You are on page 1of 16

1

ISI KANDUNGAN HALAMAN

2
PENGENALAN

3
DEFINISI KONSEP NEGARA BANGSA

4-6
PEMBINAAN NEGARA BANGSA

7-9
CABARAN ISU KEBUDAYAAN DALAM PEMBINAAN NEGARA
BANGSA

PENDEKATAN KEPADA CABARAN BAGI ISU KEBUDAYAAN


9-14

15
KESIMPULAN

16
RUJUKAN
2

PENGENALAN

Rajah 1: Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa

Rajah 1 menunjukkan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.


Untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu. konsep Negara Bangsa
telah diperkenalkan. Pembinaan negara bangsa merupakan suatu asas
yang disandarkan bagi menggapai kelangsungan taraf negara maju.
Melalui konsep ini, sesebuah negara akan menjadi lebih kuat dengan
corak mentaliti dan kesepaduan yang ada dalam diri masyarakat tersebut.
Konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan
oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti.

Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sebuah negara yang


berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh
sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan
sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan.
Berakarumbikan semangat perpaduan, konsep negara bangsa cuba
direalisasikan melalui Wawasan 2020 yang mengimpikan Malaysia
berstatus negara maju pada tahun 2020.
3

DEFINISI KONSEP NEGARA BANGSA

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, negara-bangsa


didefinisikan sebagai negara berdaulat yang didiami
oleh satu bangsa.

Pembinaan negara-bangsa pula adalah merupakan


satu proses mewujudkan semangat kenegaraan atau
perasaan kekitaan dalam kalangan semua penduduk
sesebuah Negara. Ini beerti mewujudkan sentimen
satu bangsa dan satu Negara serta melahirkan
keperibadian bangsa

Konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman


yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep
satu bangsa, satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini
menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat
dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa
dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan,
agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang
dilihat boleh membawa kepada perpecahan.
4

PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Bagi mencapai matlamat ini, masyarakat harus sedar bahawa perpaduan adalah teras
utama yang menunjangi konsep ini. Oleh sebab itu, pelbagai aspek perlu diberikan
penekanan khususnya yang berkaitan dengan semangat perpaduan kerana tanpa
kesepakatan dan permuafakatan dalam kalangan masyarakat, sudah pasti hasrat
mencapai taraf negara maju menemui jalan buntu.

Rajah 2: Masyarakat Malaysia yang bersatu padu

Kearah pembinaan Negara bangsa Malaysia, terdapat tiga faktor yang paling penting
iaitu faktor politik, ekonomi dan sosial.

FAKTOR
EKONOMI

FAKTOR FAKTOR
SOSIAL POLITIK
5

Faktor politik merupakan ciri asas


kearah mempercepatkan agenda
pembinaan negara bangsa.
Kestabilan politik menjadi prasyarat
kepada pembangunan dan
kepesatan ekonomi sesebuah
Negara. Penggabungan parti-parti
politik pelbagai kaum telah
menghasilkan kestabilan politik dan
keamanan di dalam negeri.

FAKTOR POLITIK

Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru Faktor sosial yang mempengaruhi


(DEB) merupakan perkara yang pembinaan nagara bangsa pula
sering dikaitkan dengan pembinaan merangkumi peranan-peranan
Negara bangsa. Selepas Merdeka, Rukun Negara, Dasar Pendidikan
keadaan ekonomi rakyat Malaysia Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
diidentifikasikan dengan sesuatu Kebangsaan dan Bahasa
kumpulan etnik. Pudarnya kebangsaan.Melalui perkara-
pengenalan kaum berdasarkan perkara ini banyak perbincangan
fungsi ekonomi secara tidak yang dapat dibuat bagi
langsung menguatkan lagi menghasilkan satu identiti nasional.
hubungan perpaduan antara kaum
di Malaysia.

