Professional Documents
Culture Documents
Panduan Buka Tadika PDF
Panduan Buka Tadika PDF
PERKHIDMATAN TADIKA
HAKCIPTA TERPELIHARA
Penerbitan Oleh
1. Pengenalan 1
3. Kajian Pasaran 7
4. Pendaftaran Tadika 14
9. Faktor-Faktor Kejayaan 47
1 PENGENALAN INDUSTRI
1
1.3.1 Pengurusan TASKA
2
2 PROSES PENUBUHAN TADIKA
Usahawan
Penetapan Premis/Lokasi
(Sewa/Beli/Dirikan)
Pendaftaran Perniagaan
(ROB/ROC)
Lulus
Memohon Kelulusan
(Pendaftaran Dengan Jabatan
Pendidikan)
Tidak Lulus
Lulus
Pelaksanaan Bab 5 - 8
3
Terdapat lima langkah dalam proses penubuhan sebuah
tadika. Langkah pertama, setiap usahawan perlu
mempersiapkan diri dari segi pengetahuan, kemahiran dan
tingkahlaku yang sesuai dengan ciri-ciri perniagaan
perkhidmatan tadika. Sila rujuk kepada faktor-faktor kejayaan
bagi sesebuah perniagaan tadika dalam bab 8.
4
Sebaliknya jika kajian pasaran menunjukkan bahawa tiada
pasaran terhadap perniagaan perkhidmatan tadika maka
usahawan perlu melakukan kajian pasaran di kawasan yang
lain. Beberapa siri kajian pasaran terpaksa dilakukan bagi
kawasan berbeza sehingga hasil kajian memberi keputusan
bahawa wujudnya pasaran bagi perniagaan perkhidmatan
tadika.
5
Apabila semua lesen dan surat kelulusan telah diperolehi,
barulah sesebuah perkhidmatan tadika dapat dijalankan
secara sah. Pengiktirafan sebagai sebuah entiti perniagaan
yang sah dari segi undang-undang mempunyai implikasi
penting kepada usaha untuk mendapatkan sebarang
pembiayaan dari institusi kewangan tempatan. Ini kerana pihak
pembiaya hanya akan membiayai mana-mana operasi
perniagaan yang sah dari segi undang-undang sahaja.
6
3 KAJIAN PASARAN
3.1 PENGENALAN
7
Profil Persaingan
Di samping itu, usahawan perlu juga mengkaji
tentang kemungkinan wujudnya tadika yang sedia
ada. Data yang dikaji mesti meliputi jumlah
persaingan (disenaraikan semuanya mengikut
alamat), konsep pembelajaran setiap
tadika yang ada dan jumlah pelajar. Kelebihan dan
kekurangan pesaing boleh dikaji dengan
menemuduga pelanggan-pelanggan kepada
perkhidmatan tadika yang sedang beroperasi.
8
3.3 ANTARA FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA BAGI
MEMULAKAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN
TADIKA
9
FORMAT KAJIAN PASARAN
FASA I
A. PROFIL PASARAN
Bangsa Jumlah
1.
2.
3.
4.
5.
Jumlah
10
3. Data Penduduk Mengikut Umur
Umur Bilangan
I tahun
2 tahun
3 tahun
4 tahun
5 tahun
6 tahun
7 - 12 tahun
13 - 17 tahun
18 tahun ke atas
4. Data Persaingan
1.
2.
3.
11
5. Data Persaingan (Samb.)
1.
2.
3.
12
FORMAT KAJIAN PASARAN
FASA 2
Kurang RM 1000
RM 1001 - RM 1500
RM 1501 - RM 2500
RM 2501 - RM 5000
Melebihi RM 5000
13
4. PENDAFTARAN TADIKA
Perniagaan Perseorangan
Lengkapkan Borang A
14
Pendaftaran perniagaan hanya sah untuk satu tahun sahaja
dan perlu diperbaharui setiap tahun. Jika terdapat sebarang
perubahan terhadap maklumat perniagaan seperti alamat,
rakan kongsi baru, cawangan baru dan sebagainya,
pengusaha hendaklah mengisi Borang B. Jika pengusaha
ingin menamatkan operasi perniagaan, pengusaha perlu
memenuhi Borang C yang boleh diperolehi daripada ROB.
Pengusaha juga dikehendaki memulangkan sijil pendaftaran
asal (Borang D).
