You are on page 1of 18

 Federick Winslow Taylor (20 March

1856 – 21 March 1915), turut terkenal


dengan nama F.W. Taylor, merupakan
seorang jurutera mekanikal Amerika
yang berusaha untuk memantapkan
kecekapan perindustrian.

 Beliau dikenali sebagai Bapa


Pengurusan Saintifik dan merupakan
salah seorang daripada pakar
pengurusan.

 Berkahwin dengan Louise M.


Spooner.
 Beliau memulakan gerakan pengurusan saintifik, dan rakan-rakannya
adalah orang yang pertama untuk mengkaji proses kerja secara saintifik.

 Mereka mengkaji bagaimana kerja dilakukan, dan mereka melihat


bagaimana produktiviti pekerja boleh terjejas.

 Teori Taylors memberi tumpuan kepada kepercayaan bahawa untuk


membuatkan orang bekerja keras sebolehnya.

 Pada tahun 1909, Taylor telah menerbitkan “The Principles of Scientific


Management.”

 Dalam hal ini, beliau mencadangkan bahawa dengan mengoptimumkan


dan memudahkan kerja, produktiviti akan meningkat.
 Beliau memansuhkan autokrasi peribadi diamalkan dalam
perniagaan keluarga Quaker dari Cadbury dan Clark dan
kembangkan teori organisasi.

 Pada tahun 1881, Taylor terbitkan sebuah buku bertajuk


‘Pemotongan logam ke dalam ilmu’ dimana beliau membuat
pemerhatian kepada penyodokan batu arang di Betlehem
Steel Works.

 Pada tahun 1895, beliau terbitkan sebuah buku berkaitan


tentang skim insentif.

 Pada tahun 1909, beliau terbitkan buku yang paling terkenal


iaitu ‘Prinsip Pengurusan Saintifik’.
4 tujuan Pengurusan Saintifik ialah :
 Pembangunan ilmu sains untuk setiap elemen kerja manusia
untuk menggantikan peraturan kaedah lama.

 Pemilihan pekerja serta memberi latihan & pembangunan


kepada pekerja dan bukannya menbiarkan mereka memilih
tugas-tugas mereka sendiri dan melatih sendiri

 Pembangunan semangat kerjasama antara pekerja dan pihak


pengurusan untuk memastikan pekerjaan dapat dilakukan
mengikut prosedur saintifik.

 Pembahagian kerja antara pekerja dan pihak pengurusan


dengan adil dan bukannya seperti kaedah lama dimana
sebahagian besar tanggungjawab terletak pada pekerja.
Falsafah ini memberi tumpuan kepada susunan organisasi
mengikut hierarki, sistem peraturan abstrak dan hubungan
impersonal antara pekerja.
Prinsip Pengurusan Saintifik yang dibuat oleh
Frederick Taylor :

 Penentuan pergerakan

 Pengkhususan kerja

 Perancangan dan penjadualan rapi

 Pemilihan dan pengambilan kakitangan yang rapi

 Insentif upah
 Pandangan Taylor tentang motivasi pekerja
telah memberi pengaruh besar sepanjang
abad hingga ke hari ini. Kepercayaan Taylor
bahawa manusia adalah rasional dan akan
membuat pilihan ekonomi berdasarkan
tahap ganjaran kewangan telah membawa
kepada perancangan sistem bayaran
dimana jenis usaha yang diberi adalah
berkait rapat dengan kadar ganjaran yang
ditawarkan.
 Drucker, pakar teknologi, 1999.
 Pekerja berpengetahuan mesti teliti menganalisis keadaan mereka dan dididik atau
diajar menggunakan keupayaan ini untuk membuat pemilihan yang betul, bukan itu
saja tetapi kaedah pelaksanaannya perlulah dilaksanakan di bawah model Taylor,
dengan "penekanan kepada kelajuan, ketepatan dan keseragaman" .

 Vincent, 2009.
 Hari ini kita mendiami era pergerakan sumber manusia. Pihak berkepentingan
dalam semua organisasi adalah kurang cenderung untuk melaporkan kesan
kemanusiaannya dari tempoh-tempoh sebelumnya lebih tumpuan kini diberikan
kepada pekerja sebagai rakan sekerja. Penglibatan rakan-rakan kita adalah asas
utama untuk mencapai kejayaan perniagaan melalui budaya bersatu.

 Carlson, 1996.
 Positivisme digunakan untuk teori sosial menganggap organisasi sebagai rasional
birokrasi dengan hierarki yang sesuai. "Organisasi dilihat sebagai mesin dan orang-
orang dilihat sebagai lampiran kepada mereka mesin " justeru, kedua-dua organisasi
dan orang perlu dikawal dengan teliti dan dipantau. Ini dapat dilihat dalam Prinsip
Taylor pengurusan saintifik yang diperolehi daripada positivism yang paradigma.
 Drucker, 1999.
 Walaupun kaedah Taylor menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi, mereka
juga menghasilkan pekerja yang kepenatan, sebagai pekerja merasakan mereka
telah bertukar menjadi automatons semata-mata. Persembahan dan tugas
berulang-ulang sepanjang hari menyebabkan pekerja akan mengalami
kebosanan dan rasa tidak puas hati pekerja.

 Carlson (1996), Bolman dan Deal (1997), dan Pfeffer (1996).


 Paradigma positivism yang di bawahnya Taylorism jatuh adalah pandangan
yang sempit di dunia yang tidak akan membenarkan fleksibiliti, tidak akan
mempertimbangkan keperluan yang berfikir, orang manusia dalam organisasi
kerja, dan tidak akan bertolak ansur dengan pelbagai perspektif mengenai
organisasi.
 Dari segi kepimpinan
Jika bos anda meminta anda pikul seekor keldai dan berjalan, anda sepatutnya
menurut arahan itu. Bila bos mengarahkan anda duduk dan berehat, anda sepatutnya
duduk dan berehat. Itulah tindakan anda yang sepatutnya lakukan pada setiap hari.
Jangan mengadu atau menunjukkan rasa tidak puashati.