FAKTOR EKONOMI
FAKTOR SOSIAL
6

Sememangnya tidak dapat dinafikan, banyak isu yang berbangkit sepanjang proses
pembinaan negara bangsa dilaksanakan. Hal ini termasuklah isu bahasa, kebudayaan,
pendidikan dan demokrasi. Isu bahasa merupakan isu yang sering dibangkitkan oleh
masyarakat kita khususnya dalam kalangan yang optimis terhadap bahasa kaum
masing-masing. Mereka menafikan usaha kerajaan untuk mengangkat satu bahasa
sebagai satu identiti bagi satu bangsa kerana bimbang bahasa ibunda mereka tergugat.

Rajah 3: Isu kebudayaan merupakan salah satu isu yang ingin ditangani melalui
pembinaan Negara Bangsa.

Isu kebudayaan pula menampakkan kesukaran kepada pihak kerajaan untuk


menyatukan kesemua kebudayaan yang ada untuk dilabelkan sebagai satu identiti.
Masyarakat kita pada hari ini masih lagi tidak memahami konsep negara bangsa kerana
mereka tidak sanggup untuk berkongsi budaya dengan meletakkan kebudayaan yang
ada sebagai hak milik bersama. Selain itu, isu pendidikan cuba dibangkitkan oleh
sesetengah aktivis kaum yang menuduh kerajaan cuba memanipulasikan sistem
pendidikan demi memartabatkan satu kaum sahaja. Sementara itu, isu demokrasi yang
dilaksanakan melalui sistem pemerintahan di Malaysia dikatakan tidak telus dan
kerajaan cuba menggunakan sistem ini untuk kepentingan sendiri. Natijahnya, wujud
politik berunsur perkauman yang menyukarkan lagi proses pembinaan negara bangsa
dilakukan.
7

CABARAN ISU KEBUDAYAAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Rajah 4: Masyarakat Malaysia yang pelbagai budaya memerlukan satu titik pertemuan
untuk mencapai perpaduan.

Budaya adalah sesuatu yang melibatkan


perlakuan dan tabiat yang dilakukan oleh
seseorang. Namun begitu, apabila perlakuan ini
Budaya melibatkan ruang lingkup yang lebih besar atau
melibatkan masyarakat maka keadaan ini
dipanggil sebagai kebudayaan

Kebudayaan merangkumi pengetahuan,


Kebudayaan kepercayaan, kesenian, undang-undang, akhlak,
adat resam dan lain-lain keupayaan yang wujud
dalam sesuatu komuniti.
8

Antara cabaran dalam isu kebudayaan:

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan salah satu


negara yang unik di dunia kerana mempunyai masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kelompok ras dan etnik atau dikenali
sebagai masyarakat plural. Kewujudan masyarakat majmuk
merupakan satu cabaran yang besar bagi membina sebuah
negara bangsa kerana kemajmukan yang wujud akan
menimbulkan pelbagai percanggahan, konflik dan paksaan.

Kesukaran kepada pihak kerajaan untuk menyatukan kesemua


kebudayaan yang ada untuk dilabelkan sebagai satu identiti.
Masyarakat kita pada hari ini masih lagi tidak memahami konsep
negara bangsa kerana mereka tidak sanggup untuk berkongsi
budaya dengan meletakkan kebudayaan yang ada sebagai hak
milik bersama.

Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kebudayaan hasil


daripada kepelbagaian kaum dan etnik melihat proses pembentukan kebudayaan
nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi bagi mewujudkan corak hidup
yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan yang dilakukan adalah berteraskan kepada
nilai-nilai murni bagi menjaga pembinaan bangsa dan keutuhan pembinaan negara.
Dalam konteks ini, semua kaum dibenarkan mengamalkan adat dan kebudayaan kaum
masing-masing dan anggota masyarakat diingatkan supaya saling menghormati adat
dan kebudayaan kaum lain. Dasar Kebudayaan Malaysia yang digubal merupakan asas
kepada pemeliharaan dan pemuliharaan sesuatu kebudayaan di Malaysia. Kerajaan
optimis bahawa dengan kelebihan memiliki masyarakat majmuk, menuntut kita untuk
meletakkan nilai-nilai kebudayaan yang wujud dalam satu-satu kaum dikongsi bersama
kaum lain bagi mengukuhkan nilai perpaduan dalam kalangan sejagat.
9

