You are on page 1of 8

> CONTOH KARANGAN

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memberikan sumbangan yang besar


dalam kemajuan ekonomi negara. Oleh itu, sokongan kerajaan amat perlu
bagi melonjakkan kemajuan industri ini.

Kerajaan memajukan IKS dengan menyediakan infrastruktur industri


yang cekap. Kerajaan menyediakan tapak industri untuk menggalakkan
usahawan menceburkan diri dalam industri ini. Kerajaan turut memajukan
sistem pengangkutan di samping meningkatkan bekalan kuasa bagi
kemajuan industri. Kerajaan turut melebarkan jaringan telekomunikasi bagi
meningkatkan daya saing IKS. Pengelompokan ini memberikan peluang
kepada pengusaha IKS untuk menikmati ekonomi bidangan.

Selain itu, kerajaan mengadakan Program Galakan Usahawan (PGU) bagi


memajukan IKS. Menerusi galakan ini kerajaan memberi usahawan peluang
untuk mengikuti program padanan perniagaan dengan agensi luar sekali gus
membantu mereka mempromosikan produk di dalam dan di luar negara.
Usahawan IKS turut mendapat bantuan mesin, seperti mesin penguli, mesin
pengadun dan ketuhar. Program ini meliputi bantuan kepada industri kecil
dan sederhana berasaskan pelbagai produk industri hiliran.

IKS juga dimajukan dengan bantuan modal atau dana yang diberikan
oleh kerajaan. Kerajaan menytdiakajai bra-nUian dana seperti tabung
industri bumiputera, tabung usahawan PKS dan skim perniagaan kecil.
Bantuan modal ini dapat digunakan oleh usahawan IKS bagi meluaskan
operasi dan meneroka pasaran yang lebih luas. Selain itu, pinjaman modal
daripada kerajaan menggalakkan perkembangan industri kecil dan
sederhana di bandar dan di luar bandar.

Seterusnya, kerajaan berusaha meningkatkan penyelidikan dan


pembangunan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana. Kerajaan
berusaha meningkatkan penyelidikan dan pembangunan pelbagai aspek
dalam industri ini. Melalui usaha ini, firma yang besar dapat memindahkan
teknologi kepada IKS. Penyelidikan ini turut meningkatkan kualiti produk
serta meningkatkan daya saing produk IKS di pasaran global. Sebagai
contoh, teknologi robotik dan teknologi maklumat diperluas dalam industri
IKS.

Kerajaan juga meningkatkan latihan dan bimbingan bagi memajukan


industri Kecil dan Sederhana. Kerajaan mempunyai pelbagai agensi untuk
memajukan perusahaan ini. Antaranya termasuklah Perbadanan
Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) yang memberikan
khidmat nasihat kepada pengusaha IKS. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
memberikan khidmat nasihat, bantuan teknikal, dan rundingan kepakaran
bagi membantu usahawan. MARA turut melatih dan membimbing usahawan
luar bandar untuk memajukan perusahaan ini.

Kesimpulannya, kerajaan memainkan peranan utama untuk


meningkatkan kemajuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Usaha yang
berterusan daripada kerajaan ini mampu merancakkan ekonomi negara
selari dengan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara maju.

> CONTOH KARANGAN


Industri Malaysia menyumbang 1.25 peratus kepada perdagangan halal
global, yang berjumlah RM7.21 trilion. Memandangkan peluang ekonomi
yang besar dalam industri ini, Malaysia telah mempunyai persediaan
lengkap untuk memperluas industri ini.
Lotjp' Vta'la'l Malaysia menunjukkan bahawa Malaysia telah membuat
persediaan untuk rtirtttttingkatkan industri halal. Malaysia telah
mempunyai institusi JAKIM yang bertanggungjawab mengeluarkan logo
"Halal" kepada syarikat-syarikat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Industri halal dapat berkembang maju dengan kepercayaan rakyat terhadap
produk halal. Logo ini juga meningkatkan kepercayaan masyarakat di
seluruh dunia terhadap produk halal Malaysia yang dieksport ke luar
negara.

Selain itu, Malaysia membangunkan infrastruktur bagi menyokong


industri halal di Malaysia. Malaysia menyediakan pusat penyembelihan
haiwan yang memenuhi piawaian industri halal. Sebagai contoh, Hab Halal
Tanjung Manis dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE)
dilengkapi prasarana yang terbaik bagi menghadapi kemasukan pelabur
dalam industri ini. Malaysia bersedia menjadi hab makanan halal
antarabangsa dari segi penjenamaan, pemprosesan dan pemasaran
makanan halal dengan adanya Taman Halal Pahang.