Perkongsian
Lazimnya, kaedah pendaftaran perkongsian adalah serupa
dengan pendaftaran perniagaan perseorangan.
Bagaimanapun, setiap rakan kongsi dikehendaki mengisi
borang butir-butir ahli kongsi (Borang P.N.A. - 1A) secara
berasingan.
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
Syarikat Sdn. Bhd. boleh ditubuhkan dan didaftarkan dengan
Pejabat Pendaftaran Syarikat (Registrar of Company - ROC)
berpandukan kepada langkah-langkah berikut :
Penuhkan Lampiran A
15
Pemilihan Nama Syarikat
Lampiran A
Lampiran ini hendaklah diisi dalam tiga salinan dan
dikembalikan kepada ROC bersama dokumen-dokumen
syarikat. Lampiran A memuatkan nama syarikat, objek
pertama, modal dibenarkan, alamat pejabat yang
didaftarkan dan butir-butir pengarah.
16
Mengemukakan Permohonan Penubuhan Kepada Jabatan
Pendidikan Negeri
17
Nama tadika beralamat penuh 3 km sekeliling/300 buah
rumah (bagi kawasan taman perumahan).
Surat persetujuan jiran-jiran terdekat mengandungi nama,
nombor kad pengenalan, alamat rumah dan tandatangan
penghuni/tuan punya rumah tidak kurang daripada sepuluh
buah rumah jiran.
Surat perjanjian sewa bangunan (tenancy agreement).
Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF).
Kertas Kerja.
Lawatan Kesesuaian Oleh Jabatan Pendidikan
Satu surat jawapan penerimaan kertas kerja secara bertulis
akan dikeluarkan dan meminta pemohon menghubungi pihak
jabatan untuk menentukan tarikh lawatan..
Mengisi Borang Pendaftaran
Semua borang rasmi permohonan pendaftaran akan diberikan
kepada pemohon selepas lawatan.
Mendapatkan Sokongan Dari Agensi Berkaitan
Setelah borang permohonan disemak, bagi mendapatkan
pandangan dan sokongan, Jabatan akan mengeluarkan surat
kepada :
Pihak Berkuasa Tempatan
Jabatan Bomba dan Penyelamat
Pendaftar Perniagaan (ROB/ROC)
Surat Kelulusan dan Tawaran Syarat
Setelah menerima sokongan dari agensi berkenaan di para
5, surat kelulusan akan dikeluarkan kepada pemohon dengan
syarat-syarat tertentu.
Sijil Pendaftaran
Sijil Pendaftaran Sekolah akan dikeluarkan setelah pemohon
bersetuju dengan syarat yang dikenakan.
18
Format kertas kerja permohonan penubuhan tadika
dengan Jabatan Pelajaran dan permohonan pinjaman
dari institusi kewangan.
4.3 PERATURAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Perancangan
Mengemukakan pelan-pelan clan clokumen-clokumen.
Pelan-pelan :
- Pelan tapak
- Pelan lantai
- Lukisan keratan
- Lukisan tampak
Urusan tanah/percukaian :
- Salinan hakmilik tanah yang disahkan oleh
Pejabat Tanah Daerah.
- Salinan cukai taksiran
- Salinan cukai tanah
Dokumen-dokumen lain :
- Gambar-gambar tapak
- Surat perjanjian/kebenaran dari pemilik bangunan
(jika disewa)
- Surat sokongan dari pemilik/penghuni bangunan/
lot bersebelahan
Kesesuaian Tapak
Jenis bangunan yang sesuai.
Rumah sebuah (banglo).
Rumah berkembar.
Rumah teres (lot tepi dengan kawasan lapang dan
tidak menyebabkan kesesakan dan gangguan
lalulintas).
Rumah pangsa (tingkat bawah).
Bangunan pejabat (tingkat 1 hingga 2 kecuali dengan
sokongan Jabatan Perkhidmatan Bomba).
Bangunan komersil (mengikut sokongan Jabatan
Perkhidmatan Bomba).
Bangunan kilang (mengikut sokongan Jabatan
Kesihatan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja).
19
Kesesuaian Tanah
Tidak terletak di hadapan jalan utama. Jalan keluar masuk
sekurang-kurangnya 10 meter dari simpang utama.
Mempunyai kawasan permainan yang secukupnya di luar
bangunan pusat.
