang diberi
adalah adil penyelarasan juga dilakukan bagi tujuan untuk setiap kretiria yang diuji adalah
tepat dan bagi menentukan setekalan skor. Pemantauan akan dilakukan secara dalaman yang
akan dilakukan oleh pengetua, ketua bidang ataupun ketua panatia manakala pemantauan luar
pula dilakukan oleh ketua pemantau kawasan ataupun pemantau kawasan yang telah dilantik
oleh LPM. Ketua pemantau kawasan dan pemantau kawasan adalah terdiri dari guru guru
yang mengajar matapelajaran tertentu dari sekolah yang berasingan.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI HONG KONG

Pada tahun 2012 negara Hong Kong bakal mengubah sistem pendidikan mereka dimana bagi
sistem pendidikan lama setiap pelajar perlu mengambil dua jenis peperiksaan iaitu Hong
Kong Certificate of Education Examination (HKCEE) selepas lima tahun pembelajaran dan
juga peperiksaan Hong Kong Advance Level Examination (HKALE) selepas tujuh tahun
persekolahan dan seterusnya tiga tahun pendidikan Sarjana Muda. Dalam sistem pendidikan
yang bakal dilancarkan pada tahu 2012 dapat dilihat beberapa perbezaan antaranya adalah
pemansuhan peperiksaan HKCEE dan peperiksaa HKALE. Pemansuhan peperiksaan tersebut
akan digantikan dengan setu peperiksaan awam yang baru iaitu Hong Kong Diploma of
Secondary Education (HKDSE), peperiksaan HKDSE akan diambil oleh setiap pelajar
selepas tamat lima tahun pembelajaran mereka dan seterusnya empat tahun pendidikan
Sarjana Muda. Perubahan kepada peperiksaan HKDSE juga mengambil kira beberapa
perkara iaitu perubahan dalam kurikulum dan matapelajaran yang bakal pelajar ambil,
pengenalan kepada komponen komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi
setiap mata pelajaran dan juga perubahan dari pendekatan rujukan yang biasa kepada
pendekatan keputusan laporan. (Peter W. Hill and WAN Tak-wing : 2006)

Didalam peperiksaan HKDSE komponen peperiksaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu
yang pertama ialah peperiksaan awam yang akan dijalankan. Peperiksaan awam merangkumi
dua kertas yang membawa markah sebanyak 80% manakala komponen kedua pula ialah
pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang membawa markah sebanyak 20%. Pada tahun
2012 dan 2013 sekolah akan diminta menghantar markah kerja amali PBS sahaja manakala
bermula pada tahun 2013 markah PBS mestilah merangkumi kerja amali dan juga kajian
penyelidikan. Didalam sistem PBS di Hong Kong ini ianya mengandungi dua komponen
yang perlu di taksir iaitu yang pertama tugasan yang berkaitan dengan amali dan juga yang
kedua ialah tugasan yang tidak berkaitan dengan amali. Peperiksaan awam masih lagi
digunakan dalam HKDSE kerana ianya masih lagi perlu digunakan sebagai alat untuk
menguji tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam setiap bidang dan ianya boleh
diaplikasikan dalam kehidupan mereka.
Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) telah diselitkan dalam HKDSE bagi tujuan
meningkatkan kesahan atau kesahihan dengan cara mentaksir kemahiran praktikal pelajar dan
juga kemahiran generic mereka. Dengan cara itu semua pelajar dapat ditaksir berdasarkan
kebolehan mereka dengan lebih tepat. Selain daripada itu terdapat juga sebab lain mengapa
Hong Kong Examination and Assessment Authority (HKEAA) memperkenalkan PBS
didalam peperiksaan HKDSE iaitu bagi mengurangkan kebergantungan markah terhadap
peperiksaan awam yang hanya mentaksir pemahaman pelajar sahaja. Dengan adanya PBS
pelajar juga akan ditaksir berdasarkan kepada kemahiran dan kemajuan mereka dalam
kemahiran sains. Kebolehpercayaan sesuatu pentaksiran juga boleh ditingkatkan melalui PBS
kerana formatnya adalah semata mata berdasatkan kepada pemerhatian pelajar. Ianya juga
boleh memberikan pengaruh dan kesan yang positif terhadap sistem pembelajaran pelajar,
setiap pelajar tidak lagi hanya memberikan tumpuan kepada peperiksaan sahaja malah sistem
pembelajaran akan lebih berpusatkan pelajar.

