You are on page 1of 18

ALEA 3324 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJA

SOALAN 1: APAKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI “HAZARDS” DI TEMPAT


KERJA. BINCANGKAN
PENGENALAN
Dalam era ini, keselamatan dan kesihatan pekerja bukan lagi dianggap sebagai elemen
yang berasingan kerana ianya berkait rapat antara satu sama lain. Tempat kerja yang kurang
selamat meningkatkan risiko kemalangan serta kecederaan yang pastinya menjejaskan
kesihatan. Dalam masa yang sama, pekerja yang kurang sihat adalah lebih berisiko untuk
mengalami kemalangan. Kewujudan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA)
1994 jelas menunjukkan perkaitan dan kepentingan kedua-dua elemen ini. Matlamat utama
akta tersebut ialah untuk menghasilkan budaya kerja yang selamat dan sihat di kalangan semua
pekerja dan majikan di Malaysia. Keselamatan di tempat kerja adalah berkenaan pencegahan
kemalangan, kecederaan atau penyakit di kalangan pekerja atau orang-orang lain yang berada
di tempat kerja. Selain daripada memelihara nyawa serta kesihatan pekerja yang merupakan
aset terpenting dalam sesebuah organisasi atau syarikat, pencegahan kemalangan secara tidak
langsung dapat mengurangkan kos rawatan, pampasan, kehilangan produktiviti, ketidakhadiran
bekerja, kerosakan harta-benda, perkhidmatan kesihatan masa depan, hilang upaya dan lain-
lain lagi. Ringkasnya keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah penting dari sudut
Kemanusiaan dan moral, Perundangan, dan Kewangan.

Apabila membicarakan tentang risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, ini
bermaksud kita memperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan berlaku dan impaknya
kepada pekerja akibat hazard yang terdapat di tempat seseorang itu bekerja. Kebarangkalian
adalah pengukuran frekuensi berlakunya kemalangan. Oleh kerana kebarangkalian berlakunya
kemalangan dan impak kemalangan boleh dikawal, maka risiko boleh diurus sehingga ia boleh
diminimumkan dan diterima. Terdapat tiga istilah asas dan penting yang kerap digunakan di
dalam pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Perkataan tersebut ialah hazard,
risiko dan bahaya. Takrif Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersaling tindak
antara satu dengan lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza,
daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan kecil. Menurut
“Occupational Safety and Health Assessment Series 18002” (OHSAS 18002) dan ISO/IEC
mentakrifkan Hazard sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan
kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda,
kerosakan alam sekitar, tempat kerja, atau gabungan kesemuanya. Manakala Bahaya ialah

1
Pendedahan relatif kepada hazard dan Risiko ialah Kombinasi kemungkinan kejadian
berbahaya dengan jangka masa atau keadaan yang tertentu dan keterukkan terhadap kecederaan
atau kesihatan kepada manusia, harta benda, alam sekitar atau kombinasi kesemua tersebut. Ini
menunjukkan Hazard, Bahaya, dan Risiko mempunyai kaitan antara satu sama lain dimana
ianya berkaitan dengan kemalangan dan kesihatan pekerja serta kebarangkalian berlaku
kemalangan semasa berada di tempat kerja. Dalam tugasan ini perbincangan akan lebih
berfokus dan mendalam kepada Hazard di tempat kerja namun secara tidak langsung ianya
juga akan mempunyai kaitan dengan Risiko dan Bahaya.

PUNCA-PUNCA HAZARDS

Terdapat punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan antaranya melalui


faktor kemanusian, faktor fizikal dan faktor pentadbiran. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka
kemalangan di tempat kerja, berlaku tanpa sebab yang boleh di duga. Menurut Strasser, Aron
& Bohn 1981, perbuatan atau peristiwa yang tidak dirancang yang menyebabkan kecederaan
atau kematian kepada individu atau kerosakan kepada harta benda. Menurut Colling, 1990
kejadian bahaya yang berlaku di tempat kerja yang tidak dapat dikawal. Jika kemalangan
berterusan di tempat kerja kedua-dua pihak akan mengalami kerugian. Selain itu, terdapat
punca asas yang membolehkan kemalangan di tempat kerja berlaku.

1. Faktor Kemanusiaan

Kecelakaan boleh berlaku diamana-mana sahaja tanpa diduga. Hal ini dapat dilihat apabila
pekerja itu melakukan kecuaian dengan kurangnya memberikan tumpuan dan berkhayal di
tempat kerja dengan tidak fokus ketika melakukan pekerjaan. Selain itu, terdapat juga pekerja
kurang pengetahuan terhadap pekerjaan yang diberikan mengenai tugas, langkah keselamatan
serta bersikap endah tidak endah terhadap pekerjaan yang dilakukan. Malah, disiplin yang tidak
bagus seperti bergurau kasar, tidak mematuhi peraturan dan mengambil jalan pintas dalam
melakukan pekerjaan menyebabkan pekerjaan akan dilakukan dengan mudah. Malahan,
kondisi kesihatan yang tidak baik akan menyebabkan pekerja itu sendiri mudah letih dan
mengantuk ketika di tempat kerja.

2. Faktor Fizikal

Faktor ini boleh berlaku disebakan keadaan persekitaran. Keadaan fizikal kawasan yang
kotor dan licin menyebabkan kecelakaan mudah berlaku dengan segera. Selain itu,
pencahayaan yang kurang menyebabkan penglihatan di tempat kerja terganggu. Pengudaraan

2
dan kebisingan akan menyebabkan gangguan di tempat kerja. Selain itu, pengendalian
barangan yang tidak teratur seperti susun atur, penggunaan dan penyimpanan yang dilakukan
dengan baik akan menyebabkan kecedaraan mudah berlaku. Seterusnya, sistem pendawaian
yang lama seperti lebih 40 tahun, kecacatan, beban yang melebihi had, pendawaian tambahan
tanpa kebenaran dan pemasangan yang salah menyebabkan punca kecelakaan sering berlaku.

