You are on page 1of 81

BAB 1

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mendefinisi istilah tamadun.
2. Mengenal pasti prinsip-prinsip asas tamadun.
3. Membezakan antara tamadun, agama, dan budaya.
4. Menghuraikan perkara yang berkaitan dengan tamadun seperti
perbezaan dan persamaan antara tamadun-tamadun di dunia dan
interaksi antara tamadun.

1.1 PENGENALAN

Perkataan tamadun adalah merupakan perkataan yang biasa kita dengar


dan baca tetapi dari segi penggunaannya kadangkala kita dapati agak
berbeza. Kebiasaannya tamadun merujuk kepada pembangunan atau
perubahan dari sesuatu yang bersifat tradisional kepada pembangunan
yang lebih sempurna. Kebolehan manusia dalam mencipta dan
melahirkan sesuatu yang baru juga disebutkan sebagai tamadun. Dengan
kata lain, tamadun sering digunakan bagi menunjukkan elite sesuatu
masyarakat atau negara. Tetapi yang jelasnya perkataan tamadun
mempunyai makna yang pelbagai dan terpulang kepada kesesuaian
seseorang yang mengungkapkannya.

Perbincangan secara menyeluruh terhadap tamadun telah menimbulkan


beberapa persoalan, antaranya: Apa itu tamadun?, Apakah intisari
atau ciri-ciri tamadun? dan Apakah falsafah tamadun?. Ahli sejarah,
para sarjana Islam dan barat telah menerbitkan banyak buku berkenaan
tamadun tetapi tidak ada satu pun yang dapat memberikan kefahaman
yang jelas terhadap istilah tamadun (Beg, 1980). Dalam bahasa Inggeris,
perkataan yang merujuk kepada erti tamadun ialah civilization dan
pengunaan perkataan ini hanyalah digunakan dalam buku-buku Inggeris
pada abad ke-19.

1
1.2 ISTILAH TAMADUN

Dalam penulisan Arab, perkataan hadharah, madaniyyah, thaqafah, dan


bunyan sering digunakan bagi mengambarkan tamadun tetapi perkataan
tamadun lebih popular dan meluas penggunaannya. Perkataan tamadun
berasal daripada perkataan arab tamaddun yang berasal dari maddana
yang bermaksud:
(i) Membangunkan atau memajukan (bandar), misalnya
dalam ungkapan Dia membangunkan bandar.
(ii) Menjadikan atau mengubah (seseorang yang berkelakuan
kekampungan) kepada berkelakuan (kebandaran)
misalnya dalam ungkapan Dia menjadikan kelakuan
budak itu seperti orang bandar.

Tamadun juga dikatakan berasal daripada perkataan madana yang


bererti:
(i) Menduduki sesuatu tempat atau datang menduduki
sesuatu bandar.
(ii) Berkelakuan seperti orang bandar atau halus budi
pekertinya.

Istilah kampung dan bandar dalam masyarakat Arab adalah merujuk


kepada realiti masyarakat Badawi yang biasanya kasar, dan masyarakat
bandar (hadhari) yang kebiasaannya lebih bersopan santun.

1.3 PRINSIP-PRINSIP ASAS TAMADUN

Dalam bahagian ini anda akan didedahkan kepada beberapa prinsip asas
tamadun dalam konteks yang menyeluruh. Perbincangan akan berkisar
pada takrifan perkataan secara terperinci dan perkataan yang yang sering
dikaitkan dengan tamadun juga diutarakan. Anda juga akan diperlihatkan
hubungan tamadun dengan ajaran Islam dan satu perspektif yang
bersepadu akan dikemukakan di akhir perbincangan.

1.3.1 Apakah Maksud Tamadun?

Menurut Kamus Dewan, perkataan tamadun bermaksud kebudayaan,


peradaban, dan kemajuan (Teuku Iskandar, 1970). Dari segi penggunaan,
peradaban adalah sinonim dengan tamadun. Beradab bererti bersopan
dan hidup diatur oleh hukum dan mempunyai tingkat kebudayaan yang
lebih tinggi. Dari segi penguasaan makna, maksud tamadun adalah lebih
meluas berbanding peradaban dalam konteks penggunaannya. Dalam
bahasa Inggeris, perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada
tamadun ialah civilization yang berasal daripada perkataan latin civitas
yang bermaksud kota atau city (Beg, 1980) dan dari segi etimologinya,
tamadun berkait rapat dengan urbanisasi.
2
Dalam bahasa Arab, terdapat empat istilah yang sering digunakan dalam
membahaskan maksud tamadun iaitu istilah hadharah1, umran2,
madaniyyah3, dan tamadun4. Dalam perkembangan ketamadunan Islam, Ibn
Khaldun adalah pelopor awal dalam penulisan ilmiah tamadun seperti
yang terkandung dalam bukunya yang terkenal Al-Mukaddimah li kitab al
Ibar, di mana beliau telah menggunakan perkataan umran bagi
menjelaskan sifat sifat tamadun dan itulah perkataan yang digunakan
sekarang bagi menjelaskan maksud civilization dalam abad ke-20 ini.
Umran dalam maksud yang lebih sempurna ialah suatu kawasan yang
didiami dan diusahakan dan berkembang subur, aman makmur dan
ditadbir secara baik dan sistematik. Perkataan umran juga dikaitkan
dengan ibu kota atau bandar yang telah didirikan oleh raja-raja pada
zaman pemerintahan Islam. Dengan sebab itulah perkataan bunyan juga
dirujukkan kepada maksud tamadun tetapi dalam maksud yang lebih
spesifik kepada struktur dan kerja-kerja pembinaan sesuatu bangunan
sahaja (Beg, 1980).

Pengkajian yang dilakukan oleh Ibn Khaldun dengan merujuk kepada


umran adalah merangkumi perkembangan dan pembangunan masyarakat
yang memiliki pegangan agama yang kuat, sistem kenegaraan yang
teratur, sistem perundangan yang tersusun rapi, dan pencapaian ilmu
pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai kepakaran. Dengan kata lain,
tamadun atau umran adalah suatu pencapaian yang tinggi merangkumi
semua aspek kemajuan dalam masyarakat dan dapat dimanfaatkan untuk
tujuan dunia dan akhirat.5

1.3.2 Al-Hadharah

Penggunaan perkataan hadharah pada awalnya (abad ke-14) tidak


mewakili pengertian tamadun secara keseluruhannya, dan ianya lebih
bersifat sebahagian daripada ciri-ciri tamadun. Ibn Khaldun sebagai
contoh, menggunakan perkataan hadharah dalam The Mukaddimah
hanyalah merujuk kepada kedudukan masyarakat yang mengusahakan
tanaman dan kehidupan mereka pada suatu kawasan yang tetap (sedentary
life). Tetapi dalam abad abad ke-20, istilah ini telah mengalami perubahan
di mana penggunaannya adalah lebih meluas dengan merujuk kepada
pembangunan wilayah, bandar dan kampung yang sudah mengalami
perubahan dari segi penggunaan tanah, pemikiran masyarakat, akhlak
atau moral dan kehidupan masyarakat adalah dalam bentuk yang lebih
moden dan maju dan seiring dengan istilah tamadun (Beg, 1980).

Mengikut Malik Bin Nabi, hadharah mengandungi dua pengertian, iaitu


(i) Pengertian yang objektif himpunan kemajuan dalam
bidang ilmu pengetahuan, teknikal dan undang-undang
yang telah dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi
dalam sesebuah masyarakat.

3
(ii) Pengertian yang subjektif suatu peringkat
perkembangan kehidupan manusia yang lebih maju dan
berlawanan dengan kehidupan kehaiwanan yang liar dan
tidak berpedoman dan lebih bermoral atau digambarkan
sebagai kehidupan yang ideal dan bergantung kepada
kedudukan masa, tempat dan nilai-nilai yang dianuti6.
Secara keseluruhannya, perkataan hadharah dalam konteks ini adalah
dimaksudkan kepada aspek-aspek kemajuan dalam bidang pemikiran,
moral dan sosial dalam kehidupan sesuatu masyarakat dan lebih ketara
dalam bidang ilmu pengetahuan, kesusasteraan, kesenian, sistem
pemerintahan, peraturan moral dan adat resam, budi pekerti dan
kepercayaan agama atau dengan kata lain, perkembangan peradaban
dalam masyarakat.
1.3.3 Al-Madaniyyah
Perkataan madaniyyah sering disamaertikan dengan hadharah (mutaradif)
oleh kebanyakan penulis mutakhir bagi menjelaskan maksud tamadun.
Antara mereka termasuklah Muhammad Farid Wajdi dalam kitabnya al-
Madaniyyah wa al-Islam (Islam dan tamadun) dan Sheikh Muhammad
Abduh dalam kitabnya al-Islam wa al-Nasraniyyat maa ilm wa al-Madaniyyat
(Islam dan Nasrani serta Kaitanya dengan Sains dan Tamadun).
Perkataan madaniyyah berasal daripada perkataan madinah atau city dan
perkaitannya dengan tamadun adalah berdasarkan kepada bandar city
based culture. Wujudnya perkaitan antara kedua-dua perkataan ini adalah
kerana kebiasaannya bandar adalah induk tamadun, dan tamadun asalnya
berkembang di bandar. Dengan kata lain, hubungan keduanya adalah
perkaitan antara sebab dan musabab (cause and effect connection) (Beg, 1980).
Jelasnya, perkataan hadharah dan madaniyyah adalah menunjukkan
penekanan yang berbeza dalam menjelaskan tamadun. Madaniyyah
menggambarkan ketinggian dalam kehidupan kebendaan dalam sesuatu
masyarakat khususnya dalam aspek pembangunan, perancangan dan
penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrastruktur dan
wujudnya pelbagai keperluan hidup yang asasi dan tidak asasi seperti
makanan, minuman, tempat tinggal dan hiburan. Keperluan ini
memerlukan kepada adanya pelbagai keperluan kewangan serta
kemempuan untuk berbelanja (Osman, 1989). Justeru itu, penekanan
yang diberikan oleh al-Madaniyyah adalah lebih bersifat kebendaan dan
keperluan lahiriah manusia. Ketamadunan sesuatu ummah dalam konteks
ini adalah bergantung kepada kemampuan kekayaan sumber hasil bumi
dan pembangunannya.
Dr. Lutfi Ibrahim (Mustafa, 1991) yang telah membuat analisis terhadap
kedua-dua istilah tersebut telah menyimpulkan seperti berikut (Mustafa,
1991):

4
(i) Al-Hadharah merupakan pencapaian dalam hal
kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya yang
berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Ini merupakan
hubungan manusia sesama manusia yang bersumberkan
wahyu,
(ii) Al-Madaniyyah pula merupakan pencapaian dari segi
kebendaan seperti peralatan teknologi dalam pertanian,
pengeluaran dan pengangkutan dan sebagainya. Ia
merupakan hubungan dengan alam sekitar yang bersifat
kebendaan dan bersumberkan wahyu, dan
(iii) Tamadun merangkumi kedua-dua aspek di atas.

1.3.4 Masyarakat Madani

Masyarakat madani adalah masyarakat yang dibentuk hasil daripada


penggabungan pembangunan kebendaan dan kerohanian. Oleh itu,
masyarakat madani merangkumi kedua-dua sifat al-Madaniyyah dan al-
Hadharah.

SOALAN DALAM TEKS 1.1

1. Pilih definisi yang terbaik bagi menjelaskan maksud


tamadun.
A. Jenis masyarakat yang memiliki ciri-ciri tertentu.
B. Jenis kebudayaan yang didapati di bandar-bandar.
C. Tahap perkembangan kebudayaan yang tinggi.
D. Sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama
sama ada bersifat abstrak atau material.

2. Tamadun ialah kemajuan kebendaan. Betul / Salah

3. Istilah berikut merujuk kepada konsep tamadun


kecuali
A. Madinah
B. Umrah
C. Hadharah
D. Civilization

4. Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat madani?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5
1.4 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Dalam bahagian ini, pembaca akan diperlihatkan secara rasional dan


logik kenapa sesuatu tamadun itu wujud dan berkembang di alam ini dan
mampukah sesebuah tamadun bertahan lama. Adakah segala perubahan
alam ini berlaku secara kebetulan atau sememangnya alam ini sentiasa
memerlukan perubahan mengikut tuntutan zaman? Persoalan ini adalah
di antara intipati perbincangan dalam bahagian ini.

Kemunculan sesuatu tamadun di dunia ini sebenarnya adalah didorong


oleh perubahan yang berlaku ke atas manusia itu sendiri. Kekuatan akal
fikiran yang dikurniakan, menjadikan manusia antara makhluk yang
terbaik dan dimuliakan di sisi tuhan. Sebahagian penulis berpendapat
bahawa agama juga berkait rapat sebagai penggerak kepada kemunculan
tamadun, dan sebahagiannya pula meragui (Beg, 1982). Jika ditinjau dari
sudut sejarah, memang ada kebenarannya kerana banyak bangunan yang
didirikan atas dorongan agama dan diperkayakan dengan seni
berunsurkan agama. Persoalan ini akan dibahaskan secara terperinci
dalam bahagian berikutnya.

1.5 PUNCA KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN


TAMADUN

Bagi memperlihatkan secara jelas tentang keadaan ini, kita akan cuba
bahaskan faktor faktor yang menyebabkan kemunculan tamadun kepada
beberapa perkara seperti berikut:

1.5.1 Peredaran dan Perubahan Alam dan Manusia

Sejarah telah membuktikan bahawa manusia berkembang dari suatu


zaman kesatu zaman dengan melalui pelbagai pengalaman dalam
kehidupan. Putaran alam yang berlaku atas kehendak Allah adalah asas
utama kepada perubahan yang dialami oleh manusia. Perubahan dan
perkembangan yang berlaku ke atas manusia bukanlah dalam bentuk
fizikal tetapi dalam bentuk kemampuan berfikir dan mempergunakan
segala makhluk di alam ini untuk keperluan manusia. Keadaan ini telah
mencetuskan tamadun manusia dan akhirnya putaran alam malam dan
siang telah digunakan sebaiknya oleh manusia untuk membangunkan diri
mereka. Alam yang diciptakan untuk manusia yang serba lengkap dengan
bukit-bukau, gunung-ganang dan lautan yang luas adalah sebagai
pelengkap kepada kehidupan manusia keadaan ini menjadikan manusia
merasa terpanggil untuk berkhidmat kepada alam dan
membangunkannya.

6
1.5.2 Desakan Persekitaran dan Keperluan Hidup

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, Allah menganugerahkan akal


kepada manusia sebagai perkara yang tidak ternilai. Kemampuan dan
kehebatan manusia mempergunakan akal telah mencetuskan pelbagai
idea yang baik dalam membantu mempertingkatkan tahap kualiti hidup
mereka. Bermula dari zaman batu sehinggalah ke hari ini, perubahan
yang amat ketara dapat di lihat daripada kesan pembangunan sains dan
teknologi. Semua ini lahir adalah disebabkan desakan kepada keperluan
dalam kehidupan manusia. Sifat semula jadi manusia ingin hidup senang
dan mewah telah memaksa mereka memikirkan sesuatu yang terbaik
sebagai landasan dalam kehidupan. Manusia yang diciptakan berbekalkan
nafsu dan syahwat serta akal fikiran yang waras selayaknya berfikir
dengan baik dalam usaha memajukan diri dan masyarakat yang akhirnya
menjadi punca kepada kemunculan dan kelahiran tamadun.

1.5.3 Fitrah Perkembangan Manusia

Fakta ini adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan kebenarannya dan
keunikan ciptaan manusia oleh Allah sejak awalnya telahpun dimasukkan
unsur unsur seperti yang telah disebutkan sebelum ini sebagai pelengkap
kepada sebuah kehidupan. Tabiat manusia sukakan sesuatu yang terbaik
dan selagi itulah perubahan cara berfikir akan terus berlaku dan corak
hidup manusia akan terus berubah sehingga ke akhir zaman.

1.6 MAMPUKAH TAMADUN BERTAHAN LAMA?

Perkara-perkara yang telah dibincangkan di bahagian sebelum ini


merujuk kepada kemunculan dan berkembangnya sesuatu tamadun,
malah keadaan ini berlaku hingga ke hari ini. Berdasarkan kenyataan yang
berlaku dalam sejarah dan agama Islam sendiri, para sarjana mengakui
bahawa Islam berkait erat dengan tamadun dan sebagai sumber tamadun
(perkara ini akan dibincangkan kemudian), dan tidak seperti agama lain.
Edward Sullivans menulis Moslem civilization was the product of Moslem
religion dan J. Jomier menegaskan Islam supplied the creative element out of
which arose a new civilization. Ralph dan Burn yang pada awalnya meragui
pandangan tersebut akhirnya mengakui peranan agama sebagai asas
penting dalam pembangunan tamadun Islam khususnya (Beg, 1982).
Tetapi suatu perkara yang perlu diberikan perhatian ialah sejauh manakah
sesuatu tamadun yang wujud itu dapat berkembang, bergerak maju dan
bertahan lama. Secara ringkasnya, kejayaan sesebuah tamadun adalah
bergantung kepada beberapa perkara seperti berikut, iaitu

7
1.6.1 Menjadikan Agama Sebagai Asas Utama

Fakta ini adalah perkara asas yang perlu diberikan perhatian sekiranya
sesuatu tamadun yang dikembangkan diharapkan akan dapat bertahan
lama. Keyakinan terhadap fakta ini adalah didasarkan kepada ketahanan
ajaran agama daripada sebarang penyelewengan dan perubahan kerana
agama adalah suatu yang tetap dan tidak berubah walaupun mengalami
perubahan masa, zaman, dan kepimpinan. Sekiranya kejayaan sesebuah
tamadun didasarkan kepada ajaran agama bermakna kejayaan yang
diperoleh akan berkekalan seperti yang berlaku kepada ajaran Islam (yang
menekankan setiap ruang lingkup pembangunan sebagai ajaran agama),
maka semestinya ia mampu bertahan. Nilai-nilai agama adalah sesuatu
yang murni dan bersifat sejagat dan boleh diterima pakai oleh segenap
lapisan masyarakat dan kepelbagaian keturunan di sepanjang zaman.

1.6.2 Memiliki Ilmu Pengetahuan yang Tinggi

Tidak ada kejayaan diatas kejahilan manusia dan tidak ada kemajuan di
atas kemalasan manusia. Hakikat ini adalah jelas dan tidak perlu
diperdebatkan lagi kerana ilmu adalah tunggak kepada setiap kemajuan
dan pembangunan yang dicitakan oleh manusia. Ilmu adalah nadi utama
penggerak tamadun dan tiada tamadun tanpa ilmu. Sejarah
perkembangan Islam telah mencatatkan bahawa kemajuan dalam
perkembangan awal islam adalah disebabkan kepesatan perkembangan
ilmu pengetahuan. Keadaan ini adalah pemangkin kepada pencapaian
yang lebih besar. Tamadun sesuatu ummah itu akan bertahan selama
mana masyarakat yang mendukunginya tetap kekal sebagai masyarakat
yang bermaklumat dan berilmu pengetahuan yang tinggi. Kejahilan
sesuatu ummah hanya akan memusnahkan tamadun yang mereka miliki.

1.6.3 Tidak Kabur Terhadap Pembangunan Kebendaan

Antara perkara awal yang boleh memusnahkan sesuatu tamadun ialah


tiadanya keseimbangan pembangunan dan kemajuan antara kebendaan
dan kerohanian (material dan spiritual). Sikap manusia yang rakus, tamak
haloba, dan tidak berwaspada adalah punca kepada kemusnahan dalam
apa jua keadaan. Keadaan ini perlulah dikawal dan kepentingan
kebendaan yang berlebihan perlulah di sekat. Sekiranya suasana
keharmonian antara kebendaan dan kerohanian wujud dalam
pembangunan masyarakat dan negara, maka tamadun yang lahir akan
menjadi cemerlang dan mampu bertahan lama.

8
SOALAN DALAM TEKS 1.2

1. Kenapakah manusia memerlukan tamadun?


A. Alam diciptakan untuk manusia.
B. Manusia dibekalkan akal dan fikiran.
C. Fitrah kejadian manusia memerlukan perubahan.
D. Manusia dan alam saling bergantungan.

2. Antara perkara-perkara yang boleh memusnahkan


sesuatu tamadun ialah wujudnya keseimbangan antara
rohani dan jasmani. Betul / Salah

3. Nyatakan pra-syarat bagi mewujudkan tamadun yang


mampu bertahan lama.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.7 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Dalam perbincangan kita sebelum ini, pendedahan banyak diberikan


kepada prinsip prinsip asas, sejarah dan perkembangan tamadun.
Penekanan dalam bahagian ini akan diberikan kepada interaksi tamadun
dalam pelbagai budaya dan agama dapat berinteraksi antara satu sama
lain. Seperti yang telah kita sedia maklum, perkembangan tamadun
adalah bergantung kepada asas kepercayaan dan ideologi semasa yang
dianuti. Keadaan ini semestinya akan melahirkan pelbagai percanggahan
dan persamaan dalam tamadun manusia. Persoalannya sekarang,
mampukah kepelbagaian tamadun ini berinteraksi antara satu sama lain?

1.7.1 Pra-Syarat Berlakunya Interaksi antara Tamadun

Proses interaksi antara tamadun akan berlaku sekiranya sesebuah


tamadun mempunyai kriteria atau sifat-sifat yang universal seperti yang
akan dibincangkan berikut:

1. Keterbukaan Sesuatu Tamadun

Asas sesuatu tamadun yang diamalkan perlulah bersifat terbuka, iaitu


boleh menerima perubahan dan universal. Asas ini akan memastikan
sesebuah tamadun tidak bergerak secara persendirian. Terbuka dalam
konteks ini bukanlah bermaksud menegenepikan prinsip asas yang

9
dipegang oleh sesuatu tamadun secara total, tetapi penerimaan idea-idea
tamadun lain juga diberikan keutamaan sekiranya tidak bertentangan
dengan perkara asas tamadun itu. Sebagai contoh, tamadun Islam
mempunyai ciri-ciri asas yang tertentu tetapi ini tidak bermakna bahawa
Islam telah menolak segala ideologi dalam tamadun lain. Pokok
pangkalnya, sekiranya ideologi yang dibawa oleh tamadun lain tidak
bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah, selagi itulah ia diterima
sebagai asas yang diguna pakai.