Dalam penilaian PBS adalah berasaskan kebolehan seseorang pelajar tersebut dalam
mengendalikan kerja mereka dan di nilai oleh guru-guru mereka mengikut matapelajaran
yang memerlukan PBS. Justeru itu, dalam penilaian ini perlu penyelarasan supaya ia adil dan
tepat bagi setiap sekolah dan juga murid. Hasil kerja para pelajar akan dinilai dengan adil
berasaskan criteria markah yang disediakan oleh pihak berkuasa. penyelarasan juga akan
diberi sebagai panduan untuk menilai kerja mereka. Setiap markah akhir yang diperolehi oleh
pelajar dan telah dinilai oleh guru-guru mereka, markah mereka akan dihantar kepada
HKEAA (Hong Kong examination and assessment authority) untuk disemak semula berserta
hasil kerja mereka yang telah dinilai. Tidak kesemua markah yang akan dihantar, tetapi pihak
sekolah harus mengikut kaedah penyampelan yang dikehendaki oleh pihak HKEAA. Dalam
penyelarasan PBS, terdapat juga statistic yang akan membandingkan markah-markah para
pelajar dengan sekolah lain. Dengan cara ini, kita boleh melihat kualiti para pelajar itu sendiri
di sekolah masing-masing walaupun, pbs ini telah diselaraskan. Dalam pembahagian markah,
guru-guru juga harus mengikut garis panduan yang telah disediakan.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI CARIBBEAN

Model pentaksiran yang terdapat di Caribbean adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu
secara luaran ataupun secara dalaman. Secara luaran format pentaksiran adalah seperti pilihan
jawapan ataupun esei dan ianya akan disediakan oleh Caribbean Examinations Council
(CXC). Manakala bagi pentaksiran secara dalaman pula berbentuk seperti projek ataupun
kerja amali yang akan dirancang oleh guru yang mengajar mereka berpandukan garispanduan
yang telah dikeluarkan oleh CXC. Format pentaksiran juga adalah berbeza bagi setiap
matapelajaran yang diambil oleh pelajar. Namun tetapi ianya mempunyai beberapa ciri yang
sama iaitu semua calon perlu manjalankan tugasan yang diberi mengikut masa yang telah
ditetapkan dan ianya mestilah memenuhi setiap kemahiran yang diminta berdasarkan kepada
sukatan pembelajaran. Guru yang mengajar matapelajaran tersebut akan menilai hasil kerja
amali calon dan markah yang diberikan akan dihantar kepada CXC, markah yang diserahkan
oleh guru akan digunakan oleh CXC bagi membuat penyelarasan dan selepas proses
penyelarasan berakhir markah akhir yang diberi akan dikira sekali didalam gred akhir setiap
pelajar.

Sistem persekolahan menegah di Caribbean biasanya adalah sepanjang lima tahun dan
peperiksaan awam yang para pelajar akan duduki adalah Caribbean Certificate of Secondary
Level Competence (CCSLC). Bagi matapelajaran sains jumlah markah bagi PBS adalah
sebanyak 25% akan dibawa ke peperiksaan awam manakala peperiksaan awam akan
mewakili sebanyak 75%.

Bagi memastikan setiap peraturan dipatuhi maka CXC telah mengambil beberapa langkah
iaitu dengan menggunakan beberapa prosedur bagi proses penyelarasan, disamping itu CXC
juga menyediakan beberapa kakitangan bagi mengadakan bengkel bengkel pengenalan
kepada guru guru dan menyediakan ruang bagi guru mengemukakan maklumbalas mereka
terhadap markah penyelarasan yang diterima. Proses penyelarasan akan dilakukan oleh CXC
yang bertujuan bagi memastikan setiap sekolah dan guru telah menjalankan dan mentaksir
tugasan pelajar mengikut standard pentaksiran yang telah dikeluarkan oleh CXC. Untuk
memastikan proses penyelarasan dapat dilaksanakan dan memenuhi objektif yang telah
disediakan maka tiga strategi telah digunakan, strategi yang pertama adalah penyelarasan
melalui lawatan ke sekolah yang akan dilakukan oleh penyelaras ataupun pentaksir dari CXC.
Dalam lawatan mereka akan memastikan setiap pentaksiran berdasarkan kemahiran proses
pemerhatian ataupun penghuraian hasil ataupun kedua duanya. Penyelarasan yang kedua
pula ialah penyelarasan bagi pemarkahan, penyelarasan ini akan dipantau oleh pemeriksa
yang telah dilatih oleh CXC. Pemeriksa akan menanda semula tugasan, kerja amali atau
projek yang telah dilakukan oleh pelajar berdasarkan kepada skema yang dibekalkan.
Penyelarasan yang seterusnya adalah berdasarkan lisan, dimana pemeriksa yang telah
disahkan akan menjalankan ujian secara lisan dengan menggunakan soalan soalan yang
telah dibekalkan oleh CXC.