 Dari segi pengurusan


"Seni melakukan kerja melalui dan dengan orang dalam satu kumpulan secara
rasmi dianjurkan. proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan
aktiviti-aktiviti pekerja dalam kombinasi dengan sumber organisasi yang lain untuk
menjayakan dinyatakan objektif organisasi. mengetahui apa yang anda mahu
lakukan dengan cara yang terbaik dan paling murah. "

 Dari segi pengurusan saintifik


"penggunaan metode ilmiah untuk menentukan cara terbaik dalam menyelesaikan
suatu pekerjaan."
 Dalam penentuan pergerakan
“Dengan menentukan pergerakan dan perjalanan kerja yang dijalankan
akan menjadikan lebih efisien”

 Dalam memotivasikan pekerja


”Prestasi adalah apa yang mampu anda lakukan. Motivasi menentukan apa
yang anda lakukan. Sikap menentukan seberapa baik anda melakukannya”

”Jika kita memulainya dengan kepastian, kita akan berakhir dalam


keraguan, tetapi jika kita memulainya dengan keraguan dan bersabar
mengahadapinya, kita akan berakhir dalam kepastian”

 Dalam meningkatkan kendiri


”Selalu ada jalan terbaik dalam melakukan segala sesuatu”
 Komen yang menerima baik terhadap teori Federick
Taylor
 Memberi pengaruh yang besar terhadap syarikat dan juga agensi lain sehingga hari ini.
Ini kerana prinsip yang dilakukan oleh beliau dapat memberi pekerja dan pengurus lebih
berdisiplin dan mengetahui tentang tanggungjawab dan tugas yang perlu dilakukan.

 Mendapati ciri-ciri fizikal di tempat kerja boleh menyumbang kepada tekanan kerja dan
seterusnya menyebabkan keletihan dan ini akan mempengaruhi prestasi.

 Komen yang menolak terhadap teori Federick Taylor


 Kepercayaan Taylor bahawa manusia adalah rasional dan akan membuat pilihan ekonomi
berdasarkan tahap ganjaran kewangan telah membawa kepada perancangan sistem
bayaran dimana jenis usaha yang diberi adalah berkait rapat dengan kadar ganjaran yang
ditawarkan. Oleh itu, terdapat kritikan yang kuat terhadap teori Taylor yang dianggap
melayan manusia seperti mesin dan menganggap bahawa para pekerja dipenuhi oleh
wang saja.

 Kurang mengambil kira faktor Manusia.

 Ini lebih menjurus kepada pengurusan untuk mencapai maklumat tanpamengira suasana
di tempat kerja dan ia menjadikan pekerja sebagai hamba dalam memberikan kerja dan
gaji yang mengikut kepada tahap keberkesanan pekerja dalam melakukan kerja.
Pengkhususan kerja:

 Frederick Taylor telah memikirkan tentang pentingnya seorang


pakar di setiap bahagian. Misalnya, seorang mandur (sebagai
ketua) dikehendaki bertanggungjawab di dalam bahagian
pembaikan mesin, seorang di bahagian perjalanan mesin,
seorang di bahagian pemeriksaan dan lain-lain. Dengan cara
yang demikian, pekerja dapat memahirkan diri dalam bidang
yang khusus.
Perancangan dan penjadualan yang rapi:

 Perancangan dan penjadualan aktiviti organisasi perlu


untuk memastikan penggunaan sumber manusia dan
bahan pada tempat dan masa yang sesuai.
Pemilihan dan pengambilan kakitangan yang rapi:

 Frederick Taylor percaya bahawa pemilihan dan pengambilan


kakitangan perlu dibuat dengan teliti untuk menjamin
kakitangan yang diambil itu dapat menjalankan tugas seperti
yang dikehendaki. Di dalam proses pengambilan ini, ujian
tertentu hendaklah diadakan untuk menguji kebolehan dan
keupayaan seseorang itu. Proses pemilihan yang teliti beserta
dengan program latihan tertentu dapat menjamin prestasi
yang tinggi di dalam menjalankan tugas.
Insentif upah:

 Program upah yang diadakan bertujuan membayar upah


mengikut jenis kerja yang dibuat. Ini bermakna
program upah itu menyediakan kadar upah mengikut
jenis kerja. Bonus melalui skim perangsang juga
diberikan kepada pekerja yang dapat menyiapkan kerja
lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan.
Prinsip yang diguna pakai ini adalah sangat bernas
sekiranya mahu meningkatkan produktiviti sebuah
organisasi disamping mempunyai pekerja-pekerja yang
bagus, menghormati diantara satu sama lain, bermotivasi,
persaingan sihat diantara mereka dan banyak lagi faktor
yang baik kepada organisasi.
 Namun jika dilihat secara negatif, prinsip yang dihasilkan
mengabai sumber manusia yang digunakan di dalam indusri
ini. Seperti perumpamaan yang telah diterang sebelum ini,
manusia diperlakukan seperti robot. Sebagai majikan, kita
perlulah mempunyai satu prinsip yang bertujuan untuk
menjaga dan mengekalkan pekerja sedia ada bagi
melancarkan sisitem pengeluaran sesebuah syarikat.
Kebajikan mereka adalah sangat penting untuk syarikat. Jika
kebajikan mereka terabai maka sesebuah syarikat umpama
tiada nyawa dan hanyalah jahad yang mengikut arahan.

 Pekerja adalah nadi sesebuah syarikat dan organisasi.

You might also like