Keterbukaan ini akan memastikan sesebuah tamadun tidak merasa


terpencil dan saling berinteraksi antara satu dengan lain. Dengan kata
lain, kewujudannya bersesuaian dengan zaman dan perubahan yang
dilalui. Menerima pengalaman dan perubahan yang berguna di samping
mempersembahkan kepada tamadun asing hasil pencapaian yang dicapai.
Dengan interaksi sesebuah tamadun tidak akan tersisih dari kehidupan
manusia, malah ia berkeyakinan bahawa tamadun kemanusiaan
merupakan satu rangka binaan yang besar yang dibangunkan oleh
manusia seluruhnya, setiap bangsa menyumbangkan sesuatu didalam
rangka binaan tersebut.

Berdasarkan kenyataan inilah, tamadun Islam sebagai contoh telah


bertaut dengan kebudayaan Parsi, Yunani, Romawi dan sebagainya.
Justeru itu, proses syncritisme dan toleransi ini telah membuahkan satu
tamadun yang mantap yang dijalin oleh berbagai unsur, namun demikian
corak dan bentuknya adalah diadunkan berdasarkan citarasa islam dan
segala unsur yang bertentangan dengan nilai- nilai Islam disisihkan.

2. Kepentingan Sejagat dan Kesesuaiannya dengan Tabiat


Semula Jadi Manusia

Sifat sejagat adalah sesuatu yang amat penting bagi memastikan boleh
berlakunya interaksi antara tamadun. Sesuatu tamadun yang universal
adalah ditegakkan atas dasar yang seimbang dengan semula jadi manusia
dan selaras dengan kehendak dan kecenderungannya. Bertitik tolak
daripada sini, kebolehan, kemampuan dan keistimewaan yang dimiliki
oleh manusia perlu diiktiraf. Kemampuan manusia untuk berfikir sebagai
contoh, perlu di lihat secara positif dan dihormati. Kemampuan seperti
ini semestinya akan menjuruskan kepada pertelingkahan dan pertikaian
sesuatu tamadun yang diwakili. Ini tidak bermakna, bila berlakunya
pertentangan maka di pihak yang lain adalah tidak benar. Pertikaian
sebegini hanya bersifat sementara dan apa yang lebih penting ialah ianya
dapat memberikan sumbangan yang positif terhadap perkembangan
tamadun dan pemikiran manusia. Sekiranya kesesuaian ini wujud,
interaksi antara tamadun akan berlaku.

10
Manusia perlu dihormati dan dilayan dengan baik. Itu adalah sifat asas
kejadian manusia. Dalam apa jua suasana, manusia dan kemanusiaan
adalah perkara utama yang perlu diberikan perhatian. Sebagai contoh,
dalam konteks negara perindustrian, ramai yang terlibat dalam bidang
pekerjaan perkilangan dan perusahaan. Keadaan ini memungkinkan
manusia akan dilayan seperti mesin atau robot kerana objektif operasi
perusahaan adalah meningkatkan produktiviti. Perkara seperti ini sering
diutarakan oleh tokoh-tokoh pengurusan barat yang melihat manusia
adalah rational animal atau human animal dan sebagai makhluk untuk
mencapai cita-cita ekonomi semata-mata. Sekiranya fakta seperti ini
menjadi tunjang kepada sesuatu tamadun, maka penghormatan terhadap
manusia dan kemanusiaan adalah diketepikan dan pertentangan ideologi
antara tamadun akan berlaku.

Di sini, dapatlah kita lihat betapa pentingnya kepentingan sejagat dan


kesesuaiannya dengan sifat-sifat semula jadi manusia merupakan asas
yang mutlak bagi memastikan boleh berlakunya interaksi antara tamadun.
Sekarang, apakah yang anda faham tentang kesejagatan dalam konteks
budaya? Berikan beberapa contoh yang sesuai bagi menyokong pendapat
anda. Apakah pula pandangan anda terhadap pendapat yang mengatakan
manusia adalah makhluk rational animal atau human animal?

3. Menepati Falsafah Kebahagiaan dan Kemakmuran untuk


Manusia dan Alam

Alam atau dunia ini diciptakan oleh Allah adalah untuk kepentingan
manusia dan segala isinya. Atas dasar itu, segala perubahan, pembaharuan
dan permodenan atau tamadun hendaklah digerakkan tanpa sebarang
percanggahan dengan alam atau merosakkan kebahagiaan dan
kemakmuran manusia dan alam. Keperluan manusia kepada
kesempurnaan alam tidak dinafikan dan perubahan fizikal alam untuk
permodenan dan kemajuan adalah diperlukan. Bagi memastikan kedua-
duanya berjalan dengan lancar dan saling memerlukan antara satu sama
lain, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian, iaitu
(i) Kepentingan sesuatu agenda perubahan dan kesannya
kepada alam sekitar. Perkara ini adalah penting bagi
memastikan kepentingan kemanusiaan dan alam secara
keseluruhannya tidak diketepikan. Sebagai contoh,
pembangunan sesuatu projek atau urbanisasi yang tidak
dikawal selia boleh menganggu ekosistem dan
persekitaran. Keadaan ini sering berlaku di negara negara
yang sedang membangun lantaran keghairahan dalam
membangunkan negara. Pembangunan sesuatu kawasan
secara keterlaluan tanpa mengambil kira faktor geografi
akhirnya akan menganggu proses perjalanan alam dan

11
yang berkaitan dengannya. Akibat terlalu mementingkan
kepentingan manusia maka kepentingan alam sekitar
terjejas. Lihat saja kawasan perbandaran yang besar
seperti di negara negara barat di mana keadaan cuaca dan
iklimnya menjadi tidak menentu dan sukar diramalkan. Di
negara kita Malaysia juga tidak ketinggalan seperti Kuala
Lumpur, di mana keadaan yang sama berlaku.
Kebiasaannnya dimusim hujan, kejadian tanah runtuh
dan banjir kilat akan berlaku. Sebagai contoh, tragedi
kertuntuhan Highland Tower dan kejadian tanah runtuh
di Bukit Antarabangsa, kebakaran hutan dan pencemaran
alam sekitar adalah suatu hal yang tidak dapat dielakkan.
Atas alasan inilah, pembangunan sesuatu kawasan
perlulah juga melihat kepada kepentingan persekitaran
dan putaran alam bagi memastikan alam dan manusia
tidak musnah.
(ii) Keghairahan membangunkan alam dan mengenepikan
kepentingan sekitarnya. Fakta ini adalah sesuatu yang
agak kontroversial dan sering diperdebatkan di mana-
mana saja sama ada dinegara maju atau di negara sedang
membangun. Sikap mementingkan pertumbuhan
ekonomi dan peningkatan pengeluaran barangan yang
tidak terkawal boleh menjejaskan kualiti hidup manusia
dan mendorongkan pencemaran. Bagi golongan pencinta
alam, mereka akan mempertahankan keindahan alam dan
pembangunan yang direstui adalah sesuatu yang tidak
memusnahkan alam. Keadaan ini tentu akan
bertentangan dengan satu pihak yang lain yang
memperjuangkan pembangunan secara total. Perdebatan
ini akan berpanjangan sekiranya kedua pihak tidak
bertolak ansur bagi mencapai sesuatu keputusan. Apa
yang penting, manusia dan alam adalah sama sama
penting.
(iii) Manusia memerlukan alam dan alam diciptakan untuk
manusia. Atas dasar itulah, Islam melihat pembangunan
adalah sesuatu yang wajib dan pemeliharaan alam sekitar
juga adalah wajib. Oleh kerana kewujudan manusia adalah
untuk alam dan kewujudan alam adalah untuk manusia
dan keduanya saling berkait rapat. Oleh yang demikian,
keduanya mestilah dipelihara dengan sebaik mungkin.

Kesimpulannya, apa ertinya kemajuan dan pembangunan sekiranya


manusia hidup dalam keadaan terancam dan tidak menentu. Kerancakan
pembangunan dan perkembangan sains haruslah diseimbangkan dengan
pembangunan insan dan alam. Ringkasnya, pembangunan dan teknologi

12
sains mestilah tidak digunakan untuk mengawal dan menakluk alam
semula jadi termasuk hidupan lain. Sebaliknya ia harus dibawa ke arah
keadaan yang serasi dengan kehendak alam semula jadi dan digunakan
supaya keuntungan yang maksimum dari kehendak itu boleh dicapai.
Jadi, kepentingan alam dan manusia adalah sesuatu yang harus diberikan
perhatian oleh setiap tamadun kerana ia adalah kepentingan sejagat dan
ini akan memastikan interaksi antara tamadun berlaku. Apakah yang akan
berlaku sekiranya pembangunan dan permodenan ketamadunan tidak
diiringi dengan keseimbangan pembangunan insan dan alam sekitar?

4. Keseimbangan Kemajuan Kebendaan dan Kebudayaan

Seperkara lagi yang menjadi asas penting kepada sesuatu tamadun bagi
memastikan ianya boleh berinteraksi ialah keseimbangan kemajuan
kebendaan dan kebudayaan. Kemajuan kebendaan dan kebudayaan
adalah sesuatu yang relatif. Apa yang kita kata baik dan maju belum tentu
orang lain akan bersetuju dengan kita. Apa yang penting dalam konteks
ini ialah kemajuan kebendaan atau material yang dikejar mestilah
diseimbangi dengan kepentingan kerohanian (spiritual). Kebendaan untuk
manusia dan kerohanian untuk kesejahteraan manusia. Tanpa adanya
perhubungan antara kedua-dua perkara tersebut menyebabkan kemajuan
yang dicapai tidak memberi apa-apa makna terhadap kehidupan manusia
yang sebenar. Berapa ramai orang yang hartawan dan mewah dalam
kehidupan hidup dalam keadan cemas dan perasaan tidak menentu
disebabkan jiwa mereka kosong dan akhirnya meletakkan mereka dalam
keadaan serba salah, frustrasi, tiada pegangan hidup dan sebagainya, dan
apatah lagi kekayaan yang dikecapi adalah dari jalan yang salah dan
haram. Tamadun yang mementingkan kebendaan mungkin
membenarkan perkara seperti ini, tetapi untuk tujuan kemanusiaan ia
adalah bertentangan sama sekali dan tidak bersifat universal.

Dalam konteks kebudayaan dan cara hidup yang diketengahkan, nilai-


nilai agama perlu diterapkan kerana nilai agama adalah sesuatu yang
universal dan boleh diterima pakai oleh semua manusia. Dalam konteks
Malaysia sebagai contoh, kepelbagaian kaum dan agama sebenarnya
bukanlah alasan untuk tidak bersatu atas kepentingan perpaduan,
keharmonian hidup dan sebagainya. Setiap rupa bangsa mempunyai
pendekatan budaya yang tersendiri seperti budaya Melayu, Cina, India
dan budaya tempatan yang lain seharusnya menonjolkan persamaan yang
wujud dalam masyarakat dan mengenepikan perbezaan antara satu sama
lain. Keadaan ini akan melahirkan semangat kemalaysiaan dan sekaligus
membentuk tamadun dan budaya Malaysia. Pendek kata, pembangunan
dan tamadun yang kita impikan perlulah diseimbangkan dengan nilai nilai
agama dan kerohanian bagi memastikan ianya sejajar dengan tuntutan
hidup manusia keseluruhannya. Cuba anda kaitkan perbincangan di atas

13
dengan pembentukan falsafah pendidikan nasional dan kebudayaan
kebangsaan di Malaysia? Apakah erti universal dan tolak ansur yang
wujud dalam kedua-dua falsafah nasional ini?

1.7.2 Interaksi antara Tamadun: Cabaran dan Harapan

Pendedahan sesuatu tamadun kepada dunia luar sebenarnya akan


mempercepatkan perkembangan sesebuah tamadun itu sendiri. Proses
interaksi yang berlaku akan memudahkan percambahan dan proses
kematangan, dan ini sekaligus memastikan kecemerlangan sesebuah
tamadun. Namun, proses interaksi yang berlaku, kadang-kadang
memudahkan perkembangan tamadun dan kadang-kadang akan
menyulitkan. Kesulitan yang timbul biasanya disebabkan oleh beberapa
faktor:
1. Perbezaan Ideologi Politik dan Budaya

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kepelbagaian ideologi politik dan


budaya adalah halangan yang besar kepada berlakunya interaksi antara
tamadun. Setiap rumpun bangsa mempunyai budaya dan keegoan
tersendiri, dan saling mempertahankan antara satu sama lain dan begitu
juga persempadanan politik yang menghasilkan kepelbagaian ideologi
berdasarkan kefahaman dan anutan masing-masing. Sekiranya keadaan
ini terus berlaku tanpa sebarang tolak ansur, maka proses interaksi adalah
sukar untuk berlaku. Kemungkinan akan berlakunya proses tersebut
hanya akan terjadi apabila fakta-fakta yang telah dibentangkan sebelum
ini di penuhi.

2. Perkembangan Sejarah Bangsa dan Ideologi

Setiap bangsa mempunyai sejarah perkembangan bangsanya yang


tersendiri. Keadaan ini akan melahirkan semangat dan nasionalism
tersendiri terhadap bangsa dan negara mereka. Seperti juga dalam hal
politik dan budaya, sesuatu bangsa itu akan mempunyai sifat keegoannya
tersendiri. Setiap bangsa yang lahir di dunia ini mempunyai rupa budaya
dan cara hidup yang menjadi intipati dalam kehidupan dan tamadun
mereka dan ini juga adalah halangan kepada proses interaksi antara
tamadun.

3. Ketegangan dan Persaingan antara Tamadun

Satu hal yang perlu diketengahkan di sini ialah persaingan yang berlaku
antara tamadun. Setiap tamadun tetap ingin berjaya dan berkembang
secara tersendiri dan sentiasa bersaing antara satu sama lain. Keadaan ini
akan bertambah rumit apabila berlaku pertembungan budaya dan
persaingan yang berlaku hanya akan menambahkan lagi perpecahan dan
kegoan yang semakin memuncak sesama mereka.
14
Ringkasnya, perkara perkara yang telah dibincangkan diatas adalah asas
yang besar yang perlu dirombak dan diberikan perhatian yang serious,
sekiranya seluruh anggota masyarakat di dunia ini ingin melihat wujudnya
keserasian dan keamanan sejagat. Sikap boleh bertolak ansur sebenarnya
adalah asas utama yang tidak akan merugikan sesiapa sebaliknya akan
menguntungkan semua pihak. Sekiranya berlaku persaingan, maka
persaingan yang sihat dan ini semestinya akan mematangkan
perkembangan sesuatu tamadun.

SOALAN DALAM TEKS 1.3

1. Berikut adalah kenyataan yang benar mengenai


kejayaan sesuatu tamadun kecuali
A. menjadikan agama sebagai asas utama.
B. memiliki pengetahuan yang tinggi.
C. meletakkan kejayaan dunia sebagai asas yang
penting.
D. menghargai fitrah kejadian manusia.

2. Semua kenyataan berikut adalah benar kecuali


A. Tamadun bukanlah agama atau budaya sesuatu
masyarakat.
B. Agama adalah asas pembinaan tamadun.
C. Budaya mengalami perubahan, mengembang dan
merosot.
D. Tamadun berkembang tanpa dipengaruhi oleh
budaya.

3. Jelaskan punca-punca kelahiran sesuatu tamadun.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.8 PERBEZAAN DAN PERSAMAAN ANTARA TAMADUN

Dalam perbincangan terdahulu, anda telah didedahkan secara terperinci


tentang kemunculan dan perkembangan tamadun. Penekanan dalam
bahagian ini pula akan diberikan terhadap kriteria-kriteria asas yang
memperlihatkan persamaan dan perbezaan antara tamadun. Pada
asasnya, tamadun mempunyai falsafah dan matlamat yang sama. Perkara
ini telahpun dijelaskan dengan panjang lebar dalam topik yang lalu.

15
Tamadun dalam apa jua keadaan dan suasana dari segi prinsipnya adalah
suatu perubahan dan permodenan dari sesuatu yang sedia ada kepada
lebih baik. Perbezaan antara sesuatu tamadun hanya akan berlaku
sekiranya wujud kepelbagaian ideologi dan kepercayaan yang dianuti.
Sekiranya dua asas ini bersifat fleksibel dan boleh menerima perubahan,
maka proses interaksi antara tamadun akan berlaku dan ini
memungkinkan wujudnya persamaan antara tamadun dan begitulah
sebaliknya.

Proses reformasi yang telah dimulakan oleh Martin Luther dalam abad
ke-16 terhadap ajaran Kristian telah melahirkan satu mazhab baru dalam
ajaran Kristian yang dikenali sebagai Protestan. Bertitik tolak daripada
sinilah munculnya fahaman sekularisme yang berakar kata Render unto
Ceaser the thing which are Ceaser and unto God the thing which are God.
Fahaman yang telah memisahkan pembangunan keduniaan kebendaan
dan kerohanian keakhiratan ini telah meletakkan falsafah kehidupan
manusia dalam keadaan serba salah antara keduniaan dan keakhiratan
dan antara kebahagiaan dan kehancuran.

Konflik yang berlaku ini menjadi bertambah kusut dan sukar


dirungkaikan apabila fahaman sekularisme ini telah bertapak dengan
kukuh dalam pemikiran masyarakat di barat dan akhirnya mempengaruhi
masyarakat Islam. Perbezaan yang ketara dapatlah dibahaskan dalam
perbincangan seterusnya.

1.8.1 Doktrin Agama dalam Tamadun

Agama adalah sebahagian daripada kebudayaan dan selain itu komponen


kebudayaan adalah merangkumi sosial, politik, ekonomi, pengetahuan,
teknik, seni, dan falsafah. Dengan kata lain, agama adalah sama seperti
budaya yang boleh mengalami perubahan, mengembang, dan merosot.
Agama akan berubah menurut perubahan masa dan pembaharuan
ketamadunan manusia. Itulah pandangan ringkas kedudukan agama dari
perspektif sekular. Bertitik tolak dari sinilah, dalam setiap ruang lingkup
kehidupan manusia, agama hanyalah di lihat sebagai sebahagian atau
pelengkap kepada kehidupan dan bukan merupakan kepercayaan yang
mutlak. Agama sama seperti perkara lain, digunakan apabila diperlukan,
dan sebaliknya.

Dalam konteks perkembangan ilmu pengetahuan dan sains, segala fakta


dan teori yang dilahirkan adalah berpandukan kepada akal semata-mata
dan dinafikan sama sekali kebenaran agama. Ini adalah di antara fakta-
fakta asas yang membezakan antara tamadun di alam ini. Tamadun Islam
meletakkan agama sebagai asas yang kukuh dalam mengembangkang

16
tamadun. Dalam konteks ini, agama tidak berubah dan yang berubah
hanyalah tamadun yang dikembangkan oleh manusia mengikut
kesesuaian masa dan tempat, pada ukuran akal yang bersesuaian dengan
acuan wahyu agama. Oleh yang demikian, dalam Islam, pembaharuan
yang dilakukan hendaklah berdasarkan agama dan bukan sebaliknya.
Walau bagaimanapun, pembaharuan itu tetap bersifat fleksibel dan tidak
rigid.

Perbezaan antara dua konsep asas tamadun seperti yang dijelaskan di atas
adalah berpunca daripada perbezaan ajaran dan fungsi antara agama yang
pelbagai. Pandangan masyarakat barat atau tamadun di Eropah tidak
memasukkan semua aspek kehidupan dalam agama seperti yang terdapat
dalam Islam. Inilah perkara asas yang menjadi cabaran awal kepada
interaksi antara tamadun.

1.8.2 Konsep Kesepaduan dan Pengawalan

Perjalanan alam dan dunia ini sering di lihat oleh manusia sebagai suatu
yang tersendiri dan tiada kaitan dengan pihak lain. Segalanya berlaku
secara kebetulan dan tiada kaitan dengan ketuhanan. Dalam tamadun
sekular barat, perkara seperti ini adalah jelas, di mana sekularisme yang
menguasai pemikiran mereka mengajar bahawa perkara-perkara
keduniaan hanyalah untuk keduniaan semata-mata dan tiada kaitan
dengan agama. Oleh yang demikian, segala aktiviti yang bersifat
keduniaan seperti urusan perniagaan dianggap sebagai kegiatan sesama
manusia sahaja dan tiada hubungan dengan tuhan. Apa yang diharapkan
hanyalah keuntungan, dengan apa cara sekalipun dan tanpa terikat
dengan perundangan tuhan.

Undang undang atau peraturan ciptaan hasil pemikiran manusia untuk


mengawal sesuatu urusan adalah wujud, tetapi dari segi perlaksanaannya
adalah bergantung terhadap budi bicara dan kebijaksanaan manusia
dalam mengendalikannya. Di dalam keadaan seperti ini, manusia seolah-
olah melakukan sesuatu tanpa keikhlasan, mengenepikan aspek kebajikan
dan sebagainya kerana yang dikejar hanyalah keuntungan dunia. Apatah
lagi sekiranya kita merasakan tiada hubungan ketuhanan terhadap apa
yang dilakukan dan ini bermakna, penipuan boleh berlaku dibelakang
tabir kerana kawalan manusia adalah terhad kepada apa yang berlaku di
depan mata sahaja dan terlalu longgar.