PERBANDINGAN DAN PERBINCANGAN (KEBAIKAN & KEBURUKAN)

Di setiap negara yang dibincangkan terdapat perbezaan dari segi pembahagian markah akhir
PBS dan seperti maklum Malaysia masih belum lagi menggunakan markah yang diperolehi
dari PEKA kedalam peperiksaan awam.

KEBAIKAN:

Walaupun sistem pentaksiran berasaskan sekolah ini masih lagi baru di Malaysia tetapi ianya
telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan di negara negara lain seperti Amerika Syarikat,
England, Australia dan beberapa negara lain. Perlaksanaan sistem PBS ini adalah bertujuan
untuk mentaksir kebolehan para pelajar terhadap kemahiran saintifik mereka, ianya akan
ditaksir oleh guru yang mengajar mereka kerana guru adalah orang yang paling hamper dan
mengetahui tahap sebenar para pelajar mereka. Kebanyakan negara negara yang
mengamalkan sistem PBS ini akan membuat penilaian dan markah yang mereka perolehi
akan dibawa ke peperiksaan awam, dengan cara itu potensi pelajar bukan sahaja dapat
ditaksir dari segi pemahaman dan pengetahuan mereka sahaja malah ia dapat melihat potensi
pelajar dalam kemahiran saintifik mereka. Di Malaysia sistem peperiksaan masih lagi
berorentasikan peperiksaan, walaubagaimanapun sistem PBS juga telah digunakan dalam
beberapa matapelajaran seperti sains, sejarah, geografi. Bahasa inggeris, bahasa melayu,
agama islam dan kemahiran hidup. Bagi matapelajaran sains sistem PBS ini telah
dilaksanakan akan tetapi selepas penilaian dibuat pelajar hanya akan diberikan tahap
pencapaian mereka sahaja dan markah PBS tidak akan dicampurkan dalam peperiksaan
awam mereka.
KEBURUKAN:

Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini memerlukan perancangan yang teliti dari
semua aspek yang ingin diuji, bagaimana ianya diuji, di mana ianya akan dilaksanakan dan
sehinggalah bagaimana penandaan yang memenuhi aspek yang diuji dan merekod markah
mereka. Oleh sebab itu, ianya sedikit sebanyak menambahkan lagi bebanan guru di sekolah
yang semamangnya mempunyai bebanan tugas penkeranian dan bermacam macam lagi.

Selain dari masalah bebanan guru, faktor kekangan masa juga perlu dilihat ini kerana PBS
menentukan dan menghadkan masa bagi seseorang pelajar untuk menyelesaikannya.
Kegagalan pelajar untuk menyelesaikan laporan atau projek mereka maka ia akan member
impak kepada markah mereka dan seterusnya menjejaskan markah akhir mereka.

Pemantauan yang akan dilakukan di setiap sekolah yang terlibat dengan PBS adalah
pemantau yang telah dilantik oleh lembaga peperiksaan yang terdapat disetiap negara yang
telah dibincangkan. Kemungkinan untuk pemantau yang hadir adalah merupakan rakan
kepada guru guru yang mentaksir di sekolah, ini boleh menyebabkan berlakunya
pemantauan yang dilakukan kurang tepat. Selain dari itu kemungkinan untuk berlakunya
penipuan dalam PBS juga boleh berlaku dengan guru yang mentaksir memberikan jawapan
kepada pelajar mereka bagi memastikan agar kesemua pelajar mereka lulus didalam
peperiksaan.

Terdapat juga guru guru yang akan mentaksir masih lagi belum bersedia dalam perubahan
sistem pendidikan dan belum sedia menerima lagi PBS. Mereka juga belum menguasai
sepenuhnya tentang PBS dimana kemuskilan yang biasa timbul adalah bagaimana markah
yang sepatutnya diberikan berpandukan criteria yang diuji dan bentuk tugasan yang ingin
digunakan.
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH DI MALAYSIA

Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah sesuatu sistem pentaksiran yang masih baru lagi
diperkenalkan di Malaysia, dan Malaysia sedang menuju kearah menggunakan PBS sebagai
satu cabang pentaksiran dalam mentaksir para pelajar. Dalam usaha tersebut terdapat pelbagai
masalah yang bakal timbul. Dalam sistem PBS sains sekarang markah yang diperolehi hanya
dinyatakan dalam bentuk tahap pelajar sahaja akan tetapi pada masa akan datang peratus PBS
adalh sebanyak 40% dan peperiksaan awam adalah 60%.