Kehendak Pengiklanan
Ditulis dalam Bahasa Melayu.
Kedudukan di tempat yang sesuai.
Kehendak Bangunan
Kehendak tangga (sekiranya bangunan bertingkat) :
- Mempunyai dua tangga (laluan) bagi masa kecemasan.
- Tangga kayu dan konkrit hendaklah di atas permaidani
atau bahan lembut.
- Tangga hendaklah dipasang dengan pagar (railings)
dengan ketinggian sesuai denganketinggian kanak-
kanak.
Kehendak Pengudaraan dan Pencahayaan
Pengudaraan boleh kawal hendaklah 20% daripada
keluasan lega lantai.
Pengudaraan bebas hendaklah 10% daripada keluasan
lega lantai.
Pencahayaan semulajadi hendaklah 20% daripada
keluasan lega lantai.
Kehendak Tingkap dan Pintu
Semua pintu dan tingkap hendaklah dibuka dari bahagian
dalam.
Tingkap jenis bebilah (louvres) tidak dibenarkan.
Semua pintu dan tingkap di tingkat atas bangunan yang
dipasang dengan jeriji hendaklah dari jenis yang boleh
dibuka.
Semua jeriji yang digunakan di tingkat bawah hendaklah
dari jenis yang tidak tajam dan merbahaya serta boleh
dibuka.
Menyediakan dua pintu yang berasingan (1 hadapan dan1
belakang).
20
Kehendak Kegunaan Ruang
Menyediakan ruang untuk kemudahan belajar dan
bermain.
Menyediakan ruang berasingan (sick bay).
Menyediakan ruang dapur.
Menyediakan ruang penyediaan makanan.
Mempunyai ruang penyimpanan makanan.
Pengasingan ruang antara bayi dengan kanak-kanak lain.
4.4 PERATURAN JABATAN PERKHIDMATAN BOMBA
DAN PENYELAMAT
Bangunan
Keadaan Bangunan Yang Dibenarkan
Mempunyai lebih daripada 1 tangga (bagi bangunan
bertingkat).
Tidak mengandungi bahan-bahan bahaya.
Kedudukan tadika tidak melebihi had kelengkapan
tangga jentera bomba (bandaraya 40 meter, bandar kecil
10 meter).
Bukan bangunan tingkat basement.
Ciri Keselamatan Bangunan
Berhampiran dengan tangga keselamatan bagi tadika
yang terletak dalam bangunan bertingkat.
Mematuhi jarak perjalanan maksimum (tiada sistem
sprinkler 30 meter, mempunyai sistem sprinkler 43 meter,
had jalan mati 9 meter, jarak minimum antara dua pintu 5
meter).
Mematuhi had maksimum mengikut bilangan pintu keluar.
Kehendak Teknikal Dinding
Antara tadika dengan bahagian lain (dinaikkan ke paras
tingkat)
- tempoh ketahanan api (TKA) 2 jam.
Bilik penyediaan dengan tadika (dinaikkan ke paras lantai
tingkat)
- TKA 2 jam.
Dinding pejabat (TKA 1/2 jam).
21
Kehendak Kemudahan Keluar dan Pengosongan
Premis.
Mengadakan tanda keluar lampu kecemasan jenis kuasa
tersendiri.
Mengadakan trolley nisbah 1:6.
Mewujudkan refuge area:
- Ruang lobi.
- Koridor.
- Kawasan terlindung dalam tadika.
Mengadakan alat pencegah kebakaran dari jenis yang
diluluskan:
- 2 unit 4.5 kg. alat pemadam api mudah alih jenis debu
kering.
- Alat pengesan asap jenis kuasa tersendiri.
Operasi
Kehendak Langkah Keselamatan
Tidak dibenarkan menggunakan lilin/pelita.
Tidak dibenarkan menggunakan ubat nyamuk.
Tidak dibenarkan merokok dalam premis.
Tidak dibenarkan pembakaran terbuka atau memasak.
Jika ada aktiviti, hendaklah dijalankan di kawasan
berasingan yang mempunyai ketahanan api yang
dibenarkan.
Tidak dibenarkan membawa masuk kanak-kanak ke
dalam ruang penyediaan.
Plug point yang rendah hendaklah ditutup dengan
kemas.
Tidak dibenarkan menggunakan penyambungan wayar.
