You are on page 1of 8

Kek Buah Kukus Mudah dan Sedap

Bahan-bahan :
500 gm butter
3 biji telur gred A
2 kotak mix fruit (500 gm)
2 sudu kecil asen vanila
2 sudu besar pati oren sunquick (resepi asal 2 sudu kecil esen ros)

Bahan ayak:
600 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 sudu kecil krim tartar (tak letak sebab tak jumpa krim ni di kedai)
1 sudu kecil serbuk pala (tak letak sebab tak ingat nak beli)

Gula hangus:
4 cawan gula (600 gm)
1/2 cawan air

Cara Cara:

Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang.
Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga butter cair.
Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sebentar
sehingga agak suam.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam adunan buah tadi (yang telah suam/sejuk) sedikit demi sedikit dan
gaul dengan senduk kayu sehingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telus dengan mixer. Kemudian tuankang ke dalam adunan dan kacau sehingga
sebati. Masukkan esen vanila dan pati oren sunquick.

NOTA: Jangan terlebih kacau takut buah mendap. Tak cantik la pula bila di potong.

Masukkan adunan kedalam bekas yang telah dilenser dengan butter.


Tutup kek dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter.

Bungkus tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitis di atas kek. Kukus selama 4 - 6
jam (kak maria kukus 5 jam jer...) di dalam pengukus yang telah di panaskan airnya. Lagi lama di kukus
kek lebih lembab dan tahan lama. Kukus dengan api sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu
dikecilkan api. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dengan air panas.

Bila kek masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk menglakkan buah
mendap. Bila sejuk, boleh la dikeluarkan dari loyang dan potong bila kek betul betul sejuk. Lagi baik jika
di biarkan semalaman di atas meja sebelum di potong.
KEK LAPIS CHEESE HORLICK
Bahan-Bahan
16oz mentega
10 biji telur
150gm gula halus
2 gelas tepung hong kong
1 sudu makan ovellate
1 tin susu manis
100gm horlick
250gm cream cheese (Tatura) atau jenama lain.
Pandan Paste
Pewarna kuning

Cara-cara
Gula dan telur di pukul sehingga kembang.
Masukkan tepung hong kong, horlick dan ovellate. Pukul sehingga kembang dan sebati. (Ketepikan)
Pukul mentega di tempat lain sehingga kembang dan gebu.
Masukkan cream cheese dan susu. Pukul hingga sebati.
Lepas itu, campurkan kedua-dua adunan dan pukul sehingga sebati adunan telur tadi dan mentega..
Bahagikan kepada 3 bahagian.
1. Warna Asal
2. Warna Kuning
3. Pandan Paste

Bakar berlapis-lapis hingga habis.

KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)


2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)


250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan
mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
2. UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan
pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak
jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2
yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi
kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
3. UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati
dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air,
putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
4. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu
bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil.
Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim
cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek
coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda
cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya
bersih, tanda kek dah masak).
5. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk
sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....
BAHAN2 KEK BELACAN:
170g Butter
3 bj Telur
50g Gula
90g Tepung Gandum
1/3 tin Sekaya
1/3 tin Susu Pekat
100g Horlicks
1 sb Gula Hitam
100g Milo
250g Coklat Masakan
Esen Vanilla

BAHAN2 KEK LUMUT:


170g Butter
3 bj Telur
50g Gula
90g Tepung Biskut Marie
1 sb Tepung Gandum
1/3 tin Sekaya
100g Horlicks
1/2 botol Pes Pandan

BAHAN2 KEK CHEESE:


750g Cream Cheese
150g Gula
3 bj Telur
1st Esen vanilla
2 sb Tepung Gandum

CARA2:
1. Setiap lapisan kek di adun seperti biasa.
(Along pukul butter dan gula sehingga kembang, masukkan telur satu-persatu dan lain2
bahan).
2. Kukus kek belacan 1 jam.
3. Tuang adunan kek lumut & kukus 1 jam.
4. Tuang adunan kek cheese dan kukus 2 jam sehingga masak.
KEK LUMUT KUKUS

BAHAN2:
1 cwn Tepung Gandum*
1 cwn Horlicks* (* mixed)
3/4 cwn Gula
250g Butter
4 biji Telur Grade A
1 sb Pandan Paste
4 sb Serikaya
1/4 cwn Susu Pekat

BAHAN2:
1. Pukul butter & gula sehingga putih & kembang.
Masukkan telur satu persatu sambil di pukul perlahan.
Masukkan susu pekat, serikaya, pandan paste & pukul rata setiap campuran.
Masukkan tepung campuran horlicks.

2. Tuangkan ke dlm tin yg di lapik & di minyakkan. Kukus 3 jam dgn api sederhana.

You might also like