3. Faktor Pentadbiran

Pentadbiran juga menjadi punca berlakunya kecelakaan di tempat kerja. Hal ini boleh
berlaku antaranya disebabkan oleh penguatkuasaan peraturan yang tidak bersungguh-sungguh.
Keadaan ini akan menyebakan pekerja mengambil ringan terhadap pekerjaan yang dilakukan.
Selain itu, tiada arahan serta tiada tunjuk ajar. Malah, tiada prosedur kerja, tiada latihan
pencegahan kemalangan dan sikap pentadbir itu sendiri yang mengambil ringan menyebabkan
menjadi punca kemalangan di tempat kerja sering berlaku tanpa pengawasan yang awal.

4. Faktor Peribadi

Punca asas menyebabkan berlakunya kecelakaan di tempat kerja antaranya adalah


disebabkan faktor peribadi. Sesetengah pekerja tidak mempunyai ilmu yang cukup di tempat
kerja. Ada juga pekerja yang tidak mempunyai kemahiran bekerja untuk mengendalikan
pekerjaan yang diberikan. Selain itu, keadaan motivasi, fizikal dan mental pekerja yang lemah
menyebabkan emosi pekerja terganggu di tempat kerja. Hal ini boleh mengundang kemalangan
dengan serta-merta jika faktor peribadi pekerja itu sendiri yang terganggu di tempat kerja.

5. Faktor Pekerjaan

Faktor seterusnya ialah faktor pekerjaan. Persekitaran yang tidak teratur dan berbahaya
boleh menyebabkan kecelakaan berlaku. Malah kawasan pekerjaan yang tidak sesuai serta reka
bentuk rutin keselengaraan perlu dibaikpulih serta diselenggarakan dengan baik.
Penyelenggaraan yang tidak baik boleh menyebabkan kecelakaan berlaku. Jentera-jentera yang
digunakan di kilang-kilang amat mudah terdedah dengan bahaya dengan ini jika
diselenggarakan dengan baik kecelakaan tidak akan berlaku tanpa diduga.

6. Faktor Penyeliaan

Faktor penyeliaan boleh berlaku disebabkan kegagalan pekerja dalam mematuhi


prosedur dan arahan yang diberikan tidak disampaikan dengan sempurna. Pekerja yang sering
mengambil mudah dalam sesuatu prosedur yang diberikan akan mengundang bahya kepada

3
pekerja itu sendiri. Serta peraturan yang tidak dikuatkuasakan dalam melaksanakan sesuatu
kerja seharusnya pihak pengurusan dalam pekerjaan haruslah menilai dengan lebih mendalam
agar pengurusan di tempat kerja akan lebih selamat.

JENIS-JENIS HAZARDS

Hazard boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu:

1. Hazard Fizikal
Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang
digunakan dan juga berkaitan dengan tenaga. Hazard ini boleh mendatangkan bahaya
kepada fizikal dan anggota badan pekerja. Hazard jenis ini termasuk hazard elektrik,
suhu yang keterlaluan, sinaran, kebisingan, mekanikal, dan lain-lain.
a. Hazard elektrik
Kuasa elektrik boleh mencederakan dan membunuh. Ini boleh terjadi akibat
daripada sentuhan dengan bahan atau pendawaian elektrik yang hidup serta
peralatan elektrik yang rosak boleh mengakibatkan renjatan elektrik, terbakar dan
kebakaran. Bahan atau dawai elektrik menjadi sumber nyalaan di persekitaran
mudah terbakar atau mudah meletup. Akibatnya berlakunya kebakaran atau
letupan. Risiko kemalangan akibat daripada hazard elektrik bergantung kepada
bagaimana dan di mana bahan atau wayar elektrik itu digunakan. Contohnya
Kawasan yang basah dan kawasan yang sesak adalah lebih berisiko untuk terjadinya
kemalangan.
Kaedah Pencegahan Hazard Elektrik ialah dengan menggunakan peralatan
elektrik yang bersesuaian dan selamat, menggunakan peralatan keselamatan
tambahan bagi meningkatkan keselamatan sistem elektrikal, menjalankan
penyelenggaraan berkala ke atas sistem elektrikal serta mendapat latihan dan
mematuhi protokol kerja selamat dalam penggunaan, pengendalian atau
penyelenggaraan peralatan elektrik dan punca elektrik lain.
b. Hazard suhu
Tempat kerja yang terlalu panas atau terlalu sejuk samada bekerja di lapangan
atau di dalam bangunan bukan sekadar menyebabkan ketidakselesaan tetapi boleh
meningkatkan risiko kemalangan akibat kekejangan otot, heat exhaustion dan maut.
Antara kesan suhu yang terlalu tinggi kepada fizikal pekerja ialah ruam panas
atau prickly heat, Heat Cramps (Kejang otot akibat haba), Heat Syncope iaitu tidak