22
Bangunan
Kehendak Kemudahan Kebersihan
Menyediakan elbow tap.
Menyediakan susur tangan (handrails) untuk kanak-
kanak yang kurang upaya.
Mangkuk tandas tidak melebihi 150mm (6") tinggi dari
paras lantai.
Basin mencuci tangan dengan ketinggian tidak melebihi
600mm (2") hendaklah disediakan secukupnya.
Bangunan (Operasi)
Komponen Bangunan
Dinding di dalam dan di luar bangunan, siling dan lantai
hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan
memuaskan setiap masa.
Lantai bilik mandi, tandas dan tempat buang air kecil
serta parit hendaklah sentiasa di dalam keadaan bersih,
tidak licin dan air tidak bertakung.
Mengadakan dapur, bilik mandi dan tandas yang sesuai
dan memuaskan serta bersih pada setiap masa.
Mempunyai ruang dengan kemudahan-kemudahan
membasuh yang lengkap.
Mempunyai tempat membuang sampah atau
menggunakan tong sampah dan karung plastik seperti
yang ditetapkan.
Mematuhi kehendak minimum keluasan lantai 3.5 meter
persegi.
Longkang di dalam kawasan tadika hendaklah ditutup
dengan
papan tetulang konkrit untuk keselamatan.
Peralatan/Perabot/Kemudahan Dalam Bangunan
Semua perabot, alat-alat elektrik dan sebagainya
hendaklah berada dalam keadaan bersih dan
memuaskan.
Mengadakan katil/tempat tidur yang sesuai dan
mencukupi.
23
Menyediakan barang-barang permainan yang elok dan
tidak berbentuk tajam.
Mengadakan kelengkapan permainan yang sesuai dan
selamat.
Mengadakan telefon di bangunan pusat.
Mengadakan buku daftar kanak-kanak dengan butir-butir
ibu/bapa/penjaga.
Mengadakan buku pelawat.
Kehendak Perubatan dan Kesihatan
Mengadakan peti kecemasan di tempat yang sesuai.
Mengadakan pegawai perubatan pelawat dan butir-butir
mengenai pegawai tersebut hendaklah dikemukakan.
Mengadakan seorang yang berkelayakan dan
berpengalaman untuk menjaga kanak-kanak.
Mengemukakan laporan pemeriksaan perubatan tahunan
(X-Ray dan T.Y.B) bagi pelesen dan pekerja.
Orang yang menghidap sebarang penyakit dilarang masuk
ke dalam bangunan pusat.
Binatang-binatang peliharaan seperti anjing, kucing, burung
dan sebagainya tidak dibenarkan berada di dalam
bangunan.
Penyediaan Makanan
Menyediakan makanan yang seimbang untuk kanak-kanak.
Dilarang menyediakan makanan ringan kepada kanak-
Semua botol dan puting susu mesti dibasmi kuman.
Makanan halal hendaklah disediakan untuk kanak-kanak
yang beragama Islam.
Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan
hendaklah bersih.
Keadaan tempat menyediakan makanan hendaklah bersih.
Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih clan
selamat.
Kehendak Umum
Mengadakan peraturan keselamatan yang memuaskan.
24
5. STRATEGI OPERASI PERNIAGAAN TADIKA
5.1 PENGENALAN
Aspek ini merumuskan penemuan tentang perkara-
perkara seperti sumber pembekalan perkhidmatan,
aspek pekerjaan, kelayakan tenaga kerja, keluasan
ruang perniagaan dan maklumat pelajar.
25
Peralatan/Kemudahan Power Price Marketing
Pembelajaran (Meja/ No. 17/1, Jalan Tiara 3
kerusi/ papan putih dll.) Bandar Baru Klang
41150 Klang, Selangor
Tel : 03-3432909/012-2511324
Fax : 03-3432909
26
5.5 KELAYAKAN GURU
Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyai
guru atau tenaga pengajar yang kelayakan minima di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Bagaimana pun tenaga
pengajar yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi
seperti ijazah, diploma atau sijil tadika dapat membantu
kecemerlangan mutu perkhidmatan.