Setiap guru yang akan membuat pentaksiran perlulah diberikan kursus atau bengkel atau
kursus dalaman berkaitan pengendalian PBS, ianya bertujuan memudahkan mereka
menjalankan pentaksiran dan pelajar dapat menghasilkan laporan atau projek yang
dikehendaki dengan baik. Dengan adanya bengkel seperti itu maka ia dapat meningkatkan
lagi keyakinan guru dalam melaksanakan pentaksiran. Selain dari itu pengetua atau ketua
bidang perlu selalu memantau perjalanan PBS agar pelaksanaannya dilakukan mengikut
standard yang telah ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Proses penyelarasan juga perlu dilakukan bagi memastikan kaedah pemarkahan dan
penandaan yang dijalankan oleh guru adalah sama bagi setiap pelajar di Malaysia. Pelantikan
penyelaras daerah ataupun penyelaras negeri perlulah dari golongan mereka yang benar
benar arif dengan sistem PBS.

Setiap guru juga perlu memastikan setiap pelajar yang ingin ditaksir perlulah sedia dan benar
benar memahami setiap element yang ingin ditaksir keatas mereka. Oleh yang demikian
persediaan awal perlu dilakukan oleh guru. Dengan cara itu pelajar dapat melakukan tugasan
mereka mengikut kemahiran kemahiran saintifik yang betul.

Kemudahan infrastruktur makmal dan alatan yang ingin digunakan juga perlu berada dalam
keadaan baik, ini bagi mengelakkan berlakunya perkara perkara yang tidak diingini berlaku
disamping mengelakkan ketiadaan alatan ketika pelajar melakukan tugasan mereka.
KESIMPULAN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu kaedah pentaksiran yang dilakukan
diperingkat sekolah. Pentaksiran tersebut akan dilakukan atau dilaksanakan oleh guru yang
mengajar matapelajaran tersebut, ianya dilakukan oleh guru sendiri kerana guru lebih
memahami keadaan sebenar murid mereka. Tujuan utama pentaksiran ini dijalankan adalah
untuk menguji kemahiran proses sains yang diperolehi oleh pelajar dan ianya dilakukan
secara berterusan, berbeza dengan sistem peperiksaan yang lama pembelajaran yang
dilakukan adalah berpusatkan kepada peperiksaan sahaja.

Pemantauan juga akan dilakukan secara dalaman yang dilakukan oleh pengetua atau ketua
bidang dan juga secara luaran yang dilakukan oleh pemantau neregi atau pemantau daerah
yang telah dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Tujuan pemantauan ini
adalah untuk memastikan kerja kerja pentaksiran yang dilakukan adalah mengikut piawaian
yang telah ditetapkan oleh LPM.
RUJUKAN

1. Peter W. Hill and WAN Tak-Wing (2006). Assessment Reforms In Hong Kong. 32nd
IAEA Conference. May 2006. Singapore.

2. School Based Assessment Manual For Principals (2010). Caribbean Examination Council.
2010. Caribbean.

3. Dr. Abdul Rahim Hamdan dan Saliza Ahmad (2008). Tahap Penguasaan Guru Dalam
Melaksanakan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains Sekolah Menengah Rendah. Seminar
Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. (11-12 Okt 2008). Johor Bahru.

4. Lembaga Peperiksaan Malaysia. Manual Penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.


Kuala Lumpur.

5. Lembaga Peperiksaan Malaysia. Manual Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains. Kuala
Lumpur.

6. Hong Kong Examination and Assessment Authority. Hong Kong Diploma of Secondary
Education Examination 2013 Physics and combined Science School Based Assessment
Teachers Handbook. Hong Kong.

7. Hong Kong Examination and Assessment Authority. Moderation of School Based


Assessment Scores in The HKDSE. Hong Kong.
LAMPIRAN
PBS DI MALAYSIA
LAMPIRAN
PBS DI HONG KONG
LAMPIRAN
PBS DI CARIBBEAN

You might also like