Keadaan ini adalah berbeza sekiranya di lihat dari perspektif Islam di


mana hubungan manusia dengan Allah dan erat dan begitu juga
hubungan manusia sesama manusia. Segala urusan manusia sehari hari
seperti berniaga dan sebagainya mestilah mengikut akidah, syariat, dan
akhlak Islam. Walaupun kegiatan seperti itu hanya dilihat sesama manusia

17
tetapi ianya tidak terlepas daripada kawalan Ilahi sebagai kawalan yang
mutlak. Tegasnya, tamadun Islam adalah tamadun yang terpimpin dan
sempurna.

SOALAN DALAM TEKS 1.4

1. Apakah halangan kepada berlakunya interaksi antara


tamadun?
A. Bersifat terbuka kepada semua tamadun di dunia.
B. Menekankan kepentingan peribadi dan keluarga.
C. Mengikut falsafah kebahagiaan dan kemakmuran.
D. Terlalu ikhlas dalam melakukan sesuatu.

2. Bincangkan persamaan dan perbezaan antara tamadun


beserta contoh yang sesuai.

3. Bolehkah kepelbagaian tamadun yang wujud didunia


ini berinteraksi antara satu sama lain? Kemukakan
hujah anda beserta bukti dan contoh-contoh yang
relevan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.8.3 Konsep Kemajuan dan Pembangunan

Kemajuan menurut pandangan sekular barat adalah diukur berdasarkan


keuntungan, penciptaan perkara-perkara baru dan sebagainya. Pendek
kata, keutamaan hanyalah diberikan kepada aspek kebendaan dan
mengenepikan aspek kerohanian. Islam mengambil kira kedua-dua aspek
tersebut atau dengan lain perkataan, pembangunan Islam adalah bersifat
komprehensif dan multi-dimensional. Islam mengutamakan kerohanian
tanpa mengabaikan aspek kebendaan. Pendidikan ditekankan semenjak
manusia dilahirkan ke dunia ini dan hinggalah ke akhir hayat. Dalam
menjalani kehidupannya, manusia diperintahkan berusaha bersungguh-
sungguh sehingga berjaya dalam konteks ekonominya, dan mendapat
rezeki yang halal dan tidak mengejar kejayaan dan kekayaan tanpa batas.
Dengan kata lain, keseimbangan antara kemajuan kebendaan dan
kerohanian atau keduniaan dan keakhiratan haruslah berjalan seiring bagi
melahirkan manusia yang sempurna dan sentiasa mendapat keredaan
Allah s.w.t.

18
Islam juga mengambil kira bentuk-bentuk pembaharuan yang dilahirkan
dan ditemui, bagaimana dicapai dan matlamatnya. Sebagai contoh, virus
computer adalah suatu penemuan baru dalam dunia sains, tetapi Islam
tidak mengiktiraf ia sebagai pembaharuan dan tamadun dan begitu juga
Islam menyanjungi kemajuan sains nuklear tetapi tidak sama sekali
membenarkan ia digunakan untuk memusnahkan alam dan manusia.
Oleh yang demikian, kayu ukur sebenar untuk menentukan kemajuan
yang sebenar adalah sejauh mana ia menepati etika kebenaran yang
mutlak yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

1.9 KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan di atas, diharapkan anda sudah dapat


memahami secara mendalam tentang tamadun dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya. Tamadun adalah satu perubahan dan permodenan
tehadap alam dan manusia. Kepelbagaian ideologi dan kefahaman yang
wujud telah melahirkan pelbagai takrifan terhadap tamadun. Dalam
masyarakat barat, mereka melihat tamadun sebagai satu pencapaian
kebendaan dan keduniaan semata-mata, dan sebaliknya apabila di lihat
dari perspektif agama, tamadun adalah suatu tuntutan yang diwajibkan.

Keseimbangan antara rohani dan jasmani (material dan spiritual) adalah


asas penting yang melahirkan tamadun yang unggul. Atas dasar inilah
dibahaskan tentang masyarakat madani, iaitu suatu masyarakat yang
terkandung nilai-nilai yang positif dan merangkumi kedua aspek rohani
dan jasmani. Keadaan ini mungkin berbeza dengan pemikiran masyarakat
barat yang menekankan pembangunan kebendaan dan menolak
kepentingan rohani dalam kehidupan.

Tamadun muncul dan berkembang dalam sesuatu masyarakat dengan


merujuk kepada keadaan dan suasana masyarakat itu sendiri. Yang
mengerakkan tamadun adalah masyarakat dan yang meruntuhkan
tamadun juga adalah masyarakat itu sendiri. Pertimbangan akal fikiran
yang baik akan memastikan berlakunya proses interaksi antara tamadun
dan sifat tolak ansur adalah sesuatu yang mulia dan perlu diberikan
keutamaan sekiranya kita ingin melihat pembangunan masyarakat di
dunia ini mencapai tahap yang gemilang dari segi keamanan sejagat dan
kemajuan yang berpanjangan.

19
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan dengan jelas definisi tamadun dan kemukakan


pendapat ahli sejarah mengenainya?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan al-Hadharah dan al-madaniyyah?

3. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan dan


perkembangan sesuatu tamadun.

4. Nyatakan dengan jelas, bagaimanakah berlakunya interaksi antara


tamadun?

5. Nyatakan fakta-fakta asas yang membezakan antara tamadun.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 1.1

1. D.
2. Salah.
3. B.
4. Masyarakat yang dibentuk hasil daripada penggabungan
pembangunan kebendaan dan kerohanian.

SDT 1.2

1. C.
2. Salah.
3. - menjadikan agama sebagai asas utama tamadun.
- memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.
- tidak kabur terhadap pembangunan kebendaan.

20
SDT 1.3

1. C.
2. D.
3. - perubahan dan peredaran alam dan manusia.
- desakan persekitaran dan keperluan hidup.
- fitrah kejadian dan perkembangan manusia yang memerlukan
perubahan dalam hidup.

SDT 1.4

1. B.
2. - doktrin agama dalam tamadun.
- konsep kesepaduan dan pengawalan.
- konsep kemajuan dan pembangunan.
3. Tamadun di dunia boleh berinteraksi.

21
22
BAB 2

KONSEP TAMADUN ISLAM

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mendefinisikan tamadun Islam.
2. Mengenal pasti konsep dan kandungan tamadun Islam.
3. Membincangkan ciri-ciri keistimewaan tamadun Islam.
4. Membezakan konsep agama dan ad-din.

2.1 PENGENALAN

Dalam pelajaran yang lalu telah dibincangkan tentang peristilahan


tamadun secara umum. Perbincangan dalam pelajaran ini pula akan
ditumpukan secara khusus kepada konsep dan definisi tamadun Islam.
Selain daripada itu, perbincangan juga akan memfokuskan kepada
kandungan utama tamadun Islam, di samping melihat apakah perbezaan
antara agama dan ad-din.

2.2 KONSEP DAN DEFINISI TAMADUN ISLAM

Berdasarkan penelitian dan pengkajian didapati tidak terdapat definisi


khusus yang diberikan kepada tamadun Islam oleh para penulis ilmu
ketamadunan. Hal ini disebabkan konsep tamadun merupakan suatu
konsep yang luas dan kompleks yang boleh di lihat dari pelbagai sudut.
Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada huraian-huraian yang
dikemukakan oleh para pengkaji dan penulis ilmu ketamadunan yang
terdahulu, dapat disimpulkan bahawa yang dimaksudkan dengan
tamadun Islam ialah manifestasi kecemerlangan sesebuah masyarakat
dalam pelbagai aspek yang merangkumi unsur kerohanian, jasmani,
pemikiran dan kebendaan yang seimbang dan bersepadu, yang terkesan
secara langsung daripada penghayatan Islam itu sendiri (Rasid, 1996).

Bagi sesetengah sarjana dan pengkaji ilmu ketamadunan lain, mereka


mendefinisikan tamadun Islam sebagai segala yang dihasilkan oleh
fikiran orang Islam menurut watak dan panduan agama Islam sendiri, ini

23
termasuklah segala bentuk peralatan dan perkakasan yang mereka
hasilkan dan gunakan sejak dahulu hingga sekarang (Abd. Rahman et al.,
1995).

Berdasarkan catatan sejarah, bangsa Arab merupakan perintis dan


pelopor kepada perkembangan tamadun Islam. Kemudiannya
perkembangan ini diteruskan pula oleh bangsa Sepanyol, Parsi, Turki,
India, dan bangsa-bangsa lain yang berada dalam pemerintahan Islam.
Keadaan ini akhirnya membentuk tamadun Islam sebagai tamadun yang
bersifat antarabangsa. Sifat ini boleh di lihat menerusi pencapaian
tamadun Islam itu sendiri dalam pelbagai bidang terutamanya dalam
bidang kesenian dan seni bina. Berbagai-bagai bentuk hasil seni bina dan
kesenian telah lahir daripada tamadun Islam. Adunan ini berpandukan
kepada kitab suci al-Quran dan al-Sunnah yang dilahirkan dalam satu
bentuk tamadun pemikiran yang mempunyai sifatnya yang tersendiri. Ini
merupakan tamadun yang baru, melambangkan keperibadian Islam yang
terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan
manusia keseluruhannya.

SOALAN DALAM TEKS 2.1

1. Berdasarkan kefahaman anda, apakah definisi


tamadun Islam yang paling tepat seperti yang
diberikan oleh sesetengah para pengkaji ilmu
ketamadunan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.3 KELAHIRAN TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam seperti yang ada sekarang telah mula lahir apabila
lahirnya sebuah masyarakat Islam di Mekah pada tahun 610 Masihi
serentak dengan kelahiran agama Islam dan perlantikan Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai Pesuruh Allah (Rasulullah). Kemudian Nabi
Muhammad s.a.w. berpindah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, di sana
tertubuh sebuah kerajaan Islam yang dipimpin oleh Baginda. Kerajaan
Islam inilah yang telah menjadi pendorong dan sebab kepada
perkembangan tamadun Islam setapak demi setapak hingga terdiri satu
tamadun yang tinggi yang telah menjadi sebab munculnya tamadun dunia
moden.

24
Perlu juga diingatkan bahawa sebelum tamadun Islam wujud, tamadun-
tamadun lain seperti tamadun Parsi, tamadun India, tamadun Yunani,
tamadun Mesir dan tamadun Romawi telah pun wujud. Orang Arab
sendiri pun telah ada satu bentuk tamadun yang tidak kurang majunya.
Tidak dapat dinafikan bahawa tamaduntamadun ini banyak
mempengaruhi tamadun Islam yang baru lahir. Oleh itu, ada baiknya
disentuh secara umum mengenai tamadun-tamadun awal sebelum
tamadun Islam itu.

2.4 TAMADUN-TAMADUN TERDAHULU

Seperti yang terdapat dalam sejarah, orang Arab sebelum kedatangan


agama Islam telah mempunyai tamadun sendiri dalam bidang kehidupan
terutama orang Arab yang dikenali sebagai Arab Badawi yang tinggal di
kawasan Hijaz. Sungguhpun orang Arab Badawi hidup berpindah-
randah dan berpuak-puak tetapi bagi tiap-tiap puak itu telah wujud suatu
bentuk pemerintahan. Syeikh al-Qabilah (Ketua Kabilah) bagi mereka
dianggap sebagai raja, hakim, penguasa perbendaharaan dan juga ketua
tentera. Pemilihan ketua kabilah dilakukan atas dasar-dasar tertentu
seperti orang yang berpengaruh, orang yang termulia di kalangan mereka
dan yang lebih berusia.

Selain daripada itu orang Arab Badawi juga telah terkenal dalam bidang
perniagaan dan perdagangan. Di kalangan mereka Mekah merupakan
pusat perniagaan yang menjadi tumpuan. Namun begitu, pada musim-
musim tertentu mereka juga akan keluar untuk berdagang dan berniaga di
tempat-tempat lain seperti Syam dan Yaman. Di samping perniagaan
orang Arab juga telah terkenal dalam bidang kesusasteraan terutamanya
dalam seni pengarangan sajak dan syair. Sering kali ketika mereka
berniaga, mereka akan mengadakan pertandingan mengarang dan
mencipta sajak serta syair. Pasar-pasar seperti Suhar, Ukaz dan Zul Majaz
merupakan tempat di mana mereka mempersembahkan hasil sastera
mereka untuk dinilai dan dipertandingkan di samping mengurus
perdagangan dan perniagaan.

Selain tamadun Arab Jahiliah, tamadun Parsi juga adalah sebuah tamadun
yang terkenal sebelum kedatangan Islam. Tamadun Parsi banyak
memberi sumbangan kepada tamadun Islam terutama dalam bidang ilmu
falsafah dan ilmu perubatan. Dalam pada itu, tamadun Romawi yang
terletak di sebelah barat juga dikenal pasti banyak mempengaruhi
tamadun Islam. Ini boleh di lihat terutamanya dalam bidang ilmu
astronomi dan perubatan yang mereka warisi daripada tamadun Yunani.
Orang Islam banyak menterjemahkan buku-buku ilmu pengetahuan
mereka ke dalam bahasa Arab.

25
Di samping dua tamadun besar di atas yang banyak mempengaruhi
tamadun Islam, tamadun-tamadun lain seperti tamadun India, tamadun
China dan tamadun Mesir Purba juga telah menyumbangkan pelbagai
perkara kepada tamadun Islam sama ada ianya berupa ilmu pengetahuan
atau kemahiran-kemahiran yang dibawa masuk ke dalam tamadun Islam
oleh bangsa-bangsa tersebut apabila mereka memeluk Islam.
Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa tamadun Islam pada awalnya
merupakan himpunan daripada tamadun-tamadun terdahulu yang
kemudiannya telah dibina semula mengikut acuan dan panduan agama
Islam sehingga akhirnya terbentuklah sebuah tamadun yang mempunyai
identiti yang berbeza daripada bentuk asalnya yang dikenali sebagai
tamadun Islam (Mahayudin, 1998; Hamka,1994).

SOALAN DALAM TEKS 2.2

1. Sejarah tamadun Islam bermula apabila terbentuknya


masyarakat Islam di Mekah. Bincangkan.

2. Tamadun Islam banyak dipengaruhi oleh tamadun-


tamadun terdahulu seperti tamadun Romawi, Parsi,
Yunani dan sebagainya. Bagaimana proses ini boleh
berlaku?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.5 KANDUNGAN TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam merupakan tamadun yang unik dan kompleks, dan


menggabungkan pelbagai unsur, sama ada yang diambil dari tamadun lain
mahu pun yang berasal dari tamadun Islam sendiri. Oleh sebab itu,
untuk menghuraikan kandungan tamadun Islam ianya hendaklah dibuat
dalam bentuk yang luas yang boleh menggambarkan keluasan tamadun
Islam itu sendiri.

Mengikut Jurji Zaydan dalam bukunya Tarikh at-Tamaddun al-Islami (lihat


dalam M.A.J. Beg, 1982) tamadun Islam mengandungi perkara-perkara
berikut:
(i) Negara Islam dan kerajaan (termasuk sistem
pentadbiran);
(ii) Bandar-bandar Islam termasuk Basrah, Kufah, Fustat dan
Baghdad;

26
(iii) Susun lapis masyarakat;
(iv) Sains dan perkembangan ilmu pengetahuan;
(v) Bangunan-bangunan dan seni bina Islam; dan
(vi) Seni Islam terutama muzik dan nyanyian.

Seorang penulis lain, Hassan Husni Abdul Wahab, dalam tulisannya


Waraqat an al-Hadarat al-Arabiyah bi Ifriqiyah al-Tunisia (lihat dalam
M.A.J. Beg, 1982) memfokuskan perkara berikut sebagai kandungan
utama tamadun Islam, iaitu
(i) Bandar-bandar Islam seperti Qairawan, Abbasiah,
Raqqadah dan Susah;
(ii) Bangunan-bangunan dan seni bina Islam dengan
penumpuan khusus kepada masjid dan bangunan penting
lain;
(iii) Kehidupan ekonomi, terutama perniagaan dan
perusahaan;
(iv) Susun lapis masyarakat, terutama masyarakat kota;
(v) Sains dan pendidikan, dengan tumpuan khusus kepada
astronomi, perubatan dan pengajian Islam; dan
(vi) Seni Islam seperti muzik, nyanyian dan seni lukis.

Seorang penulis barat, Rene Grausset (1967) menghuraikan kandungan


tamadun Islam hampir sama dengan huraian sarjana-sarjana Arab di atas.
Melalui bukunya The Civilization of The East, beliau memfokuskan dua
zaman Islam iaitu zaman Umaiyah dan Abbasiah. Tamadun zaman
Abbasiah sebagai contoh difokuskan secara mendalam mengandungi
unsur-unsur berikut:
(i) Negara Abbasiah;
(ii) Bandar Baghdad;
(iii) Kemajuan ekonomi pada zaman tersebut;
(iv) Aliran-aliran intelektual;
(v) Seni islam termasuk seni lukis dan tembikar; dan
(vi) Seni bina dan tugu-tugu peringatan.

Ibnu Khaldun (lihat buku terjemahan F. Rosenthals berjudul The


Muqaddimah: An Introduction to History, 1978) pula dalam kitabnya al-
Muqaddimah menganalisis aspek ketamadunan Islam dengan memberi
tumpuan kepada aspek-aspek seperti berikut, iaitu
(i) Pengenalan terhadap tamadun dunia secara umum;
(ii) Penjelasan tentang kehidupan masyarakat yang tidak
bertamadun;
(iii) Negara dan sistem pentadbiran;
(iv) Bandar-bandar, asal-usul dan pertumbuhannya;
(v) Kehidupan ekonomi dengan penumpuan khusus kepada
kegiatan dalam kemahiran dan perdagangan; dan

27
(vi) Sains dan pengajian, seperti Ilmu Hisab, Algebra dan
Geografi, Kimia, Perubatan dan Pengajian keagamaan.

Berdasarkan pandangan dan tulisan para sarjana ketamadunan, secara


keseluruhannya perbincangan mereka menumpukan beberapa aspek
utama yang dapat disimpulkan sebagai kandungan atau hasil sesebuah
tamadun. Di antara unsur yang difokuskan ialah faktor kerajaan Islam
yang mempengaruhi kemunculan tamadun. Di samping itu, mereka juga
memfokuskan aspek bandar dan perbandaran dalam kaitannya dengan
tamadun, kegiatan ekonomi, pendidikan dan keilmuan serta seluruh
cabang seni yang merupakan hasil tamadun yang unggul yang telah
diterima oleh generasi yang lalu.

Ia dapat memberi gambaran bahawa tamadun Islam ialah tamadun yang


dinamik dan berkembang yang bukan hanya merujuk aspek spiritual dan
agama, tetapi spiritual dan agama merentasi seluruh kegiatan masyarakat
dan negara sama ada dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan,
keilmuan, perbandaran, kesenian, dan yang lainnya. Ia dapat
membuktikan bahawa unsur agamalah yang mencetuskan satu peradaban
yang tinggi yang dapat dibuktikan melalui hasil pencapaian tamadun yang
cukup unggul.

2.6 CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang


membezakannya daripada tamadun lain. Antara ciri-ciri itu ialah
bersumberkan kepada al-Quran dan al-Sunnah; mempunyai bentuk yang
tetap dan tidak dipengaruhi oleh hawa nafsu; sikap terbuka kepada semua
tamadun; kesesuaiannya dengan tabiat semula jadi manusia; dan tamadun
yang syumul dan unik.

2.6.1 Bersumberkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah

Tamadun Islam tegak di atas dasar atau manhaj Allah s.w.t. yang terpancar
di dalam al-Quran, kitab Allah terakhir yang diturunkan kepada manusia,
mengandungi segala nilai, dasar, prinsip serta hukum-hakam yang
membimbing manusia untuk mencapai perkembangan, dan
kesempurnaan hidupnya.

Ajaran-ajaran yang dibawa oleh al-Quran dan bimbingan serta panduan


yang terdapat di dalamnya telah mewujudkan tamadun yang unggul. Oleh
kerana al-Quran adalah wahyu dan kalimah Allah, maka ia
menghubungkan manusia dengan perubahan dan perkembangan, dan

28
tamadun yang dicetuskannya sentiasa subur dan berkembang selaras
dengan kehidupan. Tamadun Islam sentiasa memenuhi keperluan
manusia dan mampu menyelesaikan persoalan yang dihadapi oleh
manusia.

Menurut perspektif Islam, wahyu (al-Quran dan al-Sunnah) adalah


sebagai kriteria bagi menilai sesuatu perkara. Kriteria-kriteria yang lain
seperti human experiance (pengalaman manusia), intiution (kebolehan
mengetahui sesuatu tanpa berfikir atau mengkaji), reason (akal) adalah
sebagai faktor-faktor pembantu kepada wahyu.

2.6.2 Mempunyai Bentuk Tetap dan Tidak Dipengaruhi oleh


Hawa Nafsu

Tamadun Islam mempunyai bentuk tetap dan bersandarkan kepada kitab


Allah, oleh itu tamadun Islam terpelihara daripada keinginan dan hawa
nafsu manusia kerana perkara-perkara yang berkaitan dengan halal
haram, baik buruk, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh semuanya
jelas tertera dalam kitab al-Quran dan al-Sunnah. Semua ini dikenakan ke
atas semua manusia tanpa batas perbezaan. Ini berbeza dengan
perundangan manusia yang diciptakan oleh sekumpulan atau sesuatu
bangsa yang tidak terjamin daripada dipengaruhi oleh dorongan hawa
nafsu dalam mewujudkan undang-undang tersebut.

Sementara itu nilai-nilai halal haram dalam perundangan Islam adalah


tetap, berbeza dengan perundangan manusia yang dipengaruhi oleh
perasaan dan sentimen yang kadang-kadang terpengaruh oleh cetusan
fikiran, keinginan untuk mengambil hati segolongan manusia, yang mana
kesemua ini akhirnya boleh melenyapkan nilai undang-undang tersebut
dan menyebabkan berlakunya ketidakadilan.