5.6 INSTITUSI LATIHAN PENGURUSAN TADIKA
Terdapat beberapa institusi yang terlibat dalam
memberikan latihan pengurusan tadika kepada mereka
yang berminat dalam bidang ini. Latihan tersebut terbuka
kepada pemilik perniagaan atau bakal pengusaha tadika
dan tenaga pengajar/pendidik perniagaan perkhidmatan
tadika. Di antara institusi latihan yang ada ialah :
1. Persatuan Tadika Malaysia
No. 58, Jalan SS 2/72, 47300 Petaling Jaya
Tel : 03-79574610 Fax : 03-79544610
2. Al-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd.
No. 8, Tingkat Bawah, Jalan AU 1A/4F
Taman Keramat Permai 54200 Kuala Lumpur
Tel : 03-42575132 Fax : 03-42575132
3. Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam
Kg. Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang,
Selangor Tel : 03-89265853 Fax : 03-89263213
u/p : Tn. Hj. Kamaruddin Musa
4. Tadika Sri Montessori Sdn. Bhd.
No. 91, Jalan Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-79575755 Fax : 03-79563580
e-mail : admin@montessori.edu.my
5. Persatuan Taska Negeri Selangor
No.1, Jalan SS 18/2A, Subang Jaya
47500 Selangor
Tel/Fax : 03-7382735
u/p : Pn. Ismaliza Ismail
27
5.7 RUANG
Dari segi keluasan ruang, ia boleh dibahagikan kepada
dua aspek iaitu keluasan keseluruhan tapak perniagaan
dan keluasan ruang perniagaan. Keluasan keseluruhan
tapak perniagaan merujuk kepada keluasan ruang pejabat,
bilik darjah, ruang stor, ruang dapur dan kawasan riadah.
Manakala ruang perniagaan merujuk kepada keluasan
ruang pejabat, bilik darjah, ruang stor dan ruang dapur
sahaja.
5.9 PELAJAR
28
bahawa purata 5 kelas adalah kadar minima jika tadika
ini dibuat secara komersil.
29
6. STRATEGI PEMASARAn PERNIAGAAN TADIKA
6.1 PENGENALAN
Aspek ini menerangkan tentang rangkaian produk
atau perkhidmatan yang ditawarkan, peratus
keuntungan yang diperolehi oleh industri, isu tentang
segmen pasaran, konsep perkhidmatan, penetapan
harga produk, strategi edaran lan promosi.
6.2 Rangkaian Produk atau Perkhidmatan
Senarai rangkaian produk atau perkhidmatan yang
melengkapi keperluan pasaran adalah antara isu
penting dalam menentukan keuntungan dan
kesinambungan sesebuah perniagaan perkhidmatan
tadika. Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika
mempunyai senarai produk atau perkhidmatan tadika
meliputi perkhidmatan tadika, penjagaan kanak-
kanak, kelas bahasa, senilukis,muzik, agama dan
perkhidmatan pengangkutan.
Dalam industri ini, terdapat usahawan yang hanya
menawarkan produk tadika sepenuhnya. Sebahagian
kecil pula menawarkan produk tadika dan produk lain
secara serentak. Produk-produk lain meliputi
penjagaan kanak-kanak, kelas bahasa, kelas
senilukis, kelas muzik, kelas agama dan
pengangkutan. Antara sebab utama ialah, di bawah
produk perkhidmatan tadika, pembelajaran tentang
kelas bahasa, senilukis, muzik, agama telah pun diberi
penekanan.
Kebanyakan pengusaha tadika tidak menawarkan
perkhidmatan pengangkutan sebagai sebahagian dari
rantaian produk mereka. Usahawan bidang ini lebih
cenderung menggunakan perkhidmatan
pengangkutan yang disediakan oleh pengusaha
pengangkutan sedia ada di kawasan berdekatan.
Bagaimana pun jika usahawan yang terlibat dalam
perniagaan perkhidmatan tadika dapat menawarkan
30
perkhidmatan pengangkutan sebagai satu produk
tambahan, mereka mempunyai kelebihan bersaing
dengan pengusaha tadika yang lain.
31
6.5 Konsep Perniagaan Tadika
32
di London, di mana kurikulum yang digunakan adalah
berasaskan kepada kurikulum yang dikeluarkan oleh Pusat
Montessori di London. Bahasa pengantar utama ialah Bahasa
Inggeris kecuali pengajaran tentang Bahasa Malaysia/Cina
dan kelas agama. Di antara kandungan kurikulum pengurusan
tadika berasaskan konsep Montessori meliputi :
English Language (Thematic Approach)
English Reading Program
Phonics
Writing Skill
Mathematics
Art and Craft
Music And Movement
Computer
Health And Fitness
Cultural Studies
Bahasa Malaysia/Cina
Bahasa Malaysia/Chinese Reading Program
Islamic Studies/Moral
Pengurusan tadika berasaskan Konsep KBSR (Kurikulum
Baru Sekolah Rendah) memberi penekanan kepada
persediaan pelajar untuk memasuki persekolahan darjah satu.
