You are on page 1of 5

SJK (C) CHIN HUA

YCC 3502
DALAT

KERTAS KERJA

PROGRAM
BULAN KEBANGSAAN
2017
1.0 PENGENALAN
31 Ogos 1957 merupakan hari Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada
penjajahan British membentuk apa yang kita kenali hari ini sebagai Malaysia. Sempena itu, Bulan
Kebangsaan merupakan acara tahunan yang wajib disambut pada setiap tahun di sekolah untuk
memperingati dan meraikan kebebasan dan kemerdekaan. Justeru, Panitia Sejarah dengan
kerjasama Panitia Pendidikan Seni Visual mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti Bulan
Kebangsaan melibatkan Tahun 1 hingga Tahun 6 sebagai pemangkin semangat patriotik disamping
menerapkan budaya seni dalam kalangan murid dan guru SJK (C) Chin Hua, Dalat.

2.0 MATLAMAT
Matlamat utama penganjuran aktiviti Bulan Kebangsaan adalah untuk memupuk semangat
patriotik dalam kalangan murid dan guru-guru SJK (C) Chin Hua. Selain itu, pertandingan yang
dianjurkan dalam peringkat sekolah juga bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam dalam diri
murid disamping memupuk nilai-nilai positif, bekerjasama dan toleransi dalam kepelbagaian
budaya dan agama dalam menyahut cabaran aktiviti yang bakal dipertandingkan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Melahirkan rasa cinta akan negara dan semangat patriotisme yang tinggi dalam
kalangan warga sekolah.
3.2 Menanam minat terhadap sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengetahui tokoh-
tokoh pejuang kemerdekaan serta berterima kasih atas jasa-jasa mereka.
3.3 Menunjukkan kreativiti pelajar dalam menghasilkan bahan-bahan berunsurkan
patriotime.
3.4 Menghayati kemerdekaan negara dengan bersama-sama mengibarkan Jalur
Gemilang di bangunan sekolah dan bilik darjah.
3.5 Membentuk keperibadian murid yang celik seni dan budaya serta melahirkan insan
yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif menerusi pemupukan bahasa seni visual..

8.0 PENYERTAAN
Semua guru dan murid SJK (C) Chin Hua.

9.0 TARIKH
Sempena Bulan Kebangsaan bermula1 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017
10.0 STRATEGI
Aktiviti bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan ini akan melibatkan penyertaan murid
secara menyeluruh. Justeru, jadual pelaksanaan akan dirangka untuk memastikan pelaksanaan
dapat berjalan dengan lancar. Segala aktiviti akan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
semua guru.

11.0 JAWATANKUASA PROGRAM BULAN KEBANGSAAN


Penaung : Encik Ong Hock Ann Guru Besar
Penasihat : Puan Phillis Sim Pei Pei PK KK
Pengerusi : Puan Leong See Ying
Setiausaha : Puan Melaya Audileaudrine
AJK : Semua Guru PSV dan Sejarah

12.0 JADUAL PELAKSANAAN


Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kebangsaan
Cadangan
Bil. Aktiviti Tempat Perincian
Tarikh
Guru bertugas
Memainkan lagu mingguan memainkan 1 Ogos 2017
Dewan Serbaguna
1. patriotik sepanjang lagu patriotik pada awal 30 Ogos 2017
SJK (C) Chin Hua
Bulan Kebangsaan pagi, waktu rehat dan
waktu balik.
Guru Besar
Majlis Perasmian Dewan Serbaguna melancarkan Bulan 3 Ogos 2017
2.
Bulan Kebangsaan SJK (C) Chin Hua Kebangsaan
(Upacara Simbolik)
Guru Pendidikan Seni
Pertandingan Kelas Pendidikan mengendalikan 8 Ogos 2017
4.
Mewarna (Tahap 1) Seni Visual pertandingan dalam 12 ogos 2017
kelas.
Murid diminta
Menara Gergasi
5. Padang Sekolah mengumpul botol
(Bahan Kitar Semula)
plastik 1000ml dan 1 Ogos 2017
dihasilkan menjadi 30 Ogos 2017
Menara Gergasi
Sambutan Hari
Kemerdekaan Ke-59
/ Majlis Penutupan
Bulan Kebangsaan Dewan Terbuka Semua guru dan murid 30 Ogos 2017
7.
i. Nyanyian SJK (C) Chin Hua. terlibat.
Kemerdekaan
ii. Laungan
Kemerdekaan

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI KUANTITI KOS JUMLAH (RM)


1. Hadiah Pertama 2 Set RM 20.00 RM 40.00
[Warna Air + Berus + Buku Lukisan ]
2. Hadiah Kedua 2 Set RM 15.00 RM 30.00
[Warna Air + Berus + Buku Lukisan ]
3. Hadiah Ketiga 2 Set RM 10.00 RM 20.00
[Warna Air + Berus + Buku Lukisan ]
4. Saguhati 2 Set RM 5.00 RM 70.00
[Warna Air + Berus + Buku Lukisan ]
JUMLAH BESAR (RM) RM 160.00

14.0 PENUTUP
Penganjuran Sambutan Bulan Kebangsaan SJK (C) Chin Hua memerlukan kerjasama dan
komitmen seluruh warga sekolah. Diharapkan dengan kertas kerja ini, pihak sekolah mempunyai
gambaran keseluruhan mengenai Program Bulan Kebangsaan yang ingin dilaksanakan pada 1 30
Ogos 2017. Hadiah akan diberikan kepada murid pada Majlis Penyampaian Hadiah di penghujung
tahun kelak. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan
terima kasih.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

( MELAYA AUDILEAUDRINE ) ( PHILLIS SIM PEI PEI )


Setiausaha Program Bulan Kebangsaan, Penolong Kanan KK,
SJK (C) Chin Hua. SJK (C) Chin Hua.

Disahkan dan disokong oleh,

( ONG HOCK ANN )


Guru Besar
SJK (C) Chin Hua.

You might also like