4
sedar secara tiba-tiba. Berlaku akibat dari tekanan darah yang terlalu rendah, Heat
Stroke dimana badan kehilangan keupayaan untuk menyejukkan diri sendiri dan
Heat Exhaustion: Tanda-tanda termasuklah kepenatan, pening, kulit yang lekit
(clammy skin), kuat berpeluh, hilang selera makan, loya dan sakit pada bahagian
perut. Tanda-tanda ini timbul apabila badan kehilangan terlalu banyak air ketika
menjalankan aktiviti fizikal yang kuat di kawasan bersuhu tinggi. Cara untuk
mengatasi masalah suhu yang tinggi ini ialah meminum air dengan lebih kerap bagi
menggantikan air yang banyak hilang melalui peluh, menggunakan alat pendingin
udara untuk mengurangkan hazard haba dalam bangunan, mesin-mesin yang
menghasilkan haba perlu mempunyai sistem pengudaraan untuk mengurangkan
haba berlebihan dan berehat seketika antara waktu kerja di tempat sejuk
Antara kesan suhu yang terlalu rendah pula ialah akan menyebabkan Frostbite
iaitu kristal ais terbentuk di sel dan tisu mengakibatkan aliran darah terganggu dan
Hypothermia dimana Suhu badan turun sehingga kurang dari 35˚C serta kecederaan
pada mata berkemungkinan mata menjadi buta akibat pembekuan kornea. Cara
mengatasinya ialah mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamat
berkaitan dengan pekerjaan di dalam persekitaran suhu rendah keterlaluan,
memastikan pekerja berehat di tempat yang lebih panas dengan kerap dan
membekalkan pakaian yang boleh menghalang kesejukan.
c. Hazard Mekanikal
Hazard mekanikal melibatkan dedahan anggota badan kepada bahagian mesin
dan jentera yang bergerak. Contoh hazard ini termasuk hempapan, himpitan,
terpotong, tikaman, tusukan dan lain-lain). Hazard mekanikal ini mengakibatkan
cedera ringan (seperti calar dan terseliuh) atau kesan yang lebih dahsyat (seperti
hilang anggota dan maut). Kaedah pencegahan risiko Hazard Mekanikal ialah
mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamat berkaitan dengan
pemasangan, penggunaan, pengendalian dan penyelenggaraan mesin dan jentera,
memastikan setiap mesin dan jentera diselenggara di dalam keadaan yang selamat.
d. Hazard Bunyi Bising
Bunyi bising mesin adalah hazard fizikal yang boleh mengakibatkan
kemalangan akibat gangguan pendengaran. Pendedahan kepada bunyi yang
melebihi untuk tempoh 8 jam memerlukan tindakan kawalan pendengaran. Kesan
bunyi bising ini ialah boleh mengganggu komunikasi di antara pekerja hingga
mengakibatkan kesilapan pemahaman dan seterusnya kesilapan mematuhi arahan

5
yang diberikan. Akibatnya kemalangan boleh terjadi. Bunyi bising juga boleh
mengakibatkan kehilangan pendengaran yang kekal jika dos bunyi bising melebihi
had yang dibenarkan. Cara untuk mengawalnya ialah dengan memakai dan
menyelenggara kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi yang dibekalkan
oleh majikan dengan betul contohnya seperti penutup telinga.

2. Hazard Biologi
Hazard biologi berpunca daripada organisma termasuk mikroorganisma
(Contohnya Hepatitis B dan C, HIV), haiwan (Cth: ular, tikus, nyamuk) dan tumbuhan
(Cth: pokok rengas) yang boleh menyebabkan kemudaratan kesihatan manusia. Pekerja
yang mengendalikan hazard biologi seperti spesimen darah atau bendalir tubuh berisiko
tinggi untuk mendapat jangkitan merbahaya seperti Hepatitis B, C atau HIV. Pekerja
yang mengendalikan haiwan dan sisa haiwan turut terdedah kepada risiko hazard
biologi.
Cara pendedahan Hazard Biologi Mikroorganisma ialah dengan cara Terserap
iaitu Agen hazard biologi masuk melalui kulit ke dalam tubuh. Contohnya melalui luka
di kulit atau melalui selaput mukus. Tertusuk iaitu Agen hazard biologi masuk melalui
media tajam ke dalam tubuh. Contohnya tercucuk jarum yang tercemar dengan darah
mengandungi Hepatitis B, C atau HIV. Termakan iaitu Agen hazard biologi masuk ke
dalam tubuh melalui mulut. Contohnya kemasukan melalui merokok, makan atau
minum tanpa membersihkan tangan. Terhidu dan tersedut Aerosol Agen hazard
biologi yang terampai di udara memasuki tubuh melalui sistem pernafasan. Contohnya
virus selsema dan batuk kering (tuberkulosis).
Hazard Biologi lebih berisiko terdedah kepada mereka yang bekerja dalam
bidang perubatan seperti di hospital contohnya seperti Doktor dan Jururawat. Kesan
Hazard Biologi ini bergantung kepada jenis biohazard, mangsa boleh mengalami
jangkitan penyakit, kecederaan dan maut. Kaedah pencegahan Hazard Biologi ini ialah
dengan mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamat berkaitan dengan
hazard biologi dan sentiasa mengamalkan standard precaution dalam tugasan harian.