2.6.3 Sikap Terbuka kepada Semua Tamadun

Keistimewaan ini menjadikan tamadun Islam sentiasa berkembang maju


dan ini menjamin kewujudannya sepanjang zaman. Tamadun Islam
bersifat mengambil dan memberi (take and give). Ia menerima
pengalaman-pengalaman yang berguna di samping mempersembahkan
kepada tamadun asing hasil-hasil serta pencapaian-pencapaian yang
diperolehinya.

Berdasarkan inilah tamadun Islam telah bertaut dengan kebudayaan


Parsi, Yunani, Romawi, dan sebagainya yang akhirnya telah membuahkan
suatu tamadun yang mapan lagi mantap yang dijalin oleh berbagai unsur.
Namun demikian corak atau bentuknya adalah corak Islam, setelah
kebudayaan-kebudayaan tersebut dilebur dan disisihkan mana-mana yang
tidak selari dengan nilai-nilai Islam.

29
2.6.4 Kesesuaiannya dengan Tabiat Semula Jadi Manusia

Tamadun Islam tegak di atas dasar yang seimbang dengan tabiat semula
jadi manusia dan selaras dengan kehendak serta kecenderungan mereka.
Ianya mencetuskan dorongan sehingga manusia dapat menjalankan
peranan utamanya sebagai pemimpin (khalifah) di atas muka bumi.

Ajaran-ajaran dan nilai yang dibawa oleh Islam adalah bertujuan untuk
kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Justeru itu, tidak
hairanlah jika tamadun Islam yang berteraskan kepada ajaran-ajaran Islam
sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia.

2.6.5 Tamadun yang Syumul (Lengkap) dan Unik

Tamadun Islam adalah satu tamadun yang syumul. Kesyumulannya


meliputi semua zaman dan merangkumi seluruh kejadian dan kehidupan
manusia pada masa lalu, masa kini, dan masa akan datang. Begitu juga ia
dikatakan unik kerana tamadun Islam menyepadukan antara kehidupan
keduniaan dan kehidupan kerohanian tanpa ada dikotomi,
menghubungkan antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam
sekitar, dan manusia dengan Tuhan.

SOALAN DALAM TEKS 2.3

1. Berdasarkan pandangan sarjana Islam dan barat,


apakah kesimpulan mereka terhadap kandungan
utama tamadun Islam?

2. Antara ciri-ciri keistimewaan tamadun Islam ialah


bersikap terbuka kepada tamadun-tamadun lain.
Huraikan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.7 ISLAM, AGAMA, DAN AD-DIN

Tiap-tiap agama pada kebiasaannya diberi nama sesudah berlalu masa


orang yang mengembangkannya. Nama-nama agama disandarkan kepada
pendiri agama tersebut atau kepada suku bangsa di mana agama lahir dan
berkembang. Di Parsi wujud agama Zoroaster, di mana agama ini
dinisbahkan kepada pengembangnya iaitu Zoroaster yang meninggal

30
pada tahun 583 SM. Agama Buddha (Buddhisme) adalah berasal dari nama
Sidharta Gautama Buddha yang lahir pada tahun 560 SM di India.
Buddha adalah gelaran bagi Sidharta yang bermaksud Penerangan Agung.
Agama Yahudi (Judaisme) adalah agama yang dianut oleh orang-orang
Yahudi (Jews) adalah berasal dari negeri Juda (Judea) atau Yahuda. Agama
Hindu (Hinduisme) adalah merupakan kumpulan pelbagai agama dan
pandangan tentang dunia oleh orang-orang India. Agama Toa (Toaisme)
pula pada mulanya hanyalah berupa suatu ajaran falsafah sebagai
manifestasi perasaan dan khayalan kehidupan orang-orang Cina. Ajaran
Toa kemudiannya berkembang menjadi agama semasa Dinasti Han ( 206
SM 220 M).

Agama Kristian adalah nama yang berasal dari pengembangnya Jesus


Christ, pengikut-pengikutnya pula dipanggil orang-orang Kristian.
Orang-orang Islam biasanya menyebut agama Kristian sebagai agama
Nasrani seperti yang disebut dalam al-Quran. Nasrani diambil
bersempena dengan daerah asal Jesus Christ, iaitu Nazareth (Jesus of
Nazareth) ( Nasrudin, 1971).

Orang-orang barat biasanya menyebut Islam dengan nama


Mohammedanisme atau Mohammedan. Peristilahan ini bukan sahaja tidak
tepat tetapi secara prinsipnya juga adalah salah. Peristilahan sebegini
boleh membawa erti bahawa Islam adalah fahaman atau pemujaan
terhadap Nabi Muhammad sebagaimana perkataan Kristian dan
Kristianiti yang mengandungi makna pemujaan kepada Jesus Christ.
Analogi nama dengan agama-agama lain adalah tidak tepat untuk Islam.
Nama Islam mempunyai perbezaan yang cukup ketara dengan nama
agama lainnya. Perkataan Islam tidak mempunyai hubungan dengan
orang tertentu atau dari kalangan manusia tertentu atau dari suatu tempat
atau negeri tertentu. Islam adalah agama wahyu dari Allah. Perkataan
Islam adalah nama yang diberikan oleh Allah. Di dalam al-Quran
terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang nama Islam, antaranya
ialah

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah


ialah Islam.
(Surah Ali Imraan 3:19)

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka


tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari Akhirat kelak
dari orang-orang yang rugi.
(Surah Ali Imraan 3:85)

31
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama
kamu, dan Aku telah cukupkan nimatku kepada kamu, dan
Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

(Surah al-Maaidah 5:3)

Menurut etimologi, Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu akar kata
salama yang bererti sejahtera. Dari akar kata ini dibentuk kata aslama yang
bermaksud memelihara diri dalam keadaan sejahtera dan yang juga
bererti menyerahkan diri, patuh, tunduk dan taat. Kata aslama
kemudiannya menjadi kata dasar Islam mengandungi segala makna yang
terkandung dalam kata dasarnya. Oleh sebab itu orang yang melakukan
aslama atau masuk Islam dinamakan muslim yang bererti orang itu telah
menyatakan dirinya telah taat, menyerahkan diri dan patuh kepada Allah.
Dengan melakukan aslama seseorang itu telah menjamin kesejahteraan
hidupnya di dunia dan di akhirat.

Islam adalah agama sepanjang sejarah manusia. Agama dari sekalian para
Nabi dan Rasul yang pernah diutus oleh Allah kepada bangsa-bangsa dan
kelompok-kelompok manusia. Islam adalah agama Nabi Adam, Ibrahim,
Yakub, Musa, Isa dan lainya. Islam adalah agama Allah yang diwahyukan
kepada para RasulNya untuk disampaikan kepada umat manusia. Ia
adalah rahmat, hidayah dan petunjuk kepada manusia untuk menjalani
kehidupan dunia dan merupakan manifestasi sifat Rahman dan Rahim
Allah (Harun et al.,1985).

Dari perbincangan di atas telah dinyatakan tentang erti harfiah Islam.


Berbeza dengan kata agama ia tidak berasal daripada bahasa Arab
sebaliknya agama berasal daripada bahasa Sanskrit. Oleh kerana itu
tafsiran tentang agama tidak mungkin boleh di bincang berdasarkan ayat-
ayat al-Quran yang diwahyukan Allah. Kata ga tidak ada dalam bahasa
Arab sebab itu huraiannya mesti di lihat dari aspek lain. Dalam masalah
terminologi, kata agama sama dengan istilah religion atau religi dalam
bahasa Inggeris.

Dalam kamus Oxford Advanced Learners Dictionary of Current English,


religion didefinisikan sebagai:

Belief in the existence of supernatural rulling power, the creator and


controller of the unverse,who has given to man a spiritual nature which
continues to exist after the death of body. (Agama ialah
mempercayai adanya kuasa yang maha mengatasi, menguasai,
menciptakan dan mengawasi alam semesta dan yang telah
memberikan kepada manusia suatu tabiat rohani yang akan
sentiasa wujud sekalipun jasadnya sudah mati).

(A.S Hornby, 1994)

32
Dalam kamus An English-Readers Dictionary, A.S Hornby dan E.C
Parnwell (1971) merumuskan religi sebagai berikut:
(i) Belief in God as creator and controller of the universe.
(Kepercayaan kepada Tuhan sebagai pencipta dan
pengawas alam semesta); dan
(ii) System of faith and worship based on such belief. (Sistem
kepercayaan dan peribadatan yang didasarkan atas
keyakinan tertentu).
Sidi Gazalba (1986) mendefinisikan religi sebagai kepercayaan kepada
Tuhan dan hubungan manusia dengan Tuhan yang kudus, yang dihayati
sebagai hakikat yang ghaib berdasarkan doktrin tertentu.
Dengan penjelasan dan definisi yang telah dikemukakan itu jelas kepada
kita pengertian agama. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa
agama itu meliputi:
(i) Satu sistem kepercayaan kepada Tuhan, dan
(ii) Satu sistem penyembahan kepada Tuhan.

Dengan demikian agama itu bidangnya ialah hubungan manusia dengan


tuhan sahaja, tegasnya hanya bersifat vertikal.

Dalam peristilahan bahasa Arab dan al-Quran, kata agama dapat


diseertikan dengan ad-Din. Tetapi apabila ad-Din itu dihubungkan dengan
Allah atau al-Haq maka jadilah Dinullah yang bererti agama yang datang
dari Allah atau Dinulhaq yang bererti agama yang benar sebagaimana
firman Allah yang bermaksud:
Dialah yang telah mengutus Rasulnya (Muhammad s.a.w.)
dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar
(agama Islam), supaya ia memenangkannya dan
meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-
orang Musyrik tidak menyukainya.
(Surah as-Saff 61:9)

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah


ialah Islam.
(Surah Ali Imraan 3:19)

Oleh kerana itu Islam ialah agama Allah yang diturunkan kepada para
Rasul sejak Nabi Adam a.s hingga Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad
s.a.w. Sebagai Nabi terakhir baginda s.a.w. diutus dengan membawa
syariat agama yang sempurna untuk seluruh manusia sepanjang zaman.
Justeru itu agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. itulah
yang tetap ada hingga sekarang dan pada masa akan datang. Secara
kesimpulan, maka Islam itu ialah ad-Din yang dibawa oleh nabi
Muhammad, iaitu apa yang diturunkan oleh Allah di dalam al-Quran dan

33
yang disebut dalam Sunnah yang sahih, berupa perintah-perintah,
larangan-larangan dan petunjuk-petunjuk untuk kesejahteraan dan
kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. (Nasrudin, 1971).
Jadi tujuan Islam ialah untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup
manusia di dunia dan di akhirat. Untuk mencapai tujuan itu, Islam
mengajar manusia aspek-aspek yang berkaitan dengan duniawi dan juga
aspek-aspek yang berkaitan dengan ukhrawi. Oleh kerana itu Islam
berpaksikan kepada:
(i) Ajaran yang menyusun dan mengatur hubungan manusia
dengan Tuhannya, merangkumi kepercayaan dan
penyembahan. Oleh sebab itu Islam mengajar tentang
sistem iman dan sistem ibadah yakni rukun iman dan
rukun Islam; dan
(ii) Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan sesama
manusia dan hubungan manusia dengan alam. Oleh
sebab itu Islam mempunyai ajaran-ajaran yang berkaitan
sosial, ekonomi, politik, seni, kebudayaan, perkahwinan,
perwarisan, jihad, perang dan sebagainya.
Ajaran yang pertama (hubungan manusia dengan Tuhan) bersifat vertikal
manakala ajaran kedua (hubungan manusia dengan sesama manusia dan
hubungan manusia dengan alam) bersifat horizontol. Jelas di sini bahawa
yang menjadi skop agama hanya satu sahaja iaitu hubungan manusia
dengan Tuhan sedangkan yang menjadi skop Islam ialah hubungan
manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia serta
hubungan manusia dengan alam. Oleh itu, Islam bukan hanya sistem
agama sahaja sebaliknya ia adalah sistem hidup yang lebih luas. Di sinilah
sebenarnya perbezaan antara agama Islam dengan agama-agama lain.
Dalam hal ini, pendapat H.A.R Gibbamat bertepatan sekali iaitu Islam is
indeed much more than a system of theology, it is a complete civilization - Islam itu
sesungguhnya lebih daripada satu sistem agama sebaliknya ia adalah satu
peradaban yang lengkap (Nasrudin, 1971).

SOALAN DALAM TEKS 2.4

1. Bincangkan perbezaan utama antara ad-din dan agama.

2. Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu daripada akar


kata salama yang bererti sejahtera. Benar / Salah

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

34
2.8 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan dapat dirumuskan bahawa tamadun Islam


merupakan antara tamadun yang unik, berprinsip serta mempunyai
dinamika dan kepelbagaian dalam perkembangannya. Ia telah melalui
perjalanan sejarah yang panjang dan mampu bertahan sehingga kini
walaupun mengalami pasang surut. Namun ia tetap mempunyai
keistimewaan yang tersendiri jikalau diteliti dan dikaji. Dalam setiap
peringkat perkembangan tamadun Islam, agama Islam sebagai satu
sistem hidup yang lengkap merupakan teras yang mendokongi kesemua
cabang-cabang kehidupan manusia. Tamadun Islam merupakan tamadun
yang menggabungkan aspek kerohanian dan aspek jasmani, dan yang
menggabungkan kehidupan duniawi dan juga ukhrawi. Matlamat utama
tamadun Islam ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan membawa
manusia kepada erti kemajuan dan kejayaan yang sebenar mengikut
panduan agama.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Berikut adalah kenyataan yang benar mengenai kejayaan tamadun


Islam KECUALI
A. menjadi agama sebagai asas utama.
B. memiliki pengetahuan yang tinggi.
C. meletakkan kejayaan dunia sebagai asas penting.
D. menghargai fitrah manusia.

2. Tamadun Islam bermula di __________ pada tahun


__________ sebelum melewati Basrah, Damsyik, Baghdad,
Cordova hinggalah ke Melaka, Acheh dan sebagainya.
A. Mekah, 610 M
B. Madinah, 622 M
C. Mekah, 612 M
D. Madinah, 610 M

3. Pilih keterangan yang hanya berkaitan dengan tamadun Islam.


I Tamadun Islam bersifat antarabangsa.
II Tamadun Islam bersifat sarwajagat.
III Tamadun Islam wujud sejak 12 abad yang lalu.
IV Tamadun Islam pernah mengalami era kemerosotan.
V Tamadun Islam adalah sinonim dengan tamadun Arab.

A. I, II, III dan IV

35
B. I, II, III dan V
C. I, II, IV dan V
D. I, II dan IV

4. Semua berikut adalah berkaitan dengan asas tamadun Islam,


KECUALI
A. al-Quran
B. al-Sunnah
C. Aqiqah
D. Syariah

5. Siapakah masyarakat yang bertamadun menurut Islam?


A. Masyarakat yang tinggal di Madinah.
B. Masyarakat yang mengamalkan cara hidup moden.
C. Masyarakat yang membangun secara fizikal dan spiritual.
D. Masyarakat yang hanya menjurus kepada bidang rohani.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 2.1

1. Berdasarkan pandangan para pengkaji ilmu ketamadunan,


kebanyakan mereka bersetuju dengan definisi tamadun Islam
yang menyebut tamadun Islam ialah satu manifestasi
kecemerlangan sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek yang
merangkumi unsur kerohanian, jasmani, pemikiran dan
kebendaan yang seimbang dan bersepadu, yang dipengaruhi
secara langsung hasil daripada penghayatan Islam itu sendiri.

SDT 2.2

1. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejarah tamadun Islam


bermula apabila terbentuknya masyarakat Islam di Mekah.
Selepas Nabi Muhammad dilantik sebagai Rasul, antara tugas
terawal baginda ialah berdakwah kepada masyarakat Arab di
Mekah untuk memeluk Islam. Hasil pemelukan Islam oleh
beberapa orang Arab pada peringkat awal akhirnya telah
membentuk masyarakat Islam di Mekah. Pembentukan
masyarakat Islam di Mekah merupakan detik awal bermulanya
sejarah tamadun Islam. Manakala pembentukan negara Islam di

36
Madinah pula merupakan sebab kepada perkembangan tamadun
Islam secara lebih pesat sehingga menjadi tamadun yang besar.
2. Tamadun Islam banyak dipengaruhi oleh tamadun terdahulu
seperti tamadun Romawi, Yunani, Parsi dan sebagainya. Proses
ini berlaku terutamanya melalui dua cara. Pertama melalui
penterjemahan buku-buku ilmu pengetahuan tamadun-tamadun
tersebut ke adalah bahasa Arab oleh orang-orang Islam, dan
kedua melalui proses pemelukan Islam oleh bangsa-bangsa
tamadun tersebut. Dengan memeluk Islam, mereka juga
sebenarnya membawa masuk pengaruh tamadun mereka ke
dalam tamadun Islam.

SDT 2.3

1. Secara kesimpulan, para sarjana Islam dan barat bersetuju bahawa


kerajaan Islam merupakan kandungan dan hasil utama tamadun
Islam. Faktor kerajaan ini kemudiannya dibantu pula oleh aspek
perbandaran, kegiatan ekonomi, pendidikan, keilmuan dan
seluruh cabang seni. Kesemua aspek ini bersandarkan kepada
agama Islam yang menjadi teras kepada tamadun Islam.
2. Antara ciri-ciri keistimewaan tamadun Islam ialah bersikap
terbuka kepada tamadun lain. Ciri ini menjadikan tamadun Islam
sentiasa berkembang maju dan berupaya meneruskan
kewujudannya sepanjang zaman. Tamadun Islam menerima
segala pengetahuan dan pengalaman tamadun-tamadun lain yang
kemudiannya diolah semula menurut corak Islam. Hasilnya
lahirlah sebuah tamadun manusia yang hebat dan mantap yang
terjalin dalam pelbagai unsur.

SDT 2.4

1. Ad-Din ialah suatu konsep yang menyeluruh yang


menghubungkan manusia dengan Tuhan, manusia dengan
manusia dan manusia dengan alam, sedangkan agama hanya
menfokuskan hubungan manusia dengan Tuhan semata-mata.
Tegasnya agama bersifat ritual sahaja. Dari sudut yang lain, ad-
din ialah sistem hidup yang serba lengkap sedangkan agama
hanya memberi penekanan kepada aspek kepercayaan dan
penyembahan Tuhan semata-mata.

37
38
BAB 3

AL-QURAN

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menghayati dan memahami maksud al-Quran.
2. Membahaskan sejarah penurunan al-Quran.
3. Membezakan antara ayat Makkiyah dan ayat Madaniyyah.
4. Membincangkan sejarah penulisan dan pengumpulan al-Quran.
5. Mengetahui kandungan dan mengkaji keistimewaan al-Quran.

3.1 PENGENALAN

Tamadun Islam mempunyai prinsip dan teras kewujudannya melalui


keunggulan sistem Islam itu sendiri, dan al-Quran merupakan sumber
yang mengarahkan perjalanan tamadun sepanjang pembinaannya. Oleh
kerana itu, perkembangan tamadun Islam mendapat hidayah daripada al-
Quran khususnya dalam memantapkan beberapa aspek nilai yang
menjadi asas orientasi dalam merancang dan melaksanakan
pembangunan tamadunnya. Justeru itu dalam pelajaran ini perbincangan
akan menumpukan kepada konsep serta kedudukan al-Quran dalam
tamadun Islam dan bagaimana al-Quran berperanan dalam membentuk
kehidupan individu serta masyarakat dengan segala keistimewaan yang
ada padanya.

3.2 DEFINISI AL-QURAN

Perkataan al-Quran dari segi bahasa bermaksud bacaan. Ini berdasarkan


firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-


Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada
lidahmu).
(Surah al-Qiyamah 75:17)

Pendapat yang kedua pula mengatakan bahawa al-Quran bermakna satu


bentuk himpunan kerana perkataan Quran berasal daripada kata dasar
qaraa yang bermakna himpunan. Pendapat lain pula menegaskan bahawa

39
kata Quran itu berasal daripada qarana yang bermaksud bandingan;
dengan maksud bahawa al-Quran apabila dibandingkan dengan kitab-
kitab lain akan menyerlahkan keistimewaannya. Ada juga yang
berpendapat bahawa perkataan al-Quran itu hanya nama kepada wahyu
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan bukannya berasal
daripada mana-mana kata-kata dasar (Muhammad Abdul Azim, 1986).

Dari sudut istilah pula, al-Quran didefinisikan sebagai kalam Allah yang
bersifat mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang
diriwayatkan secara mutawatir (diriwayatkan secara beramai dengan cara
berturut-turut) dan membacanya merupakan ibadah (Subhi, 1964).

Al-Quran tersusun dalam 114 bahagian yang dikenali sebagai surah dan
jumlah ayatnya ialah melebihi enam ribu ayat. Pembahagian surah adalah
berdasarkan petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Setiap surah diberi
nama mengikut isi atau perkataan yang terkandung didalamnya. Surah-
surah ini ada yang panjang dan ada yang pendek. Surah al-Baqarah
merupakan yang terpanjang dengan 286 ayat dan surah al-Nasr
merupakan yang terpendek dengan tiga ayat (Nizamudin,1984).

SOALAN DALAM TEKS 3.1

1. Nyatakan definisi al-Quran dari sudut bahasa dan


istilah.