Industri halal dapat dimajukan kerana Malaysia telah mempunyai


kepakaran dalam pengurusan sistem dan prosedur pensijilan. Hal ini
demikian kerana kerajaan Malaysia telah menawarkan kursus pemprosesan
makanan menggunakan teknologi terkini. Begitu juga kursus d alam
pengurusan ladang dan teknologi pengeluaran makanan dijalankan untuk
menambahkan kepakaran dalam pengurusan produk halal. Oleh itu, tenaga
pakar dalam bidang ini ditingkatkan bagi memajukan industri halal di
Malaysia.

Di samping itu, Malaysia telah menganjurkan Pameran Halal


Antarabangsa Malaysia (MIHAS). Pameran ini diadakan pada setiap tahun
untuk mengumpul pihak yang berkaitan dengan industri halal di samping
mempromosikan produk halal. MIHAS juga membuka peluang yang sangat
luas kepada pengusaha produk halal. Sebagai contoh, syarikat-syarikat
tempatan dapat mencari kerjasama perniagaan untuk memasarkan produk
halal kepada pengguna lain. Hal ini dapat meningkatkan jaringan produk
halal.
Industri halal dapat dimajukan kerana Malaysia telah mempunyai
standard halal. Malaysia mempunyai persijilan halal Malaysia iaitu MS
1500:2004 yang merupakan standard pertama seumpamanya di dunia.
Dengan status itu, negara menjadi destinasi pilihan perdagangan produk
halal. Standard halal ini turut diguna pakai dan diiktiraf oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Oleh itu, standard halal ini diterima dan
diperluas di negara lain bagi memudahkan Malaysia membina jaringan
perniagaan berasaskan produk halal.
Kesimpulannya, Malaysia mempunyai pelbagai kelebihan untuk
membangunkan industri halal. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu
dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi memajukan industri halal Malaysia
vans berdaya saing di persada dunia.

> CONTOH KARANGAN


Tahap pelaburan asing di Malaysia semakin memberangsangkan.
Peningkatan ini dipengaruhi pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan
Malaysia bagi menarik pelabur asing.

Kerajaan Malaysia menyediakan infrastruktur perindustrian yang baik


untuk meningkatkan pelaburan asing di Malaysia. Penyediaan t apak
perindustrian oleh kerajaan menarik minat pelabur asing untuk melabur di
negara ini. Hai ini demikian kerana prasarana lengkap di kawasan industri
dapat menjimatkan kos kemudahan asas oleh pelabur. Oleh itu, pelabur
asing dapat membina industri baru dan menambah projek perkilangan
dalam sektor pertanian, perlombongan, perladangan dan komoditi.

Selain itu, kerajaan Malaysia menawarkan skim galakan insentif kepada


pelabur asing. Pelabur asing mendapat pelbagai galakan pelaburan daripada
kerajaan Malaysia. Sebagai contoh, kerajaan memberikan pengecualian
cukai korporat kepada industri yang strategik dan bidang -bidang baru dan
berteknologi tinggi. Insentif kali kedua juga ditawarkan kepada syarikat
pelaburan asing yang ingin memperbesar operasinya di Malays ia.

Pelaburan asing Malaysia turut meningkat kerana kerajaan telah


memperkenalkan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Malaysia telah
memperkenalkan 12 NKEA yang berpotensi untuk melonjakkan ekonomi
negara dan seterusnya menggalakkan pelaburan asing yang ti nggi ke
Malaysia. Sektor utama yang spesifik, seperti elektrik dan elektronik,
minyak, gas dan tenaga, serta minyak sawit dapat menarik minat pelabur
asing untuk memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa. Sebagai
contoh, kerajaan memperkukuh keupayaan sektor elektrik dan elektronik
bagi menarik syarikat multinasional beroperasi di Malaysia.