3. Hazard Kimia
Bahan kimia bermaksud bahan-bahan yang bersifat racun, merengsa, memeka
(sensitizer), menghakis, karsinogenik, mudah terbakar atau mudah meletup. Apabila
bahan kimia ini tertumpah, terpercik, terhidu atau termakan boleh mendatangkan

6
kemudaratan kepada pekerja dan persekitarannya. Bahan Kimia ialah sebatian atau
campuran daripadanya samada asli atau tiruan tetapi tidak termasuk mikroorganisma.
Bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca
dan pelekat adalah bahan yang merbahaya dan perlu diambil langkah-langkah
keselamatan apabila mengendalikannya. Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan
minyak semulajadi dari haiwan boleh menyebabkan tindakbalas pada kulit.
Kesan-kesan bahan kimia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu Kesan akut
adalah kesan jangka pendek yang lazim berlaku pada dos yang tinggi dan jangka masa
pendek. Contohnya menghakis kulit (corrosive), menyebabkan kerengsaan (irritant)
atau memeka kulit (sensitize) selepas atau sebaik sahaja berlakunya pendedahan. Kesan
kronik pula ialah toksik kepada sistem pernafasan, hati, ginjal, reproduktif atau saraf
contohnya kegagalan hati, kegagalan paru-paru. Karsinogenik pula boleh menyebabkan
barah.
Kaedah untuk mencegah Hazard Kimia ini ialah dengan mengenal pasti bahan
kimia berbahaya di tempat kerja dengan melakukan pemeriksaan di tempat kerja,
mewujudkan daftar bahan kimia yang ada di tempat kerja secara komprehensif,
mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamat dalam menjalankan aktiviti
penggunaan bahan kimia, mengikuti program pendidikan dan latihan serta
mendapatkan maklumat keselamatan dan kesihatan bahan kimia daripada:
a. Daftar Bahan Kimia
b. Risalah Data Keselamatan Kimia (CSDS – Chemical Safety Data Sheet)
CSDS adalah dokumen yang boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat
keselamatan dan kesihatan tentang satu-satu bahan kimia. CSDS terkini bagi
setiap bahan kimia wajib ada di tempat kerja. CSDS ditulis dalam Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan dalam bahasa-bahasa lain yang diperlukan.

4. Hazard Ergonomik
Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan
persekitaran kerjanya serta persekitaran tempat kerja yang tidak kemas atau tidak
selesa. Ianya selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk
kejuruteraan dan proses kerja yang tidak memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi
manusia. Sebagai contohnya persekitaran tempat kerja yang tidak dijaga dengan baik
seperti lantai yang licin dan tidak rata, berlubang atau retak, barang atau bahan yang
bersepah di kawasan kerja boleh mengakibatkan risiko hazard ergonomik dimana

7
kekemasan tempat kerja yang tidak baik telah menyebabkan berlaku kemalangan dan
kecederaan kepada pekerja. Postur kerja yang buruk, misalnya sering membongkok,
menjangkau atau jongkok boleh meninbulkan hazard ergonomik. Misalnya, pekerja
yang bekerja di pejabat kebiasaannya akan menaip dan berhadapan dengan komputer
dalam tempoh masa yang lama mampu mengakibatkan Tunnel Carpel Syndrome dan
sakit belakang, sakit kepala dan sakit mata kerana terlalu lama duduk di kerusi dan
melihat skrin komputer dalam tempoh masa lama mampu menyebabkan kerosakan
pada mata seperti menjadi rabun.
Tanda sistem kerja yang tidak ergonomik ialah seperti hasil kerja yang menjadi
tidak memuaskan, sering terjadi kemalangan, pekerja sering melakukan kesalahan,
pekerja mengeluh mengalami kesakitan pada anggota badan seperti pada leher,
belakang, sendi, bahu, punggung dan lain-lain.
Cara mencegah ialah memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa dikemas,
barang-barang atau bahan yang telah digunakan hendaklah disimpan dan disusun di
bilik stor atau bilik penyimpanan. Selain itu, peralatan kerja perlulah direkabentuk
dengan lebih efektif atau mesra pengguna. Contohnya kerusi yang lembut untuk
mengelakkan pekerja sakit belakang apabila duduk terlalu lama. Kemudian,
mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa. Misalnya jika ada sebarang
kerosakan seperti lantai yang berlubang atau retak hendaklah dibaiki segera, begitu juga
lampu atau peralatan elektrik yang rosak hendaklah dibaiki segera.

5. Hazard Psikososial
Hazard Psikososial ini pula melibatkan emosi dan minda pekerja. Hazard ini
berpunca daripada faktor luaran dan dalaman. Faktor dalaman ialah masalah peribadi
seperti hubungan kekeluargaan, penceraian, jiran, penyakit dan sebagainya. Faktor
luaran pula ialah melibatkan suasana persekitaran seseorang itu seperti di tempat kerja
bebanan kerja yang banyak, masalah dengan rakan sekerja, gangguan seksual,
penyalahgunaan dadah, terpaksa kerja melebihi masa yang sepatutnya, suasana kerja
yang tidak selesa, bunyi bising dan sebagainya.
Kesan Hazard Psikososial ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi stress,
depression dan kemurungan. Akibat daripada itu, pekerja akan mudah berasa bosan
dengan kerjanya, tidak proaktif, lambat melaksanakan tugasan yang diberi, tidak cekap
dan tidak efisyen, malas, tidak berminat untuk bekerja, sering ponteng kerja dan
menyebabkan kadar lantik henti pekerja meningkat.

8
Kaedah mencegah Hazard Psikososial ini ialah dengan mewujudkan suasana
kerja yang kondusif, majikan tidak mebebankan pekerja dengan memberi tugasan yang
banyak dalam satu masa, mewujudkan hubungan yang baik antara majikan dan pekerja
seperti melibatkan pekerja dalam pembuatan keputusan dan mengadakan program atau
aktiviti riadah yang bermanfaat pada setiap bulan seperti Hari Keluarga, kempen, dan
lain-lain lagi. Ini untuk menghilangkan tekanan pekerja setelah penat bekerja setiap
hari.

