You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEDU

06300, KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN.

Email: smkpedu.ppdptp@gmail.com Telefon/Faks: 04-7867688

KERTAS
KERJA
SAMBUTAN HARI RAYA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR PENGHUNI ASRAMA
BAGI BULAN JANUARI HINGGA JUN

1.0 PENDAHULUAN

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam. Majlis sambutan Hari Raya
Aidilfitri disambut setiap tahun sama ada di Peringkat Kebangsaan dan juga Peringkat Sekolah. Pada
tahun ini pihak sekolah melalui Unit HEM akan menganjurkan Sambutan Hari Raya Peringkat Asrama serta
Sambutan Hari Lahir penghuni asrama yang lahir pada bulan Januari hingga Jun.

2.0 MATLAMAT

2.1 Mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama penghuni asrama dalam mempertahankan


perpaduan di semua peringkat secara berjemaah.

2.2 Meraikan hari lahir bagi menghargai setiap penghuni asrama.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengeratkan perpaduan dan hubungan antara penghuni asrama.

3.2 Menghayati bulan – bulan kebesaran Islam.

3.3 Menanam sifat kemaafan dan pemurah dalam diri individu.

3.4 Memberi ruang kepada semua warga sekolah berkongsi kegembiraan suasana hari raya
dalam semua peringkat.

3.5 Mengembangkan hubungan akrab untuk semua dalam menyemai sifat keterbukaan dan
penerimaan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

68 orang pelajar asrama dan semua AJK Pengurusan Asrama.


5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 7 Julai 2017


5.2 Hari : Jumaat
5.3 Tempat : Dewan Makan, Asrama SMK Pedu

6.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

6.1 PENDAPATAN

Bil Perkara Jumlah (RM)


1. Sumbangan daripada mantan warden En. Ismail bin Ahmad 400.00
Jumlah keseluruhan 400.00

6.2 PERBELANJAAN

6.2.1 Perbelanjaan makanan berdasarkan menu makanan yang telah ditetapkan didalam
kontrak dengan pengusaha dewan makan
6.2.2 Kos lain
Bil Perkara Harga (RM) Kuantiti Jumlah (RM)
1. Hadiah Hari Lahir 2.12 68 144.16
2. Kek Hari Lahir 100.00 1 100.00
3. Bahan Balut Hadiah 30.00 1 30.00
Jumlah Keseluruhan 274.16

7.0 TENTATIF

7.45 mlm Ketibaan AJK Pengurusan Asrama


8.00 mlm Aluan Pengerusi Majlis
8.05 mlm Bacaan Doa
8.10 mlm Ucapan Pengetua
8.15 mlm Penyampaian Hadiah Hari Lahir
8.20 mlm Acara Potong Kek
8.30 mlm Jamuan bermula
9.30 mlm Jamuan tamat

8.0 AJK PELAKSANA

Penasihat : Pn Hjh Che Nazliah Binti Haron


Timb. Pengerusi : Encik Muhammad Supri Bin Md Noh
N. Pengerusi I : Haji Mohd Asri bin Said
N. Pengerusi II : Haji Zulkiflee bin Othman
N. Pengerusi III : Haji Che Zul bin Hanapi
Setiausaha : Cik Nasiha binti Yusof
Penolong Setiausaha : En.
Ahli Jawatankuasa : 1. Pn. Siti Fatimah binti Hamat
2. Pn. Zainatulasma binti Ahmad
3. En. Chalar a/l Endin Prom
4. Pn. Hasliza binti Halim
5. En. Mohd Zaki bin Musa
6. En. Ismail bin Ahmad
7. En. Mohd Shafiee bin Sulaiman
8. Encik Mohd Shahrizal bin Shoaib
9. Encik Mohd Shahron bin Lateh
10. Encik Mohd Zaki bin Othman
11. Encik Mohd Zamzuri bin Mohd Salleh

8.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan dijalankan dengan lancar. Mudah-
mudahan ia dapat menanam nilai-nilai murni di dalam jiwa setiap guru dan penghuni asrama sekolah ini.
Di samping dapat merapatkan ukhwah dan menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan
amalan di kalangan warga sekolah ini.

Disediakan oleh,

_____________________

Cik Nasiha binti Yusof

Warden Asrama SMK Pedu

Disemak oleh,

_____________________

Encik Muhamad Supri bin Md Noh

(Penolong Kanan HEM)

Disahkan oleh,

_____________________

Puan Hajah Che Nazliah binti Haron

(Pengetua SMK Pedu)

You might also like