You are on page 1of 6

Laporan Bagi Kursus Kepegawaian Bola Jaring Anjuran Pelajar WAJ 3109

Suatu kursus Bola Jaring telah dianjurkan oleh Pelajar WAJ 3109 selama 3
hari di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Penyelaras bagi kursus ini
Cik. Joyce Ong Choon Kim bersama dua orang fasilitator Pn. Bong Lay Theng dan
Pn. Fauzeah bt Ariffin telah menjalankan kursus ini.

Hari Pertama (24/01/2014)

Sesi pendaftaran pelajar guru dan guru- guru bermula pada pukul 2.30 petang
hingga 2.45 di Dewan Agong. Pada sesi pendaftaran semua guru dikenakan yuran
pendaftaran sebanyak RM 25.00. Seramai 21 orang guru dan 30 orang pelajar guru
mendaftarkan diri dalam kursus Kepegawaian Bola Jaring.

Selepas kudapan, kami berkumpul di padang dan kami telah melaksanakan


aktiviti pemanasan badan. Jurulatih membahagikan kami kepada beberapa
kumpulan kecil dan setiap kumpulan kecil tersebut terdiri daripada 3 orang pemain.
Kami membuat latihan ansur maju dengan menggunakan teknik- teknik yang diajar
oleh jurulatih. Kami melaksanakan hantaran aras dada, hantaran lob dan hantaran
lantun. Pratikal bagi asas kejurulatihan ini berjalan dengan lancar dan kami lebih
memberi tumpuan kepada kemahiran hantaran aras dada dengan teknik serta
perlakuan yang betul.

Hari Kedua (25/01/2014)

Pada hari kedua, tepat pukul 2.30 petang Pn. Bong telah memulakan Slot
beliau yang bertajuk ‘Kepengadilan (Teori)’. Semasa slot ini beliau menerangkan
tentang kesalahan- kesalahan yang dilakukan oleh pelajar semasa bermain bola
jaring serta cara mengadil pertandingan bola jaring. Beliau telah menerangkan
tentang. Mula-mula beliau mengajar cara meniup wisel dengan betul dan tugasan
pengadil selepas membunyikan wisel. Pengadil perlu menyebut kesalahan siapa dan
apa dan hantaran apa yang perlu dilakukan oleh pelajar. Semasa kursus ini kami
dapat belajar dua hantaran iaitu hantaran percuma dan penalti. Hantaran percuma
ialah kesalahan diri sendiri seperti gerak kaki dan lain- lain. Hantaran penalti ialah
melibatkan dua pihak perlawanan seperti menolak, halangan dan lain- lain.
Selepas itu, para pengadil mesti memakai pakaian berwarna putih.
Seterusnya satu setengah langkah dibenarkan sekiranya kaki yang letak di atas
bumi tidak bergerak. Pelajar yang menghalang gol mesti berdiri dengan jarak tiga
kaki daripada GS. Sekiranya berlaku rebutan bola antara dua pihak perlawanan
maka pengadil perlu melambungkan bola dari tengah dan aras lambungan ialah
daripada bahu orang rendah. Justeru, hantaran bola mesti lepas satu garisan
panjang. Kalau berlaku hantaran bola dua garis panjang maka ia dikira salah bola
melebihi 1/3. Pemain tidak boleh memegang bola melebihi 3 saat. Pemain juga tidak
boleh ugut atau marah pihak lawan dan pengadil. Jika lebih daripada 3 amaran
maka pengadil boleh denda pemain tersebut keluar dari gelanggang dan pemain itu
boleh masuk semula selepas salah satu pihak menjaring gol. Segala penerangan
yang diberikan oleh beliau adalah sangat bermanfaat dan berguna kepada kami.

Sesudah menjamu selera kudapan, kami telah melakukan ujian amali di


padang. Kepengadilan (praktikal) telah dijalankan di padang pada hari ini.
Kemahiran menangkap, menjaring bola dengan posisi yang betul, langkah kaki yang
betul juga telah diajar oleh pelatih kami. Ini telah membuka peluang kepada kami
untuk membetulkan kesilapan kami dengan serta merta. Cara melakukan stepping
telah dijelaskan dengan betul. Ia akan banyak membantu kami semasa bermain.
Puan Bong telah menunjukkan kami semua kemahiran dengan satu demi satu.
Kemahiran menjaring dengan betul telah membolehkan semua orang tidak kira
pendek atau panjang juga dapat menjaring dengan betul. Kami juga telah diajar cara
bermain separuh gelanggang. kami telah mendapat pengetahuan baru iaitu, tiga
posisi sahaja dimainkan dalam separuh gelenggang ini.