KAEDAH PENGENALPASTIAN HAZARD

1. Kelompok Hazard

Tujuan pengenalpastian hazard adalah untuk menentukan operasi kritikal di dalam


tugasn, iaitu tugasan yang mendatangkan risiko yang ketara kepada keselamatan dan kesihatan
pekerja serta menekankan hazard yang berkaitan dengan kelengkapan tertentu disebabkan oleh
sumber tenaga, keadaan pekerja atau aktiviti yang dilaksanakan. Hazard boleh dibahagikan
kepada tiga kumpulan utama iaitu hazard kesihatan, hazard keselamatan dan hazard alam
sekitar.

a. Hazard kesihatan

Hazard kesihatan pekerjaan ialah apa-apa egen yang boleh mendatangkan penyakit
kepada individu. Hazard kesihatan juga boleh menyebabkan kesan yang serius dan serta-merta
boleh menyebabkan masalah jangka panjang (kronik). Seluruh atau bahagian tertentu badan
boleh terjejas. Seseorang yang mengalami penyakit pekerjaan mungkin tidak menyedari akan
gejalanya. Sebagai contoh, hilang pendengaran akibat hingar sering kali sukar dikesan oleh
individu yang terjejas sehinggalah penyakit itu sudah melarat. Hazard kesihatan termasuk
bahan kimia (seperti asid bateri dan pelarut), hazard biologi (seperti bakteria, virus, dan debu),
agen fizik (punca tenaga yang cukup kuat untuk memudartkan badan seperti arus elektrik, haba,
cahaya, getaran, hingar dan sinaran) hazard reka bentuk kerja yang tidak sesuai (ergonomik).

b. Hazard keselamatan

Hazard keselamatan ialah apa-apa daya yang cukup kuat yang mengakibatkan kecederaan,
atau kerosakan kepada harta. Kecederaan yang disebabkan oleh hazard keselamatan biasanya
ketara. Sebagai contoh, pekerja mungkin luka teruk. Hazard keselamatan mendatangkan
mudarat apabila kawalan tempat kerja tidak mencukupi. Antara contoh hazard keselamatan

9
adalah tergelincir, kebakaran, operasi mengangkat dan pengendalian lain secara manual dan
bekerja sendiri.

c. Hazard alam sekitar

Hazard alam sekitar ialah pelepasan ke alam sekitar yang boleh menyebaban mudarat yang
merosakkan. Pelepasan ke alam sekitar mungkin tidak ketara. Sebagai contoh, pekerja yang
menyalirkan sistem glikol dan melepaskan cecair tersebut ke dalam pembentung rebut mungkin
tidak sedar akan kesannya kepada alam sekitar. Hazard alam sekitar mendatangkan mudarat
apabila kawalan dan prosedur kerja tidak dipatuhi.

2. Kaedah Pengenalpastian Hazard

Sebelum hazard boleh diuruskan ia mestilah dikenalpasti terlebih dahulu. Semakin awal
hazard dikenalpasti, semakin mudah untuk menguruskannya. Walaupun hazard boleh
dikenalpasti pada peringkat awal operasi akibat tidak disedari atau perubahan boleh timbul
kepada bahan, sistem dan rekabentuk selepas digunakan atau dilaksanakan. Satu proses yang
membantu mengenalpasti sebanyak mungkin hazard adalah dengan menggunakan proses
mengenalpasti hazard yang digunakan di dalam analisis hazard. Di dalam analisis hazard,
proses mengenalpasti hazard bermula dengan mentakrifkan sistem yang ingin dikaji dan
mentakrif serta memahami ciri fizikal dan fungsi sistem tersebut. Terdapat beberapa kaedah
yang boleh digunakan untuk mengenalpasti hazard iaitu pemerhatian, rujukan, dan laporan
kemalangan atau aduan.

a. Pemerhatian dan rujukan

Seseorang yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam sistem, perlu melakukan


pemerhatian terhadap proses kerja dan aktiviti-aktiviti kerja yang terlibat dalam setiap proses
kerja. Melalui pemerhatian yang dilakukan, majikan dapat mengenalpasti hazard-hazard yang
terdapat di tempat kerja. Seterusnya, setelah pemerhatian telah dilakukan, majikan atau pekerja
perlu membuat rujukan terhadap dokumen-dokumen yang terdapat di tempat kerja seperti
proses dan prosedur kerja. Selain itu, rujukan kepada akta-akta dan peraturan-oeraturan seperti
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Factories and Machinery Act 1967, dan lain-
lain. Kod tata amalan atau garis panduan yang ada di dalam industri seperti garis panduan
bekerja, pengendalian bahan kimia dan pelbagai lagi kod tata amalan. Rujukan kepada insiden
atau kemalangan yang sering berlaku juga perlu dibuat rujukan bagi membuat pengenalpastian
hazard di tempat kerja.

10
b. Laporan kemalangan atau aduan

Seseorang majikan biasanya ditugaskan untuk mengurus aktiviti dan proses kerja yang
luas dan juga perlu melihat kepada rekod laporan kamalangan yang berlaku di tempat kerja.
Selain itu, majikan juga perlu merujuk kepada cuti sakit pekerja dan membuat analisa
berdasarkan rekod cuti sakit pekerja. Melalui rekod cuti sakit ini, majikan dapat membuat
pengenalpastian masalah yang dialami oleh setiap pekerja dan mengurangkan hazard yang
berlaku di tempat kerja. Aduan atau maklumbalas daripada pekerja juga perlu dirujuk bagi
majikan membantu pekerja bawahannya untuk mengenalpasti hazard di tempat kerja.

3. Teknik Pengenalpastian dan Penaksiran Hazard


a. Penetapan langkah dan tempoh masa untuk mengenal pasti dan menaksir hazard.