Kurikulum yang digunakan ialah berasaskan kepada garis
panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia atau Jabatan Pelajaran Negeri. Di antara kandungan
kurikulum pengurusan tadika berasaskan konsep KBSR ialah:
Asas Bacaan - Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Asas Mengira (Matematik)
Asas Kemahiran Hidup Dan Reka Cipta
Asas Pendidikan Islam/Moral
Asas Pendidikan Seni
Asas Pendidikan Muzik
Asas Sains
Asas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Kelas Agama dan Fardu Ain
33
Konsep Pengurusan 3M (Menulis, Mengira dan
Membaca) pula memberi penekanan kepada pelajar-
pelajar tentang kemahiran menulis, mengira dan membaca.
Dari segi kandungan kurikulum pengurusan berasaskan 3M
tidak banyak bezanya dengan konsep KBSR, cuma
penekanan dalam konsep 3M diberikan kepada
meningkatkan kemahiran menulis, mengira dan membaca
di kalangan pelajar berbanding pengurusan berasaskan
KBSR - lebih kepada persediaan untuk memasuki sekolah
rendah. Setiap pengusaha perkhidmatan tadika perlu
mempertimbangkan untuk mengadaptasikan mana-mana
konsep pengurusan tadika yang sesuai. Keputusan untuk
memilih konsep pengurusan tadika tertakluk kepada
faktor-faktor berikut :
34
Hanya sedikit sahaja perkhidmatan tadika mensasari
pasaran melebihi 10KM. Ini bermakna pemilihan lokasi
sangatlah penting dalam menentukan dayamaju
perniagaan perkhidmatan tadika.
35
6.9 BELANJAWAN PROMOSI
36
7 STRATEGI PENTADBIRAN PERNIAGAAN TADIKA
7.1 Pejabat Pentadbiran
Dari segi keperluan pejabat pentadbiran, didapati
bahawa hampir kesemua perniagaan tadika di
Lembah Kelang memperuntukxkan sebuah ruang
pejabat dalam premis perniagaan mereka. Keluasan
ruang pejabat ini tidak penting kerana ia digunakan
hanya untuk menempatkan rak fail dan peralatan
pejabat.
7.2 KEPERLUAN PERABOT DAN PERALATAN
Peralatan yang diperlukan untuk mentadbir
perniagaan tadika terdiri daripada perkara-perkara
yang berikut :
Satu set perabot meja dan kerusi untuk pengurus
dan kerani
Sebuah komputer
Sebuah pencetak
Alat tulis dan rak-rak fail
7.3 TENAGA KERJA PENTADBIRAN
Tidak ramai tenaga kerja pentadbiran yang diperlukan
oleh perniagaan tadika. Kebanyakan perniagaan yang
ditemui mempunyai seorang pengurus dan seorang
kerani sahaja.
7.4 PERSATUAN TADIKA/TASKA
37
1. Persatuan Tadika Malaysia
No. 58, Jalan SS 2/72, 47300 Petaling Jaya.
Tel :03-79574610 Fax : 03-79544610
38
8 IMPLIKASI KEWANGAN PERNIAGAAN TADIKA
8.1 PENGENALAN
Jadual 8.2
Purata Kos Pelaksanaan Projek
39
Jadual 8.2
Perincian Kos Pelaksanaan Projek
(Tadika & Penjagaan Kanak-Kanak) (n = 26)
Jadual 8.3
Perincian Kos Pelaksanaan Projek
(Tadika Sahaja) (n = 20)
40
8.3 KOS PELABURAN
Kos Aset Tetap
Aset-aset tetap yang dimiliki terdiri daripada tanah,
bangunan, perabot dan kelengkapan dan kenderaan. Bagi
keseluruhan perniagaan (tadika clan penjagaan kanak-
kanak), pelaburan terhadap aset tetap, secara purata
bernilai RM 60,980. Bagi pengusaha yang menjalankan
perkhidmatan tadika sahaja, purata pemilikan aset tetap
bernilai RM 57,850.