2. Al-Quran mengandungi 114 surah dan lebih daripada


enam ribu ayat. Betul / Salah

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.3 SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN

Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara


beransur-ansur dengan cara menurunkan beberapa ayat dari sesuatu
surah atau satu surah yang pendek secara lengkap. Penurunan al-Quran
mengambil masa selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun
di Madinah. Ayat atau wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada
Nabi Muhammad s.a.w. ialah lima ayat pertama dari Surah al-Alaq iaitu
firman Allah yang bermaksud:

40
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari
sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha
Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia
mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

(Surah al-Alaq 96 :1-5)

Ayat-ayat ini diturunkan ketika Nabi Muhammad sedang berada di Gua


Hira. Penurunan ayat-ayat ini juga menandakan perlantikan Nabi
Muhammad secara rasmi sebagai rasul dan nabi. Mengikut ulama dan
pengkaji al-Quran, ayat-ayat ini diturunkan pada tarikh 17 Ramadan, iaitu
bersamaan 6 Ogos 610 Masihi.

Manakala ayat al-Quran yang terakhir sekali yang diturunkan kepada


Nabi Muhammad ialah ayat ketiga daripada surah al-Maidah yang
bermaksud:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama


kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan
Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

(Surah al-Maidah 5: 3)

Ayat terakhir ini turun ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang


menunaikan ibadat Haji Wida (Haji Perpisahan) di Arafah, iaitu pada
hari Jumaat 9 Zulhijah tahun ke 10 Hijrah bersamaan dengan bulan Mac
632 Masihi. Selepas 81 hari ayat ini diturunkan Nabi Muhammad s.a.w.
pun wafat, iaitu pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah bersamaan dengan
8 Jun 632 Masihi (Masjfuk, 1980).

3.4 AYAT MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

Al-Quran diturunkan dalam dua peringkat iaitu di Mekah dan di


Madinah. Peringkat pertama ialah ayat-ayat yang diturunkan ketika Nabi
Muhammad berada di Mekah iaitu bermula sejak baginda dilantik sebagai
Rasul sehingga baginda berhijrah ke Madinah. Peringkat ini mengambil
masa selama 13 tahun. Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dinamakan
sebagai Makkiyah. Peringkat kedua iaitu ayat-ayat yang diturunkan di
Madinah iaitu selepas Nabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke
Madinah. Peringkat ini berlangsung selama 10 tahun. Ayat-ayat yang
diturunkan di Madinah dikenali sebagai Madaniyyah.

Perbezaan utama antara ayat-ayat Makkiyah dan Madaniyyah adalah seperti


berikut:

41
1. Ayat-ayat Makkiyah umumnya pendek-pendek sedangkan ayat-
ayat yang diturunkan di Madinah (Madaniyyah) panjang-panjang.
2. Dalam surah-surah Makkiyah selalunya terdapat ayat-ayat yang
dimulai dengan perkataan Yaa ayyuhannas (Wahai! Manusia)
sedangkan dalam ayat-ayat Madaniyyah kebanyakan ayat-ayat
dimulai dengan ungkapan, Ya ayyuhal ladzi na aamanu (Wahai!
Orang-orang yang beriman).
3. Ayat-ayat Makkiyah banyak membicarakan hal-hal yang berkaitan
dengan tauhid, iman, taqwa, dosa dan pahala serta sejarah
bangsa-bangsa lalu. Sedangkan ayat-ayat Madaniyyah banyak
membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hakam,
kemasyarakatan, kenegaraan, peperangan, undang-undang
antarabangsa serta perhubungan antara orang Islam dengan yang
bukan Islam (Hafiz, 1985).

SOALAN DALAM TEKS 3.2

1. Ayat pertama al-Quran yang diturunkan iaitu iqra


bermaksud ______________. Diturunkan kepada
Nabi Muhammad di ____________ mengandungi
signifikan mengenai___________ .
A. bacalah/Gua Thur/intelektual
B. bacalah/Gua Hira/politik
C. bacalah/Gua Hira/intelektual
D. bacalah/Gua Hira/politik

2. Nyatakan dua perbezaan antara ayat Makkiyah dan


ayat Madaniyyah.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.5 SEJARAH PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-


QURAN

Pengumpulan dan penulisan al-Quran mengalami tiga peringkat iaitu


pada zaman Nabi Muhammad, zaman Khalifah Abu Bakar, dan zaman
Khalifah Uthman.

42
3.5.1 Pengumpulan dan Penulisan Al-Quran Pada Zaman Nabi
Muhammad

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w pengumpulan al-Quran pada


mulanya lebih tertumpu kepada kaedah penghafazan. Ini disebabkan
Nabi Muhammad s.a.w sendiri merupakan seorang yang buta huruf dan
baginda diutuskan kepada masyarakat yang juga buta huruf. Dalam pada
itu kemudahan-kemudahan penulisan tidak wujud lagi pada zaman itu.
Oleh kerana itu penghafazan dalam dada lebih diutamakan daripada
pengumpulan dalam bentuk tulisan. Pada hakikatnya al-Quran mendapat
perhatian yang lebih daripada Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-
sahabatnya dengan mengutamakan penghafazan daripada pengumpulan
dalam bentuk tulisan. Walau pun begitu ada juga dari kalangan para
sahabat yang menulis al-Quran sekalipun jumlah dan keupayaan mereka
agak terhad.

Dalam pada itu, Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah melantik beberapa
sahabat yang mempunyai kebolehan menulis sebagai jurutulis wahyu,
antaranya ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zaid bin Thabit,
Muawiyah, Ubai bin Kaab, Khalid al-Walid, dan lain-lain. Apabila ayat al-
Quran turun baginda menyuruh penulis-penulis wahyu ini menulis ayat-
ayat itu dengan penuh hati-hati dan cermat. Penulisan al-Quran pada
masa itu dibuat atas pelepah tamar, batu-batu leper dan nipis, kulit-kulit
binatang dan daun-daun kayu serta tulang-tulang binatang. Semua bahan-
bahan yang dituliskan dengan ayat-ayat al-Quran ini disimpan di rumah
Nabi Muhammad. Pada peringkat ini ayat-ayat yang ditulis masih dalam
keadaan tidak tersusun atau tidak di himpun dalam suatu mashaf. Di
samping penulisan yang disimpan di rumah Nabi Muhammad, ada juga
para sahabat lain yang menulis al-Quran untuk simpanan peribadi
mereka. Kebiasaannya mereka tidak menulis semua ayat al-Quran yang
diturunkan dengan teratur dan lengkap kerana sering kali mereka tidak
dapat mengikuti setiap kali turunnya ayat al-Quran disebabkan terpaksa
menjalankan tugas-tugas lain. Apa yang jelas al-Quran sebenarnya
sudahpun mula ditulis pada zaman Nabi Muhammad lagi (Muhammad
Abdul, 1986).

3.5.2 Pengumpulan dan Penulisan Al-Quran Pada Zaman


Khalifah Abu Bakar

Setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat, Abu Bakar telah mengambil alih
pentadbiran masyarakat Islam. Antara cabaran utama yang beliau
terpaksa tempuh semasa mengambil alih pentadbiran dari Nabi
Muhammad ialah pemberontakan yang dilakukan oleh golongan yang
murtad dan golongan yang enggan membayar zakat. Hasilnya telah
berlaku pertempuran di antara tentera-tentera Islam dengan kedua

43
golongan tersebut di Yamamah, iaitu pada tahun 12 Hijrah. Dalam
pertempuran ini ramai golongan penghafaz al-Quran telah terkorban.
Ada pendapat yang mengatakan seramai 70 orang penghafaz al-Quran
telah terkorban, dan ada yang mengatakan jumlah penghafaz al-Quran
yang terkorban ialah 500 orang (Hamka, 1994).

Melihat ramainya para penghafaz al-Quran yang terkorban, Umar ibn al-
Khattab memikirkan sesuatu untuk menjamin supaya al-Quran tidak
akan hilang ditelan zaman. Akhirnya beliau telah mencadangkan kepada
Abu bakar supaya al-Quran dikumpulkan untuk mengelakkan al-Quran
dari hilang bersama para penghafaznya yang mati atau terkorban. Pada
mulanya Abu Bakar ragu-ragu untuk melaksanakan cadangan Umar
memandangkan hal seperti itu tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad,
tambahan pula beliau bimbang bahawa kalau al-Quran dikumpulkan
seperti cadangan Umar, mungkin ianya akan mendedahkan al-Quran
kepada penyelewengan dan pemalsuan disebabkan pengubahsuaian yang
mungkin dilakukan oleh para pengumpul tersebut. Walau bagaimanapun,
Abu Bakar akhirnya bersetuju dengan cadangan Umar setelah beliau
diyakinkan oleh Umar tentang kebaikan yang akan wujud sekiranya al-
Quran dikumpulkan. Menurut Umar usaha pengumpulan al-Quran tidak
lain dan tidak bukan hanyalah sebagai satu usaha untuk menjaga al-
Quran dari sebarang penyelewengan dan pemalsuan, malahan ia
bukanlah perkara baru yang terkeluar dari cara yang dikehendaki oleh
Nabi Muhammd s.a.w kerana usaha itu merupakan lanjutan daripada
asas-asas yang telah dimulakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri dalam
menjaga al-Quran, di mana Nabi Muhammad s.a.w pernah melantik para
penulis wahyu pada masa baginda masih hidup.

Abu Bakar kemudiannya telah memberi tanggungjawab untuk


mengumpul al-Quran kepada salah seorang sahabat yang cukup terkenal
dengan pengalamannya mengumpul al-Quran, iaitu Zaid ibn Thabit.
Sebagaimana yang diketahui Zaid bin Thabit merupakan seorang
penghafaz al-Quran dan beliau juga adalah salah seorang penulis wahyu
pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di samping itu, beliau juga adalah
seorang yang berfikiran matang, warak, amanah, berakhlak mulia, dan
sangat patuh dalam menjalankan perintah agama.

Dalam menjalankan tugasnya mengumpul al-Quran, Zaid sangat berhati-


hati. Ini adalah untuk menjamin bahawa al-Quran yang dikumpulkan itu
adalah menyeluruh dan sempurna. Ketika menjalankan tugas mengumpul
al-Quran Zaid bergantung kepada dua sumber utama iaitu
(i) Ayat-ayat al-Quran yang ditulis di hadapan Nabi dan yang
disimpan di rumah Nabi; dan
(ii) Ayat-ayat yang dihafaz oleh para sahabat yang hafiz al-
Quran.

44
Zaid tidak akan menerima atau merekodkan sebarang tulisan ayat al-
Quran, kecuali kalau dia sudah mendapat pengesahan dari dua orang
saksi yang adil bahawa ayat itu benar-benar telah ditulis di hadapan Nabi
Muhammad s.a.w atas perintahnya. Tugas mengumpul al-Quran akhirnya
telah dapat disempurnakan oleh Zaid dalam tempoh kurang dari satu
tahun. Hasil dari usaha-usaha dan tindakan yang diambil oleh Abu Bakar
yang berdasarkan cadangan Umar dan dikerjakan pula oleh Zaid bin
Thabit maka lahirlah sebuah mashaf al-Quran yang disusun kemas dan
lengkap serta diyakini bahawa ianya adalah memang wahyu Allah yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Mashaf al-Quran karya Zaid ini mengandungi semua ayat-ayat al-Quran


sama ada yang dinaskhahkan atau yang tidak dinaskhahkan. Mashaf ini
dapat diterima oleh semua orang Islam tanpa ada bantahan atau
pembetulan. Mashaf ini kemudiannya disimpan oleh Abu Bakar dan
kemudiannya disimpan pula oleh Umar setelah Abu Bakar wafat. Setelah
Umar wafat, tugas ini diambil oleh Hafsah (salah seorang isteri Nabi
Muhammad s.a.w dan juga merupakan anak Umar) atas wasiat Umar.
Tugas ini diberi kepada Hafsah atas pertimbangan beliau merupakan
seorang yang pandai membaca dan menulis, dan juga seorang yang hafiz
al-Quran (Masjfuk, 1980).

3.5.3 Penulisan dan Pengumpulan Al-Quran Pada Zaman


Khalifah Uthman

Pada masa pemerintahan Kerajaan Uthman wilayah kerajaan Islam


semakin luas. Di samping itu, pembangunan dalam beberapa bidang juga
berkembang pesat. Orang Islam yang dahulunya hanya berada di sekitar
Semenanjung tanah Arab kini telah tersebar luas di seluruh pelusuk
negeri yang dikuasai oleh Islam. Keadaan ini menjadikan minat orang
ramai untuk mengkaji dan mempelajari al-Quran semakin hebat dan
meluas. Dalam pada itu jarak antara zaman Nabi Muhammad s.a.w dan
generasi selepasnya semakin jauh. Oleh kerana itu terjadilah perbezaan
bacaan al-Quran di kalangan umat Islam kerana setiap negeri yang
dikuasai oleh Islam akan membaca al-Quran berpandukan kepada
sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang mengajarkan al-Quran
kepada mereka. Penduduk Syam membaca al-Quran berpandukan
kepada bacaan Ubai bin Kaab, penduduk Kufah pula berpandukan
bacaan Abdullah bin Masud dan penduduk-penduduk di tempat-tempat
lain berpandukan bacaan Abu Musa al-Asyari. Kesan dari keadaan ini
lahirlah perbezaan cara sebutan huruf dan kalimah al-Quran. Perbezaan
ini menyebabkan berlakunya pertelingkahan dan perdebatan yang sengit
di kalangan umat Islam yang boleh menggugat perpaduan umat.

45
Melihat kepada fenomena ini, khalifah Uthman telah berbincang dengan
para sahabat yang lain, di mana akhirnya satu keputusan telah diambil
untuk menyusun semula al-Quran dengan cara menyeragamkan
penulisan al-Quran. Keputusan ini diambil pada akhir tahun 24 Hijrah.
Untuk melaksanakan tugas ini satu jawatankuasa yang diketahui oleh
Zaid bin Thabit telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini berperanan untuk
menyalin al-Quran dari naskhah yang disimpan oleh Hafsah, sebab
mashaf Hafsah merupakan mashaf yang standard.

Jawatankuasa ini telah membuat beberapa salinan naskhah al-Quran


untuk dikirim dan diedarkan ke daerah-daerah umat Islam. Selepas
naskhah al-Quran ini dikirim ke tempat-tempat yang telah ditetapkan
Khalifah Uthman kemudiannya memerintahkan agar mana-mana salinan
selain salinan yang dikirimkan hendaklah dimusnahkan. Ini dilakukan
untuk memastikan keseragaman bacaan al-Quran dapat dijamin dan
terpelihara. Akhirnya yang tinggal hanyalah naskhah rasmi yang ditulis
dan didokumentasikan oleh Zaid. Bersempena dengan arahan Khalifah
Uthman ini, al-Quran yang ada pada hari ini dikenali sebagai Rasm
Uthmani atau Mashaf Uthmani (Ahmad Von denffer, 1983).

SOALAN DALAM TEKS 3.3

1. Apakah faktor utama yang mendorong penyeragaman


penulisan al-Quran pada zaman Khalifah Uthman?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.6 KANDUNGAN AL-QURAN

Isi kandungan al-Quran pada hakikatnya mengandungi lima perkara


pokok iaitu

1. Tauhid

Banyak ayat al-Quran yang menyentuh persoalan tauhid dan keesaan


Tuhan. Melalui al-Quran, Allah telah menunjukkan pelbagai perkara
tentang kebesaran dan KeesaanNya. Manusia diperintahkan agar hanya
menyembah Allah dan tidak mensyirikkanNya. Tanpa tauhid, manusia
akan hidup dalam kesesatan. Untuk membimbing manusia supaya dapat
mentauhidkan Allah, para rasul dan nabi telah diutuskan bagi mengajar
mereka dasar-dasar tauhid bagi menjamin kehidupan yang sejahtera di
dunia dan juga akhirat.

46
2. Janji dan Ancaman Allah

Allah telah menjanjikan kepada setiap orang beriman dan mematuhi


segala perintah-Nya akan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, dan
akan dijadikan Khalifah di atas muka bumi. Sebaliknya Allah mengancam
kepada sesiapa yang ingkar kepada-Nya dan memusuhi para Nabi dan
Rasul-Nya dengan azab yang pedih sama ada di dunia mahu pun di
akhirat.

3. Ibadah

Tujuan hidup manusia di dunia adalah untuk beribadat kepada Allah.


Pengertian ibadat dalam Islam adalah cukup luas sebab ianya tidak
terbatas kepada upacara ritual semata-mata sebaliknya semua aktiviti yang
dilakukan manusia dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah akan
dikira sebagai ibadah. Ibadah bagi manusia adalah manifestasi kesyukuran
kepada Allah di atas segala nikmat yang dikurniakan dan sebagai bukti
kepercayaan manusia kepada Allah yang Maha Esa sebab tidak cukup
bagi manusia hanya membuat pengakuan beriman tanpa disertai dengan
amal/ibadah.

4. Jalan dan Cara Mencapai Kebahagiaan

Setiap orang yang beragama pasti bercita-cita untuk mendapat


kebahagiaan hidup di dunia dan juga akhirat. Untuk mencapai cita-cita
tersebut Allah menerusi al-Quran telah memberi petunjuk bagaimana
cita-cita tersebut boleh dicapai iaitu dengan cara menghayati semua
ajaran agama yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

5. Kisah-Kisah dan Sejarah Umat Terdahulu

Di dalam al-Quran terdapat kisah-kisah para Nabi dan Rasul serta umat
masing-masing. Kisah-kisah ini diungkapkan dalam al-Quran dengan
tujuan dijadikan iktibar dan pengajaran oleh umat Nabi Muhammad
tentang bagaimana nasib umat manusia yang taat dan nasib umat
manusia yang ingkar. Di samping itu kisah-kisah para Nabi dan Rasul
terdahulu pula diungkapkan sebagai hiburan kepada Nabi Muhammad
dan umat Islam agar bersabar dalam menempuh pelbagai rintangan
ketika menyampaikan agama Allah kepada manusia kerana para Nabi dan
Rasul terdahulu juga tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran dan
rintangan ini.

3.7 KEISTIMEWAAN AL-QURAN

Sekiranya dibuat kajian yang teliti ternyata al-Quran mengandungi


pelbagai keistimewaan atau mukjizat. Hal ini semakin jelas apabila dilihat
dalam aspek-aspek berikut:
47
1. Kesahihan dan Jaminan Keterpeliharaannya

Kitab-kitab yang diturunkan sebelum al-Quran seperti kitab Taurat, Injil,


dan Zabur kesemuanya telah diubah dan diselewengkan oleh manusia
dan penganutnya sendiri. Namun begitu al-Quran telah diberi jaminan
oleh Allah akan terhindar dan terpelihara daripada sebarang
kemungkinan penyelewengan ini bermula dari sejak ia diturunkan
sehinggalah ke hari Kiamat. Dalam hal ini Allah telah berfirman yang
bermaksud:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan


Kamilah yang menjaga dan memeliharanya.

(Surah al-Hijr 15:9)

2. Syariah

Syariah atau sistem undang-undang yang terkandung dalam al-Quran


bersifat sempurna dan menyeluruh untuk semua umat manusia, dan
sesuai untuk setiap masa, suasana, tempat dan zaman. Ia tidak khusus
untuk bangsa Arab sahaja malah untuk semua bangsa yang ada di dunia
ini. Sistem syariah dalam al-Quran mengatur tatacara kehidupan manusia
dari perkara yang paling asas seperti membersihkan diri sehinggalah
kepada perkara-perkara yang besar seperti cara bernegara, ekonomi,
sosial, politik dan lainnya.

Syariah bersifat sederhana, praktikal, dan rasional. Ajarannya


memerlukan gabungan antara kerohanian dan kejasmanian, keduniaan,
dan keakhiratan. Ia menjamin kepentingan individu di samping
kepentingan masyarakat serentak. Ajarannya lengkap, tepat, dan benar.
Dalam erti kata lain, ajaran al-Quran yang terangkum dalam konsep ad-
din merupakan satu sistem hidup yang paling lengkap. Inilah sebenarnya
keunggulan syariah yang dibawa oleh al-Quran.

3. Gaya Bahasa

Keistimewaan al-Quran sebagai sumber utama tamadun Islam juga boleh


di lihat melalui aspek bahasa. Menerusi balaghah (retorik) yang tinggi al-
Quran telah memukau kesemua sasterawan Arab yang begitu mahir
dengan balaghah. Malah ia sama sekali telah melumpuhkan keangkuhan
dan kepakaran mereka. Mereka telah gagal untuk mencipta walaupun
satu ayat yang boleh menandingi ketinggian mutu bahasa al-Quran. Allah
telah berfirman yang bermaksud:

48
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami
turunkan (al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka
datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu,
dan panggillah orang-orang yang kamu percaya yang boleh
menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang
yang benar. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan
sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka
peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan
bakarnya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang
disediakan untuk orang-orang kafir.

(Surah al-Baqarah 2:23-24)

Al-Quran telah berjaya menyampaikan mesejnya dengan menggunakan


bahasa yang sama untuk semua manusia tanpa mengira bangsa, darjat
keturunan, adat, kebudayaan, bahasa, dan sebagainya. Hal ini disebabkan
al-Quran berbicara dengan batin, perasaan, dan bakat manusia. Allah
berkomunikasi dengan sekalian hamba-Nya yang ia Maha Mengetahui
tentang hati dan budi setiap manusia ciptaan-Nya. Sedangkan manusia
apabila ia berbicara dengan seseorang yang lain mungkin ia kenal peribadi
seseorang tetapi batinnya belum tentu ia dapat menyelaminya.

Bahasa al-Quran sama untuk setiap orang, keadaan, tempat dan terlepas
daripada sebarang kongkongan emosi. Orang yang marah akan reda
kemarahannya apabila mendengar al-Quran, orang yang sedih akan ceria
apabila mendengar bacaan al-Quran dan orang yang gembira akan
bertambah keinsafan dan kesedaran apabila mendengarnya.

