You are on page 1of 4

PENGURUSAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH UNTUK MURID BERKEPERLUAN

KHAS.
Keselamatan pengurusan murid
Keselamatan semasa berada di kawasan sekolah.
Guru pendidikan khas hendaklah memastikan kawasan sekolah sentiasa
berada dalam keadaan yang selamat untuk murid. Guru hendaklah menjalankan
pemeriksaan bangunan dan sekitar sekolah secara berkala. Pemeriksaan ini
hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun iaitu pada semester
pertama dan kedua persekolahan. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan
semua murid sama ada murid aliran perdana atau pendidikan khas berada dalam
keadaan selamat.
Guru juga hendaklah mengawasi murid sepanjang masa. Sekiranya guru
mempunyai urusan luar, guru boleh meminta pertolongan dari Pembantu
Pengurusan Murid (PPM) untuk memantau murid. PPM hendaklah sentiasa
mengawal murid dan mengelakkan mereka berkeliaran di kawasan sekolah yang
jauh dari kelas pendidikan khas. Hal ini kerana, sekiranya berlaku kemalangan atau
murid tercedera, guru yang akan dipersalahkan atas kecederaan tersebut.
Murid berkeperluan khas mempunyai tingkah laku yang sukar dijangka. Oleh
itu, murid perlu dielakkan daripada berada di kawasan beranda secara
berseorangan. Hal ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Guru atau
PPM perlu mengelakkan murid bergayut pada pemegang tangga dan beranda. Jika
tiada pemantauan dari pihak guru atau PPM, akan berlaku kemalangan yang akan
mengakibatkan perkara yang tidak diingini seperti jatuh dan terhantuk kepala.
Selain itu, guru dan PPM perlu memastikan semua laluan tangga dalam
keadaan selamat, baik dan bebas daripada segala halangan terutamanya di sekolah
yang mempunyai murid bermasalah fizikal seperti selebral palsy. Hal ini bagi
mengelakkan timbulnya perkara yang diingini sekaligus mewujudkan persekitaran
yang selamat bagi murid-murid pendidikan khas.

Keselamatan semasa berada di dalam bilik darjah


Keselamatan murid hendaklah dijaga bukan sahaja di luar kelas, malah di
dalam kelas juga hendaklah dititikberatkan. Keselamatan murid di dalam bilik darjah
adalah tanggungjawab guru pendidikan khas dan PPM seratus peratus. Ibu bapa
akan merunding jari kepada guru sekiranya berlaku sesuatu perkara kepada anak-
anak mereka.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan, guru hendaklah sentiasa
berada di dalam kelas. Sekiranya guru mempunyai tugasan luar, guru perlu meminta
pertolongan daripada PPM untuk mengantikannya memantau murid-murid di dalam
kelas. Seperti sedia maklum, murid-murid pendidikan khas mempunyai pelbagai
masalah termasuklah masalah tingkah laku. Sekiranya tiada sesiapa yang memantau
kelas mungkin akan berlaku pergaduhan antara murid dengan murid. Sebagai
contoh, murid bermasalah tingkah laku telah memukul kepala murid Selebral Palsy.
Guru juga bertanggungjawab untuk memastikan permukaan lantai bilik darjah
dalam keadaan rata dan tidak licin. Sekiranya PPM ingin mengemop lantai, tugas ini
hendaklah dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Selain itu
juga, guru hendaklah menukar kipas rosak, berbunyi dan terlalu lama. Kipas tersebut
mungkin akan mendatangkan masalah sekiranya tidak ditukar kerana akan
mengganggu pembelajaran yang berlangsung.
Susunan perabot di dalam kelas juga perlu disusun mengikut keselesaan
pergerakan murid-murid. Kerusi dan meja yang tidak tersusun dengan betul akan
menghalang pergerakan murid-murid untuk melakukan aktiviti semasa di dalam
kelas. PPM juga perlu menyimpan peralatan tajam di tempat yang selamat dan sukar
di ambil oleh murid. Murid juga tidak dibenarkan untuk mengambil peralatan ini
sendiri tanpa guru atau PPM yang mengiringi mereka.

