You are on page 1of 1

Log Harian Kanak-Kanak TASKA

Log harian kanak-kanak adalah satu buku log yang mengandungi catatan yang berkaitan dengan
aktiviti rutin dan juga aktiviti pembelajaran kanak-kanak sepanjang berada di TASKA.

Sebuah perniagaan TASKA yang professional mesti mewajibkan penulisan buku log ini setiap hari.
Buku Log Harian Kanak-Kanak mengandungi bahagian yang perlu diisi oleh ibubapa dan sebahagian
lain yang perlu dicatatkan oleh pengasuh@pendidik di TASKA. Selain daripada mencatatkan aktiviti
harian di TASKA, buku log juga bertujuan untuk melibatkan ibubapa dalam konteks mengambiltahu
perkara yang berlaku kepada anak-anak mereka sepanjang hari di TASKA. Ibubapa perlu
mencatatkan mengenaikan kedatangan anak-anak, barang keperluan dan keadaan fizikal anak-anak
sewaktu di hantar ke TASKA. Selain itu ibubapa boleh memberi komen terhadap catatan tertentu
yang ditulis oleh pengasuh mengenai anak-anak. Secara tak langsung berlakulah komunikasi bertulis
antara ibubapa dan juga pengasuh anak-anak.

Pihak pengurusan TASKA pula perlulah memastikan yang buku log ditulis dengan betul dan jujur.
Pastikan semua pangasuh@pendidik tahu cara mencatatkan butiran dalam buu log secara
professional dan beretika. Catatan dalm Buku Log harian Kanak-kanak banyak membantu pihak
TASKA sekiranya berlaku sesuatu salah faham atau kekeliruan di kalangan ibubapa mengenai perkara
yang berlaku di TASKA. Catatan dalam buu log boleh dijadikan bukti yang kukuh. Oleh sebab itu ,
penting pengasuh mencatatkan sesuatu dengan betul bukan sekadar sambil lewa sahaja.

You might also like