Ringkasnya bahasa al-Quran adalah bahasa yang tersendiri, bahasa yang


penuh dengan kemukjizatan dan keluarbiasaan yang mampu meruntun
jiwa manusia yang mencari kebenaran (Ahmad Von Denffer, 1993).

4. Keilmuan

Perkembangan dan penemuan baru dalam bidang keilmuan yang


diterokai oleh manusia sama ada dari kalangan orang Islam atau bukan,
tidak satu pun terlepas daripada jangkauan perbicaraan al-Quran. Malah
masih banyak lagi ilmu-ilmu yang dibincangkan oleh al-Quran yang
masih belum dapat dihuraikan oleh manusia. Ini menunjukkan segala apa
yang diperlukan oleh manusia ada dalam al-Quran. Al-Quran tidak
pernah bertentangan dengan akal fikiran manusia, ilmu pengetahuan dan
juga sains malah ia berjalan seiring dan serasi. Banyak penemuan-
penemuan yang dibuat oleh manusia dan sains telah terlebih dahulu
dibicarakan asasnya oleh al-Quran (Abdul Wahab, 1981). Sebagai bukti
perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan:

49
(i) Rahim ibu mempunyai tiga lapisan: endometrium,
miometrium, dan perimetrim. Di sebut dalam surah az-
Zumar ayat 6;
(ii) Tentang ruang hampagas di angkasa lepas, indikasinya
ditunjukkan dalam surah al-Anam ayat 125;
(iii) Tentang proses pertumbuhan dan kejadian manusia
dalam rahim dijelaskan dalam surah al-Muminun: ayat 12-
14;
(iv) Tentang geologi, gerak rotasi dan pergerakan bumi
dinyatakan dalam surah al-Naml ayat 88; dan
(v) Teori graviti yang ditemui oleh Newton pada tahun 1667
telah terlebih dahulu dinyatakan oleh Allah dalam surah
ar-rahman ayat 7.

Pembaca digalakkan untuk mencari sendiri ayat-ayat al-


Quran berkenaan dengan perkara di atas dalam al-Quran.
Untuk bacaan tambahan sila rujuk Shaharir Mohamad
Zain et al. (1992). Pengenalan tamadun Islam dalam sains dan
teknologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Kejiwaan

Al-Quran juga merupakan mukjizat dari sudut kejiwaan atau nafsiah. Ini
berpunca daripada keupayaan dan kejayaannya menguasai jiwa manusia
untuk menyampaikan risalah akidah, syarak dan akhlak. Setiap ajaran
yang hendak disampaikan, al-Quran berusaha untuk mempengaruhi dan
menguasai jiwa manusia sehingga dengan segala sikap keterbukaan,
keinsafan dan penuh kesedaran mereka menerima segala ajaran yang
disampaikan. Jiwa manusia dari segi fitrah memang mudah menerima
kebenaran. Hakikat ini digunakan oleh al-Quran. Dalam akidah misalnya,
al-Quran mempengaruhi jiwa manusia dengan membuktikan kewujudan
alam ini sebagai bukti kewujudan dan kebesaran Allah. Sebelum manusia
dapat menerima ajaran akidah yang terkandung dalam al-Quran mereka
terlebih dahulu dikehendaki meneliti, merenung dan berfikir tentang
kejadian alam dan diri mereka sendiri. Dengan cara ini akan mencetuskan
kesedaran, keyakinan, dan keimanan terhadap kewujudan Allah. Perkara
ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud:

Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana ia


diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-
ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia
dihamparkan. Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya
kamu (Muhammad) hanya orang yang memberi peringatan.

(Surah al-Ghasyiah 88:17-20)

50
Secara tidak langsung melalui ayat di atas, al-Quran mencabar manusia
supaya bergiat dalam kegiatan ilmiah dan penyelidikan. Melalui
penyelidikan manusia pasti menemui kesimpulan bahawa wujudnya
sunnatullah atau undang-undang alam (the law of nature) yang menganjurkan
bahawa yang ada di alam semesta ini, sama ada mahu atau tidak mahu
perlu tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah.

Untuk mempengaruhi jiwa manusia, al-Quran dalam banyak hal dan


keadaan menyampaikan mesej dan risalahnya melalui kisah para Nabi,
Rasul, para salihin, para syuhada dan sebagainya yang berkaitan dengan
orang terdahulu. Dalam konteks ini, al-Quran menggunakan pelbagai
kaedah penyampaian seumpama pengulangan, amthal (perbandingan) dan
tamsil ibarat. Dengan kaedah ini al-Quran berjaya membawa manusia
untuk mentauhidkan Allah secara penuh hikmah dan dengan cara ini juga
mereka dapat melaksanakan syariah Islam secara beransur-ansur sehingga
tidak menimbulkan sebarang kesusahan dan kepayahan.

SOALAN DALAM TEKS 3.4

1. Antara perkara berikut yang manakah TIDAK


terkandung dalam al-Quran
I ajaran tentang tauhid.
II kisah-kisah para nabi dan rasul.
III janji dan ancaman Allah.
IV kisah penglipurlara.
V hiburan.
A. I, II dan IV
B. II dan IV
C. IV dan V
D. II dan IV

2. Bagaimana al-Quran boleh mempengaruhi manusia


dari sudut kejiwaan untuk mentauhidkan Allah?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.8 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, al-Quran memang tidak boleh dinafikan sebagai


sumber utama tamadun Islam. Peranan yang dimainkan telah berjaya
meletakan tamadun Islam pada kedudukan yang cukup tinggi pada suatu

51
ketika dahulu. Oleh kerana itu, tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa
dari seluruh buku dan dokumentasi yang ada di dunia ini, al-Quran
merupakan buku yang paling banyak dibaca oleh manusia. Bagi setiap
Muslim, adalah menjadi kewajipannya untuk membaca dan mempelajari
al-Quran dari kecil hingga dewasa. Maka sesuai dengan sejarah dan
kenyataan, dari sekian banyak buku dan dokumentasi pasti al-Quran yang
paling banyak peranannya dalam kancah kehidupan manusia di dunia
(Nasruddin, 1977). Al-Quran telah mengubah dan merubah wajah dan
sejarah dunia, dan peranan itu akan terus berlaku sepanjang kehidupan
manusia. Sejarah telah memperlihatkan betapa al-Quran yang diturunkan
15 abad yang lalu telah diikuti oleh berjuta manusia. Dimulakan oleh
satu rumpun bangsa di daerah padang pasir yang gersang, dan dari kaum
jahiliah yang tidak dikenali, tetapi dengan berkat al-Quran bangsa itu
kemudiannya telah bangkit menjadi penggerak kepada peradaban
manusia. Oleh yang demikian, al-Quran akan terus menjadi rujukan dan
panduan kepada umat manusia amnya dan umat khasnya.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Berikut adalah maksud al-Quran dari sudut bahasa


I bacaan
II himpunan
III bandingan
IV pemberitahuan

A. I dan II
B. 1, II dan III
C. II, III dan IV
D. semua di atas

2. Manakah di anatar berikut adalah ciri-ciri ayat Makkiyyah?


I Ayat-ayatnya pendek-pendek.
II Ayat-ayatnya biasa dimulai dengan seruan wahai
manusia!.
III Ayatnya banyak membicarakan persoalan tauhid.
IV Ayatnya banyak membicarakan persoalan hukum-hakam.

A. I dan IV
B. II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II dan III

52
3. Keunggulan al-Quran sebagai sumber tamadun Islam dapat
dilihat daripada aspek berikut KECUALI
A. kesahihan dan keterpeliharaannya.
B. kesempurnaan syariahnya.
C. keluasan ilmunya.
D. kepelbagaian sumbernya.

4. Keterangan di bawah BUKAN berkaitan dengan al-Quran


A. pengetahuan dan pemisahan antara benar dan salah.
B. menggabungkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
C. datang dari Nabi Muhammad untuk umatnya.
D. kalam Allah yang diturunkan kepada rasul-Nya.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 3.1

1. Dari sudut bahasa al-Quran bererti bacaan. Namun begitu ada


yang menyatakan bahawa al-Quran dari sudut bahasa bermaksud
himpunan atau bandingan. Dari sudut istilah, al-Quran
ditakrifkan sebagai kalam Allah yang bersifat mukjizat yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad yang diriwayatkan secara
mutawatir dan membacanya merupakan ibadah.
2. Benar

SDT 3.2

1. C. bacalah/Gua Hira/intelektual
2. Dua perbezaan antara ayat Makkiyah dan ayat Madaniyyah ia;ah
seperti berikut:
(i) ayat Makkiyah pendek-pendek, sedangkan ayat
Madaniyyah panjang-panjang
(iii) ayat Makkiyah banyak membicarakan persoalan tauhid
dan ketuhanan sedangkan ayat Madaniyyah banyak
membincangkan persoalan hukum-hakam dan cara
pelaksanaannya.

SDT 3.3

1. Faktor utama yang membawa kepada penyeragaman penulisan al-


Quran pada zaman Khalifah Uthaman ialah wujudnya cara
53
bacaan dan sebutan yang berbeza di kalangan masyarakat Islam.
Hal ini telah menimbulkan perdebatan yang hebat di kalangan
umat Islam yang akhirnya boleh menimbulkan perpecahan.
Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, Khalifah Uthman
mengarahkan agar penulisan al-Quran diseragamkan.

SDT 3.4

1. C. IV dan V
2. Al-quran boleh mempengaruhi manusia dari sudut kejiwaan
disebabkan secara fitrah manusia mamang mudah menerima
kebenaran. Dengan mengeksploitasi fitrah ini, al-Quran akan
menggunakan pelbagai kaedah seperti meminta manusia memikir
tentang kejadian alam dan diri mereka sendiri dan sebagainya.
Dengan cara ini akan mencetuskan kesedaran dan keyakinan
terhadap kewujudan Allah. Begitu juga al-Quran banyak
menyampaikan mesejnya dalam pelbagai pendekatan.
Penyampaian yang terkandung dalam ketinggian mutu bahasanya
seperti pengulangan, amthal, dan tamsil ibarat. Melalui kaedah ini
manusia mudah untuk mentauhidkan Tuhan.

54
BAB 4

AS-SUNNAH

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Membahaskan konsep as-sunnah dan hadis.
2. Mengetahui jenis-jenis as-sunnah.
3. Membincangkan sejarah penyusunan dan penulisan hadis.
4. Mengenal pasti peranan dan fungsi as-sunnah.

4.1 PENGENALAN

Dalam pelajaran yang lalu, telah dijelaskan bahawa al-Quran merupakan


sumber pertama dalam tamadun Islam. Kedudukan al-Quran sebagai
sumber utama dalam tamadun Islam di lihat dalam konteks bahawa al-
Quran merupakan kalam Allah yang suci lagi sempurna yang mana
tujuannya adalah untuk memandu kehidupan manusia ke arah
kesejahteraan di dunia dan juga akhirat. Sekalipun al-Quran merupakan
sumber utama, ini tidak bermakna semua perkara yang diperlukan oleh
manusia dijelaskan secara terperinci oleh al-Quran. Ada perkara-perkara
yang diperincikan oleh al-Quran, namun tidak kurang juga yang hanya
disentuh secara umum oleh al-Quran, dan ada juga perkara atau aspek
yang langsung tidak disentuh oleh al-Quran. Untuk memperincikan
perkara-perkara yang disebut secara umum oleh al-Quran atau
menjelaskan perkara yang tidak disentuh oleh al-Quran, sudah pastilah
manusia memerlukan sumber yang lain untuk menjelaskan perkara-
perkara tersebut. Dalam tamadun Islam, sumber yang berperanan
sedemikian diambil oleh as-Sunnah. Untuk itu, dalam pelajaran ini
penekanan akan diberikan terhadap kedudukan sunnah dalam tamadun
Islam terutamanya dalam aspek dan peranannya sebagai pelengkap
kepada sumber yang pertama iaitu al-Quran.

4.2 DEFINISI AS-SUNNAH DAN PEMBAHAGIANNYA

As-Sunnah menurut pengertian bahasa bermaksud perjalanan sama ada


yang baik atau yang jahat (Mahmud Saedon, 1992). Nabi Muhammad
s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

55
Barang siapa yang mengadakan sesuatu sunnah (perjalanan)
yang baik, dan diamalkan oleh orang lain maka ia akan
mendapat ganjaran seperti ganjaran orang melakukannya
dengan tidak dikurangi sedikit pun ganjaran mereka, dan
sesiapa yang mengadakan sesuatu perjalanan yang jahat maka
ia akan mendapat dosa akibat tindakannya itu, di samping itu ia
juga akan mendapat dosa perlakuan orang yang melakukan
perjalanan yang diadakannya itu tanpa mengurangkan sedikit
pun dosa mereka.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari sudut istilah, para ulama hadis mendefinisikan sunnah sebagai setiap
sesuatu yang dapat dikesan atau yang datang daripada Nabi Muhammad
sama ada berbentuk perkataan, perbuatan, persetujuan, akhlak, sifat
kejadian, sirah perjalanan baginda, sama ada sebelum baginda diutus
menjadi rasul ataupun selepasnya (al-Qasimi, 1961).

Berdasarkan pengertian sunnah di atas, sunnah boleh dibahagikan kepada


beberapa bahagian, iaitu (Muhammad Ajaj, 1981):
(i) Sifat-sifat kejadian Nabi Muhammad s.a.w. seperti warna
kulit, tinggi dan sebagainya;
(ii) Perkara-perkara yang terbit daripada Nabi Muhammad
s.a.w. yang merupakan sifat kemanusiaan seperti makan,
minum, duduk, berdiri, berjalan dan sebagainya yang
merupakan sifat tabii dan semula jadi;
(iii) Perkara yang terbit daripada Nabi Muhammad s.a.w.
berasaskan pengalaman sebagai seorang insan seperti
berniaga, menggembala kambing dan urusan keduniaan
lain yang diperoleh oleh baginda melalui pengalaman dan
pengetahuan atas sifat baginda sebagai insan;
(iv) Perkara yang terbit daripada Nabi Muhammad s.a.w.
sebagai seorang kadi atau hakim yang melaksanakan
undang-undang keadilan dan syariat Islam;
(v) Perkara yang terbit daripada Nabi Muhammad s.a.w.
sebagai seorang imam dan pemimpin negara. Baginda
telah memberi bimbingan dan pimpinan terbaik untuk
kepentingan umat;
(vi) Perkara-perkara yang terbit daripada Nabi Muhammad
s.a.w. sebagai ketua tentera dan ketua pasukan keamanan
yang bertugas menegakkan kewibawaan negara Islam dan
keamanannya;
(vii) Perkara-perkara yang terbit daripada Nabi Muhammad
s.a.w. atas sifat baginda sebagai seorang rasul dan nabi;
dan

56
(viii) Perkara-perkara yang terbit daripada Nabi Muhammad
s.a.w. yang langsung tidak boleh menjadi contoh kepada
manusia lain kerana ia merupakan keistimewaan untuk
Nabi Muhammad s.a.w. sahaja, seperti baginda
berkahwin lebih daripada empat orang dalam satu masa
dan berkahwin tanpa mas kahwin. Walaupun ia sunnah,
ia bukan merupakan sumber perundangan Islam atau
sunnah yang boleh dicontohi kerana ia khusus untuk
Nabi Muhammad s.a.w. sahaja.

4.3 SUNNAH DAN HADIS

Hadis menurut bahasa mengandungi beberapa makna, antaranya ialah


baharu lawan kepada perkataan al-qadim iaitu lama, khabar atau berita,
sesuatu perkara atau kejadian yang masih baharu terjadi, perutusan atau
perkataan dan kisah atau cerita (Muhammad Zubayr, 1993).

Dari sudut istilah, para ulama hadis mendefinisikan hadis sebagai apa
sahaja yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. daripada
perkataan, perbuatan, diam setuju, sifat baginda sama ada sifat kejadian
sifat akhlak, dan sirah baginda sebelum atau sesudah menjadi rasul.
Berdasarkan takrif ini, hadis menurut para ulama adalah sama dengan
sunnah (Muhammad Ajaj al-Khatib, 1981).

SOALAN DALAM TEKS 4.1

1. Berikan definisi sunnah dari sudut bahasa dan


istilah.

2. Berdasarkan pendapat ulama hadis, sunnah dan


hadis adalah perkara yang sama. Benar / Salah

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.4 PENULISAN DAN PEMBUKUAN SUNNAH

Ketika al-Quran masih diturunkan, Nabi Muhammad s.a.w. melarang


pencatatan dan penulisan hadis. Hanya al-Quran sahaja yang dibenarkan
dicatat dan ditulis. Semua catatan selain al-Quran diperintahkan supaya
57
dimusnahkan. Tujuan larangan dan perintah ini adalah untuk menjamin
ketulenan dan keaslian al-Quran supaya tidak bercampur aduk dengan
hadis dan lainnya. Pada ketika ini, hadis hanya berada dalam hafalan dan
ingatan para sahabat sahaja. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. melalui hadis baginda yang bermaksud:

Jangan kamu menulis apa-apa selain al-Quran dariku. Barang


siapa yang menulis apa-apa dariku selain al-Quran hendaklah
menghapuskannya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Secara positif larangan ini adalah satu kebijaksanaan dan berhikmah.


Ketika mana banyak para sahabat masih buta huruf dan al-Quran masih
diturunkan adalah tidak mustahil jika hadis juga ditulis ianya akan
bercampur dengan teks al-Quran. Sekalipun begitu, bagi sesetengah
ulama larangan untuk menulis hadis tidaklah mutlak sifatnya, ini kerana
terdapat hadis lain yang membenarkan hadis ditulis dan dicatat. Hadisnya
adalah seperti berikut:

Tulislah dariku, demi zat yang diriku di dalam kekuasannya


(Allah) tidak keluar dari mulutku kecuali yang baik (benar).

(Hadis Riwayat Bukhari dan Tirmizi)

Berdasarkan hadis ini, para ulama hadis berpendapat bahawa larangan


untuk menulis hadis seperti yang diperintahkan oleh hadis terdahulu
hanya berkuatkuasa bagi mereka yang mempunyai daya ingatan dan
hafalan yang kuat sahaja, sedangkan bagi mereka yang tidak mempunyai
kemampuan hafalan yang kuat atau daya ingatan yang lemah, mereka
digalakkan untuk mencatat dan menulis hadis. Menurut ulama hadis lagi,
hadis yang melarang penulisan hadis sebenarnya dikhususkan kepada
penulis-penulis al-Quran sahaja kerana dibimbangi berlaku percampuran
antara al-Quran dan hadis (Muhammad Noor et al., 1995).

Sekalipun terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam


penulisan hadis tetapi apa yang nyata sunnah/hadis tetap mengalami
perkembangan dalam penyusunan dan pembukuannnya. Natijah dari
perkembangan ini, hadis secara rasmi akhirnya telah didokumentasikan
pada masa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz (100 Hijrah/718
Masihi). Khalifah Umar Abdul Aziz telah mengarahkan gabenornya
untuk menyusun dan membukukan hadis-hadis. Perintah ini berbunyi
sebagai berikut:

Perhatikanlah hadis Rasulullah, kemudian engkau tuliskan,


kerana sesungguhnya aku takut kehapusan ilmu dan kehilangan
ulama

58
Di samping itu, Khalifah Umar Abdul Aziz juga telah mengirim surat
kepada gabenor-gabenornya yang lain supaya mereka juga berusaha
membukukan hadis yang ada pada para ulama hadis di tempat mereka.
Perintah untuk membukukan hadis ini akhirnya telah dapat dilaksanakan
oleh seorang ulama yang bernama Muhammad bin Shihab Az-Zuhri,
iaitu seorang ulama yang pakar dalam bidang ilmu Fiqh dan Hadis di
Madinah. Selepas daripada tarikh ini, penyusuan dan pembukuan hadis
berlaku dengan pesat sekali. Namun begitu pada peringkat awal
pembukuan hadis, ianya berlaku dalam cara dan bentuk yang sangat
sederhana. Pada peringkat ini pembukuan hadis dilakukan secara
bercampur-campur yakni tidak tersusun, sebagai contoh antara hadis-
hadis yang berkaitan dengan sembahyang dibukukan dengan bab zakat,
hadis-hadis yang berkaitan haji dibukukan dengan bab nikah, jual beli,
dan seterusnya.

Pada zaman Khalifah al-Mansur (136 Hijrah/744 Masihi) barulah


bermula era di mana para ulama menulis kitab-kitab hadis dengan
susunan yang lebih teratur dan sistematik. Pada ketika ini muncul kitab
yang bernama al-Muwatha hasil tulisan Imam Malik (Maliki), Imam Abu
Hanifah (Hanafi) dengan kitab hadis yang bertemakan Fiqh, Imam
Syafei dengan kitab al-Umm dan al-Sunan dan Imam Ahmad bin Hanbal
(Hanbali) dengan kitab hadis al-Musnad. Akhirnya muncullah para ulama
besar hadis melakukan pengkajian dan penelitian terhadap hadis, di mana
akhirnya hadis telah menjadi suatu bidang keilmuan yang besar
pengaruhnya dalam masyarakat dan tamadun Islam. Oleh kerana itu,
adalah amat layak sekali sunnah/hadis menduduki hierarki kedua dalam
menjadi sumber rujukan dan panduan untuk umat Islam membangunkan
tamadunnya (Muhammad Ajaj, 1981; Mustafa, 1992).

SOALAN DALAM TEKS 4.2

1. Apakah hujah para ulama yang mengatakan bahawa


larangan penulisan hadis pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w. adalah tidak mutlak?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.5 FUNGSI DAN PERANAN SUNNAH

Al-Quran dan Sunnah mempunyai hubungan dan pertalian yang begitu


rapat sekali. Di antara peranan dan fungsi sunnah adalah seperti berikut:

59
(i) Sebagai memperkuat dan memperkukuh hukum al-
Quran;
(ii) Sebagai pentafsir kepada al-Quran, penghurai dan
penerang maksud al-Quran;
(iii) Sebagai sumber untuk mengetahui nasikh (pembatal) dan
mansukh (yang dibatal) dalam al-Quran; dan
(iv) Tambahan kepada hukum al-Quran.