Di samping itu, kerajaan berusaha menarik pelaburan asing dengan


memperkasa agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelaburan. Lembaga
Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) merupakan agensi utama yang
bertanggungjawab untuk mempromosikan dan memudahkan pelaburan
dalam sektor pembuatan serta perkhidmatan di Malaysia. MIDA diperkasa
dengan memperuntukkan kuasa yang diperlukan untuk berunding secara
terus dengan pelabur yang berpotensi serta membuat keputusan dalam hal
tersebut.
Misi perdagangan ke luar negara sering dihantar ke luar negara untuk
menarik pelaburan asing ke Malaysia. Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri menghantar rombongan perdagangan untuk
membuka mata pelabur asing tentang peluang-peluang pelaburan yang ada
di Malaysia. Misi ini menggalakkan pelabur tempatan menarik usaha sama
dengan pelabur asing dalam pelbagai bidang. Rombongan perdagangan ini
turut menyerlahkan potensi pelaburan dalam pelbagai bidang ekonomi di
samping menyalurkan maklumat pelaburan di Malaysia.
Kesimpulannya, kerajaan perlu meneruskan usaha menarik pelaburan
asing yang berkualiti agar Malaysia terus maju dan berdaya saing di
peringkat global.

CONTOH KARANGAN

Sektor pertanian telah menunjangi perkembangan ekonomi negara sejak


dahulu. Aktiviti pertanian yang dijalankan telah mencemarkan alam sekitar.
Kini, penggunaan teknologi hijau dalam pertanian dapat mengurangkan
masalah ini di samping melestarikan alam sekitar.

Aktiviti pertanian pindah telah menjejaskan alam sekitar. Penduduk


menebang dan meneroka hutan untuk menjalankan pertanian pindah.
Proses penerokaan hutan ini telah menjejaskan keseimbangan alam sekitar
dan mencemarkan sumber air. Kawasan pertanian pindah yang diti nggalkan
akan terdedah kepada agen hakisan yang menurunkan kualiti alam sekitar.
Sesetengah pengusaha pertanian ini membakar pokok-pokok yang ditebang
sehingga mencemarkan udara.

Selain itu, alam sekitar turut tercemar dengan penggunaan baja dan
racun kimia dalam aktiviti pertanian. Sisa racun serangga dan racun rumpai
menyerap ke dalam tanah dan mencemarkan air bawah tanah. Racun kimia
yang disembur akan mencemarkan air sungai kerana air larian permukaan
mengalirkan bahan tersebut ketika hujan. Penggunaan racun kimia dalam
jangka panjang akan merosakkan struktur tanah.

Masalah alam sekitar akibat aktiviti pertanian ini dapat diatasi sekiranya
teknologi hijau digunakan dalam pertanian. Antara amalan tersebut
termasuklah menghasilkan baja organik daripada sisa pertanian.
Penghasilan baja cecair daripada sisa tanaman dapat menyuburkan pokok di
samping mengekalkan kualiti tanah serta udara. Sisa tanaman juga dijadikan
baja kompos untuk tumbesaran pokok dan menjamin kelestarian alam.
Mikro organisma seperti cacing digunakan untuk mereputkan sisa pertanian
bagi menghasilkan baja organik.

Kualiti alam sekitar dapat dikekalkan jika petani menjalankan teknologi


penanaman mesra alam. Kaedah penanaman secara fertigasi mengurangkan
penerokaan kawasan hutan untuk pertanian. Sebaliknya, tanah yang kurang
subur dapat dijadikan kawasan pertanian komersial dengan memperluas
penanaman secara fertigasi di samping mengitar semula bahan buangan
seperti sabut kelapa, habuk kayu dan sekam padi. Penanaman secara giliran
dapat mengekal kesuburan tanah dan mengurangkan kehilangan mineral.

Di samping itu, amalan teknologi hijau dapat dijalankan dengan


memperluas penggunaan kawalan biologi. Kawalan biologi dapat
mengurangkan penggunaan racun kimia dalam pertanian. Sebagai contoh,
burung hantu digunakan untuk mengawal serangan tikus dalam penanaman
padi. Tanaman daun bawang bersama-sama tanaman kubis dalam
mengurangkan serangan serangga perosak terhadap kubis. Penggunaan
kawalan biologi ini merupakan langkah mesra alam yang dapat melest arikan
alam sekitar.

Kesimpulannya, pembangunan sektor pertanian perlu dibangunkan


dengan penggunaan teknologi hijau supaya alam sekitar kurniaan Tuhan ini
dapat dilestarikan untuk generasi mendatang.

> CONTOH KARANGAN

Teknologi nano ialah penggunaan partikel bersaiz atom yang teramat


kecil untuk pelbagai tujuan. Kemajuan bidang perubatan kini juga dikaitkan
dengan penggunaan teknologi nano kerana dapat membantu rakyat yang
sakit.

Penggunaan teknologi nano dalam bidang perubatan dapat mengesan


punca penyakit dengan cepat. MRI (magnetic resonance imaging)
menggunakan teknologi nano dapat memberikan gambarar imej yang jelas
dari pelbagai dimensi. Hal ini dapat membantu para doktor mengesan punca
penyal dengan lebih cepat, tepat dan jelas. Oleh itu, punca penyakit dapat
dirawat lebih awal dan membar menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia.