Langkah untuk pengenalpastian hazard dan tempoh masa untuk pengenalpastian ini
mestilah ditetapkan. Maklumat yang perlu dimasukkan ialah siapa yang akan
bertanggungjawab atas pengenalpastian misalnya, ia mungkin jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja, atau individu yang dilantik oleh jawatankuasa, kedua ialah cara
laporan pengenalpastian tersebut diproses misalnya, ia mungkin disusun dan diproses oleh
jawatankuasa, atau oleh individu yang dilantik oleh jawatankuasa dan ketiga ialah tempoh masa
pengenalpastian contohnya, pengenalpastian hazard untuk bengkel A mestilah disiapkan dalam
bulan Disember, bagi bengkel B dalam bulan April dan bagi bengkel C dalam bulan November.

b. Penyimpanan rekod hazard.

Selepas hazard dikenal pasti, rekod pengenalpastian hazard mestilah disediakan dan
disimpan, sama ada dalam bentuk bercetak atau dalam format elektronik.

c. Tempoh masa untuk menyemak

Tarikh untuk menyemak pengenalpastian perlu disemak oleh majikan. Misalnya,


semakan kaedah pengenalpastian akan dijalankan setiap tiga tahun. Untuk melengkapkan
pengenalpastian hazard, beberapa teknik boleh digunakan untuk mengenal pasti hazard.
Beberapa contoh teknik termasuk:

1. Pemeriksaan di tempat kerja


2. Analisis keselamatan tugasan atau analisis hazard kerja
3. Siasatan awal
4. Faktor kemalangan yang mungkin

11
5. Analisis kegagalan
6. Siasatan kemalangan dan kejadian.

Kaedah pengenalpastian Hazard mungkin berbeza-beza bergantung pada saiz tempat kerja.

LANGKAH MENGAWAL HAZARD

Langkah pengawalan hazard yang betul boleh dilakukan dengan memahami konsep
pencegahan kemalangan. Kawalan bermaksud penghapusan atau penyingkiran hazard yang
mana ia tidak mendatangkan risiko kepada pekerja yang perlu memasuki kawasan atau bekerja
menggunakan kelengkapan dalam tempoh kerja yang dijadualkan.

Dengan memastikan perilaku selamat dan keadaan kerja yang selamat. Risiko yang
dihadapi dapat dikawal dan dikurangkan. Antara langkah kawalan yang boleh dilakukan adalah
melakukan kawalan melalui HIRA (Hazard Identification and Risk Assessment). Terdapat
beberapa jenis kawalan terhadap hazard.

1. Penghapusan
Penghapuskan ialah langkah mengawal dengan cara menghapuskan hazard dari
tempat atau proses kerja. Penghapusan dilakukan dengan menyingkirkan kerja, alatan,
proses, mesin atau bahan yang berhazard dalam usaha yang mampu dilakukan bagi
melindungi pekerja.
Misalnya seseorang pekerja itu tidak lagi menggunakan asbestos kerana ia boleh
menyebabkan penyakit barah paru-paru seperti asbstosis. Asbestos boleh menyebabkan
masalah kesihatan yang serius jika banyak dihidu. Namun, ianya dianggap tidak
menimbulkan bahaya kepada kesihatan jika ia kekal tahan. Atau contoh lain dalam
penghapusan ialah kerusi rosak yang terdapat pada makmal perlu untuk dihapuskan
kerana kerosakan tersebut mungkin akan menyebabkan berlakunya kemalangan.
Selain itu, cara kawalan pada punca hazard melalui penghapusan ialah seperti
firma kitar semula mungkin membuat keputusan untuk memutuskan berhenti daripada
membeli dan memotong tangka bahan api pukal buangan yang disebabkan oleh hazard
letupan.

2. Penggantian
Seterusnya ialah penggantian. Penggantian dalamcara pengawalan ini
bermaksud menggantikan hazard yang ada dengan sesuatu yang kurang berisiko.

12
Kadang-kadang melakukan kerja yang sama tetapi melakukan melalui cara yang kurang
berhazard.
Contohnya, bahan kimia berhazard boleh digantikan dengan bahan yang kurang
berhazard ataupun pemotong berkuasa pneumatik digunakan dalam kerja memotong
yang melibatkan bahan bakar dengan menggantikan pemotong yang menghasilkan
percikan api. Selain itu juga, wayar yang berselirat di bawah komputer perlu digantikan
dengan mengemaskanya dan ditutup dengan elok untuk mengelakkan hazard. Oleh itu,
kawalan tersebut mestilah melindungi pekerja daripada sebarang hazard baru yang
timbul.

3. Kejuruteraan
Seterusnya ialah kejuruteraan. Kejuruteraan adalah memasukkan ciri
keselamatan ke dalam peralatan, mesin atau kelengkapan dalam pekerjaan. Dalam
kawalan kejuruteraan ini ia mempunyai enam jenis iaitu reka bentuk semula,
pengasingan, automasi, pengadang, penyerapan, dan pencairan.
Dalam reka bntuk semula, kerja dan reka bentuk boleh direka bentuk semula
untuk menjadikannya lebih selamat, contohya mereka bentuk semula bekas atau
peralatan untuk membuatkannya lebih mudah diangkat. Pengasingan pula ialah jika
sesuatu hazard itu tidak boleh untuk dihapuskan, adalah lebih baik untuk diasing dan
dijauhkan daripada pekerja. Sebagai contoh, bilik kawalan bertebat dan mempunyai
penyaman udara boleh melindungi para pekerja daripada bahan kimia bertoksid. Jenis
ketiga ialah automasi. Ia bermaksud mengautomasikan sesuatu proses yang dilihat
berbahaya. Contohnya, robot kawalan komputer boleh mengendalikan operasi kimpal
titik di dalam kilang pemasangan kereta. Namun begitu, langkah berhati-hati perlu
diambil untuk melindungi pekerja daripada terkena hazard robotic.
Seterusnya ialah pengadang. Sesuatu hazard mampu untuk dihadang sebelum ia
sampai kepada pekerja. Misalnya pekerja menggunakan alat khas yang boleh mencegah
mata daripada terkena sinaran arka kimpalan. Menggunakan pengadang kelengkapan
yang sesuai akan melindungi pekerja daripada terkena alat yang bergerak. Kemudian
jenis penyerapan. Sesekat boleh disekat atau menyerap hingar. Sistem kunci dari luar
boleh mengasingkan punca tenaga semasa pembaikan dan penyenggaraan. Biasanya
semakin jauh satu-satu kawalan itu mengasingkan hazard daripada pekerja semakin
efektif fungsi kawalan tersebut.