Keselamatan semasa aktiviti sukan dan permainan


Sebelum memulakan aktiviti sukan, guru perlu mengambil berat tentang
kesihatan murid. Sekiranya ada murid yang tidak sihat pada hari tersebut, murid
tersebut dikecualikan daripada aktiviti sukan. Dari segi pemakaian sebelum
beraktiviti, guru bertanggungjawab melihat pemakaian murid seperti memakai kasut
sukan, seluar trek dan baju t-shirt bukannya memakai baju kurung dengan seluar trek
bagi murid perempuan. Dengan pemakaian sukan yang betul, keselamatan murid
lebih terjamin.
Sekirannya ada murid yang mempunyai penyakit asma, jantung, sawan dan
beberapa penyakit yang tidak menggalakkannya terlibat dalam aktiviti sukan dan
permainan. Mereka mungkin diberi untuk bermain aktiviti dalaman seperti congkak,
dam ular dan bongkah kayu yang tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk
beraktiviti.
Kawasan untuk beraktiviti juga perlu diambil berat. Sebelum memulakan
aktiviti, guru hendaklah memastikan tempat aktiviti dalam keadaan selamat dan
selesa. Elakkan daripada melakukan aktiviti di tempat yang berbatu dan permukaan
yang tidak rata. Guru digalakan menggunakan padang rumput untuk beraktiviti
kerana padang rumput lebih selamat daripada padang simen.

Tingkah laku
Kindsvatter (dlm. Levin & Nolan, 2004) yang melihat disiplin dari perspektif
tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah mendefinisikan masalah disiplin sebagai
tingkah laku bermasalah atau salah laku. Murid-murid yang mempunyai masalah
tingkah laku akan dipantau oleh guru sepanjang masa. Guru menyediakan senarai
nama murid dan maklumat lengkap murid yang mempunyai masalah tingkah laku.
Guru juga akan menyediakan satu borang khas untuk merekod tingkah laku
murid. Borang tersebut akan diagihkan kepada guru-guru yang mengajar bagi
memastikan tingkah laku murid tersebut bertambah atau semakin berkurangan.
Sekiranya tingkah laku mereka masih lagi tiada perubahan, guru boleh menghubungi
ibu bapa untuk melaporkan perihal anak mereka semasa di sekolah. Dengan cara ini
mungkin dapat mengatasi masalah tingkah laku dengan bantuan daripada ibu bapa.
Setiap murid-murid pendidikan khas akan mempunyai Rancangan
Perancangan Individu (RPI). Dengan adanya RPI ini, guru telah merancang
perancangan yang sesuai untuk dijalankan kepada murid yang mempunyai masalah.
Guru perlu mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk membincangkan
tentang RPI anak mereka. Guru akan berbincang dengan ibu bapa tentang
bagaimana cara untuk mengatasi masalah tingkah laku murid tersebut.

Kebajikan
Tugas guru-guru pendidikan khas selain daripada mengajar ialah menjaga
kebajikan murid-murid mereka. Guru pendidikan khas hendaklah memastikan
kesihatan murid.Guru hendaklah membuat pemeriksaan semula ke atas murid yang
belum dikenal pasti masalah mereka. Pemerikasaan ini boleh dilakukan di hospital
kerajaan dan pemeriksaan ini hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya dua kali
setahun. Selain itu, rawatan kesihatan lain seperti pergigian dan khidmat rawatan
hendaklah diuruskan oleh guru.
Persatuan sokongan ibu bapa dan guru pendidikan khas juga merupakan
salah satu inisiatif untuk menjaga kebajikan murid-murid pendidikan khas. Guru
pendidikan khas hendaklah menubuhkan satu persatuan sokongan seperti
Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi kelas pendidikan khas. Selain itu, ibu bapa murid
pendidik khas juga boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa penting dalam induk
PIBG sekolah. Dengan langkah ini, kebajikan murid-murid dari kelas pendidikan khas
terjamin seperti murid-murid dari aliran perdana.
Pemberian bantuan kewangan kepada murid-murid pendidikan khas. Kerajaan
telah memberikan peruntukan kewangan kepada murid-murid pendidikan khas.
Pemberian elaun tersebut sebagai bantuan kepada mereka untuk membeli barang
keperluan murid-murid seperti ubat, pakaian sekolah dan lain-lain. Sebagai guru
pendidikan khas diberi tanggungjawab untuk menjaga kebajikan murid tersebut agar
elaun yang diberikan tidak disalah gunakan oleh keluarga murid-murid tersebut.

Keperluan khas murid


Keperluan khas murid seperti terapi. Terapi adalah satu aktiviti yang penting
untuk membantu murid-murid pendidikan khas. Antara terapi yang biasa dijalankan
kepada murid-murid adalah terapi renang, terapi berkuda, terapi muzik, terapi
pertuturan, terapi boling dan lain-lain yang sesuai.
Terapi renang adalah untuk murid mengetahuai cara-cara menyelamatkan diri
semasa berlakunya kecemasan. Malah terapi ini juga dapat meningkatkan keyakinan
diri murid-murid. Terapi berkuda pula dijalankan sebagai terapi fizikal untuk murid
yang mempunyai pelbagai masalah.

Rujukan
Choong Lean Keow, Phd. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (2009),
Kumpulan Budiman, Selangor.
K.A. Razhiyah. Menjadi Guru Pendidikan Khas (2010), PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd, Selangor.

You might also like