1. Memperkuat dan Memperkukuh Hukum Al-Quran

Al-Quran telah menetapkan dan menentukan sesuatu hukum kemudian


disokong dan diperkuat oleh Sunnah. Umpamanya perintah mendirikan
sembahyang, zakat, berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan sebagainya.
Hukum-hukum ini kemudiannya diperkuatkan lagi oleh Sunnah. Sebagai
contoh Allah berfirman yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan


(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang
salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara
kamu.
(Surah an-Nisa 4:29)

Hukum pengharaman memakan harta secara curang telah diperkuat oleh


hadis yang bermaksud:

Tidak halal harta seseorang Muslim itu melainkan dengan


keredhaan dan persetujuan daripadanya.

(Hadis Riwayat Muslim)

2. Mentafsir dan Menghurai Maksud Al-Quran

Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang memerlukan pentafsiran yang


lebih lanjut, penerangan yang lebih jelas dan huraian terperinci.
Pentafsiran dan penghuraian yang dibuat oleh sunnah terhadap al-Quran
boleh di simpul kepada empat cara:

(a) Menerang dan mentafsir sesuatu yang umum

Di dalam al-Quran terdapat nas yang mempunyai maksud ringkas atau


dianggap umum. Fungsi Sunnah ialah menerang dan mentafsir perkara-
perkara yang umum ini. Contohnya Allah memerintahkan umat Islam
melaksanakan ibadat sembahyang tetapi perintah ini tidak menerangkan
cara bagaimana menunaikan sembahyang, waktu, bilangan rakaat, bacaan
yang wajib dalam sembahyang, rukuk, sujud dan sebagainya. Sunnah

60
melalui tunjuk ajar dari Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya
menunjukkan cara-cara bagaimana sembahyang perlu dilaksanakan dan
perkara lain yang berkaitan dengan sembahyang. Perkara ini dijelaskan
oleh hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

Sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku


sembahyang.
(Hadis Riwayat Bukhari)

(b) Mentafsir dan memperjelas kesamaran

Sesetengah ayat al-Quran kurang jelas dan samar-samar maksudnya yang


sebenar. Ayat tersebut sukar difahami oleh pemikiran manusia.
Walaupun nas tersebut mempunyai makna yang zahir tetapi yang
dikehendaki ialah makna di sebalik makna yang zahir itu. Sebagai contoh,
Allah berfirman yang bermaksud:

Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu


benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam (kegelapan
malam), iaitu waktu fajar.
(Surah al-Baqarah 2:187)

Maksud perkataan benang putih dan benang hitam di dalam ayat ini
samar-samar. Melalui pemikiran dan kefahaman manusia ayat ini sukar
difahami. Untuk menghilangkan kemusykilan dan menjelaskan
kesamaran, Nabi Muhammad s.a.w. telah menjelaskannya menerusi
hadisnya bahawa yang dimaksudkan dengan benang putih ialah waktu
siang dan maksud benang hitam ialah waktu malam.

(c) Mengkhusus yang umum

Terdapat beberapa ayat al-Quran yang disebut secara umum dan sunnah
mengkhususkan sifat umum ayat tersebut. Dengan cara ini dapatlah
diketahui bahawa maksud sebenar yang dikehendaki oleh al-Quran dan
hakikat hukumnya ialah bukan umum al-Quran tetapi ialah hukum yang
telah dikhususkan oleh Sunnah. Sebagai contoh firman Allah yang
bermaksud:

Allah memerintahkan kamu tentang (pembahagian harta


pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak
lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.

(Surah an-Nisa 4:11)

Jelaslah secara umum Allah memerintahkan anak lelaki diberi dua


bahagian manakala anak perempuan pula diberi satu bahagian daripada
harta pusaka. Hukum ini berbentuk umum meliputi seluruh anak lelaki

61
dan perempuan tanpa pengecualian. Hukum umum bahagian anak lelaki
dan anak perempuan dalam pembahagian harta pusaka ini telah di khusus
oleh sunnah yang menegaskan anak yang menjadi pembunuh tidak
berhak menerima harta pusaka.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: Pembunuh
tidak boleh mewarisi harta pusaka.

(Hadis Riwayat Tirmizi)

Dengan adanya hadis ini maka hukum umum al-Quran telah


dikhususkan oleh hukum khusus hadis.

(d) Membataskan yang mutlak

Yang dimaksudkan dengan mutlak ialah sesuatu hukum yang disebut


oleh al-Quran secara mutlak tanpa ada batasan atau ikatan. Kemutlakan
ini kemudiannya dibataskan oleh sunnah. Sebagai contoh al-Quran
mengharamkan bangkai dan darah secara mutlak dalam firman Allah
yang bermaksud:
Diharamkan bagi kamu bangkai, darah dan daging babi.

(Surah al-Maidah 5:3)

Kemutlakan pengharaman bangkai dan darah telah dibatasi oleh sunnah


dengan beberapa pengecualian seperti yang terdapat dalam hadis yang
bermaksud:
Di halal bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah;
bangkai itu ialah bangkai ikan dan bangkai belalang, manakala
dua jenis darah ialah hati dan limpa.

(Hadis Riwayat Daruquthni)

3. Sumber untuk mengetahui nasikh dan mansukh

Ada hukum-hukum di dalam al-Quran telah dimansukhkan oleh Sunnah,


dengan itu hukum yang terpakai ialah yang dibawa oleh sunnah dan
bukan lagi hukum di dalam al-Quran. Sebagai contoh Allah berfirman
yang bermaksud:

Diwajibkan apabila seseorang daripada kamu hampir mati,


jika ia ada meninggalkan harta (hendaklah ia) membuat wasiat
untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik
sebagai suatu kewajipan kepada orang-orang yang bertakwa.

(Surah al-Baqarah 2: 180)

62
Ayat ini telah dimansukhkan oleh hadis yang bermaksud:

Tiada wasiat bagi penerima pusaka.

(Hadis Riwayat Muslim)

Ini bermakna hukum yang mewajibkan seseorang membuat wasiat


kepada ibu bapa dan kaum kerabat dalam pembahagian harta pusaka
tidak lagi berkuatkuasa sebaliknya hukum yang terpakai ialah hukum
sunnah yang tidak membenarkan pemberian harta pusaka kepada ibu
bapa dan penerima pusaka secara wasiat.

4. Mengadakan hukum yang tidak di sebut al-Quran

Dalam kes-kes tertentu sunnah bertindak untuk mengadakan dan


membina hukum bagi kes-kes dan peristiwa yang tidak disebut dalam al-
Quran. Sebagai contoh, sunnah mengharamkan memakai emas dan
sutera bagi lelaki dan mengharamkan perkahwinan yang melibatkan
perempuan dengan ibu saudaranya dalam satu masa. Hukum-hukum ini
tidak terdapat dalam al-Quran tetapi dijelaskan oleh Sunah.

SOALAN DALAM TEKS 4.4

1. Di antara fungsi sunnah ialah menafsir dan menerang


sesuatu yang dijelaskan secara umum oleh al-Quran.
Jelaskan bagaimana fungsi ini berlaku beserta contoh.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.6 KESIMPULAN

Sunnah menjadi sumber kedua pembinaan tamadun Islam selepas al-


Quran. Ia memperinci dan merealisasikan ajaran al-Quran berkaitan
perkara-perkara yang menjadi teras dalam tamadun Islam. Bersama al-
Quran, Sunnah berperanan untuk membawa dan membentuk kehidupan
manusia yang sejahtera di dunia dan juga akhirat. Dari aspek akidah pula,
keyakinan terhadap autoriti Sunnah merupakan sebahagian daripada
rukun Iman, iaitu beriman dengan para Rasul. Sunnah merupakan
sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah. Tidak yakin dengan Sunnah
bermakna tidak yakin dengan Nabi Muhammad s.a.w. Ini jelas telah
terkeluar dari akidah Islam yang sebenar. Oleh kerana itu, setiap orang

63
Islam harus yakin dan percaya dengan autoriti serta kehujahan Sunnah
sebagai salah sumber utama umat Islam. Tanpa Sunnah kehidupan umat
Islam tidak akan sempurna.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Yang manakah BENAR berkaitan dengan kenyataan di bawah.


I Sunnah dari sudut bahasa bermaksud perjalanan.
II Sunnah hanya ditulis pada zaman khalifah Umar Abdul
Aziz.
III Sunnah ialah sumber utama tamadun Islam.
IV Sunnah ialah apa sahaja yang datangnya daripada Nabi
Muhammad s.a.w.
V Sunnah dan hadis adalah perkara yang sama.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I, IV dan V
D. III, IV dan V

2. Manakah kenyataan berikut yang TIDAK menggambarkan


peranan sunnah.
A. Memperjelas al-Quran
B. Memperkuat hukum al-Quran
C. Menafsir hadis
D. Tambahan kepada hukum al-Quran

3. Berikut adalah pengertian hadis menurut bahasa KECUALI


I Baharu
II Khabar
III Perutusan
IV Perjalanan
V Persetujuan

A. I, II dan III
B. III dan iIV
C. IV dan V
D. V sahaja

4. Hukum yang terkandung dalam al-Quran boleh dinasakhkan oleh


sunnah.
Benar / Salah

64
5. Menolak autoriti sunnah tidak bererti menolak kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w.
Benar / Salah

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 4.1

1. Sunnah menurut bahasa bermaksud perjalanan iaitu sama ada


perjalanan itu baik atau jahat. Dari sudut istilah, sunnah
didefinisikan sebagai sesuatu yang dikesan atau yang datang
daripada Nabi Muhammad s.a.w. sama ada sebelum baginda
dilantik sebagai rasul atau selepasnya.
2. Benar.

SDT 4.2

1. Antara hujah yang digunakan oleh ulama yang mengatakan


bahawa larangan untuk menulis hadis pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w. tidak mutlak ialah adanya hadis yang
membenarkan hadis ditulis. Selain daripada itu, mereka juga
berhujah bahawa larangan menulis seperti yang terdapat dalam
sebuah hadis yang melarang penulisan hadis hanya berkuatkuasa
kepada mereka yang mempunyai daya ingatan yang kuat sahaja,
begitu juga larangan itu hanya terhad kepada penulis wahyu al-
Quran. Bagi mereka yang tidak mempunyai daya ingatan yang
kuat dan mereka bukan tergolong sebagai penulis wahyu,
larangan itu tidak berkuatkuasa ke atas mereka.

SDT 4.3

1. Dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang mempunyai maksud


yang ringkas atau umum. Untuk memperjelaskan ayat-ayat ini
supaya dapat difahami maksudnya oleh manusia, sunnah akan
menjelaskan maksud ayat tersebut. Sebagai contoh, al-Quran
hanya menyebut bahawa sembahyang itu wajib tetapi tidak
dijelaskan bagaimana sembahyang hendak didirikan. Nabi
Muhammad s.a.w. melalui sunnahnya kemudian akan menunjuk
ajar cara-cara bagaimana sembahyang perlu dilakukan.

65
66
BAB 5

AKIDAH DAN PEMBINAAN


TAMADUN ISLAM

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menyatakan maksud akidah.
2. Mengenal pasti fungsi akidah sebagai intisari dalam pembinaan
tamadun Islam
3. Membezakan antara kepercayaan yang berteraskan akidah dan
khurafat.
4. Membincangkan perkara yang samar-samar dalam memahami
akidah.
5. Menyakini bahawa akidah adalah asas utama dalam pembinaan
tamadun Islam.

5.1 PENGENALAN

Dalam pelajaran yang lalu, anda telah didedahkan dengan aspek-aspek


asas yang membawa kepada pembinaan tamadun Islam yang meliputi
ciri-ciri yang membentuk tamadun Islam, konsep agama, serta peranan
al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas utama atau rujukan dalam
pembinaan tamadun Islam. Dalam pelajaran ini pula, perbincangan
ditumpukan kepada asas yang paling utama iaitu akidah sebagai intisari
tamadun Islam. Akidah adalah asas utama dan tonggak kepada Islam dan
semestinya merupakan asas yang akan mewarnai tamadun. Penafian
terhadap kepentingan akidah dalam tamadun bererti kepincangan dalam
tamadun itu sendiri.

5.2 DEFINISI AKIDAH

Akidah, syariah dan akhlak adalah tiga dimensi utama yang merupakan
tonggak dan prinsip asas pembinaan tamadun Islam. Dalam pelajaran
sebelum ini, perbincangan tentang syariah telah diperincikan dan
kelangsungan daripada itu, akidah yang menjadi teras kepercayaan umat
Islam akan diperbahaskan secara terperinci dalam pelajaran ini. Akidah
atau dengan perkataan lain, tauhid adalah merangkumi kepercayaan

67
kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Kiamat dan Qadak Qadar.
Kepercayaan kepada semua perkara tersebut dengan penuh keyakinan
akan melahirkan keimanan yang mutlak kepada Allah. Kepercayaan
kepada rukun Islam dan keimanan yang tidak berbelah-bagi kepada
setiap prinsip-prinsip tersebut, disimpulkan sebagai tauhid atau dengan
lain perkataan, akidah.

5.2.1 Asal Perkataan Akidah

Perkataan akidah berasal dari perkataan Arab, iaitu aqd, pecahan dari
perkataan aqada yang umumnya bermaksud ikatan atau simpulan.
Kebiasaannya ikatan hanya ditumpukan kepada benda dalam maksud
hissi seperti tali dan sebagainya tetapi dalam konteks ini, ikatan yang
dimaksudkan adalah bersifat maknawi iaitu ikatan perjanjian dan
perkataan akidah itu merujuk kepada kepercayaan yang terikat erat dan
tersimpul kukuh dalam jiwa manusia dan tidak mungkin bercerai-berai.
Berdasarkan dua maksud tersebut, simpulan maknawi adalah lebih kukuh
daripada simpulan hissi kerana simpulan hissi akan bercerai tanggal dan
boleh terputus sedangkan simpulan maknawi akan lebih kekal dan tiada
siapa boleh memutuskannya kecuali dirinya sendiri.

Dari penjelasan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa akidah adalah


satu konsep keimanan kepada Allah atau secara ringkasnya dapatlah
ditakrifkan sebagai (Mohd. Sulaiman, 1988:169-170):

Kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-


nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki
dan suci seperti yang diwajibkan oleh Islam, iaitu kepercayaan
yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak
mungkin terhurai atau terputus dalam apa jua suasana dan
keadaan sekalipun.

Dengan kata lain, akidah adalah kepercayaan atau keyakinan yang bulat di
lubuk hati dan dibuktikan dengan perbuatan atau amalan manusia
seharian. Berdasarkan kepada takrifan inilah, maka kekuatan akidah Islam
adalah bergantung kepada:
(i) Keyakinan terhadap kebenaran yang mutlak, hakikat yang
mutlak, pasti dan abadi seperti yang telah dijelaskan
dalam al-Quran. Allah mencabar manusia supaya
mempergunakan akal yang diberikan untuk mencari
hakikat tersebut, buktikan kebenaran hakikat tersebut
sebagai jalan terbaik untuk beriman dan berakidah kepada
Allah; dan
(ii) Sejauh mana keimanan dan keyakinan kita kepada Allah
dalam setiap aktiviti dan amalan hidup manusia seharian.
Keimanan mestilah disertai dengan ilmu dan pengalaman

68
rohani bagi memastikan bahawa iman yang wujud akan
kekal dan bertahan lama.

Secara kesimpulannya, kukuhnya seorang muslim itu adalah bergantung


kepada kukuhnya pegangan tali simpulan keimanan terhadap Allah.

5.2.2 Perbezaan antara Akidah dan Ideologi Masa Kini

Akidah dengan pengertian yang umum seperti yang telah dibincangkan


sebelum ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ianya
bersifat ketuhanan. Keistimewaan yang ada pada akidah dapatlah
disimpulkan kepada beberapa perkara seperti berikut:
(i) Akidah mempunyai daya dan kekuatan untuk
mencorakkan amal dan usaha yang dilakukan oleh
manusia kerana hubungan antara akidah dan amal adalah
sangat rapat segala amalan dan gerak laku perbuatan
umat Islam adalah terjemahan yang tepat kepada
akidahnya atau keimanannya.
(ii) Akidah atau keimanan adalah sesuatu yang boleh
meningkat dan menurun, bertambah dan berkurang dan
terletak kepada tahap keimanan individu tertentu. Ianya
bergantung kepada ketinggian ilmu yang dimiliki.
Kebenaran ilmu yang diamal itu menjadikan manusia
lebih dekat kepada Allah. Dengan kata lain, semakin
tinggi ilmu dan keyakinan kepada Allah, semakin
meningkatlah iman seseorang dan begitulah sebaliknya.
(iii) Akidah mempunyai daya tarikan yang bersifat ghaib di
sebalik alam nyata dan sukar digambarkan oleh akal
fikiran manusia. Banyak perkara-perkara yang tidak dapat
di lihat dan dirasai oleh pancaindera manusia (samiyyat)
tetapi wajib diimani kerana ianya telah dijelaskan secara
terperinci dalam al-Quran dan al-Sunnah seperti Syurga
dan Neraka, Hari Akhirat, dan sebagainya.
(iv) Akidah adalah acuan Allah dan baiah antara manusia
dan Tuhannya, seterusnya ia dapat membentuk tamadun
manusia dan dunia serasi dengan kehendak Tuhannya.
Dengan acuan inilah manusia sepatutnya mencorakkan
segala ruang lingkup kehidupannya sama ada pemikiran,
sistem peraturan dan undang undang.

Berdasarkan kepada keistimewaan yang disebutkan di atas, akidah adalah


sesuatu yang berbeza dengan pendapat, fikiran, idea, teori, ideologi, dan
seumpamanya yang termasuk dalam himpunan maklumat dan
pengetahuan yang mampu dimiliki oleh manusia. Akidah berakar umbi
dalam hati dan jiwa manusia menjadikan seseorang itu teguh pendirian

69
dan tidak terumbang-ambing dalam kehidupan. Berbanding dengan
tabiat orang yang berfalsafah dan berideologi, tidak mempunyai
pendirian yang teguh dan bersifat dingin, dan pendirian senantiasa
berubah-ubah.

Ideologi adalah sesuatu yang beku dan kaku, dan lebih mirip kepada
keinginan nafsu, syahwat dan khayalan, dan penuh dengan syak dan
wasangka yang tidak menentu. Secara ringkasnya, perbezaan antara
akidah dan ideologi dapat dikelaskan seperti berikut:

Akidah Ideologi
1. Iman tertanam di lubuk hati. 1. Di alam fikiran, fantasi dan
khayalan
2. Kebenaran yang mutlak. 2. Mungkin betul dan
mungkin salah. Bersifat
relatif.
3. Aman bahagia, tenang kerana 3. Gembira jika benar dan
sentiasa benar. sedih jika salah.
4. Pendirian yang teguh, tetap, dan 4. Pendirian yang mudah
kukuh selamanya. berubah dan dipengaruhi
faktor persekitaran.
5. Tenang hadapi semua 5. Dipenuhi dengan
kemungkinan, suka, dan duka. kebimbangan dan keraguan.
Sumber: Diubahsuai daripada Mohd Sulaiman. (1988). Pengantar akidah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

SOALAN DALAM TEKS 5.1

1. Akidah adalah kepercayaan dan keyakinan yang bulat


di lubuk hati dan hendaklah dibuktikan dengan:
A. Penciptaan sesuatu yang mengagungkan Tuhan.
B. Keyakinan terhadap perkara yang disuruh dan
dilarang.
C. Perbuatan dan amalan manusia seharian.
D. Kejayaan dalam hidup.

2. Takrifkan secara terperinci istilah akidah.

3. Jelaskan secara ringkas tiga perbezaan di antara


akidah dan ideologi moden.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

70
5.3 AKIDAH SEBAGAI INTISARI TAMADUN ISLAM

Perbincangan dalam bahagian sebelum ini hanyalah berkisar pada


konsep-konsep asas akidah dan perbezaannya dengan ideologi moden
ciptaan akal manusia. Dalam pelajaran ini, anda akan diperlihatkan pula
peranan yang seharusnya dimainkan oleh akidah dalam membentuk
tamadun manusia. Sebelum ini kita telah maklum bahawa akidah adalah
berperanan mencorakkan segenap ruang kehidupan manusia. Dalam
proses ini terdapat dua aspek yang perlu diberikan perhatian, iaitu
(i) Aspek kepercayaan: konsep akidah yang telah dijelaskan
dalam pelajaran sebelum ini, diistilahkan sebagai
kepercayaan dan keimanan; dan
(ii) Aspek kaedah: pembuktian terhadap kebenaran akidah
dan kepercayaan yang mutlak terhadap Allah.

5.3.1 Aspek Kepercayaan

Aspek kepercayaan adalah perkara-perkara asas rukun iman yang wajib


diimani oleh setiap umat Islam. Kepercayaan dan keimanan adalah
dikhususkan kepada hakikat yang benar dan tidak kepada kesesatan dan
kebatilan. Hakikat yang dimaksudkan seperti yang dijelaskan dalam al-
Quran ialah hakikat Allah, hakikat Malaikat, hakikat Kitab Allah, hakikat
Kerasulan, hakikat Alam Ghaib dan Hari Akhirat, dan hakikat Qadak
dan Qadar Allah.