Rangkumannya, perkongsian nilai-nilai kebudayaan ini akan dapat memastikan


kelangsungan proses pembangunan negara yang mengimpikan taraf negara maju pada
tahun 2020. Dasar yang diwujudkan akan menjadi garis panduan dalam membentuk
serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di
pentas dunia. Namun demikian, usaha giat perlu terus dilaksanakan bagi memastikan
pembinaan negara bangsa dapat direalisasikan kerana sehingga hari ini Malaysia
hanya berjaya memujuk masyarakat untuk berkongsi budaya tetapi pada masa yang
sama negara masih lagi gagal membentuk satu identiti kebudayaan bagi bangsa
Malaysia.

PENDEKATAN KEPADA CABARAN BAGI ISU KEBUDAYAAN

Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, isu tentang kebudayaan masih lagi hangat
diperkatakan sehingga hari ini. Masalah ini boleh diselesaikan dengan baik sekiranya
semua pihak mampu bersepakat menerima kebudayaan Kebangsaan sebagai
kebudayaan setiap kaum di negara ini. Budaya melambangkan satu identiti bagi
sesebuah negara. Amalan masyarakat majmuk di Malaysia harus dipelihara agar
menjadi satu warisan kepada anak bangsa akan datang. Persoalannya, masyarakat
hari ini ingin memartabatkan budaya masing-masing sehingga menimbulkan
perpecahan antara satu sama lain.

Rajah 5: Meraikan kesepaduan didalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.


10

DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN

TARIAN 1 MALAYSIA PERPADUAN MELALUI


PERAYAAN

KERJASAMA ANTARA
KEMENTERIAN

Rajah 6: Langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi memupuk perpaduan dalam


kalangan masyarakat majmuk di Malaysia sekaligus menangani isu kepelbagaian
kebudayaan.
11

Langkah kerajaan untuk memperkenalkan satu kebudayaan kebangsaan


amatlah wajar bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia. Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaaan merupakan satu medium bagi
kerajaan untuk menanam semangat cinta dan sayang akan tanah air dan bangsa
sendiri. Melalui dasar ini, ia dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan
nilai-nilai yang dipersetujui bersama oleh semua kaum. Kerajaan telah menitikberatkan
pembentukan secara beransur-ansur daripada pelbagai kebudayaan yang dimiliki oleh
masyarakat Malaysia berteraskan kebudayaan asli tempatan.

Kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah


menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Antaranya ialah penganjuran rumah terbuka bagi setiap perayaan di Malaysia. Sebagai
contoh kerajaan telah menganjurkan majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina
2009 yang bertemakan Perpaduan Melalui Perayaan.

Rajah 7: Kepelbagaian perayaan di Malaysia


12

Kerajaan cuba untuk mengukuhkan perpaduan melalui seni budaya warisan


sesebuah masyarakat dengan penyertaan dan penglibatan semua kaum. Melalui
penganjuran rumah terbuka ini, kita dapat melihat semua penduduk tanpa mengira
bangsa dan agama keluar bersama-sama meraikannya dengan suasana gembira.
Apabila perayaan-perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali,
Krismas dan lain-lain lagi disambut secara beramai-ramai maka ia akan mencerminkan
semangat kekitaan dan perpaduan serta keharmonian sesebuah masyarakat.
Pendekatan ini diambil sebagai langkah awal untuk mengubah mentaliti masyarakat
tentang konsep perkongsian budaya menjadi satu identiti.

Rajah 8: Perpaduan melalui perayaan


13

KPKK

KPM KPT

Rajah 9: Usahasama KPKK dengan KPM dan KPT

Usaha sama antara Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan


(KPKK) dengan kementerian-kementerian lain juga dapat memantapkan lagi usaha-
usaha ke arah memupuk perpaduan. Sebagai contoh, kerjasama antara KPKK dengan
Kementerian Pelajaran (KPM). Melalui kerjasama ini subjek budaya dan warisan boleh
diperkenalkan di sekolah rendah mahupun menengah. Tujuannya untuk memberi
pendedahan awal mengenai budaya masyarakat Malaysia kepada golongan pelajar.
Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila perpaduan ini telah pun
mantap sejak dari kecil, sudah tentu ia tidak akan mudah goyah apabila berlaku
sesuatu yang perkara yang boleh meleburkan ikatan perpaduan rakyat Malaysia. KPKK
juga boleh membekalkan tenaga pengajar untuk mengajar subjek ini di sekolah dengan
memberi peluang kepada penuntut Akademi Seni dan Budaya Kebangsaan (Aswara)
berkhidmat sebagai guru untuk mengajar subjek sampingan ini.

