You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH ABANG

KG TANAH ABANG,
86800 MERSING,
JOHOR.

KERTAS KERJA
SUMBANGAN BAHAN BACAAN
2017

1
PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Tanah Abang merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan perkampungan

orang asli, Kampung Tanah Abang. Seramai ---- bilangan murid dan 13 orang guru yang berada di

sekolah ini. Sekolah merupakan tempat permulaan bagi masyarakat disini untuk mengenal huruf dan

nombor. Bahan bacaan adalah satu cara pendekatan pihak sekolah untuk menggalakkan murid - murid

menambah ilmu pengetahuan. Murid – murid di sini menunjukkan minat mereka untuk membaca buku

dan menghabiskan waktu rehat mereka di pondok ilmu. Namun, pihak sekolah mengalami masalah

kekurangan koleksi bahan bacaan.

MISI

Berupaya merangsang kecemerlangan akademik dan sahsiah murid serta menyediakan bahan bacaan

untuk menambah ilmu murid.

OBJEKTIF

Tujuan utama kami memohon sumbangan ini adalah kerana bahan bacaan merupakan salah satu

motivasi untuk meningkatkan amalan membaca. Selain itu, perlaksanaan projek ini juga adalah untuk :

1. Memberi motivasi untuk murid hadir ke sekolah.

2. Menyediakan bahan yang boleh menarik minat murid untuk menimba ilmu.

3. Menarik minat murid untuk membaca.

4. Mendidik murid untuk meluangkan masa dengan membaca.

5. Menyediakan suasana yang boleh merangsang intelek dan sahsiah murid.

2
MATLAMAT

Matlamat projek ini adalah untuk menyediakan suasana sekolah yang bermaklumat dan berupaya

merangsang intelek, sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk menjadikan

sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran projek ialah untuk semua murid SK Tanah Abang.

PELAKSANAAN PROJEK

Perlaksanaan projek terbahagi kepada 3 iaitu :

(i) Jangka Pendek:

 Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah.

 Mendapatkan dana dan sumbangan daripada pihak berkaitan.

(ii) Jangka Sederhana:

 Penyediaan pondok ilmu yang kondusif.


 Penjagaan bahan bacaan di pondok ilmu.

(iii) Jangka Panjang:


 Menjadikan pondok ilmu tempat kegemaran setiap murid
 Mewujudkan amalan membaca di kalangan murid.
 Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir mengatur dan memastikan bahan bacaan dalam
keadaan baik.

3
PEMBIAYAAN PROJEK

Pembiayaan utama bagi perlaksanaan sumbangan bahan bacaan ini adalah melalui penajaan daripada

syarikat besar iaitu Sasbadi Sdn, Bhd. Ini adalah kerana, Sasbadi Sdn. Bhd. merupakan satu nama yang

tidak asing di dalam bidang pendidikan. Berikut merupakan rational bagi penglibatan Sasbadi Sdn. Bhd.

dalam perlaksanaan projek ini:

i. Melalui kerjasama yang terjalin antara pihak sekolah dan pihak Sasbadi, pihak Sasbadi Sdn. Bhd.

berpeluang melaksanakan satu slot program bersama pelajar, guru-guru serta ibu bapa.

ii. Mempromosi Sasbadi Sdn. Bhd. kepada murid, guru, ibubapa serta para pelawat yang datang ke

sekolah.

iii. Meningkatkan penjualan Sasbadi Sdn. Bhd. melalui kesan kesedaran pengunjung terhadap

produk pihak penaja.

iv. Meningkatkan pemasaran pihak penaja untuk jangka masa panjang melalui kepercayaan dan

hubungan akrab yang terjalin dengan masyarakat.

v. Meningkatkan nilai tambah kepercayaan dan kesetian pengguna terhadap pihak penaja.

vi. Menyediakan sudut membaca dan bahan bacaan dari Sasbadi Sdn. Bhd.

4
GAMBAR PONDOK ILMU SK TANAH ABANG

5
GAMBAR AMALAN MEMBACA MURID SK TANAH ABANG

6
PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping
mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan taman sentiasa berada
dalam suasana bersih, ceria dan boleh merangsang kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik
dan sahsiah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________ _________________________
(AMNAHMALIHAH BINTI MARZUKI) (MOHAMAD SYAFIQ BIN MOHD NASIR )
Guru Guru Penasihat
SK Tanah Abang SK Tanah Abang

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

_________________________ ____________________
() ()
PK1 Guru Besar
SK Tanah Abang SK Tanah Abang

You might also like