Selain itu, teknologi nano dapat menyembuhkan pesakit dengan cepat.


Ubat-ubatan yang dihasilkan menggunakan teknologi nano dapat
meningkatkan kadar penyerapan ubat dan melegakan sakit dengan lebih
cepat. Tiub karbon nano dapat menyampaikan ubat kepada sel -sel kanser
dengan tepat. Proses penyampaian ubat yang cepat dapat merawat pesakit
kanser paru-paru dan meningkatkan keberkesanan rawatan onkologi
kemoterapi terhadap pesakit kanser.

Teknologi nano bukan sahaja bermanfaat dalam bidang perubatan malah


turut memajukan bidang teknologi maklumat. Peranti elektronik bersaiz
nano dapat meningkatkan kecekapan operasi komputer. Data atau maklumat
juga dapat diproses dan disimpan dengan cepat walaupun cip memori kecil.
Cip dan peranti yang kecil dapat menghasilkan telefon bimbit yang
mempunyai pelbagai fungsi.
Seterusnya, bidang pertanian dapat dimajukan dengan penggunaan
teknologi nano. Teknologi ini dapat meningkatkan produktiviti pe rtanian. Hal
ini demikian kerana baja yang dihasilkan menggunakan teknologi nano dapat
diserap oleh tumbuhan-tumbuhan dengan cekap. Baja yang ditabur dapat
diserap bagi menjamin tumbesaran pokok dan meningkatkan hasil tanaman.
Partikel nano dalam racun serangga dapat menembusi sel asid amino virus
tanaman bagi mengawal serangan serangga atau penyakit tanaman dengan
berkesan.

Teknologi nano juga memajukan bidang perindustrian. Teknologi nano


digunakan dalam industri pengeluaran, pemprosesan, keselamatan dan
pembungkusan makanan. Proses salutan komposit nano boleh meningkatkan
kualiti pembungkusan makanan dengan meletakkan agen anti mikrob bagi
menjaga mutu makanan. Industri pembinaan juga semakin maju dengan
penggunaan simen berteknologi nano yang lebih tahan lama, dan
berketahanan tinggi terhadap api. Industri pembuatan barangan elektronik
dapat mempelbagaikan penghasilan barangan berasaskan teknologi ini.

Kesimpulannya, teknologi nano dapat memajukan pelbagai bidang. Oleh


itu, pelbagai pihak perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi
memajukan bidang ini serta memajukan negara.

> CONTOH KARANGAN

Teknologi maklumat berkembang di seluruh dunia dan menjadi wahana


penting bagi meningkat kualiti hidup generasi remaja kini. Namun, pada
masa yang sama teknologi ini turut membawa pelbagai kesan dari segi
sosial.

Perkembangan teknologi maklumat dapat meningkatkan ilmu


pengetahuan remaja. Remaja mudah meneroka pelbagai maklumat melalui
laman sesawang. Penerokaan maklumat secara positif dapat mem buka
minda dalam pelbagai disiplin ilmu. Oleh itu, pemikiran remaja akan lebih
matang dan mengikut perkembangan terkini. Paparan pelbagai
perkembangan ekonomi, politik dan sosial di dalam dan di luar negara juga
mudah diakses oleh golongan remaja. Pengetahuan ini menjadikan remaja
lebih rasional dan berdaya saing.

Selain itu, remaja juga dapat meningkatkan interaksi dan komunikasi


dengan orang lain di seluruh dunia dengan teknologi maklumat. Aplikasi
'wechat, skype dan facebook' menggalakkan interaksi golon gan remaja.
Mereka dapat berkomunikasi dan menambahkan kenalan dari pelbagai
negara. Melalui aplikasi ini, remaja dapat bertukar-tukar pendapat dan
pandangan dengan pelbagai rakan tanpa batasan geografi negara.

Seterusnya, perkembangan teknologi maklumat juga memudahkan


remaja berdikari. Remaja yang masih belajar mampu mengumpulkan wang
dengan menjalankan perniagaan melalui 'facebook' dan instagram. Mereka
juga menjadi agen jualan produk kecantikan, pakaian dan gajet elektronik
secara dalam talian. Walaupun masih belajar, remaja berkeupayaan
mengumpulkan wang dan aset untuk menjamin kejayaan pada masa depan.