1. Percaya kepada Allah adalah hakikat yang pokok dan


daripadanya tercabang hakikat-hakikat lain yang menjelaskan
hakikat Allah. Kepercayaan kepada Allah merangkumi beberapa
perkara iaitu
(i) Kepercayaan bahawa Tuhan itu mutlak dan satu, dan
tidak ada tuhan selainnya, dan sekiranya manusia
bertuhankan selain dari Allah maka dinamakan syirik iaitu
menduakan Allah.
(ii) Percaya bahawa Tuhan adalah pencipta, pemilik, dan
pentadbir seluruh alam ini. Dialah yang menjadikan alam
dan maka Dialah yang berhak mengatur perjalanan alam
dan menentukan segalanya atas kehendak-Nya.
(iii) Percaya bahawa Tuhan bukanlah makhluk, berbangsa,
lapisan, golongan yang tertentu. Iktikad ini sekaligus
menafikan bahawa Tuhan bersifat seperti makhluk dan
sama tarafnya dengan manusia.
(iv) Tuhan sajalah yang layak disembah dan penyembahannya
adalah seperti yang terkandung dalam ajaran Islam seperti
sembahyang, puasa, berdoa, ikhlas dalam bekerja, dan
sebagainya. Amalan seperti ini tidak dikecualikan kepada
sesiapapun sekiranya ia seorang Islam.

71
(v) Percaya bahawa Tuhan maha sempurna, maha hebat,
perkasa, dan maha menentukan segalanya. Fakta ini
adalah untuk menunjukkan kepada kekuasaan Allah
dalam melakukan sesuatu dan kehebatannya tidak akan
dapat ditandingi oleh makhluk sampai hari kiamat.
(vi) Percaya bahawa selain daripada Allah maka semua yang
ada di alam ini dipanggil makhluk atau alam. Alam
merangkumi alam kebendaan, alam cakerawala, alam
tumbuh-tumbuhan, alam haiwan, alam manusia, alam jin,
alam ghaib, alam syurga, dan alam neraka. Semua alam
dicipta khusus untuk berkhidmat kepada Allah menurut
kehendak-Nya dan tidak diciptakan secara sia-sia.
Manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, dikurniakan
akal, jasad, dan roh dan ditugaskan sebagai khalifah untuk
mentadbir alam. Tugas sebagai khalifah adalah untuk
mengubah diri mereka sendiri, masyarakat dan alam
persekitaran kepada yang lebih baik. Manusia diberikan
kebebasan dan bertanggungjawab menanggung risiko
untuk mengubah diri dan masyarakat dan berdosa
sekiranya melanggar segala perintah Allah dalam
melaksanakan tugasnya. Bala atau balasan yang diberikan
oleh Allah kepada manusia adalah dalam berbagai bentuk.
Antaranya ialah
(a) Pada alam: perubahan ekologi dan cuaca dunia;
(b) Pada manusia: kemusnahan nilai manusia kerana
kehancuran sistem moral; dan
(c) Di alam akhirat: dibakar dalam api Neraka.

2. Kepercayaan kepada Malaikat, Kitab, Rasul, hari Kiamat


dan Qada Qadar adalah pelengkap keimanan kepada Allah.
Malaikat adalah penolong Allah dalam melaksanakan tugasnya ke
atas manusia dan alam; Kitab adalah panduan dan petunjuk
kepada manusia dan mengandungi peraturan yang mengatur
hidup manusia; Rasul adalah utusan Allah di kalangan manusia
dan peranannya untuk menjelaskan kepada manusia tentang
hakikat ketuhanan dan perkara yang berkaitan dengannya; Hari
Kiamat adalah hari pembalasan kepada manusia ke atas apa yang
telah dilakukan di dunia; dan Qada dan Qadar adalah ketentuan
Allah sama ada yang baik dan tidak baik dari Allah ke atas
makhluknya dan manusia adalah mampu untuk mengubah
nasibnya di atas muka bumi ini. Percaya kepada rangkaian rukun
iman di atas adalah merangkumi:
(i) Percaya bahawa semua perkara di atas adalah benar dan
semuanya adalah berkait rapat dengan kehidupan
manusia dalam semua lapangan;

72
(ii) Percaya bahawa semuanya adalah berhubungan dengan
kehidupan di dunia dan di akhirat; dan
(iii) Semua yang berlaku adalah dalam pengetahuan dan
kehendak Allah.

5.3.2 Aspek Kaedah

Aspek kaedah adalah lebih menekankan kepada kaedah perlaksanaan


akidah atau bagaimana akidah boleh bertapak dan memainkan peranan
dalam membentuk dan mengembangkan tamadun Islam. Perbincangan
terhadap perkara ini dapat kita bahagikan kepada tiga prinsip utama, iaitu
aspek kesatuan, rasional, dan tolak ansur.

Ketiga-tiga aspek ini sebenarnya adalah kriteria asas akidah. Apabila kita
melihat dari aspek tersebut memudahkan kita memahami prinsip asas
akidah dan kedudukannya dalam tamadun Islam.

5.3.3 Aspek Kesatuan

Akidah atau tauhid adalah paksi kepada tamadun Islam di mana semua
unsur yang membentuk tamadun Islam akan diikat oleh prinsip tauhid.
Tauhid akan membezakan sama ada sesuatu itu yang sesuai atau
bertentangan dengan Islam. Ia adalah pengukur mutlak bagi setiap
muslim yang ingin mengambil ilmu dari tamadun asing atau melahirkan
suasana baru dalam tamadun Islam. Dalam dunia yang serba moden dan
membangun, kepelbagaian ideologi dan pemikiran adalah suatu yang
tidak dapat dielakkan dan atas dasar itulah Islam telah meletakkan tauhid
sebagai suatu yang tertinggi dan sekaligus berperanan dalam
membezakan antara kebenaran dan kebatilan menurut prinsip Islam yang
sebenar.

Apabila tauhid menjadi paksi atau penyatu kepada ajaran Islam, maka
sandaran utamanya adalah kepada al-Quran dan al-Sunnah sebagai
sumber yang mutlak. Justeru itu prinsip asas tamadun Islam adalah sama
walau di pelusuk dunia mana pun kita berada. Itulah keistimewaan
tamadun Islam ia tidak relatif, spekulatif dan tidak terpengaruh dengan
ideologi moden sebaliknya boleh menerima perubahan sekiranya tidak
bertentangan dengan tauhid.

5.3.4 Aspek Rasional

Perbincangan dalam konteks ini adalah merujuk kepada akal pemikiran


yang logik manusia untuk membuktikan kebenaran akidah umat Islam.
Di sini akan dikemukakan beberapa pendekatan yang boleh difikirkan
bersama iaitu

73
1. Pendekatan 1 : Menolak Semua yang Tidak Bersesuaian
dengan Realiti

Pendekatan ini adalah untuk menolak segala pemikiran yang bersifat


khayalan, tahayul, perkara sihir, keramat dan sesuatu yang bertentangan
dengan akal fikiran manusia yang waras. Kaedah ini adalah untuk
memastikan tamadun yang berkembang dalam Islam adalah sesuatu yang
boleh diuji dengan akal dan disahkan oleh ilmu dan mengelak daripada
dakwaan yang bercanggah dengan akal. Dakwaan yang tidak sahih adalah
dilarang dalam Islam.

2. Pendekatan 2 : Menolak Pertentangan antara Akal dan


Wahyu

Akal yang dikurniakan oleh Allah hendaklah digunakan sebaiknya oleh


setiap umat Islam dalam usaha meningkatkan keimanan mereka kepada
Allah dan bukan untuk mereka cipta sesuatu yang bertentangan dengan
perintah dan larangan Nya. Al-Quran adalah wahyu Allah yang bersih
daripada sebarang syak dan prasangka manusia, sentiasa membimbing
dan mendorong ke arah yang terbaik. Segala pengarahan yang diberikan
adalah sesuatu yang benar dan mutlak, sejagat dan bersesuaian sepanjang
zaman. Atas prinsip inilah wahyu yang diturunkan oleh Allah adalah
bersesuaian dengan akal manusia dan tidak sekali-kali bertentangan.

Justeru itu, golongan profesional muslim sentiasa didesak supaya


mengkaji berulang kali sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dalam
al-Quran untuk mencapai kebenaran yang mutlak dan sekaligus akan
membebaskan manusia daripada sebarang kesilapan dan pertentangan
antara akal dan wahyu.

3. Pendekatan 3 : Bersifat Terbuka kepada Penemuan-


Penemuan Baru

Pendekatan ini adalah berkaitan dengan pendekatan kedua di atas kerana


ia melibatkan penggunaan akal secara total dalam membuktikan sesuatu
perkara baru. Tapi dalam hal ini, sesuatu yang baru ditemui khususnya
berkaitan dengan sains dan teknologi dan apa saja pencapaian yang
memberikan kebaikan kepada manusia adalah diterima selama mana
ianya tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Penerimaan terhadap perkara-perkara baru ini sekaligus menafikan sifat


jumud, fanatik dan literalisme yang boleh menjuruskan manusia ke arah
kemunduran dan konservatif. Penerimaan idea-idea baru adalah
bersandarkan kepada beberapa perkara berikut:

74
(i) Sebarang penemuan dan pencapaian tamadun yang baru
hendaklah tidak bertentangan dengan nas-nas al-Quran
dan al-Sunnah dan apatah lagi akal fikiran manusia.
(ii) Tidak memberikan kemudaratan dan kesengsaraan
kepada manusia dan makhluk lain di alam ini.
(iii) Tidak menjuruskan manusia ke lembah kemaksiatan dan
kehancuran daripada akhlak dan tatacara hidup dan
beragama.
(iv) Penemuan yang boleh membuktikan keagungan dan
kebesaran Allah dan sekaligus meningkatkan keimanan
kepada-Nya.

5.3.5 Aspek Toleransi

Toleransi adalah sifat yang perlu wujud dalam setiap ruang lingkup
pemikiran dan tindakan manusia. Kewujudan kepelbagaian pemikiran,
agama dan sikap di kalangan manusia di alam ini seharusnya menuntut
manusia supaya bersifat sedemikian. Dengan kata lain, dorongan manusia
kepada melakukan kebaikan hendaklah dilakukan dengan cara sebaik
mungkin, menyeru manusia secara hikmah, bijaksana dan berterusan.
Bukan sekadar itu saja, akidah dalam Islam menuntut manusia bertolak
ansur dalam semua perkara asalkan ianya tidak bertentangan dengan
Islam:
(i) Toleransi terhadap perubahan pada alam ini. Manusia
mesti sanggup menerima perubahan yang berlaku demi
kemaslahatan manusia dan pembangunan. Manusia harus
mengkaji fakta-fakta baru untuk memperkayakan
pengalaman dan kehidupan dan kebudayaan yang
cemerlang.
(ii) Toleransi terhadap sikap dan pemikiran dan akal manusia
supaya boleh menerima hakikat kewujudan Allah,
memahami agama dan mengiktiraf kehendak Allah.
(iii) Menerima hakikat bahawa segala yang berlaku adalah atas
kehendak Allah dan dialah yang maha menentukan segala
sesuatu. Sifat ini akan memastikan manusia tidak akan
kecewa apabila menerima nasib yang tidak baik dalam
kehidupan mereka.

Secara ringkasnya, perbincangan di atas telah mengemukakan asas-asas


yang penting dalam meletakkan akidah sebagai asas pembinaan tamadun
Islam. Penafian terhadap asas tersebut secara mutlak meletakan tamadun
yang dicapai oleh manusia adalah bersifat sekular. Perkembangan dan
kemajuan sesuatu tamadun hendaklah didasari atas asas-asas yang telah
dibincangkan di atas bagi memastikan ianya tidak terseleweng ke arah
yang menyesatkan.

75
SOALAN DALAM TEKS 5.2

1. Percaya kepada Allah adalah merangkumi


A. Percaya bahawa Tuhan mempunyai sifat seperti
manusia.
B. Tuhan yang menjadikan alam dan tidak
mengaturkan perjalanannya.
C. Tuhan bukanlah makhluk.
D. Tuhan hidup bebas seperti makhluk-makhluk lain
di dunia.

2. Tamadun Islam adalah relatif, spekulatif dan


terpengaruh dengan ideologi moden. Betul / Salah

3. Akal yang waras akan menolak semua perkara yang


bertentangan dengan realiti. Betul / Salah

4. Wahyu dan akal adalah saling memerlukan.


Betul / Salah

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.4 KESAMARAN DALAM MEMAHAMI AKIDAH

Salah faham terhadap agama adalah perkara yang sudah menjadi suatu
fenomena yang membimbangkan di dalam masyarakat kita sekarang.
Penyelewengan akidah dan kegagalan dalam memahaminya dalam
konteks sebenar telah meletakkan manusia dalam kesamaran. Perkara ini
adalah disebabkan kecetekan ilmu yang dimiliki oleh manusia terhadap
Islam atau disebabkan penerimaan Islam yang tidak menyeluruh dan
hanya melibatkan aspek-aspek tertentu sahaja seperti dalam persoalan
ibadah, nikah kahwin dan sebagainya. Penafian terhadap kesempurnaan
Islam dan ajarannya telah mendorong ramai manusia menjadi serba salah
dan menerima Islam secara tidak menentu. Dalam masa yang sama
menerima pakai kaedah dalam ilmu dan pengalaman yang dipelopori oleh
barat dan fahaman yang bersifat animisme dan tahayul walaupun ternyata
bertentangan dengan Islam. Perbincangan dalam hal ini dapat dikelaskan
dalam beberapa perkara seperti berikut:

76
5.4.1 Khurafat, Bidaah, dan Syirik

Ketiga-tiga fahaman ini adalah rangkaian kesesatan manusia yang cetek


kefahamannya terhadap akidah yang sebenar. Khurafat adalah
kepercayaan yang karut dan amat bertentangan dengan akal manusia yang
waras seperti pemujaan terhadap kubur-kubur keramat, dan perkara-
perkara tahayul seperti kepercayaan kepada perkara seperti mandi safar
untuk membersihkan dosa dan sebagainya. Manakala perbuatan bidah
adalah perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan
orang Islam dan ternyata ianya adalah perkara yang dilarang dalam Islam.
Syirik adalah kepercayaan kepada dua tuhan yang memerintah alam ini,
ataupun pemujaan terhadap makhluk atau benda sebagai tuhan yang
boleh memberikan sesuatu kepada manusia sedangkan objek-objek
ketuhanan itu sendiri adalah diciptakan oleh manusia sendiri. Jelasnya,
perkara yang disebutkan di atas sebenarnya hanya mengarahkan manusia
kepada kesesatan kerana kepercayaan kepada sesuatu yang karut tidak
akan memberikan apa-apa kepada manusia sebaliknya akan meletakkan
manusia dalam keadaan serba salah.

5.4.2 Akidah Sebagai Keyakinan

Dalam Islam akidah bukanlah sekadar meletakkan keyakinan kepada


Allah dan hanya dipusatkan di hati semata-mata kerana akidah
mempunyai peranan yang besar dalam membangunkan diri manusia
sebagai insan yang sebenar. Akidah perlulah dibuktikan dengan amalan
dan perbuatan manusia dan sekaligus memastikan bahawa akidah akan
menjadi pendorong dan mengatur setiap perbuatan manusia. Hasil
perbuatan dan kelakuan manusia sebenarnya adalah manifestasi kepada
akidah yang dimiliki. Semakin tinggi iman dan akidah yang dimiliki
bermakna perbuatan yang lahir adalah bersifat luhur dan diredai tuhan
dan akan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
Seseorang itu tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah
dan ditegah oleh Islam sekiranya ia beriman dan berakidah kepada Allah.

1. Ideologi-Ideologi Moden Seperti Sekularisme,


Nasionalisme, dan Sebagainya

Seperti yang telah dijelaskan dalam topik sebelum ini, segala idea-idea
yang diutarakan oleh manusia bukanlah bersifat ajaran agama. Segala
hasil pemikiran dan pengalaman manusia bukanlah ajaran agama apatah
lagi sekiranya hasil pemikiran akal manusia itu bertentangan dengan
akidah Islam yang sebenar. Allah anugerahkan akal kepada manusia
adalah untuk mereka memikirkan kebesaran Allah melalui amalan hidup
mereka seharian. Ini tidaklah bermakna bahawa Islam menolak segala
pemikiran yang dihasilkan oleh akal, tetapi akal manusia sebenarnya

77
dipandu oleh akidah dalam memikirkan sesuatu. Ada perkara-perkara
yang tidak mampu difikirkan oleh manusia seperti perkara ghaib dan
perkara yang berkenaan dengan sifat Allah dan sebagainya. Pendek kata,
peranan akal adalah untuk melengkapkan seruan wahyu Allah dan
diadunkan menurut kesesuaian umat yang menghuni sesuatu zaman. Ini
bukan bermakna bahawa akidah dan syarak merupakan sesuatu yang
boleh berubah tetapi dari segi perlaksanaannya sahaja yang berubah.
Walau bagaimanapun, ideologi dan hasil pemikiran manusia yang tidak
bertentangan dengan Islam adalah diterima sebagai pelengkap kepada
pembangunan manusia dan persekitarannya.

2. Akidah Bukanlah Suatu Warisan Seumur Hidup danTidak


Bercerai Tanggal

Ini adalah di antara kesamaran yang besar pengaruhnya dalam pemikiran


umat Islam. Ramai di kalangan umat Islam menganggap bahawa
sekiranya ibu bapa mereka Islam maka sudah cukup untuk mereka
menyatakan diri mereka juga Islam atau dengan kata lain mereka bebas
melakukan apa saja yang disukai walaupun mengetahui perbuatan mereka
bercanggah dengan Islam. Iman seseorang boleh bertambah dan boleh
berkurang berdasarkan amal perbuatan yang dilakukan oleh seseorang
itu. Ia bukan merupakan sesuatu yang kekal dan tidak bercerai tanggal.
Akidah boleh terpisah daripada jasad umat Islam sekiranya mereka
mensyirikkan Allah dan menentang secara jelas segala hukum dan
peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.

SOALAN DALAM TEKS 5.3

1. Pilih kenyataan yang BENAR


A. Khurafat adalah kepercayaan yang tidak
bertentangan dengan akal.
B. Syirik adalah kepercayaan kepada satu atau lebih
Tuhan.
C. Akidah adalah berpusat dihati.
D. Akidah tidak mencerminkan keperibadian
seseorang.

2. Manakah yang SALAH mengenai ideologi moden


A. Lahir hasil pemikiran manusia.
B. Lahir untuk membesarkan Allah.
C. Lahir untuk mengatur kehidupan manusia.
D. Lahir untuk pembangunan alam dan manusia.

78
3. Akidah adalah warisan seumur hidup yang akan kekal
hingga ke akhir hayat manusia. Betul / Salah

4. Syirik boleh membatalkan akidah seseorang.


Betul / Salah

5. Akidah adalah punca pemurnian tamadun dunia.


Betul / Salah

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.5 KESIMPULAN

Hidup beragama atau berakidah adalah naluri atau sifat semula jadi
manusia yang telah sedia ada diciptakan oleh Allah. Jiwa manusia yang
bersih sejak dilahirkan dan tidak pernah dicemari akidahnya akan dapat
memikirkan kebenaran, dan mengenal Allah dan kesempurnaanya.
Kelalaian manusia untuk memahami dirinya yang sebenar akhirnya akan
meletakkan mereka dalam keadaan serba salah dan lupa kepada fitrah
kejadian mereka yang sebenar.

Akidah yang wujud dalam Islam bukanlah untuk mengasingkan manusia


dengan kehidupan atau sesama manusia, malah akidah bukan sesuatu
yang asing kepada manusia. Sebaliknya akidah adalah sesuatu yang dapat
mendorongkan manusia melakukan sesuatu dengan cara yang sebaik
mungkin, menghalang kelalaian, menghindarkan kemungkaran dan
kepentingan yang tidak pernah memberikan faedah kepada sesama
manusia. Jelasnya, Allah menyuruh manusia supaya beragama dan
berakidah setelah Allah menyediakan pada manusia:
(i) Sifat semula jadi untuk beragama dan hanya kerana
keegoan manusia saja yang menafikan hakikat tersebut;
(ii) Kemampuan untuk mengesan dan membuktikan
kebenarannya dan sekaligus menolak segala kepercayaan
yang tidak dapat dibuktikan dengan akal;
(iii) Segala bukti sama ada ayat-ayat al-Quran yang tersurat
dan tersirat di dalam alam kejadian dan ciptaannya, sama
ada di langit dan di bumi, di daratan atau di lautan, dan di
mana saja yang dapat ditempuh oleh pancaindera
manusia; dan
(iv) Segala bukti telah dinyatakan dengan jelas oleh Rasulullah
s.a.w. yang telah diutuskan-Nya kepada manusia.

79
Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bagaimana akidah memainkan
peranan dalam membina tamadun manusia sekaligus bertindak sebagai
asas yang penting dalam pembinaan tamadun Islam.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan secara terperinci maksud akidah dan apakah


perbezaan antara akidah dan ideologi moden?

2. Beriman kepada Allah secara rasionalnya dapat memajukan diri


dan tamadun manusia itu sendiri. Buktikan kebenaran kenyataan
tersebut.

3. Akidah sering disalahtafsirkan oleh masyarakat Islam pada hari


ini. Bincangkan tentang tafsiran-tafsiran yang bertentangan
dengan prinsip-prinsip akidah yang sebenar?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 5.1

1. D.
2. kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-
nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki dan
suci seperti yang diwajibkan oleh Islam, iaitu kepercayaan yang
tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin
terhurai atau terputus dalam apa jua suasana dan keadaan
sekalipun.
3. Akidah: - iman yang tertanam di lubuk hati
- pendirian yang teguh dan kukuh
- tenang menghadapi semua kemungkinan
Ideologi - fikiran, fantasi dan khayalan
- pendirian yang mudah berubah dan dipengaruhi
- dipenuhi dengan kebimbangan dan keraguan

SDT 5.2

1. C

80
2. Salah
3. Betul
4. Betul

SDT 5.3

1. C
2. B
3. Salah
4. Betul
5. Betul

81

You might also like