You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUPAN
KARNIVAL KESIHATAN & ZOOMERS KELAB DOKTOR MUDA
PERINGKAT DAERAH MUAR TAHUN 2015
SK PT. BAKAR TENGAH
22 APRIL 2014

1
Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia ________________________,
_____________________________ Daerah ________________.

2
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia
________________________________
________________________________
________________________________

Yang Berusaha,
________________________________
________________________________
________________________________
Yang Dihormati
________________________________
________________________________
_______________________________

Seterusnya Yang Dihormati Ahli Jawatankuasa Pelaksana Karnival Kesihatan


dan Zoomers Kelab Doktor Muda Daerah Muar,

barisan pegawai sains; pegawai kesihatan, penyelaras Kelab Doktor Muda,


guru-guru, Ahli-ahli Kelab Doktor Muda,

hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

3
Selamat datang ke :
Karnival Kesihatan dan Zoomers Kelab Doktor Muda Daerah Muar bagi tahun
2015.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ila Majlisil Ikhtitam li Nadwati


Saqafiatil `Amaliyatil Mumtazah li Asatidzit Tarbiyyatil Islamiyyah bi Kulai li
Sanah Alfin wat Taasi`ah.

4
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Ustaz _________________________________. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Ustaz _________________________ atas bacaan doa itu tadi.

6
Untuk pengetahuan Yang Berbahagia _______________________, hadirin
dan hadirat sekalian,

Karnival Kesihatan dan Zoomers Kelab Doktor Muda Daerah Muar Tahun
2015 adalah merupakan program kesinambungan drp Program Kursus
Kepimpinan Kelab Doktor Muda yang diadakan dengan jayanya di SK.Pt.
Setongkat baru-baru ini.

Antara objektif program ini diadakan adalah antara lain untuk memilih
peserta bagi Acara Konvensyen Kelab Doktor Muda peringkat Negeri Johor
yang akan diadakan pada awal bulan Mei ini. Antara acara yang
dipertandingkan termasuklah Bicara Spontan, Tokoh Doktor Muda,
Pertandingan Melukis Poster, dan pertandingan mengarang kesihatan. Selain
itu, rentetan daripada kejayaan tuan rumah, SK. Pt. Bakar Tengah yang
berjaya menjadi johan, Lorong PPDa peringkat negeri Johor, maka warga
Kelab Doktor Muda berhimpun di sini untuk melawat serta mendapat serba
sedikit informasi berkaitan najis dadah serta input-input lain dari pameran
dari Unit Promosi Pejabat Kesihatan Daerah Muar.
7
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati
___________________________________ untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Dipersilakan Tuan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati


____________________________ atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

8
Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan perasmian


penutupan Karnival Kesihatan dan Zoomers Kelab Doktor Muda. Untuk itu,
Majlis ingin mempersilakan kepada Yang
________________________________________________________ untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan Tuan.

Setinggi-tingi penghargaan diucapkan kepada Yang


___________________________________________________ atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

9
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian Yang


_________________________________ hadir ke dalam Majlis kita pada
hari ini, dan sudi untuk menyempurnakan upacara perasmian penutup
Karnival Kesihatan dan Zoomers Kelab Doktor Muda Daerah Muar bagi tahun
2015, Majlis ingin menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada beliau.
Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati
________________________ untuk mengiringi Yang Dihormati
_______________________________ untuk menyampaikan tanda
penghargaan tersebut. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

10
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati
_________________________ di atas kesudian menyampaian tanda
penghargaan sebentar tadi.

Dan Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Yang
___________________________________________ di atas kesudian hadir
ke Majlis yang penuh bermakna ini.

Ucapan terima kasih buat semua yang telah menjayakan Karnival Kesihatan
dan Zoomers Kelab doktor Muda daerah Muar, terutamanya pihak Unit
Pejabat kesihatan Muar, Pejabat Pendidikan Daerah Muar, SK. Pt. Bakar
Tengah selaku tuan rumah, Ahli Jawatankuasa Pelaksana, para penyelaras
dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Tanam langguna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati.

11
Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi.
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

12
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu


`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

13
Dijemput kepada Yang Berbahagia ___________________________ diiringi
dif-dif jemputan untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan.
Dan dijemput juga kepada semua tetamu untuk turut mengiringi dan
menikmati jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan. Majlis bersurai.

You might also like