Perkembangan teknologi maklumat dapat menambahkan kualiti diri


remaja, namun remaja mudah terlibat dalam gejala sosial. Kemajuan
teknologi memudahkan remaja terpengaruh oleh pelbagai unsur negatif.
Teknologi ini memudahkan remaja mengakses laman-laman hiburan. Jadi,
remaja mudah terjerumus dalam kancah pergaulan bebas seperti remaja
barat. Aplikasi teknologi maklumat memudahkan remaja membuat janji
temu tanpa pengetahuan ibu bapa. Hal ini menjerat remaja dalam perbuatan
maksiat, seperti hubungan luar nikah dan kegiatan pelacuran.

Di samping itu remaja mudah terlibat dalam kegiatan jenayah. Remaja


yang naif akan mudah diumpan oleh penyeludup dadah di pering kat
antarabangsa. Aplikasi telefon pintar memudahkan penyeludup mengumpan
para remaja untuk dijadikan keldai dadah mahupun mangsa pemerdagangan
manusia. Penjenayah menawarkan tawaran lumayan bagi mengaburi remaja
yang masih mentah. Akibatnya, remaja yang terperangkap akan dikenakan
hukuman berat sehingga menjejaskan masa depannya.

Kesimpulannya, teknologi maklumat membawa kesan positif dan negatif


kepada remaja. Maka, remaja seharusnya menggunakan aplikasi teknologi
maklumat secara bijak agar menjadi modal insan yang berguna kepada
negara kelak.

> CONTOH KARANGAN

Malaysia didiami masyarakat majmuk yang merupakan keunikan negara


ini. Oleh itu, perpaduan kaum yang kukuh amat penting dalam pembangunan
negara . Pada masa yang sama, rakyat Malaysia perlu bersikap positif bagi
menyuburkan perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia.

Perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia penting bagi


menjamin pembangunan negara. Perpaduan ini merangsang pelbagai pihak
untuk membangunkan negara. Perpaduan yang teguh turut menarik minat
pelabur asing untuk melabur di negara ini di samping menggamit pelancong
asing. Hal ini akan merancakkan pembangunan negara.

Selain itu, keamanan dan kesejahteraan negara dapat dikekalkan dengan


perpaduan kaum yang kukuh di Malaysia. Hal ini demikian kerana rakyat
saling bekerjasama dalam menjaya misi dan visi negara. Dengan perpaduan
erat ini, rakyat berasa selamat ketika bekerja dan tidak diancam oleh mana -
mana kaum. Perpaduan yang erat turut mengelakkan prasangka negatif,
antara kaum. Lantaran itu, keamanan dan kesejahteraan negara terus
berkekalan.

Di samping itu, perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di


negara kita dapat meningkatkan imej negara kita di persada antarabangsa.
Semua kaum sentiasa berganding bahu untuk melonjakkan nama Malaysia
dalam pelbagai bidang. Situasi ini telah membuka mata negara lain tentang
keunikan Malaysia. Imej negara yang baik di persada dunia turut membuka
peluang untuk mempromosikan Malaysia. Hasilnya, Malaysia akan terkenal
di persada dunia dengan imej yang positif, iaitu bebas daripada pergaduhan
antara kaum.

Bagi mengekalkan perpaduan yang kukuh, rakyat Malaysia perlu bersikap


positif untuk mempertahankan perpaduan tersebut. Antaranya, rakyat
Malaysia mestilah menerima perbezaan budaya antara kaum di Malaysia.
Dalam konteks ini, setiap individu perlu memahami budaya kaum - kaum lain.
Pemahaman budaya yang teguh di Malaysia akan menggalakkan sikap
kerjasama dan mengukuhkan semangat kejiranan. Penerimaan rakyat
Malaysia ini dapat mengekalkan perpaduan kaum.

Rakyat Malaysia juga mengamalkan budaya penyayang bagi


mempertahankan perpaduan antara kaum. Anggota masyarakat yang
mementingkan kasih sayang dalam kehidupan akan sentiasa menghormati
kaum-kaum lain tanpa mengira perbezaan agama mahupun budaya . Budaya
penyayang yang wujud ini akan turut mengelakkan prasangka negatif antara
kaum. Oleh itu, amalan budaya penyayang oleh rakyat Malaysia akan
mempertahankan perpaduan antara kaum.

Kesimpulannya, pembangunan negara Malaysia tidak akan terjejas


sekiranya masyarakat majmuk di Malaysia sentiasa mementingkan
perpaduan dan bersatu dalam menjayakan aspirasi negara.

You might also like