Modal Kerja
Modal kerja (atau modal pusingan) merangkumi kos
pentadbiran, kos pemasaran dan kos operasi. Terdapat
juga sebilangan tadika yang menanggung kos
pra-operasi.
Kos Pentadbiran.
Kos ini merangkumi pembayaran gaji kakitangan, sewa
tanah dan bangunan, utiliti dan sebagainya. Secara
purata, kos pentadbiran yang terlibat bagi mengendalikan
perkhidmatan tadika dan penjagaan kanak-kanak ialah
RM 4,947 sebulan dan bagi tadika sahaja ialah RIM 5,096.
Kos Pemasaran.
Kos pemasaran ialah segala kos yang diperuntukkan bagi
membiayai segala aktiviti pemasaran perniagaan. Di
antara contoh perbelanjaan pemasaran ialah kos promosi.
Secara purata, kos pemasaran ialah sebanyak RM450
sebulan bagi tadika dan penjagaan kanak-kanak dan
RM563 bagi tadika sahaja.
Kos Operasi.
Kos operasi ialah segala kos yang diperlukan bagi
membiayai ssegala perbelanjaan operasi. Di antara
contoh kos operasi ialah pembelian bahan makanan,
bahan pengajaran dan utiliti.
41
Secara purata kos operasi ialah RM3,143 sebulan bagi
tadika dan penjagaan kanak-kanak dan RM3,494 bagi
tadika sahaja.
Pada keseluruhannya, secara purata jumlah modal kerja
ialah RM8,540 sebulan bagi perkhidmatan tadika dan
penjagaan kanak-kanak dan RM9,153 sebulan bagi tadika
sahaja (lihat Jadual 8.4).
Jadual 8.4
Jumlah Pelaburan Modal Kerja Bulanan
Kos Pra-Operasi
Kos ini membabitkan perbelanjaan yang ditanggung
sebelum memulakan operasi seperti pendaftaran,
ubahsuaian, pembayaran deposit dan sebagainya. Secara
purata, belanja pra-operasi yang ditanggung ialah
RM 1,770 bagi perkhidmatan tadika dan penjagaan kanak-
kanak dan sebanyak RM 2,025 bagi tadika.
8.4PENDAPATAN
Pendapatan utama perniagaan merangkumi yuran
pendaftaran, yuran pendidikan prasekolah dan yuran
penjagaan kanak-kanak.
Yuran Pendaftaran
Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yuran
pendaftaran sebanyak RM50.00. Yuran terendah ialah
sebanyak RM10.00 dan tertinggi berjumlah RM200.
42
Secara purata yuran yang dikenakan ialah RM60 setahun
setiap kanak-kanak (lihat Jadual 8.5).
Yuran Pendidikan Pra-Sekolah (Tadika)
Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yuran
bulanan di antara RM101 hingga RM150. Yuran terendah
ialah sebanyak RM80 sebulan dan tertinggi RM200
sebulan. Secara purata, yuran bulanan dikenakan
sebanyak RM149 bagi setiap kanak-kanak (lihat
Jadual 8.5).
Yuran Penjagaan Kanak-Kanak
Di samping pendidikan pra-sekolah, terdapat juga
perniagaan tadika mengendalikan penjagaan kanak-
kanak. Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yuran
di antara RM51 hingga RM100. Bagi kes tertentu, ada juga
perniagaan yang mengenakan yuran penjagaan melebihi
RM200 sebulan. Secara purata, jumlah yuran ialah RM218
sebulan bagi setiap kanak-kanak.
Pendapatan dan Kos
Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi untung, iaitu
jumlah jualan (sama ada dalam bentuk bilangan kanak-
kanak atau ringgit) dan jumlah kos (kos tetap dan kos
berubah). Pengiraan mudah bagi menentukan untung ialah:
43
Bagi tujuan analisis, kos bagi mengendalikan tadika boleh
diklasifikasikan seperti berikut:
44
Jadual 8.5
Pendapatan dan Kos Bulanan
Bangunan Menyewa
Sendiri Bangunan
Kos pra-operasi tidak diambil kira dalam analisis ini kerana kos ini
merupakan kos permulaan yang dibelanjakan sebelum perniagaan
beroperasi. Oleh yang demikian, kos tersebut bukan merupakan
perbelanjaan dalam operasi harian tetapi merupakan perbelanjaan
modal yang dianggap aset kepada perniagaan.
