You are on page 1of 2

Pengurusan Perniagaan ( AN 015 )

Latihan Bab 3 ( Perancangan )

Kung Fu Tze, seorang pujangga


dan ahli falsafah cina; ..

kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat
dan kalau saya buat saya tahu

Soalan 1

Selepas mendapat ijazah dalam bidang pengurusan kewangan dari UNIMAS,


Encik Daniel memulakan kerjayanya sebagai eksekutif kewangan di sebuah
syarikat pengeluaran makanan segera . Selepas 5 tahun, beliau dinaikkan
pangkat kepada pengurus jabatan kewangan. Dua belas tahun kemudian,
beliau telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan.
Jelaskan jenis perancangan yang sesuai dibuat bagi setiap peringkat kerjaya
Encik Daniel.

Soalan 2

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Encik Danial telah memberikan taklimat


kepada pekerja bawahannya tentang kepentingan perancangan kepada
sesebuah syarikat. Jelaskan intipati kandungan taklimat tersebut.

Soalan 3

Semasa Encik Danial dilantik sebagai CEO syarikat yang baru beliau
mendapati visi, misi dan objektif syarikat tersebut perlu ditukar. Berikan
maksud visi, misi dan objektif dan cadangkan visi, misi dan objektif yang baru
untuk syarikat Encik Danial

Soalan 4

Encik Danial telah menetapkan objektif syarikatnya seperti berikut. Syarikat


merancang untuk mengeluarkan sebanyak 5000 bungkusan kentang goreng
setiap bulanJelaskan ciri-ciri objektif yang baik yang dikenalpasti dari objektif
syarikat ini.

Soalan 5

Dengan contoh yang sesuai jelaskan alat-alat perancangan yang sesuai


digunakan bagi syarikat Encik Danial.

You might also like