Hari Ketiga (26/01/2014)

Pada hari ketiga, Kursus diteruskan dengan penuh semangat pada pukul 8.00
pagi. Slot pertama bagi hari ketiga adalah ‘Kursus Kepegawaian Teknikal’ dimana
dalam slot ini kami telah mempelajari bagaimana mengadil sesuatu perlawanan.
Walaupun kami pernah belajar sistem pertandingan, cara-cara yang telah diajar
mudah difahami. Selain itu, penjelasan yang diberi untuk cara membuat keputusan
juga amat jelas. Melalui aktiviti ini, kami memperolehi pelbagai kemahiran untuk
mengadil dan menganjur sesuatu perlawanan.
Slot kedua pula diberi penekanan kepada Sistem Pertandingan. Pn. Bong
telah menerangkan tentang peraturan pertandingan bola jaring. Ia sangat
bermanfaat kepada kami. Beliau telah menerangkan tentang undang- undang
pertandingan, jenis pertandingan dan cara pendaftaran pemain.

Beliau juga menerangkan secara teliti tentang sistem pertandingan iaitu, liga
dan kala mati. Sistem pertandingan adalah topik yang panjang dan amat
mengelirukan jika tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya, tetapi Pn.Bong telah
menerangkannya dengan jelas dan tepat. Kami juga membuat pengiraan untuk
sistem pertandingan liga, jika pasukan yang mengambil bahagian adalah ganjil dan
genap. Setelah melakukan pengiraan kami mendapat gambaran yang jelas tentang
pengiraan pasukan dalam sistem pertandingan liga.

Selain itu, beliau juga memberi penerangan yang jelas tentang cara memberi
mata dan cara menentukan pemenang juga keputusan adalah seri. Pn.Bong juga
menegaskan tentang pakaian pemain, gelanggang dan peralatan serta masa
bermain. Lebih-lebih lagi beliau mengedarkan beberapa contoh borang
pertandingan, borang pencatat dan borang pendaftaran pasukan MSSPP. Serta,
menerangkan cara mengisi borang tersebut.

Pada masa yang sama beliau juga memceritakan pengalamanya sebagai


pemain dan pengadil bola jaring. Para hadirin yang terdiri daripada guru-guru
sekolah telah memberikan pandangan dan menujukan soalan tentang permainan
bola jaring. Segala keraguan dan kemuskilan dari pelajar guru dan guru telah diberi
penjelasan oleh Pn. Bong.

Makanan dan kudapan telah disediakan untuk kursus bola jaring selama 3
hari berturut-turut. Pada hari pertama kami minum minuman petang. “Koew teow”
goreng yang diberi itu agak berminyak. Hari kedua pula, Mee goreng yang diberi
sangat berminyak dan bungkusan itu turut berminyak. Pada hari ketiga pula, kami
disajikan dengan makanan tengahhari. Makanan itu dijamu selera oleh semua ahli
bola jaring yang menghadiri kursus. Secara keseluruhannya, makanan dan kudapan
yang diberikan itu agak memuaskan. Makanan juga telah dibekalkan tepat pada
masanya.
Laporan Perbelanjaan

TARIKH PERKARA DEBIT (RM) TARIKH PERKARA KREDIT (RM)

24-1-14 Yuran pendaftaran 17 x 20.00 25-1-14 Buku resit 3.80


(Ahli b.jaring) 340.00
25-1-14 Bahan fotostat 50.90
24-1-14 Yuran pendaftaran 13 x 20.00
(Bukan ahli b.jaring) 260.00 25-1-14 Makanan 770.00

24-1-14 Yuran pendaftaran 21 x 25.00 25-1-14 Buah oren 54.00


(Guru - guru) 525.00
31-1-14 Baki 31/01/14 266.30
26-1-14 Bahan fotostat 20 x 1.00
20.00

Jumlah 1145.00 Jumlah 1145.00

27-1-14 Baki b/f 266.30

* Baki RM266.30 akan dikreditkan dalam akaun Persatuan Bola Jaring. Ia akan digunakan untuk
program- program lain yang akan dikendalikan oleh Persatuan Bola Jaring.

Secara keseluruhannya, Kursus Bola Jaring yang dijalankan selama tiga hari
ini telah memberi banyak manfaat kepada pelajar guru serta guru- guru yang
menyertainya. Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas, Disemak oleh,

____________________ ____________________

(SANGGITHA A/P SUBARMANIAM)

Setiausaha Kursus Bola Jaring

Disahkan oleh,

_________________
Hari Pertama (24/01/2014)

Hari Kedua (25/01/2014)


Hari Ketiga (26/01/2014)

You might also like