13
Akhir sekali ialah jenis pencairan. Sesetengah hazard boleh untuk dicairkan
ataupun disebarkan. Sebagai contoh, sistem pengalihudaraan boleh mencairkan gas
toksid sebelum ia sampai kepada pengendali.

4. Pentadbiran
Selain itu, pentadbiran juga merupakan salah satu daripada langkah pengawalan
hazard. Dari sudut kawalan pentadbiran, aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini
diurus oleh pihak pengurusan dan pekerja. Antara contoh ialah melaksanakan tugas
secara bergilir gilir bagi tempoh yang dibenarkan untuk mengurangkan pendedahan
kepada hazard.
Dalam kawalan pentadbiran pihak pengurusan boleh tegaskan konsep prosedur
kerja selamat. Dalam prosedur kerja selamat ini pekerja dikehendaki menggunakan
prosedur kerja selamat yang standard. Oleh itu, majikan perlu memastikan pekerja
dapat mematuhi prosedur kerja selamat ini. Kemudian, prosedur kerja selamat
hendaklah disemak secara berkala bersama-sama pekerja dan sentiasa berada dalam
keadaan kemas kini. Latihan awal tentang prosedur kerja selamat dan latihan ulangan
juga hendaklah disediakan dan pengawalsediaan yang sesuai untuk membantu pekerja
bagi mengenal pasti hazard yang mungkin berlaku dan menilai prosedur kerja.
Di samping itu, pihak pengurusan boleh melaksanakan program pengemasan
ditempat kerja. Pengemasan di tempat kerja termasuk pencucian, pelupusan sisa dan
pembersihan tumpahan. Hal ini bagi memastikan alatan, kelengkapan, dan jentera tidak
menyebabkan kecederaan jika ia dijaga dengan bersih dan disenggara dengan baik.
Seterusnya, melalui kebersihan. Amalan kebersihan boleh mengurangkan risiko bahan
toksik yang diserap oleh pekerja. Pakaian rumah hendaklah disimpan di dalam lokar
yang berasingan untuk mengelakkan daripada dicemari oleh pakaian kerja.

5. Kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi (Personal Protective


Equipment, PPE)
Kelengkapan pelindung diri bermakna apa-apa kelengkapan yang dirancang
untuk dipakai atau digunakan oleh orang yang bekerja di mana akan melindunginya
daripada risiko kesihatan atau keselamatan serta apa-apa alat tambahan. PPE biasanya
dipilih untuk memberikan perlindungan yang sesuai terhadap setiap jenis hazard yang
timbul. Terdapat spesifikasi bagi jenis PPE yang digunakan untuk melindungi kepala,
mata, kasut, anggota badan, pakaian perencat api, pernafasan, pendengaran, dan peranti

14
pengapungan diri individu. Selepas semua kaedah kawalan telah diambil kira dan
dilaksanakan, memakai kelengkapan pelindungan diri dapat memberikan perlindungan
tambahan kepada pemakai.
Langkah berjaga-jaga hendaklah sentiasa diambil untuk memastikan
kelengkapan dapat berfungsi dengan baik. Jika tidak, PPE tersebut boleh
membahayakan kesihatan pekerja. Kelengkapan perlindungan peribadi mestilah dipilih
secara terancang. Pengguna mestilah dimaklumkan cara dan keadaan pemakaian yang
optimum serta had penggunaannya.
Contohnya, menggunakan topi kaledar jika bekerja di kawasan pengimpalan
atau kawasan bahan cairan. Kecederaan di kepala adalah disebabkan oleh objek yang
beterbangan atau jatuh pada objek yang tetap. Pelindung kepala dalam bentuk topi
pelindung hendaklah mampu menahan hentakan dan gelungan yang mengelilingi
rangka topi akan mengelakkan kecederaan kepada tengkorak dan juga menyelamatkan
diri dari kejutan elektrik. Selain itu, bagi pekerja yang bekerja dengan menggunakan
mesin yang mengeluarkan bunyi yang kuat perlu memakai penutup telinga (ear cover)
untuk mengelakkan bunyi bising dan mengelakkan daripada masalah pendengaran.
Bagi pekerja di hospital pula perlu memakai topeng muka (mask) dan sarung tangan
seperti jururawat yang bertugas mencuci luka pesakit untuk mengelakkan jangkitan
kuman.

15
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, ‘HAZARD’ ialah punca atau keadaan yang mempunyai potensi
mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia,
kerosakan harta benda, kerosakan alam sekitar, tempat kerja, atau gabungan kesemuanya.
Punca-punca utama Hazard boleh dibahagikan kepada tiga faktor utama iaitu faktor
kemanusiaan, faktor pentadbiran dan faktor fizikal. Manakala punca asas berlakunya Hazard
ini ialah faktor peribadi, faktor penyeliaan dan faktor pekerjaan.