Di samping itu, KPKK juga boleh menjalinkan kerjasama dengan Kementerian


Pengajian Tinggi (KPT) dalam melaksanakan beberapa program atau acara yang boleh
mengeratkan hubungan mahasiswa dan mahasiswi universiti yang berbilang kaum.
Tambahan pula, penuntut universiti terdiri daripada pelbagai latar belakang yang
berbeza dari segi agama, budaya, dan fahaman. Sebagai pewaris kepimpinan negara,
semua mahasiswa dan mahasiswi perlu menguasai ilmu pengetahuan di samping
mengetahui adat budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini supaya mereka
mampu memimpin diri sendiri, agama, bangsa dan negara.
14

Rajah 10: Tarian 1 Malaysia

Budaya menyatupadukan bangsa. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia


telah lama menjadi simbol kekuatan negara. Kementerian Pelancongan dan KPKK telah
memperkenalkan sejenis tarian iaitu Tarian 1 Malaysia. Tarian ini merupakan hasil
gabungan beberapa tarian termasuk tarian Melayu, Cina, India serta tarian etnik dari
Sabah dan Sarawak. Menurut Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie, melalui program kebudayaan seumpama ini akan
dapat menjadi jambatan untuk mengeratkan hubungan antara kaum ke arah mencapai
matlamat gagasan 1 Malaysia.

Selain itu juga, ia dapat mempromosikan keunikan kebudayaan Malaysia bagi


meningkatkan industri pelancongan negara. Tarian yang julung kali diadakan di Dataran
Bandaraya Ipoh itu berjaya mencatatkan penyertaan masyarakat paling ramai iaitu
seramai 10 000 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Ternyata,
elemen penyatuan dan integrasi antara kaum terserlah apabila kita dapat melihat
masyarakat Cina dan India serta etnik Sabah dan Sarawak menari tarian tradisional
Melayu dan begitu juga sebaliknya. Melalui seni tari, semua perbezaan dan
permasalahan masyarakat bagaikan hilang dan hanyut dalam setiap gerak langkah
gemalai peserta sewaktu menari.
15

KESIMPULAN

Isu kebudayaan pula menampakkan suatu


keadaan yang semakin runcing untuk
diselesaikan kerana setiap kaum tidak mahu
kehilangan identiti budaya masing-masing.
Namun, melalui pendekatan yang
berteraskan Dasar Kebudayaan Negara yang
bertindak sebagai pelindung kepada identiti
semua budaya yang ada di Malaysia, dilihat
mampu untuk menyakinkan semua
masyarakat bahawa perkongsian budaya
tidak menghilangkan identiti sebenar
sesuatu budaya.

Masyarakat harus
konsep satu berganding bahu
bangsa, satu identiti untuk menyokong
pembinaan negara
akan membawa bangsa kerana
sejuta pengertian kejayaan membina
buat kita dan negara bangsa akan
generasi akan memberi manfaat
datang. kepada semua
sejagat.
16

RUJUKAN

Abdul Rahman Embong. (2001), Negara-Bangsa: Proses Dan Perbahasan, Bangi:


Penerbit UKM.

Abu Hassan Adam. (1992), Menghala Wawasan 2020, Kuala Lumpur: Arena
Ilmu Sendirian Berhad.

Abu Hassan Othman. (1997), Transformasi Masyarakat Dalam Konteks


Pembinaan Negara Bangsa Malaysia.

Azizi Ismail. (1997), Pembentukan Negara-Bangsa Malaysia, Kertas Projek


Tahun Akhir, UPM.

Ranjit Singh. (!996), Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia, Kuala Lumpur:


Federal Publictions.

You might also like