45
Jadual 8.6
Pengiraan Titik Pulangan Modal
46
9 FAKTOR FAKTOR KEJAYAAN
9.1 PENGENALAN
Aspek ini merumuskan penemuan tentang faktor-faktor
penyumbang kepada kejayaan sebuah perniagaan
perkhidmatan tadika.
Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang
penyebab utama menyumbang kepada kelangsungan
(continuity) dan keuntungan (profitability) sesebuah
perniagaan. Faktor-faktor kejayaan boleh dipecahkan
kepada dua kategori utama iaitu faktor yang berkait
dengan ciri-ciri usahawan dan faktor yang berkaitan
dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri.
9.2 Ciri-ciri Keusahawanan
Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau
keperibadian seseorang semasa mengurus sesebuah
perniagaan. Perlaku atau keperibadian seseorang
memainkan peranan penting sama ada menyumbang
atau merosakkan urusniaga sesebuah perniagaan.
Kategori ciri-ciri usahawan dibahagikan kepada tiga
(3) komponen penting. Komponen tersebut ialah aspek
pengetahuan (knowledge), kemahiran (skills) dan
tingkahlaku (attitude).
Aspek pengetahuan meliputi ilmu atau maklumat yang
dimiliki oleh seseorang yang membolehkan mereka
mengurus sesebuah perniagaan dengan jayanya.
Manakala kemahiran pula merujuk kepada kebolehan
atau kepakaran yang dimiliki oleh seseorang usahawan
dan sangat berguna dalam membantu kebolehan
mereka mengurus sesebuah perniagaan. Tingkahlaku
pula merujuk kepada aspek dalaman diri atau
perlakuan seseorang usahawan semasa mengurus
perniagaan.
47
Jadual 9.1 menunjukkan tentang ciri-ciri penting yang perlu
ada pada seseorang usahawan dalam bidang
perkhidmatan tadika. Ciri-ciri tersebut menjadi
Penyumbang utama kepada kejayaan mengurus
sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika
48
9.3 CIRI PERNIAGAAN
Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri.
Setiap perniagaan pada dasarnya adalah berbeza dari
segi sifat dan ciri-cirinya. Setiap usahawan perlu
mengesan ciri-ciri yang penting yang perlu ada pada
sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika yang berjaya.
Ciri-ciri dominan bagi sebuah perniagaan perkhidmatan
tadika yang berjaya dipecahkan kepada empat kategori
utama iaitu program atau produk, premis, tenaga kerja
dan citra perniagaan(Business image). seperti di Jadual
9.2.
49
Dalam aspek program atau produk yang ditawarkan,
faktorkejayaan adalah terdiri daripada kurikulum terkini, aktiviti
tahunan, pemakanan dan kaedah pengajaran. Manakala
aspek premis pula merujuk kepada lokasi yang strategik,
hiasan dalaman perniagaan yang menarik, keluasan kawasan
premis dan kebersihan kawasan perniagaan. Dalam aspek
tenaga kerja pula tuntutan kepada keperluan mempunyai
kumpulan tenaga kerja terlatih, mereka sukakan kanak-kanak
dan semangat kerja berpasukan menjadi faktor terpenting.
Dari segi citra perniagaan faktor kejayaan yang dikesan ialah
orientasi pencapaian dalam perkhidmatan, rangkaian
perniagaan, mempunyai cawangan tambahan, reputasi sedia
ada dan perkhidmatan yang mesra.
Ciri Perincian
Program Kurikulum Pendidikan
Aktiviti Tahunan
Pemakanan (Halal & Bersih)
Kaedah Pengajaran
Premis Lokasi Strategik
Hiasan Dalaman
Keluasan Kawasan Premis
Kebersihan Persekitaran (dalam dan luar premis)
Tenaga Kerja Mutu Tenaga Kerja (tenaga kerja terlatih)
Sukakan Kanak-Kanak Semangat Kerja Berkumpulan
Citra Perniagaan Orientasi Pencapaian Dalam Perkhidmatan
Rangkaian Perniagaan (Business Networking)
Cawangan Tambahan
Reputasi Perniagaan Sedia Ada
Perkhidmatan Mesra
50