Jenis-jenis Hazard pula boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu Hazard Kimia ialah
hazard yang berkaitan dengan bahan kimia berbahaya bersifat racun, merengsa, memeka
(sensitizer), menghakis, karsinogenik, mudah terbakar atau mudah meletup yang boleh
menyebabkan kemalangan. Hazard Biologi ialah berpunca daripada organisma termasuk
mikroorganisma, haiwan, dan tumbuhan yang boleh menyebabkan kemudaratan kesihatan
manusia. Hazard Fizikal pula ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang
digunakan dan juga berkaitan dengan tenaga. Hazard ini boleh mendatangkan bahaya kepada
fizikal dan anggota badan pekerja. Hazard Ergonomi ialah bahaya yang disebabkan oleh
persekitaran kerja yang tidak sesuai, kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan
proses kerja yang tidak memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia dan Hazard
Psikososial ialah hazard yang melibatkan emosi dan minda manusia.

Hazard dapat dibahagikan kepada tiga kelompok utama iaitu hazard kesihatan, hazard
keselamatan, dan hazard alam sekitar. Dalam mengenal pasti hazard, terdapat beberapa kaedah
yang boleh digunakan, iaitu melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan satu instrumen yng
sangat pening dalam pengenalpastian hazard. Majikan dapat membuat pemerhatian terhadap
proses kerja dan aktiviti-aktiviti kerja yang terlibat di dalam setiap proses kerja. Setelah
pemerhatian telah dilakukan, majikan perlu membuat rujukan untuk hazard yang telah dikenal
pasti. Majikan perlu membuat rujukan kepada akta yang berkaitan, peraturan garis panduan
serta kod amalan yang boleh mengenalpasti hazard. Kaedah seterusnya laporan kemalangan
atau aduan, majikan perlu merujuk aduan-aduan yang diberikan oleh pekerja. Aduan-aduan ini
sangat penting bagi majikan untuk mengenal pasti hazard di temat kerja.

Akhir sekali, langkah dalam mengawal sebarang hazard ditempat kerja boleh dilakukan
dengan menggunakan HIRAC. Langkah kawalan yang diambil perlu berlandaskan undang-
undang dan peraturan dalam melaksanakan prosedur atau proses kerja. Sebelum melakukan
kawalan hazard, majikan perlu memilih kaedah kawalan yang sesuai bagi memastikan

16
keberkesanan sesuatu kawalan. Langkah-langkah dalam mengawal hazard amat penting dalam
amalan untuk merancang, mengurus, dan melaksanakan sesuatu operasi sebuah organisasi
sebagai perkara asas kepada pengurusan risiko. Jenis-jenis kawalan Hazard ialah seperti
Penghapusan, Pengganntian, Pentadbiran, Kejuruteraan dan kelengkapan atau pakaian
perlindungan peribadi.

Oleh itu, Hazard di tempat kerja merupakan bahaya dan risiko yang wujud di
persekitaran tempat kerja dan bahaya tersebut berkemungkinan akan mendatangkan
kemalangan dan kecederaan kepada pekerja. Justeru itu, pihak majikan atau pihak pengurusan
atasan merupakan tonggak utama dalam memastikan kejayaan sesuatu program pencegahan
kemalangan di tempat kerja. Ianya berkait rapat dengan pengetahuan majikan tentang aspek
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sikap, komitmen, harapan dan peruntukan yang
sanggup dilaburkan untuk tujuan keselamatan dan kesihatan pekerja. Pihak pengurusan di
setiap peringkat perlu memahami tentang kepentingan pencegahan kemalangan dimana ianya
merupakan sebahagian daripada tugas utama. Majikan perlulah berpengetahuan tentang aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mampu memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Penting untuk majikan mengambil berat tentang keselaamatan dan kesihatan pekerja kerana
pekerja merupakan sumber modal insan dan aset yang berharga kepada sesebuah organisasi,
syarikat, institusi dan industri. Tempat kerja yang sihat dan selamat akan melahirkan pekerja
yang cemerlang, efisyen dan proaktif.

17
RUJUKAN

1. Anis Rohman Malik. (2016). Gambaran Faktor Psikososial di Tempat Kerja Pada
Pekerja Tekstil. Jakarta: Universiti Negeri Syarif Hidayatullah.
2. Aditya Irnandi, Desy Fajar Lestari, Tri Wahyuni, Tri Wahyuningsih. (2012). Kesehatan
dan Keselamatan Kerja “HAZARD PSIKOSOSIAL DI TEMPAT KERJA”. Jakarta:
Politeknik Kesihatan Jakarta.
3. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2008). Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di
Tempat Kerja. Cetakan Ketiga. Bahagian Kawalan Penyakit. Diakses Disember 15,
2017 dari http://www.dph.gov.my/ohu
4. Guidelines for Hazard identification, Risk assessment, and Risk Control (HIRARC).
(2008). Department of Occupational Safety and Health, Malaysia.
5. Pengurusan Risiko Di Tempat Kerja - PORTAL MyHEALTH
http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-risiko-di-tempat-kerja
6. Kemalangan Di Tempat Kerja – Scribd
https://www.scribd.com/doc/38819782/Kemalangan-Di-Tempat-Kerja
7. Laman Web Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1998).
http://www.dosh.gov.my
8. Noraziah, A.B. (2000). “Reproduktif Hazard Di Tempat Kerja: Keselamatan Dan
Kesihatan di Tempat Kerja.” Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
9. Idris Md Yusof. (2008) “Application Occupational Safety and Health in Industry, case
study: Ccm Fertilizers Sdn Bhd”.

18

You might also like